Selasa, 23 April 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Penganalisa: Najib belanja RM4,364 setiap pengundi, termahal di Asia

Posted: 23 Apr 2013 08:59 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Seorang penganalisa politik terkemuka rantau Asia Tenggara hari ini membuat penganggaran bahawa Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak telah membelanjakan RM58 bilion atau RM4,363 setiap pengundi untuk PRU 13.

Dr Bridget Welsh, seorang Profesor Madya Sains Politik menulis dalam artikelnya di Malaysia berkata, perangkaan tersebut datang daripada analisa beliau dalam 4,000 sumber berita sejak 2009 dan kajian terhadap tiga bajet dan bajet tambahan dari 2010 sehingga 2013.

NEWS

"Saya secara konservatif menganggar bahawa pentadbiran beliau (Najib) telah membelanjakan RM57.7 bilion bermula dari hari beliau menjadi Perdana Menteri sehingga sebelum Parlimen dibubarkan dalam insentif pilihan raya," tulis Bridget.

Bridget berkata, Najib telah membelanjakan RM46.7 bilion dalam pembangunan sasaran berjanji dan RM11.0 bilion dalam program 1Malaysia.

"Dua komponen terbesar ini adalah bersifat pengagihan sasaran politik dan perbelanjaan 1Malaysia.

Langkah-langkah ini berunsur politik, kerana bukan sahaja mereka dicanang dalam bentuk politik, ia juga disebarkan sebagai sebab-sebab untuk mengundi BN di peti undi nanti," kata beliau.

Bridget berkata, perbelanjaan terbesar bukannya datang daripada RM5.6 bilion yang digunakan untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tapi di atas langkah-langkah populis yang lain seperti kenaikan gaji dan pembinaan sekolah menggunakan duit daripada pejabat Perdana Menteri.

"Dalam erti kata lain, anggaran itu mencadangkan bahawa pentadbiran Najib telah membelanjakan kira-kira RM4,363 setiap pengundi setakat ini.

"Setakat ini, ini adalah pilihan raya termahal di Malaysia. Memandangkan bahawa wang juga diperuntukkan kepada calon-calon untuk kempen, lebih banyak wang akan digunakan," beliau memberikan amaran.

Najib, kata beliau, sekarang boleh dikatakan terlibat dalam pilihan raya termahal di Asia Tenggara.

Sebelum ini, ada satu laporan Maybank bertarikh 19 Mac menyatakan bahawa Jabatan Perdana Menteri telah membelanjakan sebanyak RM36.1 juta untuk menaikkan imej pentadbirannya di mata rakyat menerusi pengiklanan. – Harakah Daily

Protes Zul Noordin: Naib Pengerusi MIC Dan 104 Ahli MIC Shah Alam Keluar Parti

Posted: 23 Apr 2013 08:46 AM PDT


BN UMNO SUK

SHAH ALAM, : Naib Pengerusi MIC Shah Alam, C Supayah dan 104 pengikutnya hari ini mengisytiharkan keluar parti apabila tidak berpuas hati dengan pencalonan Zulkefli Noordin sebagai calon BN bagi Parlimen Shah Alam dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menurut beliau ketika dihubungi TV Selangor tadi, tindakan tersebut turut melumpuhkan MIC Cawangan Seksyen 18 Timur.

"Saya dan 104 ahli MIC isytihar untuk keluar MIC kerana pencalonan Zulkefli Nordin merupakan satu penghinaan kepada penganut agama Hindu.

"Ini disebabkan beliau sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang menghina agama Hindu," kata Supayah.
Sebelum ini memetik laporan The Malaysian Insider, Supayah memberikan tiga faktor yang menyebabkan beliau mengambil langkah keluar parti.

Selain disebabkan pengumuman Zulkifli dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai calon BN di Shah Alam, tindakan itu juga diambil kerana satu lagi penghinaan terhadap agama Hindu dilakukan oleh Ketua Bahagian Umno Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Mohd Zin dengan memijak kepala lembu pada 2009.

Manakala faktor ketiga disebabkan tindakan calon BN daripada Umno,Datuk Che Johan Che Pa di Pasir Mas yang memberikan laluan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk mempertahankan kerusi parlimen tersebut.

Petik laporan itu lagi, tindakan Presiden Umno memberikan laluan kepada pemimpin utama Perkasa di dua Parlimen tersebut jelas menggambarkan pendirian Umno yang menyokong pertubuhan yang dianggap sebagai sebuah pertubuhan ekstrimis Melayu.

Sebelum ini, Zulkifli dalam ceramahnya menerusi video yang tersebar di internet hujung bulan lalu, Zulkifli memperlekehkan kesucian agama Hindu dengan menggambarkan penganutnya menyembah tuhan mereka yang hanya diperbuat daripada batu.

Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu juga berkata, sedangkan kedai yang menjual patung suci agama Hindu pun tidak dapat menghalang banjir dari melanda kedai tersebut.

Fadzil Hanafi: BN Kedah tak banyak 'calon agama'

Posted: 23 Apr 2013 08:34 AM PDT



 
Bekas anggota exco Kedah Datuk Fadzil Hanafi yang disingkirkan daripada Umno kerana bertanding sebagai calon Bebas di DUN Alor Mengkudu berkata beliau kecewa dengan BN yang menurutnya tidak banyak mengetengahkan calon dengan latar belakang agama di peringkat DUN kali ini.

Beliau yang pernah memegang portfolio hal ehwal agama Kedah itu berpendapat, tindakan berkenaan "tidak menampakkan bahawa Umno memperjuangkan agama" dan beliau menganggap ia satu "penghinaan" kepada Islam.

NONEFadzil juga berpendapat, Umno tidak mengambil pengajaran daripada kekalahan dalam "tsunami 2008" supaya memilih calon yang dikehendaki rakyat.

Katanya, masyarakat di kampung khususnya di Alor Mengkudu amat menyukai calon yang mempunyai latar belakang agama khususnya bagi mengendalikan majlis berkaitan Islam seperti tahlil, kenduri kesyukuran, membelah mulut anak dan menjadi imam.

"Sepatutnya parti ambil (calon) yang terbaik daripada baik. Ikut pemilihan kali ini, tidak ada tokoh agama. Tak ada tokoh agama seorang pun, menjadi calon yang dipilih oleh perdana menteri. Adakah ini dikatakan Umno memperjuangkan agama?.

"Kalau dia (Umno) memperjuang agama, sudah tentu dia meletakkan orang agama lebih daripada kepada orang lain, kerana negeri ini berada di tangan pembangkang," katanya petang ini.

Beliau juga tidak berpuas hati apabila BN mencalonkan semula individu yang telahpun tewas sebanyak dua kali sebelum ini, selain individu yang pernah dikenakan tindakan disiplin oleh parti.

Sedangkan, rakannya, timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim sebagai tokoh agama juga tidak dicalonkan bertanding kali.

"Saya tengok kerakusan mereka ini, jangka masa hayat mereka akan lebih singkat. Apabila jangka hayat semakin singkat, yang menjadi mangsa adalah orang Melayu, kerana selama ini yang mempejuangkan orang Melayu adalah Umno.

NONE"Sekiranya sesebuah parti yang memperjuangkan agama, tetapi dari segi pelaksanaannya, mengetepi tokoh agama, satu musibah akan melanda parti tersebut," katanya.

Satu-satunya calon dari kalangan tokoh agama yang diketengahkan di Kedah adalah menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang bertanding di parlimen Jerai.

Beliau juga berpendapat, masyarakat masih lagi memerlukan khidmatnya di kawasan yang pernah dimenanginya dalam pilihan raya umum 1999 dan 2004.

Pada pilihan raya umum 1999, beliau menang dengan majoriti 440 undi, ketika kawasan itu dikenali dengan nama DUN Tanjong Seri.

Selepas persempadanan semula, DUN berkenaan dikenali dengan nama Alor Mengkudu, yang dimenanginya dengan majoriti lebih besar lebih 2,800 undi.
Beliau bagaimanapun digugurkan daripada senarai calon BN pada pilihan raya 2008.

Fadzil berkata beliau memenuhi semua ciri calon berkenaan. Selain itu, beliau juga seorang anak tempatan yang merendah diri, mesra dengan orang kampung, mudah didekati, dan berpengalaman, katanya.
Beliau berdepan dengan persaingan tiga penjuru antara ketua Pemuda PAS Kedah Ahmad Yahya dan ketua Wanita Umno Alor Setar Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah.

NONEFadzil yakin, pengundi yang "waras" akan memilih beliau berbanding Sharifah Maznah.

"Kalau dia (rakyat) kata Sharifah, tak apa kita terima. Kalau rasa dia waras, dia mesti terima (calon) agama... Sebagai contoh, siapa nak baca doa.

"(Betul), dia boleh (panggil) orang pejabat agama tapi tidak ada ke di kalangan calon-calon (BN) yang bertanding (yang berupaya mengetuai bacaan doa)?" soalnya lagi.

Beliau yang ditemui di kediamannya semalam berkata, beliau merancang untuk menguasai persaingan ini dengan hubungan baiknya dengan pengundi di kawasan tersebut.

"Saya selesa (berkempen) bersendirian dan tidak perlu mengadakan ceramah yang lebih besar. Saya menjadi wakil rakyat selama dua penggal.

"(Bahan kempen seperti) risalah dan bendera pun ada. Saya memerlukan dua hari lagi sebab masih tidak siap lagi.

"Kalau buat ceramah besar-besar, kalau yang hadir tidak ramai, ia memberi imej yang tidak elok dan dikatakan tidak dapat sambutan. Saya lebih kepada personal touch," katanya.

Fadzil juga berkata, beliau juga tiada masalah untuk menyampaikan ceramah di pentas PAS atau PKR memandangkan beliau kini telah dipecat daripada Umno.

Katanya, beliau telah mendapat jemputan ceramah daripada Pakatan Rakyat khususnya PAS di DUN Kubang Rotan pada 27 April ini dan akan memikirkan sama ada akan memenuhi jemputan tersebut.

Jeneral bersara mahu tawan JB dengan taktik 'Bosnia'

Posted: 23 Apr 2013 08:23 AM PDT



 
VIDEO l 4.58 minit

MALAYSIA KINI

Bekas ketua turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein berkata beliau akan menggunakan strategi sama seperti ketika menangani perang saudara Bosnia-Herzegovina dalam usahanya untuk merampas kerusi parlimen Johor Bahru.

Beliau berdepan orang kuat BN Datuk Shahrir Abdul Samad di kerusi berkenaan.

"Saya tidak akan mendedahkannya (strategi) buat masa ini, tapi memadai jika dikatakan ia rancangan yang sama (di Bosnia) walaupun kita perlu menyesuaikan dengan keadaan di Johor Bahru.

"Saya ada ijazah sarjana dalam kajian peperangan dan kami mengkaji peperangan. Tentulah, sebagai seorang tentera saya akan menggunakannya di lapangan," kata Hashim dalam satu wawancara dengan KiniTV lewat petang semalam.

Pemimpin MIC Shah Alam, pengikut keluar parti, bantah Zul Noordin

Posted: 23 Apr 2013 08:16 AM PDT

Oleh Md Izwan

KUALA LUMPUR— Naib pengerusi MIC Shah Alam C Supayah bersama 104 pengikutnya hari ini keluar daripada parti tersebut sebagai tanda bantahan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana meletakkan Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon di kerusi Parlimen Shah Alam.

Perkembangan terbaru ini memberi tamparan hebat kepada BN terutamanya dalam misi untuk merampas negeri Selangor dan pemimpin utama MIC S Vell Paari juga pernah memberikan amaran sama sebelum ini.

"Ya, hari ini saya hantar surat keluar parti... seramai 104 pengikut saya juga mengambil tindakan sama," kata Supayah apabila dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Supayah yang memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi MIC Shah Alam sejak 2009 juga memberikan tiga alasan mengambil langkah keluar parti, salah satu sebab utamanya adalah kerana faktor pengumuman Zulkifli dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai calon BN di Shah Alam.

"Sebab pertama adalah kerana meletak calon Perkasa Zulkifli Noordin, dia sebelum ini telah menghina masyarakat India dan penganut agama Hindu.

"Bukankah itu jelas penghinaan?" kata Supayah lagi. Faktor kedua yang menyebabkan beliau mengambil keputusan tersebut adalah kerana tindakan Ketua Bahagian Umno Shah Alam Datuk Ahmad Nawawi Mohd Zin memijak kepala lembu pada tahun 2009 di samping tindakan calon BN Che Johan Che Pa di Pasir Mas yang memberikan laluan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk mempertahankan kerusi parlimen tersebut.

"Sebab kedua adalah kerana Datuk Nawawi kerana beliau pernah menghina penganut Hindu dengan memijak kepala lembu pada 2010 dan sebab ketiga adalah kerana calon BN memberi laluan kepada Ibrahim Ali bertanding.

"Bukankah itu bermaksudnya Umno sokong Perkasa," kata Supayah yang tidak berpuas hati dengan tindakan BN memberi dua kerusi kepada calon bebas daripada Perkasa.

Supayah yang juga pengerusi MIC Shah Alam Seksyen 18 timur, di mana semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru melawat berkata keputusan yang dibuatnya itu mendapat sokongan rakan beliau dan juga pemimpin India lain.

"Sebaik saya buat pengumuman itu, saya menerima banyak panggilan daripada rakan dan juga orang yang tidak dikenali... semua mereka mengucapkan tahniah kerana keberanian saya berbuat demikian," terangnya lagi.

Semalam, Najib selepas lawatannya di Shah Alam mengeluarkan kenyataan mempertahankan Zulkifli bertanding kerusi parlimen tersebut dan berkata bekas ahli parlimen PKR tersebut sudahpun berjuang untuk isu melibatkan kaum India seperti Sekolah Tamil serta kuil dan rakyat sudah mula menyokong beliau.

Walau bagaimanapun, pencalonan Zulkifli sebagai calon Shah Alam menyebabkan gabungan pemerintah tersebut menerima banyak kritikan terutama apabila baru-baru ini video beliau menghina penganut agama Hindu tersebut luas di ruang internet.

Fokus terarah kepada Selangor, yang dikatakan nadi kepada kepesatan ekonomi dan pentadbiran PR di bawah Menteri Besar (MB) sepenggal Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa oleh BN gagal mempamerkan prestasi baik untuk mengekalkan sokongan seperti pada tahun 2008 lalu.

PR selepas pilihan raya umum 2008 mempunyai penguasaan yang ketara ke atas negeri terkaya tersebut dan memegang 36 kerusi daripada 56 kerusi dewan undangan negeri serta 17 daripada 22 kerusi parlimen.

'KM S'wak baru jika Pakatan ambil alih Putrajaya'

Posted: 23 Apr 2013 08:12 AM PDT

 


 
Sarawak mungkin mendapat ketua menteri baru sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pentadbiran Putrajaya, kata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan dapat menyiasat Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan tidak akan dihalang oleh kerajaan persekutuan.

"Pada masa itu (apabila kerajaan membentuk kerajaan), undang-undang akan dapat dijalankan dan (SPRM) akan dapat mencari bukti (berhubung dakwaan rasuah melibatkan Taib)," katanya semasa kempen sehari di Sibu, Sarawak.

Beliau yakin, bukti berhubung pelbagai dakwaan rasuah yang didakwa melibatkan ketua menteri itu pasti wujud.

"Tapi sekarang agensi penguatkuasa takut pada dia," katanya lagi.

Taib masih kekal sebagai ketua menteri walau selepas pilihan raya umum 5 Mei memandangkan pilihan raya negeri hanya akan dijalankan pada 2016.

Umno Lenggeng protes dalam diam, kata sumber

Posted: 23 Apr 2013 08:10 AM PDT



 
Peluang BN mengekalkan DUN Lenggeng di Negeri Sembilan dengan mempertaruhkan panglima perang Umno negeri, Datuk Ishak Ismail kini semakin kurang jelas.

Ia kerana wujud penolakan daripada akar umbi Umno setempat di Lenggeng terhadap pencalonan ketua Umno bahagian Seremban itu.

Perkara itu mula dikesan sejak beberapa hari sebelum penamaan calon apabila ahli Umno Lenggeng sebelum ini dilaporkan mengugut akan meletakkan calon Bebas sekiranya Ishak diamanahkan BN negeri untuk bertanding di situ.

Ia menjadi kenyataan apabila ketua penerangan cawangan, Zulkifli Abdullah disahkan sebagai sebagai calon Bebas menentang Ishak dan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar pada hari penamaan calon, Sabtu lalu.

NONEPenyandang kerusi berkenaan ialah Mustafa Salim, yang baru dibebaskan oleh mahkamah pada Mac lalu daripada sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM20,000 atas satu tuduhan menerima rasuah.

Zulkifli pula, yang disingkirkan daripada Umno kerana bertanding sebagai calon Bebas, adalah di antara nama-nama yang sebelum ini disebut-sebut bakal menggantikan Mustafa di kerusi tersebut.

Selain Zulkifli, satu lagi nama yang disebut-sebut sebelum ini adalah ketua penerangan Umno cawangan Panchor, Syamsul Amri Ismail.

Satu sumber yang rapat dengan Syamsul sewaktu dihubungi Malaysiakini melahirkan rasa hairannya apabila Ishak menerima pencalonan itu.

"Datuk Ishak dalam ucapannya sebelum ini, sebelum nama beliau dicalonkan, pernah menegaskan yang beliau tidak mahu menjadi calon walau pun ditawarkan mana-mana kerusi oleh menteri besar," kata sumber tersebut yang enggan dinamakan.

Tanpa merujuk secara langsung kepada Ishak, beliau berpendapat sesetengah calon Umno kali ini tidak menepati kriteria boleh menang yang digariskan perdana menteri – orang muda, berpendidikan tinggi dan diterima orang ramai.

Beliau yang bertugas sebagai penjawat awam berkata, kalangan ahli Umno di kawasan itu mungkin tidak menunjukkan bantahan mereka secara terang-terangan.

Bagaimanapun, kalangan ahli Umno di Lenggeng itu tetap membantah dalam diam dan mungkin menzahirkannya di kertas undi kelak, katanya.

"Yang saya nampak jentera (Umno Lenggeng) kini 'tenang' sahaja," kata sumber tersebut.

Situasi yang sama turut dihadapi calon parlimen Seremban, Datuk Dr Yeow Chai Tiam Chai yang dilaporkan menerima bantahan daripada kira-kira 50 ahli MCA bahagian tersebut.

Namun, situasi Yeow dilihat lebih baik berbanding Ishak kerana ketua MCA Seremban, Datuk Peter Lai Yit Fei yang mengetuai kumpulan penentang tersebut kini membawa diri ke luar negara.

Peter sewaktu dihubungi Malaysiakini semalam berkata beliau berada di satu lokasi di luar negara dan menjelaskan beliau dan orang-orangnya hanya menolak pencalonan Yeow tetapi mereka tidak memboikot kempen beliau.

Seorang wakil Yeow, Datuk Leong Teong Chwee diketika dihubungi turut menjelaskan bahawa kempen Yeow kini tetap berjalan lancar dengan dukungan seluruh jentera BN Seremban.

Yeow yang pernah menjadi ADUN Lukut selama hampir 20 tahun sebelum ini merupakan senator Dewan Negara dan mengasaskan Pusat Dialisis Mawar di Negeri Sembilan.

Beliau bakal berhadapan saingan sengit dengan bekas ahli parlimen Rasah, Anthony Loke dalam pertandingan lima penjuru melibatkan DAP, BERJASA dan dua lagi calon Bebas.

Selain Lenggeng, tujuh lagi kerusi DUN Negeri Sembilan ditandingi calon Bebas – Jeram Padang, Nilai, Seri Menanti, Bukit Kepayang, Senawang, Port Dickson, dan Repah.

Dua lagi kerusi parlimen juga turut menarik tumpuan calon Bebas ialah Rembau dan Teluk Kemang.

Tanah Iskandar Malaysia di Nusajaya 12.5 Ekar Bernilai RM13.4 Bilion Dijual RM182 Juta Sahaja. Tahniah Robert Kuok!

Posted: 23 Apr 2013 08:06 AM PDT

Staff Berita Semasa 
 
Harga Tanah Puteri Harbour

Berita Semasa mencari-cari juga kalau-kalau media-media arus perdana di malaysia memberikan liputan mengenai berita terkini mengenai situasi penjualan tanah Iskandar Malaysia yang cukup bernilai di Nusajaya di mana berlaku sekitar 2 minggu sebelum berlangsungnya Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13).

Ini kerana rakyat perlu dan berhak mengetahui dan pihak berwajib perlu menjawab persoalan yang bermain di fikiran rakyat Johor amnya dan rakyat Malaysia umumnya kerana…..

Jenaka politik di Johor suatu ketika dahulu yang cukup popular adalah :

"Hanya angin dan tanah kubur sahaja yang tidak dijual"

Itu kata-kata "nakal" orang politik dahululah….

Harga Tanah Nusajaya Johor

Terbaru dan boleh Berita Semasa kategorikan sebagai berita mengejutkan apabila akhbar utama di Singapura (The Straits Times) melaporkan orang terkaya di Malaysia, Robert Kuok (KLIK SINI) & manusia terkaya di Asia Tenggara yang setakat ini memiliki kekayaan sejumlah RM46.1 bilion telah berjaya membeli tanah yang cukup bernilai Iskandar Malaysia di Nusajaya.

Pertama sekali, tahniah Berita Semasa ucapkan kepada Robert Kuok kerana….
"Rakyat Malaysia yang lain pun tidak dapat tawaran dan peluang sebegini rupa. Hanya 'insan-insan terpilih sahaja yang layak."

Butiran Pembelian Tanah Iskandar Malaysia di Nusajaya oleh Robert Kuok?

  • Usahasama dengan pelaburan kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional (Khazanah)
  • Robert Kuok berjaya membeli dua lot tanah presint di Nusajaya dengan pegangan ekuiti 70 peratus, bakinya milik Khazanah
  • Pelaburan pembelian tanah ini bakal memberikan pulangan cukup lumayan dalam tempoh 15 tahun berjumlah sekurang-kurangnya RM12 bilion (SGD3.7 bilion) dalam masa 15 tahun
  • Projek berskala besar di pusat pentadbiran kerajaan Johor itu telah pun bermula sebaik sahaja pembelian tanah selesai
  • Penggabungan Khazanah dengan syarikat Robert Kuok (Kuok Brothers Group) akan menjadi entiti bernama Southern Marina Development
  • Tanah asal milik UEM Berhad (UEM) seluas 5 hektar di Puteri Harbour Nusajaya akan dibangunkan kondominium super mewah, lot perniagaan dan pusat membeli belah terbaru di Johor Bharu dengan nilai anggaran kasar pembinaan mencecah RM1.2 bilion (SGD479 juta).
Kuok Brother Group UEM
Sumber : Straitd Times Singapore
"Mudah rupanya untuk menjadi kaya di Malaysia"
Hairan, bagaimana tanah yang bernilai tinggi di Nusajaya yang sekarang sudah mencecah RM13.4 bilion (RM720 sekaki persegi) boleh dijual pada harga semurah ini, sekitar RM182 juta sahaja? Hebat…..

Tolak semua calon bebas PRU13, kata Lim Kit Siang

Posted: 23 Apr 2013 08:03 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

IPOH— Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menggesa pengundi menolak semua calon bebas pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkata PRU13 seharusnya menjadi pertarungan antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN).

"Tidak kira sama ada mereka (calon bebas) anggota PR atau BN, tidak ada ruang dalam pertarungan untuk perubahan ini bagi pilihan ketiga kerana ia hanya mengganggu kemungkinan berlaku perubahan politik.

"Pada masa lampau, sejarah menunjukkan bahawa calon bebas tidak memberi sebarang impak di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas melakukan 'walkabout' di Pasir Pinji di sini hari ini. Semalam, anggota DAP Sim Tong Him menarik diri dari bertanding sebagai calon bebas di DUN Kota laksamana dan akan menyokong penuh Lai Keun Ban, calon yang dikemukakan oleh parti itu.

Bagaimanapun, Sim tetap akan bertanding untuk mempertahankan kerusi parlimen Kota Melaka atas tiket DAP.

Lim menggesa anggota DAP yang bertanding sebagai calon bebas agar menarik diri dan terus menyokong parti itu.

"Pada masa lalu, kita ada anggota DAP bertanding sebagai calon bebas tetapi mereka tidak membawa sebarang impak...mereka telah meninggalkan politik sekarang," kata beliau.

Beberapa orang anggota DAP seperti Jenice Lee dan Ng Lam Hua menyertai PRU13 sebagai calon bebas.

Lee dan Ng masing-masing mempertahankan kerusi negeri di Teratai (Selangor) dan Mengkibol (Johor). Pengerusi Jawatakuasa Disiplin DAP Tan Kok Wai berkata anggota DAP yang bertanding bebas terpecat secara automatik. — Bernama

Media terkejut kematian jurukamera RTM dalam pergaduhan

Posted: 23 Apr 2013 08:01 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR, — Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) Malaysia hari ini melahirkan rasa terkejut dengan kematian jurukamera Radio Television Malaysia (RTM) selepas pergaduhan dengan seorang penyokong parti politik di Gua Musang, Kelantan.

Presidennya Mokhtar Hussain berkata adalah menyedihkan apabila seorang wartawan perlu membayar dengan nyawanya tatkala berlangsungnya kempen bagi pilihan raya umum ke-13.

Jurukamera itu, Mohamed Yaakub, 61, meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Bandar Lama di Gua Musang pada kira-kira 12.45 pagi.

Beliau sebelum itu terlibat dalam pergaduhan dengan seorang penyokong parti politik yang kereta penyokong itu menghalang laluan ke rumahnya yang terletak berhampiran dengan markas PAS. Mokhtar berkata semua pihak terlibat dalam kempen pilihan raya perlu menjaga emosi mereka dan tidak melepaskan kemarahan kepada pihak lain termasuk wartawan.

Di Kota Baharu, Kelab Media Kelantan melahirkan kebimbangan dengan insiden itu.

Presidennya Anwar Aminuddin Hussin, menggesa insiden itu disiasat, menyatakan serangan terhadap wartawan yang mengakibatkan kematiannya adalah perkara serius.

Di Kuala Terengganu, Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) berkata kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku. Presidennya Ayob Mamat menasihatkan semua pengamal media agar berhati-hati ketika menjalankan tugas terutamanya semasa membuat liputan berita kempen pilihan raya ini. — Bernama

Pecat keahlian 61 pemimpin Umno tanding bebas tindakan tepat, kata Soi Lek

Posted: 23 Apr 2013 07:56 AM PDT

Oleh Mohd Farhan Darwis

 Datuk Seri Chua Soi Lek bertemu peniaga semasa berkempen di Pengkalan Rinting, Johor Baru pada 23 April, 2013. — Foto oleh The Malaysian InsiderJOHOR BARU— Tindakan memecat keahlian seramai 61 pemimpin Umno kerana bertanding sebagai calon bebas untuk Pilihan Raya Umum 2013 adalah tindakan tepat kerana ia berlandaskan perlembagaan parti, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. 
 
Beliau turut berkata tindakan yang dibuat kepimpinan Umno itu bukanlah bersifat kejam kerana ia melibatkan isu disiplin anggota parti.

"Saya tidak akan kata itu tindakan kejam ... tindakan itu perlu bagi memastikan ahli (parti) berdisiplin," katanya kepada pemberita dalam lawatan dan pengenalan calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkalan Rinting di Jalan Trus di sini.

Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin Umno telah memecat keahlian 61 ahlinya yang bertanding sebagai calon bebas di kawasan pilihan raya Parlimen dan DUN berkuatkuasa serta merta.

Pengerusinya Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen, berkata tindakan itu selaras dengan fasal 20.10 Perlembagaan Umno yang menyatakan mana-mana ahli Umno bertanding sebagai calon bebas akan di pecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya.

"Surat pemecatan keahlian yang ditandatangani oleh saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin dihantar pada hari ini juga untuk dimaklumkan secara rasmi kepada mereka yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Tambah Dr Chua lagi, perkara itu juga telah dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Tertinggi BN sebelum keputusan diambil.

"Kita tidak boleh menjadi seperti DAP yang sesetengah pemimpin mereka bertanding sebagai calon DAP dan ada yang bertanding bebas," kata veteran MCA itu lagi.

Tindakan sama jelasnya akan diambil kepada mana-mana ahli MCA yang melakukan tindakan serupa.
Sementara itu Dr Chua turut mengakui hanya sebahagian masyarakat Cina di Johor yang masih menyokong BN kerana mereka termakan dengan momokan politik perkauman dan kebencian yang dimainkan DAP.

"Kenapa mereka bertanding di kawasan majoriti masyarakat Cina sahaja?" soalnya lagi merujuk kepada tindakan DAP meletakkan beberapa pemimpin tertinggi mereka di Johor termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang di Kerusi majoriti Cina di Gelang Patah.

"Di Johor kami masih lagi berharap kerana MCA mengamalkan konsep kepelbagaian kaum, bukan seperti DAP," tambahnya.

Hari penamaan calon Sabtu lalu menyaksikan beberapa nama besar dalam Umno seperti bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamalia Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar.

Selain itu, bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Seri Mohd. Shariff Omar, yang bertanding di Parlimen Tasek Gelugor dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Sepang, Datuk Suhaimi Mohd. Ghazali yang bertanding kerusi Parlimen Sepang.

Datu Badruddin Tun Mustapha juga dipecat kerana bertanding di Parlimen Semporna dan DUN Senallang.
Kesemua mereka adalah antara 61 ahli Umno lain yang bertanding sebagai calon bebas dan telah dipecat.

Najb larikan RM7 bilion ke akaun sulit di Cayman Island

Posted: 23 Apr 2013 02:55 AM PDT


Oleh RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KeADILan

KEADILAN memandang serius maklumat bahawa 1MDB, badan pelaburan milik rakyat yang dikawal sepenuhnya oleh Dato' Seri Najib Tun Razak telah memindahkan sejumlah RM7 bilion dana ke akaun sulit di Cayman Island.


Maklumat ini terkandung di dalam Laporan Tahunan 1MDB dan diulas di dalam keluaran terbaru akhbar perniagaan mingguan The Edge, yang turut sama mempersoalkan kewajaran sebuah badan pelaburan milik negara memindahkan RM7 bilion ke dalam akaun rahsia di pusat kewangan pesisir pantai seperti Cayman Island.

Akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai hanya digunakan bagi urusniaga yang dirahsiakan kerana pusat kewangan pesisir pantai mempunyai undang-undang yang melindungi urusniaga sebegini walaupun berunsur jenayah atau rasuah. Sebelum ini pun, laporan antarabangsa telah mempersoalkan tokoh-tokoh yang rapat dengan Barisan Nasional seperti Mirzan Mahathir, Raja Nong Chik dan Michael Chia yang mempunyai akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai kerana ia disyaki bersabit dengan urusniaga yang tidak betul.

1MDB mendapat modal melalui terbitan bon sebanyak RM5 bilion yang dijamin oleh kerajaan. Dari modal ini, ia melabur di dalam beberapa pelaburan di luar negara terutamanya di dalam Petro Saudi International (PSI) yang diragui kewujudan dan aktivitinya.

Dari urusniaga dengan PSI yang penuh kerahsiaan inilah, sejumlah RM7 bilion dilaporkan dipindahkan ke akaun rahsia di Cayman Island, sebuah pusat kewangan pesisir pantai.

Pemindahan wang RM7 bilion oleh 1MDB ini perlu dijawab segera oleh Dato' Seri Najib Tun Razak kerana beliau berkuasa penuh ke atas 1MDB. Pemindahan wang ke sebuah akaun rahsia pesisir pantai seperti Cayman Island bertentangan prinsip ketelusan dan tata kelola baik yang sepatutnya diamalkan oleh sebuah badan pelaburan kerajaan seperti 1MDB.

Saya khuatir sekiranya Barisan Nasional kalah dalam PRU13, wang RM7 bilion ini tidak dapat dijejaki dan hilang begitu sahaja, bermakna kerajaan menanggung kerugian besar ke atas hutang RM5 bilion yang diambil sebagai modal 1MDB.

Saya memberi amaran keras kepada Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa beliau akan bertanggungjawab ke atas setiap satu sen kerugian yang ditanggung 1MDB. Pemindahan wang RM7 bilion ke akaun rahsia di Cayman Island adalah satu tindakan yang berunsurkan jenayah yang perlu disiasat segera.

Oleh yang demikian, untuk membolehkan satu siasatan dimulakan serta merta sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa dalam 2 minggu akan datang, saya akan membuat laporan kepada Bank Negara Malaysia, Polis diRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada hari Rabu dan Khamis minggu ini supaya wang RM7 bilion ini dibawa balik ke Malaysia secepat mungkin dan mereka yang bertanggungjawab memindahkan wang ke akaun rahsia di Cayman Island dihadapkan ke muka keadilan.

Mat Taib Lebih Ikhlas Dari Hasan Akidah

Posted: 23 Apr 2013 02:46 AM PDT

MSO

Muhsmmad Tsib: Langkah bijak dan tepat.
Panjang lebar Hasan Ali alias Hasan Akidah mengulas dan memberi pandangan ke atas tindakan bekas MB Selangor Muhammad Mohd Taib yang menyertai PAS dua hari lalu. Hasan melahirkan nada kesal atas tindakan Mat Taib itu yang dianggapnya sebagai tidak tepat. Dalam masa sama katanya Mat Taib tersalah pilih wadah?

Seperti biasalah Hasan Akidah menggunakan bahasa dan pelek motivatornya untuk memberi gambaran dan menginsafkan Muhamad Taib. Hasan memancing dan menidur orang dengan simpulan-simpulan kata-kata bergandanya.

Antara katanya untuk menyedar dan agar Mat Taib berfikir semula, PAS kini bukan lagi PAS di zaman aruah Mohd Fadzil Noor, tetapi PAS yang tunduk kepada nakhoda bernama Anwar Ibrahim dan jurumudinya Karpal Singh, Lim Kit Siat dan Lim Guang Eng (DAP). Hasan cuba menjual PAS hari ini sudah tidak mempunyai roh Islam lagi.

Perbezaan itu, keadaan PAS katanya menyebabkan ciat-cita murni Mat Taib untuk perjuangkan Islam bersama PAS akan sia-sia sahaja.

Hasan juga menyifatkan penyertaan Mat Taib itu ke dalam Pas tidak menguntungkan PAS dan tidak juga merugikan Umno. Tetapi yang rugi ialah umat Islam kerana beliau (Mat Taib) yang dianggap hebat tidak boleh melakukan sesuatu untuk Islam kalau bersama PAS? Di sini Hasan cuba gumba Mat Taib. Saya turunkan sedikit tulisan Hasan;

PAS sekarang bukanlah PAS seperti dahulu yang telah berjaya menambat hati saya untuk menyertainya hampir 15 tahun yang lalu. PAS sekarang adalah PAS yang sedang kemaruk kuasa ingin ke Putrajaya dengan apa cara sekalipun sehingga sanggup meninggalkan prinsip perjuangan dan pengkalan asalnya. PAS sekarang sanggup mengikut apa sahaja kehendak rakan-rakan Pakatan Rakyat hatta "menjualkan" kalimah Allah untuk digunakan oleh penganut-penganut bukan Islam.

Itulah pandangan Hasan. PAS kemaruk kuasa kononnya. Apakah beliau bukan sebahagian ahli PAS yang pernah kemaruk kuasa tiga atau empat tahun lalu? Hasan tidak boleh menafikan yang dia ada agenda besar dan nafsu besar untuk jadi MB.

Disebabkan beliau tidak mencapai cita-cita itulah maka beliau menuduh PAS kini macam anggur yang masam seperti mana dilakukan oleh serigala yang tangan dan kaki pendek mengatakan anggur masam apabila ia tidak dapat mengambil anggur dikatakan aggur itu masam. Jadi Hasan Akidah ini samalah jenisnya dengan serigala.

Nescaya kalau Hassan menjadi MB, dia akan kekal bersama PAS dan tidak akan membuat onar  untuk PAS memecatnya. Hasan tidak akan beranggapan PAS kini sudah berubah kalau dia masih bersama PAS dan mendapat manfaat menjadi MB. Tetapi kerana tidak, maka Hasan jadikan Hasan seperti hari nini yang berakidah.

Pertautan dan pertalian Hasan dengan orang Umno akhirnya menenggelamkan dirinya. Hasan mulaya ingin berkawan dengan orang Umno tetapi kerana kelemahan Hasan tanpa disedari pemimpin Umno berjaya menyututik dogma Umno - Melayu Islam dan sekluar, dan akhirnya Hasan melalikan Hasan  kemudian membuntuti Umno.

Hasan hanya bijak cakap tetapi dia seorang yang mudah cair dan tidak kukuh dalam pegangan politiknya. Hasan dalam dunia politik seperti pendekar sumbang, belum bukan langkah kaki sudah terbelit selempang.

Justeru Hasan merayu kepada Mat Taib supaya menyemak balik keputusan menyertai PAS. Katanya dan akui Hassan Umno lebih baik dan Islamik.  Katanya;

Dengan rendah diri saya hanya dapat mendoakan supaya percikan-percikan hidayah yang telah menembusi hati Tan Sri terus dibaja dan disuburkan. Bagi saya proses pembajaan dan penyuburan itu sukar dilakukan dalam Pakatan Rakyat yang PAS merupakan salah satu parti komponennya. 

Sebaliknya dengan pimpinan Umno yang ada sekarang yang telah menunjukkan tanda-tanda membuka ruang dan peluang seluas-luasnya untuk membawa Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara mungkin boleh dilihat sebagai opsyen yang lebih munasabah bagi Tan Sri untuk menghabiskan sisa-sia usia berjihad untuk terus mengahungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu.

Waduh waduh...Hasan barang kali tidak kenal Mat Taib atau kenal tidak mengetahui lurah dan sejarah perjuangan. Mat Taib bukan kecil anak dalam Umno. Beliau sama taraf dengan Hasan dalam PAS, pernah menjadi Naib presiden Umno. Bahkan penglaman dan sejarah Mat Taib lebih 'kengkang'  beliau pernah menajdi ketua penerangan Umno Malaysia, MB, menteri kabinet dan senator.  Manakala Hassan setakat exco adat istiadat Melayu saja.

Hasan tidak perlu pesimis dan kesal atas apa yang dilakukan Muhammad Taib. Sebagai mana Hasan masuk PAS 15 tahun dulu, begitulah fikirna dan iltizam Mat Taib kepada PAS hari ini. Beliau tidak mempercayai kepada Umno yang sudah busuk sampai ke usus dan berikan peluang dia berjinak dan mengenali PAS. Masa dan keadaan akan menentukan nasib untung seseorang.

Hendaknya pemikiran dan langkah Mat Taib tidak songsang seperti Hasan, dia maju ke depan dalam lanskap politik PAS dan negara kini menyakinkan. Sebaliknya Hasan mundur ke belakang untuk menebas tebang semula semak samun dalam Umno yang telah ditinggalkan Mat Taib. Hassan cuba menanam benih baru dalam Umno dengan harap dia dapat melihat hasilnya.

Syabas dan tahniah kepada Mat Taib. Dan untuk Hasan menebas menebanglah bersama Mat. Mat mana lagi kalau bukan Mat Maslan. Mat Maslan apa khabar, Felda sihat ke?

Herman Tino sedih isteri marah

Posted: 23 Apr 2013 12:56 AM PDT

 

KL TODAY

Penyanyi Herman Tino sedih apabila keputusannya untuk bertanding di Parlimen Tanjung Karang atas tiket Bebas tidak mendapat restu serta ditentang oleh isterinya, Ketua Unit Penerbitan Radio, RTM, Noraini Ibnu.

Herman Tino atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 59, berkata, isterinya yang juga juruhebah di Klasik Nasional kecewa kerana dia mahu mencabar penyandang kerusi Parlimen berkenaan iaitu calon Barisan Nasional (BN) yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

"Saya sedih kerana isteri tidak menyokong keputusan saya untuk bertanding pada pilihan raya ini kerana dia tidak bersetuju saya menentang Noh Omar di Parlimen berkenaan," katanya ketika menghubungi mStar Online di sini pada Isnin.

Selain Noh Omar dan Herman Tino, kerusi berkenaan turut ditandingi oleh calon PAS iaitu Mohamad Rashdi Deraman.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Noh menewaskan Mohamed Hanipa Maidin (PAS) dengan majoriti 3,820 undi.

Herman Tino yang popular dengan lagu Yale Yale dan Pelita Dalam Kabus itu memperoleh wang sebagai deposit untuk bertanding selepas dua rakannya menggadaikan kereta mereka bernilai RM10,000.

Sehubungan itu dia berharap akan mendapat sokongan daripada isteri yang menjadi tulang belakangnya selama ini untuk membantunya berkempen.


"Keputusan ini telah menjejaskan hubungan kami namun saya sangat berharap dia akan menyokong keputusan saya bertanding di Tanjong Karang," katanya.

Herman Tino yang mendapat pendidikan sehingga tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haron di sini akan menggunakan lambang bunga raya pada PRU-13 ini.

Sementara itu, Noraini ketika dihubungi mStar Online bagaimanapun enggan mengulas mengenai keputusan suaminya yang bertanding atas tiket Bebas itu.


"Saya tidak dapat mengulas. Terpulanglah kepada dia (Herman Tino)," katanya ringkas.

Herman Tino bakal menampilkan tiga manifesto kepada masyarakat Tanjong Karang iaitu jambatan kasih sayang, perdamaian politik dan jaga harta benda sebagai bahan kempennya.

Parlimen itu mempunyai 42,410 pengundi berdaftar dengan pengundi Melayu seramai 31,096 orang, Cina (7,043), India (4,158) dan kaum lain (113).

Muhyiddin bagi PAS Kedah taraf E-

Posted: 23 Apr 2013 12:18 AM PDT

 

KL TODAY

Rakyat perlu menjadikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini sebagai platform terbaik bagi mengembalikan Kedah kepada Barisan Nasional (BN) ekoran kelemahan kerajaan pimpinan PAS Kedah menguruskan negeri ini dalam tempoh lima tahun lalu.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, berdasarkan kad laporan pencapaian negeri Kedah, kerajaan negeri hanya layak menerima gred 'E' kerana gagal membawa pembangunan kepada rakyat Kedah.

"Kita sudah lihat mereka tidak berupaya membangunkan Kedah kerana mereka bentuk kerajaan yang lemah.

"Berdasarkan kad laporan prestasi mereka, pencapaiannya tidak memberangsangkan. Mereka hanya layak dapat gred E tolak… maksudnya mereka sudah gagal," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perletakan Batu Asas Cadangan Pembinaan Pusat Sukan Parlimen Jerlun di sini, Selasa.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan timbalannya, Datuk Mukhriz Mahathir.

Selain itu menurut Muhyiddin, pilihan raya merupakan proses demokrasi bagi memilih sebuah kerajaan yang diyakini boleh membawa kesejahteraan kepada rakyat.


Justeru katanya, rakyat perlu membuat penilaian yang sewajarnya berhubung prestasi sebenar kerajaan pimpinan PAS di Kedah dalam tempoh lima tahun yang lalu.

"Ini bukan perkara remeh kerana membentuk kerajaan merupakan perkara serius kerana kita nak memilih parti yang kita percaya mampu memikul amanah dan tanggungjawab menyempurnakan segala hajat rakyat untuk maju dan berjaya.

"Jadi anda adalah penilai yang boleh membuat penilaian terhadap apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan PAS di Kedah selama ini, nilailah sama ada rakyat fikir bahawa PAS berupaya, mampu, sehat, tegap dan boleh berdiri melaksanakan amanah serta menunaikan janji ataupun sebaliknya.

"Tapi kalau kita lihat dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini mereka tak mampu laksanakan tugas dan tanggungjawab, maka inilah waktu untuk buat keputusan memilih calon yang diletakkan BN untuk menang membentuk kerajaan di peringkat negeri dan Pusat," katanya.


Mengulas lanjut Muhyiddin berkata, tempoh lima tahun akan datang sangat penting bagi menentukan hala tuju negara terutama dalam usaha mencapai matlamat Wawasan 2020 agar Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi.

Katanya, dalam tempoh persediaan sebelum matlamat itu boleh dicapai, kerajaan pimpinan BN berusaha untuk memastikan lebih banyak peluang ekonomi diwujudkan.

"Lima tahun ini bukan tempoh yang mudah, kerana kalau nak maju dan berjaya, kita mesti pastikan lebih banyak peluang ekonomi, peluang pekerjaan dan pelbagai kemudahan dapat disediakan," katanya.

Nama Anis melonjak selepas terima nisan

Posted: 23 Apr 2013 12:13 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Anis Afida

SENAI – Anis Afida Mohd Azli, 25, merupakan calon termuda dari Johor yang bertanding di N38 Dun Penawar mewakili Pas.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia Industri) dari Universiti Teknologi Malaysia ini mula diasah bakatnya menerusi perjuangan penduduk di Pengerang selaku status Pengerusi NGO Gabungan Pengerang.

Keberanian dan kelantangannya bersuara pernah mengaitkannya dengan insiden mengejutkan iaitu penerimaan 'hadiah' berupa batu nisan yang tertera namanya dan dicatatkan tarikh kematian.

Malah kediaman ibu bapanya di Bandar Penawar turut diancam dengan simbahan cat merah menyebabkan kerosakan kereta dan halaman rumah.

Insiden itu secara tidak langsung melonjakkan namanya lalu diangkat Pas selaku calon PRU13.

Menyentuh berkaitan PRU13, Anis yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat Pas Negeri Johor menaruh harapan untuk melihat perubahan.

Dia turut mengakui statusnya sebagai calon muda bukan penghalang malah menjadi kelebihan buat pengundi seusia mendampinginya.

"Saya yakin dengan gelombang anak muda, kerana komposisi kaum majoritinya Melayu dan seimbang dari usia. Saya melihat faktor usia bukan kekangan mendekati masyarakat.

"Arwah datuk dan nenek, ibu bapa, adik-beradik dan saudara saya merupakan penduduk tempatan dan amat dikenali dalam masyarakat setempat.

"Saya mendekati pengundi seperti rakan sebaya dan mendekati mereka yang berusia seperti datuk, nenek dan cucu," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Katanya, statusnya selaku wanita dan muda akan menjadi kelebihan buatnya malah tidak mencetuskan situasi kurang senang.

"Kedudukan saya mewakili Pas membuktikan calon muda relevan menjadi pemimpin dan diberi peluang untuk memimpin. Kami akan membawa perubahan dari idea dan perjuangan," katanya.

Anis Afida menentang penyandang Hamimah Mansor (BN) di Dun Penawar dengan majoriti pengundi sebanyak 98.36 peratus Melayu, 0.32 peratus Cina, 0.53 peratus lain-lain kaum.

Karpal minta Dr M mohon maaf

Posted: 23 Apr 2013 12:10 AM PDT

SINAR HARIAN

karpal-singh
Karpal Singh
 
GEORGETOWN - Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh hari ini meminta bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau yang didakwanya bersifat memfitnah terhadap penasihat parti itu Lim Kit Siang, yang bertanding bagi kerusi Parlimen Gelang Patah.

Beliau berkata pada 11 April, Dr Mahathir membuat kenyataan berkenaan melalui blognya, 'Chedet', yang merujuk Lim sebagai seorang yang mengamalkan sikap perkauman dan tidak peka dengan masyarakat pelbagai budaya.

"Sepucuk surat sudah dihantar kepada Dr Mahathir hari ini dan beliau mempunyai masa tiga hari, mulai esok, untuk menarik balik (kenyataan itu) serta memohon maaf dan jika beliau gagal berbuat demikian, satu tindakan undang-undang akan dimulakan terhadap beliau," katanya kepada pemberita di sini.

Satu laporan polis akan dibuat terhadap Dr Mahathir berhubung kenyataannya itu, kata beliau, sambil menambah: "Semoga ini menjadi pengajaran kepada ahli politik agar tidak melakukan serangan peribadi dalam bentuk fitnah dan hasutan semasa berkempen untuk pilihan raya umum ini."

Dalam blognya, Dr Mahathir berkata Lim bertanding di Gelang Patah kerana ia merupakan kawasan majoriti Cina dan beliau akan memainkan sentimen kaum itu. 

Lim akan ditentang Menteri Besar Johor Abdul Ghani Othman bagi kerusi itu pada pilihan raya umum 5 Mei ini.

Pada pilihan raya umum 2008, calon BN Tan Ah Eng daripada MCA mengekalkan kerusi berkenaan apabila beliau mengalahkan calon PKR Dr Zaleha Mustafa dengan majoriti 8,851 undi. - Bernama

Penyokong pamer aksi lucah tanda BN tertekan

Posted: 23 Apr 2013 12:08 AM PDT

Oleh Aisha Geoffrey

KUANTAN: Akibat tertekan melihat sokongan hebat penyokong Pakatan Rakyat punca sebahagian penyokong BN di Kuantan mempamer aksi lucah dengan mengibarkan seluar dalam putih bersama bendera parti.

Spender Kuantan

Aksi memalukan pada jam 10.20 pagi itu berlaku di Dewan Wisma Sri Pahang ketika proses penamaan calon sedang berlangsung dan sebahagian penyokong BN mula beredar daripada tempat berkenaan.

Calon KEADILAN Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, perbezaan jelas sambutan penyokong Pakatan Rakyat berbanding BN memberi tekanan kepada puak itu.

"Penyokong kita begitu ramai dan saya yakin ia mencapai enam kali ganda dari penyokong BN. Kalau dilihat pemuda mahupun wanita BN sehingga jam 9 pagi masih belum kelihatan, malah masyarakat Cina langsung tiada di kelompok mereka," katanya kepada Keadilan Daily.

Tambah Naib Presiden KEADILAN itu, antara penyokong BN yang hadir hanyalah anak-anak muda yang diupah termasuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

"Mereka melontarkan kata-kata lucah sambil membawa sepanduk seperti gambar seluar dalam.
"Perbuatan itu tidak sepatutnya berlaku pada hari demokrasi seperti ini, sebagaimana kita dituntut supaya berpolitik secara matang," katanya.

Fuziah bakal berdepan saingan satu lawan satu dengan calon BN, Datuk Suffian Awang.

Calon Pakatan dapat sambutan luar biasa, Johor bakal berubah

Posted: 23 Apr 2013 12:01 AM PDT

Oleh Sidiqin Omar

JOHOR : Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng yakin Johor tidak lagi boleh dianggap kubu kuat BN berdasarkan kehadiran dan sokongan rakyat negeri pada hari penamaan calon.

"Ribuan yang hadir mengiringi calon Pakatan Rakyat ke pusat penamaan di seluruh negeri. Saya yakin keputusan 5 Mei depan sangat baik. Mereka datang dengan semangat dan hati mereka untuk berubah.

CJM

"Kalau kita tengok jentera BN, mereka terpaksa upah dan bawa penyokong menggunakan bas. Penyokong kita datang secara sukarela. Di mana-mana, ramai yang beritahu akan bantu kempen kita," katanya kepada Keadilan Daily.

Jui Meng berkata, maklum balas positif diterima di seluruh 12 kawasan parlimen ditandingi KEADILAN Johor, termasuk di kawasan tradisional Melayu dan tanah rancangan Felda.

"Semua orang nak ubah. Mereka dah buat keputusan selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008. Keadaan tak sama macam dulu," kata Jui Meng optimis.

Pesan beliau, jentera KEADILAN dan Pakatan Rakyat perlu menggandakan kempen penerangan terutamanya di kawasan luar bandar sepanjang dua minggu berkempen.

Beliau memetik analisis akhbar mandarin, Sin Chew Jit Poh bahawa sokongan kepada Pakatan Rakyat di negeri ini kini berada pada tahap 45 peratus.

"Sokongan orang Melayu dan India juga meningkat. Tapi kita kena teruskan kerja dengan lebih kuat lagi," kata calon Segamat yang akan menentang bekas Menteri Sumber Manusia, S Subramaniam.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, calon-calon KEADILAN perlu lebih kerap turun padang bertemu pengundi dan memaklumkan program mereka menggunakan media sosial seperti facebook dan twitter.

"Selepas penamaan calon, program turun padang kita disambut meriah dan pengundi positif dengan KEADILAN. Manfaatkan peranan media sosial termasuk facebook dan twitter untuk berinteraksi dengan rakyat.

"Namun program bertemu pengundi secara langsung adalah penting selain kerjasama dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat," kata Khuzzan yang juga calon KEADILAN P149 Parlimen Seri Gading menentang penyandang, Datuk Seri Mohamad Aziz.

Berdepan 5 penjuru, KEADILAN yakin rampas Parlimen Kota Belud

Posted: 23 Apr 2013 12:00 AM PDT

Oleh Balqis Abdullah

KOTA BELUD: Calon P169 Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis @ Fakharudy yakin KEADILAN mampu merampas kerusi Parlimen itu berdasarkan sokongan padu rakyat, walaupun berhadapan persaingan lima penjuru.

Ditemui selepas penamaan calon di Dewan Masyarakat Tun Said Sabtu lalu, Munirah percaya, Pakatan Rakyat mempunyai peluang cerah untuk memerintah negara dan Kota Belud sebagai penyumbang kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

munirah

"KEADILAN sudah memulakan aktiviti mendekati rakyat di daerah ini sejak 2008, dan saya terlibat secara aktif dengan program-program yang dirancang.

"Saya mahukan Kota Belud mempunyai imej baru dan lebih membangun. Kerajaan di bawah Pakatan akan membawa perubahan ini, terutama bagi memastikan anak-anak bersekolah secara percuma," katanya.

Beliau yang fasih bertutur empat bahasa; Melayu, Inggeris, Bajau dan Dusun mengakui persaingan agak sengit terutama di kalangan Pakatan yang turut bertanding di kerusi tersebut, tetapi yakin dengan sokongan akar umbi dari ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk, Kadamaian dan Usukan.

Munirah ditentang penyandang, Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN), Jalumin Bayogoh (Star), Lamsil Amidsar (Bebas), dan Kanul Gindol (Bebas).

Terdahulu, jurutera muda ini diiringi pencadang, Singkui Tinggi dan penyokong, Alkin Bidin memasuki dewan sekitar 9 pagi.

Singkui merupakan mantan Ketua Kampung Tambatuon yang dipecat jawatan kerana menolak pembinaan empangan di kampung mereka.

Isu Empangan Tambatuon yang dicadangkan BN merupakan antara penyebab Pakatan aktif di daerah ini sejak beberapa tahun lepas.

Manakala di kerusi DUN Tempasuk, Kadamaian dan Usukan Kota Belud, pertembungan empat dan tiga penjuru akan berlaku dalam PRU kali ini.

Laiman Ikin (PAS) akan berhadapan saingan empat penjuru di N6 Tempasuk menentang Abdul Malik Mohed (SAPP), Suwah Buleh (Star) dan Datuk Musbah Jambli (BN).

Di N7 Kadamaian, calon KEADILAN Ukoh @ Jeremy Malajad @ Malazad akan menentang Rubin Guribah (Star), TImbon @ Herbert Lagadan (BN) dan Peter Marajin @ Peter Marazing (SAPP).

Calon KEADILAN di N8, Usukan Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud akan berhadapan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Md Salleh Md Said (BN) dan Bakhruddin Ismail (Star) dalam persaingan tiga penjuru.

MB Terengganu sumpah laknat

Posted: 22 Apr 2013 11:51 PM PDT

NORHAFIZA MUSA

Mb Terengganu sumpah laknat
Ahmad semasa sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani Ikrar Integriti Korporat PMINT dengan SPRM, semalam.
 
KUALA TERENGGANU – Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sekali lagi bersumpah laknat bahawa beliau tidak terlibat dalam skandal balak yang dituduh oleh pihak pembangkang selama ini.

Sumpah tersebut dibuat semasa hadir ke Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, di sini, semalam.

Sumpah itu merupakan kali ketiga dilakukan sepanjang beliau menjadi Menteri Besar.

Pertama semasa dituduh terlibat dalam isu pakaian sekolah, dan kedua beliau bersumpah menghubungi Lim Guan Eng dalam isu tempat letak kereta bertingkat semasa sidang Dun.

"Terbaru, saya dituduh terlibat dengan skandal balak. Sebab itu hari ini, di hadapan tuan-tuan biarlah saya bersumpah.

"Bismillahirrahmanirrahim, Wallahi, Watallahi, Wabillahi. Saya tidak terlibat melakukan rasuah dalam pemberian (skandal) balak," katanya disambut tepukan hadirin pada majlis itu.

Sementara itu, semasa sidang media, beliau berkata, pihak pembangkang sengaja mempolitikkan isu itu walaupun perkara itu telah diserahkan kepada SPRM.

Katanya, pihak pembangkang sengaja bermain politik dengan menyelitkan perkara tersebut dalam siri-siri ceramah mereka.

Menurutnya, beliau juga bercadang membawa al-Quran semasa kempen PRU supaya apabila ada ceramah yang menuduhnya terlibat dalam skandal tersebut, beliau tidak teragak-agak untuk naik ke pentas pembangkang.

"Kalau saya dengar mereka berceramah ada diselitkan isu tersebut, saya akan suruh mereka bersumpah dan saya akan bersumpah sekali. Kebetulan hadir majlis hari ini, saya bersumpah terus.  

"Saya tidak terlibat dengan skandal balak dan ambil duit dan sebagainya. Saya bukan orangnya. Ini merupakan kali ketiga, saya bersumpah.  Pertama semasa isu pakaian sekolah, kedua isu tempat letak kereta dan hari ini skandal balak," katanya.

Beliau juga bercadang untuk mengenakan syarat akuan bersumpah laknat mengikut hukum Islam kepada semua calon BN, malah kesemua penjawat awam di jabatan dan agensi kerajaan terutama yang melibatkan urusan tender juga akan berbuat demikian.

Langkah itu wajar dikuatkuasakan bagi mengelak sebarang musibah, selain mahu membuktikan segala projek yang diluluskan itu telus dan bebas daripada gejala rasuah.

Mat Taib: 'Umno sudah buat baik, beri Pas peluang'

Posted: 22 Apr 2013 11:50 PM PDT

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

Muhd Taib / Mat Taib
 
SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, Pas, Umno dan PKR harus bersatu di bawah satu lambang yang bertunjangkan Islam supaya perpecahan di kalangan umat Melayu-Islam dapat dihentikan segera.

Disebabkan itulah beliau memilih untuk menyertai Pas yang pada hemat beliau sebagai sebuah parti yang boleh menambah baik apa yang dilakukan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) selama ini ke arah Malaysia yang lebih baik.

"Saya tengok bangsa saya berpecah belah. Pecah belah teruk ini, tidak nampak asasnya untuk bersatu. Ramai cerdik pandai, semua menyeru kepada kesatuan.

"Saya juga cuba menyumbangkan sekarang ini, mungkin saya gagal, tak apa.  Tetapi lebih baik saya bercakap dan menyampaikan daripada saya diam. Ini pada saya satu usaha," katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian.

Muhammad, yang juga bekas Naib Presiden Umno dan bekas menteri Kabinet, semalam menyerahkan borang menyertai Pas sekali gus menjawab desas-desus seorang menteri besar akan menyertai Pas dalam masa terdekat.

Bercakap kepada Sinar Harian, Muhammad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Taib berkata, hanya dengan penyatuan, Pas, Umno dan PKR, syiar Islam dapat dikembangkan dan kepimpinan berteraskan al-Quran dapat diterjemahkan.

"Itu saya kata, kalau kita serius hendak menzahirkan kepimpinan Islam yang bersatu, kita kena menguatkan kepimpinan Islam," tegas Mat Taib.

Oleh itu katanya, beliau memilih menyertai Pas bagi tujuan penyatuan itu.

"Kalau di sini carca marba punya cara, sambutan merdeka pun boleh menari pakai seluar dalam pun nampak, saya lebih berminat kalau sambutan merdeka, sambutan ini baca doa. Sekarang ini pun radio Ikim, ratingnya tinggi. Minat orang sudah ada ke situ," katanya.

Ditanya adakah hasrat beliau itu diajukan kepada Umno, Mat Taib berkata, "saya tengok kumpulan yang berminat dalam bidang ini ialah Pas" dan tambahnya "saya tidak mahu serang Umno kerana saya lama dalam Umno."

"Itu tidak adil. Umno sudah buat baik. Saya fikir Pas perlu diberi peluang. Bagi dia peluang," katanya.

Rafizi sahut cabaran Muhyiddin dalam forum ekonomi

Posted: 22 Apr 2013 11:46 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli
 
SAYA mengalu-alukan cabaran Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya saya menyatakan sama ada barangan berjenama 1Malaysia yang kini ditawarkan oleh Barisan Nasional akan dihentikan sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU13.

Pakatan Rakyat telah menyatakan pendirian yang jelas bermula dari Buku Jingga dan diperincikan di dalam dokumen-dokumen belanjawan serta Manifesto Rakyat.

Dalam menangani bebanan sara hidup yang dihadapi rakyat, cara terbaik adalah dengan menyelesaikan dua perkara – pertama, dengan mengawal dan menurunkan harga barang dan kedua, mengurangkan beban hutang rakyat akibat herotan dalam pasaran.

Pendekatan Pakatan Rakyat adalah dengan menyelesaikan masalah struktur ekonomi yang menyebabkan harga barang naik dan beban hutang melambung, sehingga mengurangkan pendapatan boleh guna (disposable income) rakyat. Ini termasuklah menghapuskan monopoli, mengurangkan kos asas perniagaan, mengurangkan kos pengangkutan, memastikan subsidi sampai kepada rakyat dan menghapuskan cukai eksais ke atas kereta yang membebankan rakyat.

Pendekatan ini adalah lebih baik dari cara Barisan Nasional yang tidak mahu menyelesaikan masalah-masalah struktur ekonomi ini, sebaliknya hanya menawarkan beberapa barangan yang diberikan subsidi di bawah jenama 1Malaysia. Oleh kerana barangannya terhad dan edarannya tidak menyeluruh ke seluruh negara, pendekatan ini hanya tertumpu di beberapa kawasan sahaja. Ia tidak berkesan dan tidak membantu meringankan bebanan sara hidup setiap rakyat.

Oleh yang demikian, saya berbesar hati untuk mengupas isu ini dengan lebih panjang dan menyatakan pendirian sama ada akan menghapuskan barangan 1Malaysia di dalam satu forum ekonomi yang turut disertai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Jika beliau berani membuat cabaran terbuka kerana yakin dengan pendekatan ekonomi Barisan Nasional, beliau tidak perlu gentar untuk berdepan dengan saya di dalam satu forum ekonomi agar rakyat boleh membuat pilihan yang lebih baik.

Nasib lu lah UMNO Selangor!

Posted: 22 Apr 2013 11:38 PM PDT

Tindakan BN meletakkan Zulkifli Nordin sebagai calonnya di Shah Alam di mana keseluruhan pengundinya terdiri dari gulungan kelas menengah adalah satu tindakan memandang rendah serta memperbodohkan masyarakat Shah Alam. Jangan disangkal lagi pandangan saya ini.


Kita tahu UMNO sudah hilang daya pertimbangan dalam banyak hal, tetapi tidak pula kita tahu yang parti itu sudah hilang segala hidayahnya. Meletakkan Zulkifli Nordin, seorang buangan PAS suatu ketika dahulu adalah satu lawak jenaka dan ini meletakkan Khalid Samad dalam keadaan selesa. Sekarang Khalid Samad mungkin boleh keluar kawasan untuk membantu rakan-rakan calon PAS yang lain yang memerlukan pertolongan tenaga kempen mereka.

Kita tidak perlu menzahirkan apa keburukkan yang ada kepada Zulkifli Nordin ini kerana beliau sendiri telah menunjukkan kepada masyarakat siapa beliau yang sebenarnya. Hanya yang hendak disebut sedikit ialah siapa yang mencadangkan nama Zulkifli ini menjadi calon BN di Shah Alam ini.

Semalam Najib seolah-olah berkata Zul ini adalah seorang pejuang untuk kaum India tetapi Vell Pari (MIC) telah menjerit ke sana dan ke mari mengatakan kepada pimpinan UMNO tindakan meletakkan Zulkifli ini sebagai calon BN kali ini adalah tindakan membunuh diri bagi BN terutamanya MIC yang sedang berhadapan dengan persoalan yang banyak dari kaum India.

Tetapi apakan daya, jika pimpinan tertinggi UMNO sendiri sudah hilang hidayah tiada siapa yang boleh menolongnya. Beberapa orang rakan saya dalam UMNO memberitahu saya yang pencalonan Zulkifli Nordin ini adalah tindakan gila, kerana UMNO sepatutnya mencari calon yang benar-benar tidak mempunyai 'baggage' seperti Zulkifli ini, kerana yang hendak di lawan ini adalah Khalid Samad, seorang pemimpin yang secara rata-rata di hormati masyarakat.

Khalid Samad adalah seorang yang mempunyai keperibadian yang tinggi jika dibandingkan dengan mana-mana pimpinan UMNO sendiri. Justeru meletakkan Zulkifli yang begitu 'controversial' itu adalah tindakan seolah-olah UMNO sudah mengangkat bendera putih dalam peperangan. Tindakan BN meletakkan Zulkifli Nordin di Shah Alam itu seolah-olah UMNO tidak mempunyai calon yang berkelayakan untuk menentang Khalid Samad dari PAS itu.

Mungkin tindakan meletakkan Zulkifli ini di Shah Alam ini adalah seperti kata pepatah, 'tak ada rotan akar pun berguna juga'. UMNO sudah tidak ada yang berani melawan Khalid Samad, maka mereka meletakkan sesiapa sahaja yang mahu dan berminat untuk bertanding. Asalkan Khalid tidak menang tanpa bertanding, meletakkan Zulkifli Nordin pun jadilah... Zul pun Zul lah, asalkan ada calon UMNO dan BN.

Setakat ini hanya sudah ada satu kawasan dimana UMNO sudah kalah, iaitu di Pasir Mas. Di Pasir Mas ini pun UMNO ditipu oleh orang kuat Perkasa juga, sama seperti UMNO ditipu di Shah Alam.

Kalau Perkasa pun boleh menipu UMNO maka UMNO sememangnya layak ditipu oleh sesiapa juga. Dalam peti undi nanti ahli-ahli biasa mereka juga mempunyai kecenderungan untuk menipu UMNO dengan memangkah parti-parti pembangkang.

Bak kata anak-anak muda sekarang, 'nasib lu lah UMNO'... 'Beban yang tersedia ada sudah berat, batu pula di galasnya'. Kalau sudah hilang hidayah tiada siapa yang boleh membantunya.

Artis Malaysia Sokong PM Terima Kecaman Di Internet

Posted: 22 Apr 2013 11:32 PM PDT

Tak sampai 24 jam proses penamaan calon selesai semalam, beberapa artis terkenal bertaraf antarabangsa terus dikecam hebat kerana menyatakan sokongan secara terbuka kepada BEKAS perdana menteri, Najib Razak.

Mendahului senarai tentunya 'Gadis Bond Malaysia' Michelle Yeoh yang turut hadir di majlis makan malam mega di Pelabuhan Klang anjuran seorang taikun yang rapat dengan Najib.

Michelle dalam ucapannya meminta hadirin yang majoritinya kaum Cina supaya terus menyokong Najib kerana dia layak 'untuk terus mentadbir negara'.

Ucapan dan sokongan secara terbuka menyebabkan Yeoh teruk dikecam terutamanya di laman sosial Facebook milik Najib, 'Ah Jib Gor' malam tadi.

Kenyataan secara terbuka Yeoh turut menyebabkan hadirin yang sudah tiba agak lewat terus meninggalkan majlis malah ada sesetengahnya belum lagi menikmati jamuan yang disediakan.

Yeoh yang perasan akan hal tersebut terus menyampaikan ucapannya dengan mengharapkan sokongan kaum itu terus kekal kepada Barisan Nasional (BN) kononnya hanya parti itu sahaja yang boleh menyelamatkan negara.

Yeoh turut dikecam pengguna internet kerana di sebalik memainkan watak penting sebagai pejuang demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, dia langsung tidak nampak pemerintahan Najib sebenarnya mirip junta tentera negara itu yang menekan rakyatnya supaya terus menyokong rejim zalim di Asia Tenggara itu.

Hal yang sama turut dialami superstar dari Hong Kong, Alan Tam yang turut mengadakan persembahan di Pulau Pinang anjuran MCA malam tadi.

Alan yang tidak mengetahui makna konsep 1Malaysia Charity Dinner, majlis sama yang dihadiri Yeoh turut menjadi sasaran pengguna Facebook miliknya hingga terpaksa menjelaskan mengapa dia membuat persembahan malam tadi.

Dia yang tidak mengetahui sokongan kaum Cina terhadap BN semakin lemah memohon maaf atas kesilapannya dan berjanji akan lebih berhati-hti dengan sebarang tawaran persembahan di Malaysia selepas ini.

Pengguna Facebook bagaimanapun memuji pendirian seorang lagi artis antarabangsa Hong Kong, Gigi Leung yang tidak 'bersekongkol' membuat persembahan bersama Alan atas faktor yang tidak dapat dielakkan.

Leung yang dipuji lebih 6,000 peminatnya melalui komen di laman sosial yang sama turut meminta supaya peminatnya memahami 'keputusannya' dipercayai sudah dinasihatkan beberapa rakannya supaya membatalkan persembahan di hadapan lebih 12,000 orang yang membanjiri perkarangan Padang Kota Lama itu.

Artis band popular Taiwan, Mayday juga membatalkan persembahan mereka dan turut dipuji pengguna laman Faebook kerana berani membatalkan persembahan di sebalik sokongan kaum itu terhadap BN kekal di bawah 20 peratus di sleuruh negara.

Peminatnya di negara ini meminta supaya kumpulan terkenal itu membuat persembahan hanya setelah rejim BN ditumbangkan selepas 5 Mei nanti.

Mayday yang akur dengan permintaan peminatnya terus membatalkan kehadirannya dan dipuji lebih 14 ribu pengikut kumpulan itu di laman peminat mereka di Facebook.

Tidak hairanlah mengapa kempen Najib akhir-akhir ini sering tidak mendapat sambutan dan jika ada pun ia lebih kepada memancing undi dari menyelesaikan isu rasuah dan salah guna kuasa yang membelenggu pentadbiran negara. -jalanpulang

Tiada ulasan: