Biaqpila |
- CARA MUDAH DAPATKAN SEMULA DATA TERSEMBUNYI DALAM PENDRIVE YANG DIJANGKITI VIRUS
- BETOI KA ADA ANGGOTA POLIS MENGUNDI HARI NI?
- VIDEO PENYOKONG UMNO DILAYAN MACAM PELARIAN
- WOW!!! SOMBONGNYA MAMAT CHAMPION NI
- JENERAL BERSARA NAK TAWAN JB GUNA TAKTIK "BOSNIA"
- GILA!!!! 900 PENGUNDI BERNAMA "FATIMAH ISMAIL" DITEMUI
CARA MUDAH DAPATKAN SEMULA DATA TERSEMBUNYI DALAM PENDRIVE YANG DIJANGKITI VIRUS Posted: 23 Apr 2013 10:10 AM PDT Kita menggunakan pendrive USB untuk memindahkan data antara komputer. Ia amat penting untuk memastikan data anda sentiasa bersama anda. Apabila anda menggunakan pen drive, masalah yang paling besar adalah Virus. Kebanyakannya pen drive tidak mempunyai mana-mana langkah-langkah keselamatan. Jadi virus dan malwares boleh menyerang pen drive kita dengan mudah. Jika virus menyerang pen drive anda, ia menyembunyikan semua fail dan mewujudkan fail lain dalam bentuk ".exe" untuk menggantikan fail tersembunyi. Biasanya anda boleh melihat fail tersembunyi dengan klik, Pilihan folder -> Folder Options --> View --> Show Hidden Files and Folders Tetapi kaedah mudah ini tidak akan berfungsi apabila pen drive anda diserang oleh virus yang berbahaya. Jadi di sini saya akan memberikan anda satu kaedah yang paling mudah untuk melihat fail yang terdapat di dalam pen drive yang dijangkiti virus tanpa menggunakan sebarang perisian. Masukkan pendrive ke pemacu usb di komputer anda dan cari kedudukan drive yang menyambungkan pendrive tersebut. Contohnya seperti gambar di atas pendrive berada di drive J: Sekarang klik pada Start -> Run Dalam kotak Run, taip cmd dan tekan Enter. Sekarang command prompt akan muncul, masukkan drive yang terdapat pen drive anda dan tekan Enter. Contohnya J: Kemudian, taip attrib -s -h /s /d *.* Selepas itu tekan Enter dan tunggu untuk beberapa ketika. Itu sahaja, anda telah lakukannya!!! Sekarang anda boleh melihat semua fail anda dalam pen drive tanpa sebarang masalah dan jangan lupa undi Pakatan Rakyat...kah! kah! kah! Lagu ni gua tujukan buat semua anak muda di luar sana: NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
BETOI KA ADA ANGGOTA POLIS MENGUNDI HARI NI? Posted: 23 Apr 2013 02:54 AM PDT Anggota Polis diarahkan mengundi hari ini..? Kegilaan apakah ini meskipun difahamkan tarikh pengundian awal sepatutnya ialah pada 30 April 2013 (lima hari sebelum tarikh undi awam). Berikut mesej yang dihantar oleh beliau: Salam admin, minta jasa baik admin ambil berat apa yang saya ingin sampaikan ni.. Hari ni telah bermula undi pos bg anggota PDRM,di sini saya nak bagitau beberapa perkara 1) Undi pos sepatutnya bermula 3 hari awal dari undi awam tapi skrg ni baru berapa hari bulan? 2) Undi tnpa ada pemerhati dari spr,hnya kantung undi sahaja yang ada 3) Kertas undi ada no siri 4) Sebelum pangkah undi, terdapat borang yang sudah tertera nama pengundi beserta no ic dan no siri yang sama dengan kertas undi 5) Borang tersebut dimasukkan bersama kertas undi ke dalam sampul sebelum digam dan dimasukkan ke kantung undi 6) Undi tak rahsia langsung, siap ada no siri, kawan-kawan ada kiri kanan, bersepah2 undi.. tiada tmpat khas utk mengundi!! Harap admin dpt sebarkan n bangkitkn perkara ni,n dpt segera sampaikn ke pucuk pimpinan PR,mintak tolong sgt2.. Beliau turut mendedahkan bukti kertas undi... Ayuh tumbangkan penipuan..-jaharUlasan GB Jika ia benar-benar berlaku, Jawatankuasa Peguam Pakatanperlu heret SPR dan PDRM ke muka pengadilan. Pilihanraya Umum ke 13 boleh diisytihar tidak sah oleh mahkamah dan seluruh keputusan terbatal. Sementelah lagi pemohon boleh meminta SPR dikenakan tindakan dan pengerusi dan timbalannya boleh dihukum. Pemohon juga boleh memohon mahkamah merombak keseluruhan organisasi SPR untuk perlantikan yang lebih adil dan telus. Sumber: greenboc |
VIDEO PENYOKONG UMNO DILAYAN MACAM PELARIAN Posted: 23 Apr 2013 01:00 AM PDT VIDEO PANAS!!! PENYOKONG2 FANATIK UMNO/BN DI TANAH MERAH KELANTAN DILAYAN UMPAMA ORANG PELARIAN!!! KOTAK2 AIR DICAMPAK DARI LORI KETIKA SEDANG BERGERAK, DAN PENTAKSUB2 BN YG NAMPAK KELESUAN BEREBUT2 AIR...SUNGGUH TERHINA!!! SAKSIKAN.... NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
WOW!!! SOMBONGNYA MAMAT CHAMPION NI Posted: 22 Apr 2013 09:00 PM PDT DEY MACHA!!! NAJIB PUN MASIH DOK MINTA MANDAT RAKYAT TAPI MAMAT CHAMPION NI DAH 101% YAKIN BN AKAN TAWAN SELANGOR DAN BELIAU AKAN JADI WAKIL RAKYAT SHAH ALAM KAH! KAH! KAH! "Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu : 'Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini besok pagi, kecuali dengan menyebut (Insya Allah).' Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah : 'Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya dari pada ini.'." (QS. Al-Kahfi : 23-24). NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
JENERAL BERSARA NAK TAWAN JB GUNA TAKTIK "BOSNIA" Posted: 22 Apr 2013 08:11 PM PDT Bekas ketua turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein berkata beliau akan menggunakan strategi sa ma seperti ketika menangani perang saudara Bosnia-Herzegovina dalam usahanya untuk merampas kerusi parlimen Johor Bahru. "Saya tidak akan mendedahkannya (strategi) buat masa ini, tapi memadai jika dikatakan ia rancangan yang sama (di Bosnia) walaupun kita perlu menyesuaikan dengan keadaan di Johor Bahru. "Saya ada ijazah sarjana dalam kajian peperangan dan kami mengkaji peperangan. Tentulah, sebagai seorang tentera saya akan menggunakannya di lapangan," kata Hashim dalam satu wawancara dengan KiniTV lewat petang semalam. Malaysiakini |
GILA!!!! 900 PENGUNDI BERNAMA "FATIMAH ISMAIL" DITEMUI Posted: 22 Apr 2013 07:55 PM PDT Kedah, Kelantan, Pahang dan Terengganu mempunyai bilangan pengundi yang ramai berkongsi nama yang sama, termasuk 900 bernama 'Fatimah Ismail'. Daripada jumlah ini, terdapat 14 contoh 'Fatimah Ismail' berkongsi tarikh hari lahir yang sama, dan 10 daripadanya juga mempunyai kad pengenalan yang dikeluarkan di negeri yang sama. "Bayangkan dua orang yang bernama 'Ismail' yang mempunyai anak perempuan mereka dilahirkan pada hari yang sama dan menamakan mereka 'Fatimah', dan ianya di kampung yang sama," kata penolong penyelidik Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (Merap), Lee Wee Tak. Sebagai perbandingan, beliau berkata, negeri-negeri lain seperti Perak dan Negeri Sembilan dan mempunyai bilangan yang kurang pengundi dengan nama yang sama. Nama pengundi yang paling popular di Perak adalah 'Fatimah Ahmad' dengan hanya 55 kes, sebagai contoh, berbanding dengan 412 'Fatimah Ismail' di Kedah. Malah apabila Merap cuba mengurangkan kebetulan itu dengan mencari sekurang-kurangnya tiga padanan nama dan tarikh lahir, Lee berkata, beliau masih ada 263 pengundi di seluruh Malaysia yang memenuhi kriteria itu. Dalam kebanyakan kes, pengundi ini nampaknya tinggal berdekatan dengan satu sama lain, tetapi kira-kira dua pertiga daripada mereka mempunyai alamat yang tidak lengkap. Mendahuluinya ialah Kedah dengan 50 pengundi, Perak (41), Kelantan (21), dan Kedah (26). Dalam satu contoh, katanya, terdapat tiga pengundi bernama 'Ab Rapar Awang' berkongsi tarikh hari jadi yang sama pada 15 Julai 1949. Dua daripada mereka mendaftar untuk mengundi di parlimen Indera Mahkota, manakala seorang lagi mengundi di kawasan berjiran Paya Besar. Sementara itu, Sabah dan Sarawak mempunyai jumlah tertinggi pengundi berusia lebih 100 - masing-masing 1,062 dan 475 orang. ~Malaysiakini~ NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan