Isnin, 22 April 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Calon parlimen Gopeng dakwa diserang Hamidah

Posted: 22 Apr 2013 05:37 AM PDT

Muhammad Faeez Azahar,
 
IPOH: Timbalan Pengerusi PKR Perak, Dr Lee Boo Chye mendakwa Calon BN Dun Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman menyerang beliau semalam.

Kejadian itu berlaku di Bilik Gerakan PKR di Taman Tasek Permai, Batu Gajah yang dikatakan berpunca disebabkan rasa tidak puas hati penyokong BN terhadap PKR yang mendirikan bilik gerakan kira-kira 500 meter daripada Pejabat Pusat Khidmat Dun Sungai Rapat yang dijadikan bilik gerakan BN.

Katanya, beliau bergegas ke tempat tersebut selepas menerima panggilan dari petugas bahawa sekumpulan penyokong BN datang membuat gangguan di bilik gerakan PKR itu.

"Apabila Datuk Hamidah hadir, dan kami pun berunding tapi keadaan bertukar kecoh apabila Hamidah bertindak liar dengan merampas perakam video petugas PKR lalu mencampakannya.

"Tidak lama kemudian, Datuk Hamidah bertindak di luar jangka dengan mencekak kolar baju saya," jelasnya pada sidang medianya di Pejabat PKR Gopeng, Taman Soon Choon Ipoh, hari ini.

Hadir sama ialah Naib Pengerusi PKR Perak, Chang Lih Kang, dan Yang Dipertua PAS Gopeng,  Abdul Rahim Ariff.

Dr Lee yang juga Calon PKR parlimen Gopeng berkata, beliau rasa sangat terkejut dengan tindakan Hamidah yang disifatnya satu perkara diluar jangkaannya.

Satu laporan polis juga telah dibuat berhubung kejadian itu.

Sehubungan itu beliau menggesa Hamidah memohon maaf kepadanya secara terbuka atas kejadian tersebut dan berharap pihak polis yang turut berada di tempat kejadian dapat menjalankan siasatan secepat mungkin.

Dalam perkembangan berkaitan, calon PAS Dun Sungai Rapat, Ustaz Radzi Zainon melahirkan rasa kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh calon Umno itu.

Katanya, Hamidah tidak sewajarnya berbuat demikian kerana beliau adalah bekas Exco kanan Kerajaan Negeri Perak ditambah lagi beliau adalah seorang wanita.

"Sepatutnya kita dapat berbincang bagi menyelesaikan masalah ini, bukan dengan tindakan yang tidak sewajarnya ini.

"Salahkah kami untuk mendirikan bilik gerakan di premis persendirian, kami adalah parti berdaftar yang akan bertading pada pilihanraya ini," jelas Timbalan Yang Dipertua PAS Gopeng itu.

Putrajaya: Gelabah, Muhyiddin mula serang Husam

Posted: 22 Apr 2013 05:32 AM PDT

Harakahdaily,


PUTRAJAYA: Melihat sambutan warga Putrajaya semakin hangat hari ke hari kepada calon PAS Datuk Haji Husam Musa, Umno mula melancarkan serangan terhadap beliau.

Dan orang yang melancarkan serangan ini bukan calang-calang orang tetapi Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kemungkinan melihat Tengku Adnan semakin lemas tatkala Husam semakin disambut di Putrajaya, Muhyiddin semalam menyerang Husam dengan mempersoalkan rasional Naib Presiden PAS itu bertanding di dua negeri, Kelantan mempertahankan kerusi Salor dan Putrajaya.

Muhyiddin juga mengeluarkan teori pelik menyatakan bahawa Husam disisihkan di Kelantan dan sebab itu diletakkan di Putrajaya.

"Kita (BN) nak jadi wakil rakyat di sini, nak kerja...orang Putrajaya ni mesti tentukan dia kalah teruk, kalau boleh hilang wang pertaruhan," kata Muhyiddin.

Serangan Muhyiddin datang apabila beliau ditangkap menipu di TV3 berkata BN menang percuma di Senggarang, walhal di sana menyaksikan pertandingan dua penjuru antara PAS dan BN.

Sementara itu, Page Facebook P-125 Putrajaya milik Husam menjadi perbualan hangat di Facebook.

Dalam masa seminggu sahaja berjaya menarik lebih 19,000 peminat dan lebih 35,000 sedang mengikuti perkembangan kempen Husam di Putrajaya.

Perkembangan ini menyebabkan Umno tidak senang duduk. Kesemua tempat yang dilawati Husam diberikan sambutan yang sungguh menggalakkan.

"Husam walaupun orang baru, kami dah rasa dekat. Tengku Adnan dah memang orang lama – Kehadiran Husam ini seperti kita mencuba benda baru sebelum membeli. Rasa dah terpikat sekarang tinggal nak bayar sahaja," kata seorang penduduk Putrajaya bernama Affendi Mohamad kepada Harakahdaily.

Semasa PRU 2008, Tengku Adnan menang dengan majoriti 2,734, dengan mendapat 4,038 undi berbanding calon PAS Mohd Noor Mohamad yang hanya mendapat 1,304 undi.

Apakah Husam dapat mencabar Adnan? Dengan situasi dan mood rakyat Putrajaya sekarang, nampaknya di sini sudah menjadi satu pertandingan sengit, dan bukannya seperti dulu 'sure win' untuk Umno.

Awang Adek tersepit, buat tuduhan tanpa bukti

Posted: 22 Apr 2013 05:26 AM PDT

Atiff Idris,


BACHOK: Calon BN di parlimen Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin dilihat benar-benar tersepit apabila berterusan melemparkan dakwaan fitnah terhadap PAS.

Semalam pula ketua Umno Bachok itu mendakwa kononnya pembangkang ditaja pihak asing dengan menyogok pengundi supaya menyokong parti terbabit.

Timbalan Yang Dipertua PAS Bachok, Hassan Mohamood berkata, Awang Adek dilihat benar-benar tersepit sehingga sanggup mengeluarkan fitnah terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

"Selalunya Umno menuduh kita kutip derma setiap kali berlangsungnya program ceramah bagi mengisi tabung parti, tiba-tiba sekarang beliau menuduh pula kita bersekongkol dengan pihak asing.

"Dana yang kita guna hasil derma daripada rakyat dan inisiatif PAS Bachok dan Kelantan. Kita tidak pernah mendapat dana daripada pihak asing.

"Tuduhan itu sangat bahaya. Baru-baru ini beliau mendakwa muslimat PAS menyogok wang sebanyak RM500 kepada seorang wanita Umno, sedangkan tiada bukti ditunjukkan," katanya di sini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan Awang mendakwa Kementerian Kewangan menerima laporan berkaitan bantuan dana asing bagi menyogok pengundi supaya mengundi parti pembangkang.

Hassan yang juga calon PAS di Dun Tawang berkata, sentimen murahan itu semata-mata hendak mengabui mata rakyat dengan mengeluarkan fitnah bagi menjaga kepentingan politiknya.

Setiausaha PAS Bachok, Huzaimy Che Husin berkata, dakwaan Awang Adek adalah fitnah dalam usahanya melemahkan semangat jentera PAS di Bachok.

"Tidak sepatutnya seorang pemimpin yang juga bekas Timbalan Menteri mengeluarkan kenyataan tanpa bukti. Amat malang sekali rakyat Bachok memiliki pemimpin seperti itu," ujarnya yang juga calon PAS di Dun Perupuk.

PKR Terengganu beri laluan kepada calon PAS

Posted: 22 Apr 2013 04:24 AM PDT

Muhammad Faizal,



KUALA TERENGGANU: Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail mengumumkan memberi laluan kepada kesemua calon PAS untuk bertanding di tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir.

Beliau juga turut memberitahu perkara itu telah dimaklumkan kepada calon PKR dan ia disambut baik oleh ketiga-tiga mereka iaitu Mohd. Shamsul Mat Amin (Bukit Besi), Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (Kota Putera) dan Ahmad Nazri Mohd. Yusof (Seberang Takir).

"Saya telah menerima keputusan ini pada jam 11 pagi tadi dan bersetuju memberi laluan kepada PAS untuk terus bertanding di ketiga-tiga Dun yang bertindih, ketiga-tiga calon PKR menyambut baik keputusan tersebut.

"Perkara ini diambil bagi memastikan jalinan kesepakatan di dalam Pakatan Rakyat itu di utamakan dan bukannya berbentuk agenda peribadi serta memastikan Barisan Nasional (BN) dapat kita kalahkan," jelas Azan (gambar) kepada Harakahdaily.

PAS telah meletakkan calonnya Roslan Ismail (Bukit Besi), Adam Mat Said (Kota Putera) dan Zakaria Dagang (Seberang Takir).

Pada sidang media di Pejabat Agung Pas pagi tadi, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut memberitahu, PAS akan menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh di Pulau Pinang dan Panti di Johor kepada PKR.

Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR.

Pertindihan kerusi antara PAS dan PKR melibatkkan satu kerusi Parlimen dan enam kerusi Dun, perkara itu diselesaikan dengan kerjasama dari parti-parti di dalam Pakatan Rakyat.

LAPORAN BERKAITAN

3 DUN T'ganu kepada PAS, Labuan, Sg Aceh, Panti kepada PKR

Kos Bina Unisel Cuma RM285 Juta Tetapi Kerajaan Umno-BN Bina Dengan Kos RM1.5 Bilion

Posted: 22 Apr 2013 04:19 AM PDT


Prof Anwar 19 April 01

SHAH ALAM, : Kos penubuhan Universiti Selangor(Unisel) berdasarkan penilaian semula hanya menelan kos sejumlah RM285 juta bukannya RM1.5 bilion seperti yang didakwa pentadbiran Kerajaan Negeri Umno-BN sebelum ini.

Perkara ini didedahkan Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad dalam wawancara khas bersama TV Selangor.

Anwar mendakwa kos berkenaan diperolehi berdasarkan penilaian semula keadaan tanah mendap dan keadaan bangunan retak daripada impak perancangan pembinaan.

" Pada 2002, bayaran tanah untuk penubuhan Unisel bagi 801 ekar Bukit Jalil, 210 ekar di Sungai Buloh dan 3,000 ekar di Bestari Jaya mencecah RM1.14 bilion.

"Ditambah dengan bayaran bon yang diambil sebanyak RM120 juta dan pembinaan asrama RM212 juta menyebabkan kos keseluruhan sebanyak RM1.5 bilion.

"Sedangkan penilaian semula, kesemua kos itu hanyalah RM285 juta sahaja, mana lagi hilang duit rakyat sebanyak RM1.2 bilion, siapakah perlu bertanggungjawab? berapa banyak kewangan rakyat ditelan, siapa yang dapat,? soalnya.

Anuar menambah disebabkan kos yang mahal itu juga Unisel terpaksa membayar RM1 juta sebulan kepada Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).

" Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sentiasa menyerang Unisel, sepatutnya beliau 'buka mata' lihat ini salah siapa.

" Bagi saya beliau menyerang Unisel untuk memburukkan Kerajaan Negeri Selangor, tetapi jika kita tahu perkara yang sebenar sudah tentu tidak akan memilih kerajaan yang lama lagi.

" Begitu juga dengan hutang yang didakwa Umno-BN, sedangkan disebabkan kebijaksanaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengambil alih hutang RM100 juta sebelum ini, Unisel untung RM127 juta," katanya.

Anuar turut mengulas manifesto BN Selangor yang mahu membangunkan Unisel bagi mencapai sasaran dan inovatif, beliau berkata telahan dan ucapan dari parti itu tidak mempunya fakta.

Ini kerana Unisel sentiasa memfokuskan kecemerlangan akademik selain pelajarnya yang meningkat dalam beberapa tahun ini.

" Pada 2015, kita mensasarkan 20 peratus daripada pensyarah kita mempunyai Ijazah Kedoktoran (PHD). Sekarang kita mempunyai 60 pensyarah mempunyai PHD, kita sasar 100 orang menjelang 2015.

" Manakala, jika dahulu kita tawarkan hanya untuk pelajar Diploma tetapi sekarang kita mempunyai 560 pelajar Ijazah Sarjana dan PHD. Keseluruhan pelajar kita mencecah 14,700 pelajar termasuk pelajar yang akan bergraduat Oktober ini," katanya.

MB : Hari ke-3 Kempen, Najib Sudah Langgar 3 ikrar Pilihan Rayanya Sendiri

Posted: 22 Apr 2013 04:10 AM PDT


MB PC PKR 22 April 01

SHAH ALAM: Meskipun kempen Pilihan Raya Umum ke 13 baru masuk hari ketiga, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah tiga kali melanggar Ikrar Intergriti Pilihan Raya.

Ini disahkan badan anti-rasuah antarabangsa Transperancy International (Malaysia) yang menandatangani ikrar tersebut bersama Najib Febuari lalu.

Menurut bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Kesalahan pertama adalah pada 8 April lalu di mana Najib mengumumkan 725,000 pesara kerajaan akan menerima "Kad Privilege 1Malaysia".

Sebelum ini, kad itu hanya diberi kepada polis dan anggota tentera sahaja.

Kesalahan kedua, pada 9 April, Najib mengumumkan pembinaan kompleks bernilai RM 400 juta di Perak dengan usahasama dengan sebuah syarikat dari China.

Manakala pada 18 April Najib sekali lagi melanggar akujanjinya apabila mengumumkan pembinaan 10,000 unit kediaman perumahan penjawat awam 1 Malaysia.

"Tindak tanduk beliau dengan Kerajaan Umno-BN terang-terang melanggar akujanji tersebut dengan mengumumkan projek mega dan program melibatkan peruntukan dana awam walaupun Kerajaan Persekutuan hanyalah pentadbir sementara.

"TI telah memberitahu kita dan mengesahkan BN telah melanggar Ikrar sekurang-kurangnya tiga perkara," kata beliau dalam sidang media yang diadakan di Kompleks Perumahan Exco Selangor di sini pagi tadi.

Pada 20 Febuari lalu Najib menandatangani Ikrar tersebut bersama Presiden TI, Datuk Paul Low bagi mengumumkan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan kempen yang berintegriti.

Menurut Abdul Khalid tindakan Najib sebagai pemimpin utama Umno-BN amatlah dikesali.

"Tindakan khianat terhadap akujanji itu amat berbeza dengan amalan Kerajaan PR Selangor dan Pulau Pinang.

"Yang dari awal-awal lagi pada 2008 sehingga sekarang melarang penggunaan aset kerajaan dengan tatacara yang tidak teratur dan bukan pengunaan itu untuk meraih undi politik," ujar Abdul Khalid.

Ketika menjawab satu soalan, Abdul Khalid berkata TI sendiri mengakui Kerajaan PR Selangor sudah melaksanakan pentadbiran berintergriti sejak 2008 lagi.

Ini dapat dilihat dalam penubuhan dan perlaksanaan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang telah bersidang setiap tahun pada penggal lepas.

"Saya juga meminta syarikat-syarikat (Kerajaan Negeri) seperti PKNS dan Kumpulan Semesta juga menandatangani 'Intergiriti Flash' yang sudah dilaksanakan beberapa bulan yang lepas," katanya lagi.

Muhammad Taib Dialu-alukan Kempen Untuk Pakatan Rakyat di Seluruh Selangor

Posted: 22 Apr 2013 03:58 AM PDT


MB PC PKR 22 April 02

SHAH ALAM : Bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tindakan Tan Sri Muhammad Mohd Taib menyertai PAS akan memberi motivasi kepada Pakatan Rakyat (PR) Selangor dalam menghadapi kempen Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Kemasukan mereka ke PR amat kita alu-alukan, lebih-lebih lagi mereka telah lama berkecimpung dalam Umno-BN.

"kemasukan itu memberikan kita gambaran ataupun motivasi berkerja lebih kuat lagi kerana orang mula percaya keupayaan PR memerintah negeri dan negara," kata Abdul Khalid dalam satu sidang media di sini.

Bendahari PAS Selangor, Izham Hashim pula menambah, Muhammad, bekas Menteri Besar Selangor Umno-BN dahulu mula berjinak-jinak dengan perjuangan PAS sejak setahun lalu.

Muhammad telah berjanji akan turut serta dalam kempen membantu PR Selangor mempertahankan pentadbiran yang sedia ada.

"Dia telah berikan komitmen untuk 'tour' seluruh Selangor setiap malam untuk terangkan kepada rakyat mengapa kita perlu kekalkan PR di Selangor serta ambil alih Putrajaya," kata Izham.

Sebelum itu dalam sidang media yang diadakan di Kompleks Perumahan Exco Selangor, calon DAP Parlimen Seputeh, Teresa Kok melancarkan album koleksi pemenang Pesta Lagu Jalanan yang berjodol Sifar Rasisme.

Menurut beliau album yang mengandungi tujuh buah lagu itu merupakan karya artis muda yang mempromosikan kesedaran politik, cinta negara, anti rasuah dan anti perkauman.

"Lagu-lagu ini juga menggambarkan semangat generasi muda ini yang komited untuk memperjuangkan hak asasi manusia, keadilan, anti rasuah, demokrasi dan patriotisme," ujar Teresa.

Ronnie Liu Kepada Calon Bebas : Ikuti Teladan Saya

Posted: 22 Apr 2013 03:55 AM PDT


Ronnie liu 22 April 01

KLANG, : Anggota parti yang tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) kali ini harus mengenepikan perasaan kecewa mereka, seterusnya memberi sokongan penuh terhadap perjuangan Pakatan Rakyat.

Bekas Exco Selangor, Ronnie Liu berkata seperti dirinya, mereka seharusnya redha dengan keputusan pucuk pimpinan parti masing-masing dan terus memberi sokongan tidak berbelah bagi mempertahankan Selangor dan menawan Putrajaya.

"Saya faham perasaan kecewa itu kerana saya juga tidak menjadi calon namun pada ketika ini, apa yang penting adalah perjuangan kita selama berpuluh tahun ini tidak disia-siakan hanya kerana perasaan individu.

"Sebarang ketidakpuasan hati itu boleh dibawa berbincang selepas PRU nanti, tetapi sekarang saya menyeru agar semua dapat memberi tumpuan untuk mencapai impian rakyat iaitu singkirkan kerajaan korup Barisan Nasional," tegas beliau.

Walaupun tidak dicalonkan, Ronnie masih aktif membantu jentera Pakatan Rakyat di siri ceramah seluruh Selangor dan kempen calon DAP bagi kerusi Parlimen Gelang Patah di Johor, Lim Kit Siang.

Pada tahun 2008, Ronnie daripada DAP menang dengan majoriti 5,398 undi mengalahkan penyandang DUN Pandamaran N47 ketika itu, Datuk Teh Kim Poo (BN).

Ronnie turut menasihati anggota DAP yang menjadi calon bebas, seperti Jenice Lee di DUN Teratai untuk undur diri dan membantu parti mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRU12 lalu.

"Saya seru beliau dan juga ahli lain yang jadi (calon) bebas untuk tarik diri dan bergerak membantu jentera parti demi rakyat.

"Ini kerana jika mereka berkeras, kemungkinan besar ia akan mengganggu peluang kita untuk menang seterusnya membantutkan usaha kita menawan Putrajaya," jelas Ronnie yang ditemui dalam satu ceramah di Kampung Nelayan di sini malam tadi.

Jenice Lee mengambil keputusan untuk bertanding sebagai calon bebas mempertahankan kerusi DUN Teratai N22 setelah DAP meletakkan calon DAP lain di situ.

Turut mengambil keputusan serupa ialah anggota DAP di Melaka, Sim Tong Him yang bertanding bebas mempertahankan kerusi Parlimen Kota Melaka.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam reaksinya semalam terhadap perkembangan tersebut meminta anggotanya yang bertanding bebas untuk undur diri atau berdepan tindakan dipecat.

Dr Xavier Ada Bukti Poster PR Dibakar

Posted: 22 Apr 2013 03:53 AM PDT


Xavier Jayakumar Biru 01

KLANG : Penyandang DUN Sri Andalas Dr Xavier Jayakumar mendakwa bendera dan poster yang digantung Pakatan Rakyat (PR) dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya, beliau mempunyai bukti antaranya video yang memaparkan kejadian itu berlaku.

"Saya tidak mahu berkata banyak, saya akan membuat laporan polis.

"Mereka selalu sabotaj program saya, bakar bendera saya tetapi saya tidak pernah suruh budak-budak saya bakar bendera mereka, kita tengok polis ambil tindakan atau tidak," katanya.

Dr Xavier juga menempelak Ketua Pemuda MIC, T Mohan kerana menuduh beliau tidak bertanggungjawab dan mengabaikan penduduk yang diwakilinya.

"Apa kredibiliti dia? Dia hanya samseng.

"Saya tak faham kenapa orang kata kredibiliti dia kuat. Orang semua kenal dia sebagai samseng di seluruh tempat. U (awak) tanya mana-mana orang, mesti cakap dia ketua samseng.

" Dia bawa belia-belia India menjadi samseng. Inilah budaya MIC. Saya mahu tukar," katanya ketika ditemui selepas majlis makan tengahari dengan petugas DUN di sini.

Mengulas lanjut Xavier berkata penduduk tahu menilai kerjanya dalam tempoh lima tahun ini.

"Jika dia kata saya tak buat kerja, buktikan. Dulu orang kata saya pecahkan kuil orang India, seleweng duit dana sekolah, abaikan pekerja ladang.

"Jika benar dakwaan itu, saya alu-alukan pergi buat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), saya cabar," katanya.

Calon bebas Bandar Tun Razak ditaja pemimpin Umno?

Posted: 22 Apr 2013 03:49 AM PDT

 
Mereka ditaja oleh orang yang kecewa, inilah sikap baling batu sembunyi tangan, kata ahli biro penerangan Umno Bandar Tun Razak, Hamzah Wahab.



PETALING JAYA: Dua ahli Umno yang bertanding kerusi parlimen Bandar Tun Razak mungkin ditaja kumpulan pemimpin tertentu dalam Umno  yang tidak berpuas hati dengan pemilihan calon MCA, Tan Kok Eng.

"Kedua-dua mereka ditaja oleh orang yang kecewa, inilah sikap baling batu sembunyi tangan," kata ahli biro penerangan Umno Bandar Tun Razak, Hamzah Wahab.

Dua calon bebas itu ialah Setiausaha Kerja Umno Bandar Tun Razak, Mohamad Sukeri Abdul Samat dan ahli cawangan Sungai Besi, Mokhtar Salahudin.

Keadaan ini menyebabkan Bandar Tun Razak menyaksikan pertandingan empat penjuru antara penyandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR, Mohamad Sukeri, Mokhtar dan

Kata Hamzah, kehadiran dua calon bebas itu menjadikan pengundi Bandar Tun Razak mejadi serba salah.

Bagaimanapun, tambahnya, kehadiran calon bebas itu boleh menguntungkan calon BN kerana menyebabkan undi orang Melayu berpecah.

Ada peluang menang

"Orang Melayu tidak mahu kepada Khalid kerana tidak buat kerja, jadi mereka undi dua calon bebas itu.

"Manakala orang Cina pula merasakan tiga calon Melayu mahu membuli Tan menyebabkan mereka mengundi calon MCA itu," kata Hamzah.

Bagaimanapun, calon bebas itu terutama Mohamad Sukeri tetap mempunyai peluang untuk menang kerana dikenali ramai di kalangan orang Umno.

Menurut Hamzah, Pemuda Umno Bandar Tun Razak boleh dikategorikan sebagai pengundi senyap yang sukar diramal pendirian mereka.

Sumber memberitahu, ramai ahli Pemuda yang menyokong Mohamad Sukeri kerana beliau merupakan ahli Pemuda bahagian dan usianya yang tidak mencapai 40 tahun.

Pakatan hanya cari 35 peratus pengundi Melayu di Johor

Posted: 22 Apr 2013 03:45 AM PDT

 
Sekurang-kurangnya boleh menafikan kemenangan dua pertiga Barisan Nasional (BN), kata Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP), Hu Pang Chow.



PETALING JAYA: Perkembangan terbaru di Johor, 70 peratus  pengundi kaum Cina kepada Pakatan Rakyat.

Ini bermakna Pakatan Rakyat memerlukan 35 peratus pengundi Melayu dan 55 peratus pengundi India untuk mengambilalih pentadbiran kerajaan negeri Johor.

"Sekurang-kurangnya boleh menafikan kemenangan dua pertiga Barisan Nasional (BN)," kata Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP), Hu Pang Chow.

Beliau akan bertanding kerusi parlimen Ayer Hitam menentang Datuk Wee Ka Siong dari MCA.

Beliau berkata, sokongan pengundi kawasan bandar di Johor kepada Pakatan Rakyat amat menyakinkan.

Bagaiamanapun,  Pakatan Rakyat menghadapi masalah untuk mendapat pengundi Melayu di kawasan perkampungan tradisonal.

"Ini kawasan susah tetapi tidak mustahil," katanya lagi.

Pakatan Rakyat memberi tumpuan kepada Johor ekoran beberapa tokoh besar bertanding di negeri itu dalam pilihan raya umum ke 13 ini.

Antaranya, Lim Kit Siang dari DAP yang bertanding di parlimen Gelang Patah, Slahuddin Ayub dari PAS di parlimen Pulai dan bekas Panglima Tentera Darat Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein dari PKR di Johor Baru.

Kamalia, Mohd Shariff antara 61 ahli dipecat Umno

Posted: 22 Apr 2013 03:43 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

Keputusan pemecatan itu diambil selaras dengan fasal 20.10 Perlembagaan Umno. 



KUALA LUMPUR: Umno memecat 61 anggota Umno serta-merta kerana bertanding sebagai calon Bebas di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disipilin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail berkata keputusan pemecatan itu diambil selaras dengan fasal 20.10 Perlembagaan Umno yang menyatakan mana-mana anggota Umno yang bertanding sebagai calon bebas akan dipecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya.

"Surat-surat pemecatan keahlian telah dihantar kepada mereka yang terlibat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bekas naib ketua Wanita Umno Datuk Kamalia Ibrahim adalah antara yang dipecat kerana bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar.

Turut dipecat ialah bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga bekas Ketua Bahagian Tasek Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar, yang bertanding di Parlimen Tasek Gelugor dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Sepang Datuk Suhaimi Mohd Ghazali yang bertanding kerusi Parlimen Sepang.

Datu Badruddin Tun Mustapha juga dipecat kerana bertanding di Parlimen Semporna dan DUN Senallang.

Ahmad Rithaudeen berkata selain itu, tiga anggota Umno akan dipanggil minggu ini bagi menjawab tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap mereka kerana menjadi pencadang, penyokong atau gagal menyerahkan borang calon pada hari penaman calon Sabtu lepas.

Mereka akan dipanggil mengikut Fasal 20.8 Pelembagaan Umno dibaca bersama perkara 3 Tataetika Ahli Umno (Gagal mengikut perintah-perintah parti atau gagal menjalankan dasar-dasar parti).

"Lembaga Disiplin Umno sekali lagi mengingatkan anggota Umno bahawa lembaga disiplin telah bersiap sedia untuk bertindak ke atas mana-mana anggota Umno yang melakukan kesalahan sabotaj parti dalam waktu tempoh berkempen pilihan raya umum ke-13 ini.

"Tindakan tegas termasuk pecat dan gantung keahlian akan diambil setelah bukti-bukti dan laporan daripada pemantau yang dilantik diterima dan disiasat secara terperinci," katanya.

Ahmad Rithaudeen juga meminta semua anggota parti supaya bersatu-padu dan menyokong calon-calon Barisan Nasional (BN) yang dinamakan bertanding oleh pucuk pimpinan parti.

"Jauhi perbuatan sabotaj atau perbuatan yang boleh melemahkan parti dan BN," katanya. Bernama

[VIDOE] Sah Mat Taib Sertai PAS -updated

Posted: 22 Apr 2013 01:37 AM PDT


KELAB GREENBOC

Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini secara rasmi mengumumkan menyertai PAS sekaligus menamatkan spekulasi berhubung perkara itu yang tersebar sejak beberapa minggu lalu.

Pengumuman itu dibuat pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, di sini hari ini.

Muhammad yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno itu turut menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.



Saya masuk bukan untuk calon atau jawatan - Md Taib

"Saya masuk PAS bukan hendak jadi calon atau merebut jawatan dalam PAS," kata Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib ketika mengumumkan penyertaannya kepada PAS hari ini.

Atas dasar itulah, katanya, majlis penyerahan borang memohon menjadi ahli PAS hari ini dibuat selepas penamaan calon PRU 13.

Muhamad hari ini menyerahkan permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan diperhatikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu dan naib-naib Presiden PAS.

Bagi Mohamad Taib, pengalaman dalam Umno mengajar dia mengajar dia untuk berbuat perkara lebih baik untuk negara.

"Memang benar kita berjaya membentuk negara maju. Negeri Selangorpun kita berjaya membentuk menjadi negeri maju.

"Tetapi bagi saya perubahan perlu dibuat, supaya pembangunan kita ada roh," kata Muhamad ketika berucap di majlis hari ini.

Atas dasar itulah, katanya, beliau memilih untuk menhyertai PAS.

"Mana parti yang boleh mengisi roh ini selain dari pasti yang memperjuangkan Islam," katanya.

Menurut Muhamad, selepas beliau tidak mempunyai kerja, beliau banyak menghabiskan masanya untuk pergi ke surau dan masjid.

"Saya pergi ke surau, belajar agama, belajar al Quran. Saya perhatikan, hanya PAS boleh membawa pengaruh untuk membetulkan keadaan ini," tegas Mohamad.

Sebelum itu, Ustaz Hadi dalam ucapannya berkata, beliau bertemu dengan Muhamad lebih setahun yang lalu.

Namun, kita hanya membuat majlis penyerahan hari ini untuk mengelak persepsi kata Muhamad hendak menjadi calon atau jawatan dalam PAS.

Ustaz Haron Din pula berkata, beliau bertemu pertama kali dengan Muhamad semasa menunaikan umrah bersama di Mekah.

"Ketika itu bas kami rosak...dan dia sebagai menteri besar ketika itu yang pertama turun untuk menolak bas itu.

"Sejak hari itu kami rapat dan saya memberikan kuliah mingguan di rumah MB Selangor," kata Ustaz Haron.
LIHAT VIDEO DI SINI


[SELESAI] 3 DUN T'ganu Kepada PAS, Labuan, Sg Aceh, Panti Kepada PKR

Posted: 22 Apr 2013 01:25 AM PDT


KELAB GREENBOC

PAS memutuskan untuk menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh, Pulau Pinang dan Panti di Johor kepada PKR.

PKR pula menyerahkan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS.

Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu akan bertemu dengan Dr Nasir Hashim iaitu calon dari PSM di Kota Damansara yang bertanding atas tiket PKR di Kota Damansara.

Perkara ini diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media di Pusat Media PAS Jalan Raja laut hari ini.

Ustaz Hadi juga memaklum, semua ahli PAS yang bertanding atas tiket bebas termasuk penyokong dan pencadang mereka akan dipecat dari menjadi ahli PAS.

Dalam penamaan calon Sabtu 20 April lepas, calon PAS dan PKR bertindan di tujuh kawasan pilihan raya iaitu satu Parlimen dan enam DUN.

Ekoran itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Ahmad Sabki Yusof memaklumkan ia akan diselesaikan hari ini.

Dengan pengumuman ini bermakna semua kerusi yang bertindih selesai kecuali DUN Kota Damansara yang akan dirundingkan lagi dengan mereka yang terlibat.

Tentera pastikan keselamatan Lahad Datu pada PRU

Posted: 22 Apr 2013 01:19 AM PDT

 
MALAYSIA KINI


 
Pasukan keselamatan akan memastikan tahap keselamatan di Lahad Datu, lokasi pencerobohan kumpulan pengganas di pantai timur Sabah, berada dalam keadaan baik menjelang pilihan raya umum ke-13 5 Mei ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan sentiasa mengawasi Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) bagi menghalang penceroboh daripada menggugat proses pilihan raya.

"Sekiranya ada gelombang kedua atau ketiga kemasukan penceroboh, kami sentiasa berada di barisan hadapan termasuk di kawasan perairan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan konsert 'Malam Barisan Kita' di Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau berkata pasukan ATM dan PDRM akan berada di semua pusat daerah mengundi (PDM) di Lahad Datu untuk memastikan keselamatan.

Turut hadir pada konsert itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Md Zin, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf.

Sempena acara itu, sejumlah RM515,000 daripada Felda Global Ventures, DRB Hicom dan Metro Kajang Holdings disalur kepada tabung kebajikan ATM dan PDRM.- Bernama

Pulangkan RTM kepada rakyat

Posted: 22 Apr 2013 01:15 AM PDT



Oleh Muhammad Ismi Mat Taib

Pilihanraya sebenarnya adalah kemuncak kepada amalan Demokrasi di Malaysia.UMNO dan Barisan Nasional akhirnya akur dan merendah diri apabila mereka sanggup "menuntut ilmu" daripada Pakatan Rakyat mengenai cara-cara ingin membuat Manifesto. 

Namun, tidak cukup dengan ilmu menawarkan manifesto, Umno BN juga perlu belajar bagaimana ingin melaksanakan manifesto tersebut. Jika kaedah urustadbir sedia ada yang diteruskan oleh BN, maka manifesto tersebut tidak akan dapat memberikan kesan yang dimahukan oleh rakyat.

Manifesto Pakatan Rakyat wujud disebabkan oleh keinginan rakyat untuk melihat sebuah kerajaan yang adil, telus dan berkebajikan.

Inilah mesej utama dalam manifesto Pakatan Rakyat. Jika konsep ini gagal difahami oleh Umno BN, maka negara akan tetap terus mundur dan keadaan ekonomi negara akan semakin teruk terjejas.

Mangsa utama kepada risiko ini adalah rakyat. Justeru, Rakyat perlu bijak dalam memilih "pagar". Jangan sampai, harapkan pagar, pagar yang makan padi.

Bukti utama kegagalan Umno BN ialah mengembalikan fungsi Radio Televisyen Malaysia (RTM) kepada fungsi asalnya iaitu menjadi jentera penerangan Kerajaan.

Sebaliknya RTM terus menjadi jentera penerangan Umno BN seolah-olah mereka sahaja yang bertanding di dalam Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) kali ini.

Kegagalan fungsi ini sudah jelas menunjukkan bahawa Umno BN tidak mahu berubah dan sentiasa akan berlaku zalim kepada harta dan hak rakyat.

Saya, sebagai rakyat Malaysia yang dijamin hak untuk memilih dan dipilih dalam PRU13, mencabar RTM dan Umno BN sendiri untuk mengembalikan fungsi media yang bertanggungjawab membekalkan maklumat yang cukup kepada rakyat untuk membuat penilaian.

Monopoli media oleh Umno BN hanya akan menimbulkan perasaan jelek rakyat yang kini sudah tidak lagi mahu dipermainkan.

*Penulis adalah Penolong Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat dan juga Calon Parlimen Parit.

Najib Minta Nyawa Untuk Kekal Sebagai Perdana Menteri

Posted: 22 Apr 2013 01:04 AM PDT




Oleh Shahbudin Husin

Diantara sekian banyak poster yang memaparkan gambar Najib yang kini mula dipasang bertebaran di seluruh negara, poster yang agak pelik  ialah memaparkan gambar beliau beserta tulisan besar diatasnya Undi Perdana Menteri! dengan gambar undi dacing pula di bahagian bawahnya.

Di sekitar jalan strategik di Kuala Lunpur dan Selangor, poster Najib bertulis Undi Perdana Menteri! ini yang kelihatan paling menonjol berbanding gambar-gambar Najib lainnya. Ia juga dipasang agak banyak berbanding posternya yang lain, selain  bendera-bendera dacing  turut kelihatan  banyak di pasang di kiri kanan jalan-jalan  utama.

Sebagai Pengerusi BN, sebenarnya adalah biasa gambar-gambar Najib dipasang di seluruh negara sebagai membuktikan pengiktirafan BN terhadap beliau sebagai pemimpin utamanya. Di zaman Mahathir dan Pak Lah juga, gamnbar-gambar mereka turut dipasang di seluruh negara beserta poster-poster lainnya.

Selain itu, gambar-gambar itu juga bertujuan untuk menaikkan semangat ahli dan penyokong BN semasa tempoh kempen ini.  Tetapi meletakkan tulisan Undi Perdana Menteri! beserta gambar Pengerusi BN untuk dijadikan poster merupakan perbuatan yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana Pengerusi BN sebelum ini.

Selalunya poster dalam pilihanraya hanya ditulis perkataan yang menunjukkan arah perjuangan dan bentuk negara yang ingin dibawa serta tidak melibatkan kepentingan jawatan atau peribadi. Slogan dalam poster biasanya lebih untuk masa depan negara seperti "Untuk Malaysia Yang Lebih Baik", "Harapan Rakyat" dan yang senada dengannya. Di zaman Pak Lah misalnya, posternya hanya ditulis perkataan "Cemerlang, Gemilang, Terbilang" dan lain-lain slogan yang menjadi intipati perjuangannya ketika itu.

Di zaman Mahathir juga, walaupun beliau terlihat ghairah terhadap kuasa tetapi beliau tidak tergamak menulis posternya dengan tulisan Undi Perdana Menteri!. Mahathir pun tahu menyimpan niat sebenar dalam hatinya.

Tindakan Najib berbuat demikian tidak lain membuktikan kerakusan dan keghairahannnya terhadap jawatan Perdana Menteri itu sendiri. Memanglah semua orang tahu jika BN menang, beliaulah yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri tetapi pemimpin lain tidak pernah menunjukkkan keghairahan itu secara melampau dan terbuka.

Sementara beliau kerap menuduh Anwar Ibrahim sebagai gila kuasa dan semata-mata ingin menjadi Perdana Menteri, Najib akhirnya telah mendedahkan hakikat perjuangan dirinya yang sebenar. Mengejar dan mengekalkan jawatan Perdana Menteri adalah matlamat utama beliau yang sebenarnya.

Dalam masa yang sama, tergamaknya Najib membuat poster sedemikian rupa dan memasangnya di seluruh negara juga membuktikan beliau amat takut kehilangan jawatan itu. Beliau bukan saja takut kehilangan jawatan itu kepada Anwar jika Pakatan Rakyat mampu menguasai lebih daripada 112 kerusi Parlimen tetapi Najib juga terlihat takut kepada pesaingnya dalam UMNO sendiri.

Dalam pilihanraya yang paling getir ini, di ketika beliau sedang bertungkus-lumus memastikan kemenangan BN, suara-suara juga sudah mula kedengaran bahawa Najib seharusnya juga dengan rela hati berundur jika beliau gagal mencapai majoriti dua pertiga. Jika Pak Lah disingkirkan kerana hanya mampu menang 140 kerusi pada 2008, Najib juga harus berbuat demikian jika jumlah kerusi yang mampu dicapainya kali ini kurang daripada itu.

Dengan meletakkan matlamat mengekalkan jawatan Perdana Menterinya kali ini, Najib juga jelas dilihat amat terdesak kali ini. Cabarannya bukan saja daripada Pakatan Rakyat dan rakyat yang menolaknya tetapi juga  daripada penyokong UMNO sendiri yang turut menolaknya.

Tuhan kini sudah mula menunjukkan siapa Najib yang sebenarnya. Dalam dia ghaiarah menuduh orang lain semata-mata ingin menjadi Perdana Menteri, hakikat yang ada dalam dirinya tersembul akhirnya. Dengan keghaiaran Najib hanya semata-mata untuk mengekalkan jawatan Perdana Menterinya, perjuangan dan matlamat BN terhadap rakyat nampaknya mulai tidak penting lagi.

BN dalam fasa akhir menjelang rakyat membuat penentuan 5 Mei ini hanyalah  alat untuk Najib meminta nyawa daripada pengundi supaya beliau terus dikekalkan sebagai Perdana Menteri.  Kerusi Perdana Menteri adalah matlamat utamanya.

Di sebalik tindakan Najib selama empat tahun ini memperguna banyak  keistimewaan jawatan Perdana Menteri itu untuk kepentingan keluarga, anak-anak dan kroninya sehingga menjadi perbualan  rakyat, tindakan beliau secara terus-terang meminta nyawa kali ini menjadikan lebih ramai yang berbelah bahagi terhadapnya.

Ini kalilah!!

Kamilia kata tak ditawarkan kerusi

Posted: 22 Apr 2013 12:59 AM PDT

MALAYSIA KINI


 
Bekas naib ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim menangkis kenyataan pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau telah ditawarkan untuk bertanding di kerusi DUN Bukit Chandan, sebelum bertindak keluar parti dan bertanding sebagai calon Bebas.

Kamilia dalam satu kenyataan di laman Facebook juga berkata beliau menerima keputusan Umno yang menggugurkan beliau daripada parti tersebut kerana bertanding menentang BN.

"Datuk Kamilia Ibrahim tidak ditawarkan mana-mana kerusi untuk bertanding dalam PRU13.

"Beliau menerima keputusan Umno beliau tidak diperlukan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Umno kerana memberi peluang untuk berkhidmat kepada parti selama 30 tahun.

"Beliau membuat keputusan untuk berhenti sebagai ahli Umno dan bertanding sebagai calon bebas untuk terus mempelopori suara wanita dan rakyat Kuala Kangsar," katanya dalam kenyataan itu.

Mat Taib: Hanya PAS mampu bimbing ke arah Islam

Posted: 22 Apr 2013 12:53 AM PDT

 


 
Bekas naib presiden Umno Tan Sri Muhammad Muhammad Taib berkata beliau percaya PAS merupakan satu-satunya parti yang boleh membimbing Malaysia ke arah Islam.

"Hanya PAS boleh bawa kesedaran," katanya dalam satu sidang media selepas menyerahkan borang keahliannya kepada presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

NONE"Saya mesti menyokong parti yang boleh membawa kepada panduan (Islam)," tambahnya.

Bekas menteri besar Selangor itu mengakui bahawa BN telah membawa pembangunan di Malaysia, namun pembangunan itu, menurutnya, dijalankan "tanpa roh."

"Islam mesti berkembang dari bandar-bandar, seperti Mekah dan Medinah menjadi pusat penyebaran Islam ketika zaman Nabi Muhammad.

"Sepatutnya bandar-bandar menjadi pemancar kepada agama Islam"

"Lembah Kelang adalah Metropolis, sepatutnya menjadi panduan kepada (penduduk luar bandar)," katanya lagi.

Turut hadir di sidang media tersebut ialah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, timbalan mursyidul am Datuk Haron Din serta dua naib presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Laporan hari ini menyebut, Muhammad yang berkempen untuk calon PKR di Hulu Selangor semalam juga dijangka akan tampil sekali lagi bersama ketua umum parti berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum pilihan raya umum 5 Mei.

Bekas laksamana: Undi pos bukan lagi jaminan BN

Posted: 22 Apr 2013 12:51 AM PDT



 
Jika dahulu undi pos dianggap sebagai deposit tetap BN, kali ini keadaan mungkin berubah di Perak apabila Pakatan Rakyat menggunakan pendekatan baru meletakkan tokoh pasukan keselamatan sebagai calon pilihan raya bagi memperjuangkan nasib mereka.

"Insya-Allah berpandukan perkhidmatan, kenalan, kita tak buat aniaya pada warga TLDM (tentera laut), kita akan dapat sokongan dari TLDM ," kata bekas ketua staf logistik Markas Armada Tentera Laut Laksamana Pertama (B) Datuk Abdul Imran Abd Hamid, yang akan bertanding di Parlimen Lumut atas tiket PKR.

Berbeza dengan pilihan raya umum 2008, Pakatan kali ini membariskan empat tokoh bekas pemimpin keselamatan, termasuk seorang bekas pegawai kanan polis bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri Darul Ridzuan itu.

Dua daripadanya diletakkan di kawasan tentera dan dua lagi di kawasan biasa - strategi serampang dua mata yang dilihat bukan sahaja untuk mendapatkan undi kawasan setempat, tetapi membantu menaikkan imej secara keseluruhannya di negeri itu.

Selain Imran, PKR membariskan bekas pegawai pasukan keselamatan Mejar (B) Abdullah Masnan di DUN Pengkalan Hulu, dalam kawasan Grik - Parlimen yang mempunyai seramai 3,666 pengundi polis dan tentera.

DUN itu sebelum ini ditandingi oleh calon PKR Lee Sing Long yang kalah kepada bekas menteri besar Perak, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali dengan majoriti 4,645 undi.

Manakala bekas pengarah siasatan jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari akan bertanding di Parlimen Larut dan Brigedier Jeneral (B) Hadi Abdul Khattab akan menggalas misi PKR di DUN Behrang. Kedua-duanya kawasan pengundi biasa.

Bagaimanapun, tugas paling berat dipikul oleh Imran kerana Lumut mempunyai seramai 13,287 pengundi pos berbanding 74,996 pengundi biasa. Jumlah ini mewakili hampir 18 peratus jumlah pengundi.

Dalam pilihan raya umum lalu, Pakatan mendapat 3,818 undi pos manakala BN pula mendapat 5,982 undi. Berlaku pertambahan undi pos hampir 3,500 orang di kawasan itu.

Keputusan besar pula bagaimanapun menunjukkan calon PKR Suwardi Sapuan tewas tipis di tangan penyandang kerusi itu, Datuk Seri Kong Cho Ha dengan majoriti hanya 298 undi. Kong akan bertanding sekali lagi kali ini. http://undi.info/perak/p/P74

Di atas kertas, sekiranya Imran dapat menaikkan sedikit sahaja sokongan tentera, sudah pasti Lumut akan dirampas oleh Pakatan dan beliau boleh melangkah masuk ke Dewan Rakyat dengan penuh bergaya.

Pemerhati politik berpendapat, seperti Abdullah, Imran yang berkhidmat sebagai tentera untuk tempoh yang panjang - 37 tahun -- mempunyai kelebihan kerana sebelum ini pernah bertugas di kawasan Lumut.

"(Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) tawar Parlimen Lumut ini kepada saya kerana dia kata mungkin pengaruh saya boleh membantu kemenangan di sana.

"(Tentera) tersangatlah sedar sekarang. Susah nak dipengaruhi. Ramai yang dah sedar dan tahu tentang kebocoran, rasuah. BN sekarang tak ada jaminan untuk menang dengan undi pos," katanya ketika ditemui Malaysiakini di Wisma Keadilan Perak, Ipoh, Perak sebelum ini.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Pakatan Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengakui bahawa dengan meletakkan bekas anggota keselamatan sebagai calon di empat kawasan tersebut merupakan salah satu strategi Pakatan untuk menarik undi tentera.

Katanya, selain calon yang diletakkan mempunyai ciri-ciri ketokohan dan kewibawaan dalam bidang masing-masing, ia juga sebagai satu pendekatan mesra kepada anggota keselamatan supaya tidak takut untuk mengundi Pakatan.

"Tokoh-tokoh ini berwibawa semasa mereka bertugas dahulu. Tak terpalit dengan isu rasuah dan semasa bertugas mereka dihormati. Jadi kita gabungkan nilai-nilai ini untuk tunjuk pada kalangan tentera, polis bahawa ada orang yang berwibawa boleh jadi pemimpin.

"Adanya mereka dalam Pakatan, sekurang-kurangnya akan beri ruang pada tentera bahawa mereka masih ada lagi harapan dan masa depan.

"Ini adalah pendekatan mesra Pakatan kepada polis dan tentera. Strategi untuk menarik kakitangan tentera ini mengundi Pakatan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mat Taib dijangka sertai kempen bersama Anwar

Posted: 22 Apr 2013 12:42 AM PDT

 
MALAYSIA KINI


 
Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang berkempen untuk calon PKR di Hulu Selangor semalam dijangka akan tampil sekali lagi bersama ketua umum parti berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum pilihan raya umum 5 Mei.

Menurut laporan Sinar Harian, Muhammad hadir ke majlis itu untuk menyatakan sokongan ke atas calon PKR bagi kerusi parlimen Hulu Selangor Khalid Jaafar dan juga Datuk K Ramachandran, calon parti berkenaan untuk kerusi DUN Batang Kali.

"Beliau turut menjulang tangan saya bersama Datuk Ramachandran sebagai sokongan terhadap pencalonan kami di kawasan ini.

"Mat Taib turut dijangka menghadiri program bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Mei ini, insya-Allah," kata Khalid seperti dipetik dalam laporan Sinar Harian.

Laporan itu menyebut, Muhammad hadir bersama hampir 2,000 orang di majlis anjuran Persatuan Bengkulu Malaysia di Sungai Choh, di Batang Kali itu.

Penyertaan Muhammad ke dalam Pakatan dijangka akan memberi peluang kepada Pakatan untuk mengukuhkan lagi serangan ke atas pentadbiran BN – khususnya berhubung skandal tanah yang berlaku semasa pentadbiran Muhammad sebagai menteri besar.

Muhammad dijangka akan diperkenalkan secara rasmi sebagai anggota PAS hari ini.

Penampilan bekas ketua perhubungan Umno Selangor itu mencuri perhatian ramai pihak selepas beliau memencilkan diri dari publisiti media selepas tewas dalam pertandingan untuk merebut jawatan timbalan presiden Umno pada 2009.

Tangan Dr M dalam pencalonan 2 calon PERKASA

Posted: 22 Apr 2013 12:40 AM PDT

 


 
Langkah BN membariskan Naib Presiden PERKASA Datuk Zulkifli Nordin dan calonnya memberi laluan kepada presiden kumpulan pendesak Melayu Datuk Ibrahim Ali itu merupakan tanda-tanda kuasa mutlak bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Suatu hari nanti dia akan letakkan Ibrahim sebagai perdana menteri," kata ketua anggota parlimen DAP Lim KIt Siang dalam sidang media di Gelang Patah hari ini.

Beliau juga menyebut beberapa keadaan yang menunjukkan komponen BN yang lain tidak relevan bawah hegemoni Umno.

"Jelas sekali, PERKASA kini menjadi entiti ke-14 dalam BN. Apa pendirian MCA, Gerakan dan komponen parti yang lain? Adakah mereka setuju PERKASA menjadi parti tidak rasmi dalam BN?"

Hina Hindu: Zulkifli persalahkan PR

Posted: 21 Apr 2013 11:08 PM PDT

KL TODAY

 

Calon Barisan Nasional (BN) Shah Alam Datuk Zulkifli Noordin memohan maaf kepada masyarakat India dan mengakui kesilapannya kerana pernah mengeluarkan kata-kata menghina agama kaum ketiga terbesar di Malaysia itu dalam kempennya pada hari kedua.

Naib presiden Perkasa itu cuba mengalihkan kemarahan terhadap dirinya dengan mengatakan kaum India perlu marah kepada kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat (PR) kerana tindakan merobohkan kuil lebih hina daripada apa yang beliau lakukan.

"Saya bila diberitahu dey, you cakap itu macam salah. Itu orang India sudah rasa hati. Saya terus cakap sorry, saya sudah silap, saya minta maaf," kata Zulkifli merujuk kepada kenyataannya menghina agama Hindu yang tersebar di laman sosial Youtube beberapa minggu lalu.

"Tetapi kalau saudara marahkan saya kerana kenyataan itu, saudara kena marah kepada kerajaan PKR, DAP dan PAS yang hina lebih teruk agama orang Hindu. Meruntuhkan kuil di dalam rumah orang. Meruntuhkan kuil berusia 124 tahun di negeri Selangor itu lebih hina," katanya merujuk kepada sebuah kuil India yang beliau dakwa diruntuhkan oleh kerajaan Selangor Oktober lalu.

Menurut Zulkifli, selepas menyertai BN, beliau sedar masyarakat berbilang kaum dan agama boleh hidup bersama dengan harmoni di negara ini.

Di dalam dewan Hotel Panmour, tempat majlis itu diadakan, tergantung sebuah sepanduk bertulis, "Bersama Najib Dahulukan Rakyat, Undi Zulkifli Noordin" selain daripada hadirin yang majoritinya merupakan anak-anak muda India.

"Saya dah sebut dibanyak tempat. Saya amalkan politik pelampau, politk ekstrim, politik rasis, chauvinis, kerana pembangkang DAP, PKR, PAS ajar kita macam tu.

"Bukan sahaja rasis, chauvinis terhadap kaum India, tetapi terhadap kaum sendiri. Kita orang Melayu dalam pembangkang diajar benci kaum sendiri," katanya dihadapan lebih kurang 100 orang masyarakat India dalam sebuah majlis makan malam di sini anjuran Persatuan Kebajikan dan Kesejahteraan Insan Petaling Selangor.

Zulkifli tidak ketinggalan untuk "menjual" idea Gagasan 1Malaysia dihadapan hadirin dengan mengumpamakan masyarakat Melayu, Cina dan India di Malaysia seperti memakan sirih.

"Kita bangsa Melayu, Cina dan India di Malaysia ni, macam sirih. Orang Melayu daun, orang Melayu daun yang hijau, dia besar. Orang Cina dia buah pinang dia kecik sikit. Orang India kapur tu, Sunarpu.

"Saudara, kalau saudara makan sirih, walaupun daun Melayu tu besar, buah pinang Cina tu ada, tapi kalau takde Sunarpu, tak ada kapur, itu sirih tak jadi merah langsung," kata beliau disambut dengan tepukan gemuruh.

Keputusan BN meletakkan Zulkifli yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Kulim Bandar-Baru sebagai calon bagi kerusi Parlimen Shah Alam menimbulkan kontroversi.

Keputusan tersebut menyebabkan Datuk Seri Najib Razak dikritik hebat, sebahagian besarnya disebabkan reputasi Zulkifli sebagai seorang Muslim berhaluan kanan, jawatannya sebagai naib presiden Perkasa dan kontroversi terbarunya mengenai penghinaan terhadap penganut Hindu.

Video menunjukkan Zulkifli menggunakan perkataan "Keling", yang masyarakat India rasakan sebagai penghinaan kaum, tersebar baru-baru ini, beberapa hari selepas satu lagi video menyaksikan beliau mempersoalkan seorang peniaga India mengapa tuhan Hindu tidak menyelamatkan kedainya daripada banjir, menyebabkan kemarahan penganut Hindu.

Zulkifli pernah menjadi salah seorang panel peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mempersoalkan kesuciaan Sungai Ganges yang turut dikenali sebagai Ganga di India, dianggap suci oleh penganut Hindu.

Zulkifli menjadi ahli parlimen bebas mesra BN selepas dipecat daripada PKR pada 6 Mac, 2010 disebabkan laporan polis yang dibuatnya kepada penyandang kerusi parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Pengarah Strategi MIC S Vell Paari mengatakan BN akan kalah di Selangor pada 5 Mei ini jika gabungan tersebut bertegas untuk meletakkan Zulkifli di Shah Alam. Sumber: The Malaysian Insider

Aznil & Sazzy kempen untuk Najib

Posted: 21 Apr 2013 10:28 PM PDT

KL TODAY

 

Pelakon popular Sazzy Falak dan personaliti televisyen Aznil Nawawi Datuk bertemu peminat Starstruck mereka di Pavilion di Jalan Bukit Bintang tetapi mereka tidak menggembar-gemburkan filem terbaru mereka atau album.Sebaliknya, mereka telah memberikan 10,000 percuma T-shirt dan topi dan 100,000 lencana pin bawah Pendamai. Kestabilan. Kemajuan: Najib Untuk kempen Malaysia di bawah  Fan Kelab Penyokong PM.

Aznil berkata selebriti boleh menyokong sesiapa sahaja yang mereka mahu, sambil menambah bahawa beliau menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional kerana negara ini telah berkembang dari segi ekonomi sejak merdeka.

"Kempen kami adalah untuk tidak meletakkan mana-mana pihak lain.

"Kami hanya di sini untuk menggalakkan Najib sebagai penyokong," kata Aznil, 51.

Bekas pengacara Akademi
Fantasia itu berkata, dia tidak terlalu diganggu oleh pemikiran yang keluar untuk menyokong Barisan akan menjejaskan populariti beliau di kalangan peminat pro-Pakatan itu.

"Saya mahu disukai untuk bakat saya. Jika peminat menyokong saya berdasarkan politik, saya rasa yang agak cetek. Tetapi semua orang bebas untuk mempunyai pendapat," katanya.

Untuk Gol & Gincu bintang Sazzy, 32, matlamat utama beliau adalah untuk menggalakkan orang ramai untuk menjadi yang berminat dalam politik, sambil menambah, bagaimanapun, bahawa "jika anda bertanya kepada saya, mereka (Barisan) telah melakukan pekerjaan yang baik."

Cuaca petang hujan tidak banyak untuk menghalang orang daripada membentuk beratur panjang di hadapan pusat membeli-belah.

Para peminat
, yang juga dirawat dengan persembahan muzik oleh artis-artis tempatan Altimet, Awi Rafael dan Narmi, maka digalakkan untuk meletakkan barang-barang, mengambil gambar dan mereka naik ke laman web media sosial dengan hashtag # najibmypm dalam menunjukkan sokongan.

Reka bentuk termasuk Andy Warhol dan Shepard Fairey seperti ilustrasi Najib dengan slogan-slogan seperti "Najib, PM saya, Keamanan, Kestabilan dan Kemajuan".

Pilih PR untuk masa depan mampan atau kekalkan BN yang rasuah

Posted: 21 Apr 2013 10:23 PM PDT

Roketkini.com

:

GELANG PATAH- Beliau berkata, Hari Bumi adalah merupakan kesempatan terbaik untuk mengingatkan alam semula jadi yang semakin merosot sejak beberapa dekad yang lalu, sumber asli dirompak oleh kerajaan rasuah dan kroni mereka yang membawa pencemaran, penebangan hutan dan menghambat kemusnahan hidup rakyat.

"Ketika Persidangan Perubahan Iklim Bangsa-bangsa Bersatu pada 2009, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Malaysia bersetuju untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida sehingga 40% pada 2020 berbanding 2005, bagaimanapun, industri tercemar yang ditolak negara maju lain seperti Lynas dibenar beroperasi di Kuantan dan diberi pengecualian cukai selama 12 tahun," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Kit Siang yang bertanding di Parlimen Gelang Patah berkata, BN juga meneruskan pembinaan hab petrokimia gergasi di Pengerang, kilang peleburan aluminium di Sarawak, dua loji nuklear di negara ini, membuktikan kerajaan BN sanggup mengejar pembangunan ekonomi dengan mengorbankan alam sekitar dan kesihatan rakyat.

Beliau berkata, jika BN terus mentadbir negara, Malaysia tidak akan mencapai kemajuan mampan, karbon rendah dan masa depan sumber yang cekap.

Katanya, hanya Pakatan Rakyat yang berjanji menjadikan Malaysia tempat yang lebih bersih, hijau, selamat dan sihat untuk hidup akan menolak kilang nadir bumi dan loji nuklear untuk memastikan generasi akan datang dapat hidup dalam dunia yang lebih baik.-Roketkini.com

Tiada ulasan: