DIALOG RAKYAT |
- BN bakal bergelora selepas nama calon diketahui
- [EDISI KANTOI] Utusan Terus Menipu Dan Menipu....
- Nik Aziz : DAP Tidak Takut Kepada Islam, Sebaliknya Umno Yang Takut Islam
- Rafizi Saman Papagomo Untuk Matikan Budaya Fitnah
- Empat lelaki ditahan berhubung kes tetak lelaki semasa pasang bendera
- Dr Juanda tanding di Kangar
- Kiram: 400 lagi askar Sulu tiba di Sabah
- BN tampil 31% calon profesional dan ulama
- Umno nafi edar video seks, mahu saman Harakahdaily
- Video Seks Nik Aziz. Satu Lagi Serangan Politik Lucah Menjelang Pilihanraya PRU Ke 13! Patutkah?
- Mat Taib sertai PAS
- SU PAS cawangan umum tanding bebas
- DAP turunkan lagi ayam tambatan di Johor
- Bekas presiden, naib presiden MCA tak dicalonkan?
- Najib serah watikah calon, penyokong BN bantah
- Najib rayu rakyat jangan ‘UBAH’
- Abdul Khalid Tanding Pelabuhan Klang, Mahu Tebus Kesilapan
- PKR Tampil Calon Parlimen Dan DUN Boleh Menang
- Ribut melanda empat kawasan, 30 rumah rosak
- Rafizi saman jika fitnah isu perletakan jawatan Petronas berterusan
- Siaran langsung temu bual CNBC dengan Anwar pagi ini
- 7 Mei harga minyak seluruh negara turun – Anwar
- 4 janji Pakatan Rakyat kepada anak muda
- Nie Ching ikut jejak Kit Siang?
- Nik Aziz: Umno-BN tadbir ala komunis
BN bakal bergelora selepas nama calon diketahui Posted: 15 Apr 2013 05:06 AM PDT
Semalam Malaysiakini melaporkan MCA bahagian Gelang Patah mengisytiharkan berhenti kerja selepas mendapat ura-ura bahawa Pengerusi MCA Gelang Patah Jason Teoh bakal tidak dicalonkan. Arahan itu dikeluarkan sejurus selepas pertemuan dengan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek semalam. Menteri Besar Johor Datuk Seri Abdul Ghani Othman yang ditendang dari kerusi DUN Johor dikatakan bakal berentap situ untuk berdepan dengan penasihat DAP Lim Kit Siang. MCA bahagian Serdang pula memberontak setelah mendapat maklumat bahawa seorang pembelot dalaman bakal dicalonkan sebagai calon parlimen Serdang. Liew Yuen Keong, Ketua MCA Serdang yang enggan mendedahkan nama pembelot itu berkata rahsia pembelot ini memang diketahui umum di kawasannya. Ini tidak ditambah lagi dengan pemberontakan di MCA Wangsa Maju dan Kuantan. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob melenting apabila akhbar The Star melaporkan bahawa kerusi Kuantan akan digantikan dengan kerusi Temerloh. Akhirnya The Star terpaksa membuat permohonan maaf dan pembetulan terhadap berita tersebut. Kerusi Wangsa Maju pula hampir pasti hilang dari tangan MCA apabila Setiausaha Agong Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kerusi itu adalah kerusi pinjam dari Umno ke MCA. Berita perebutan kerusi Umno pula tertutup sehingga kini. Tapi insiden di Putrajaya di mana satu laporan polis dibuat ke atas Tengku Adnan kerana menampar seorang pemimpin Umno tempatan yang datang berjumpa beliau. Ura-ura menyatakan bahawa ia berpunca daripada agihan kerusi. Ramai yang mengunakan pemimpin veteran parti yang disegani Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak untuk melobi bagi pihak mereka. Kes paling klasik ialah apabila seorang menteri penggal lalu telah mengguna khidmat isteri sendiri untuk melobi supaya beliau dikekalkan. Dalam pertemuan 10 April, Najib membuat seruan terakhir kepada pemimpin akar umbi BN supaya menerima senarai calon yang bakal diumumkan kelak. Harakahdaily sempat menelefon sumber Umno untuk bertanyakan mengenai perkembangan calon-calon BN sejurus berita melaporkan bahawa Najib bakal menyerahkan surat tauliah pemilihan calon Barisan Nasional (BN) kepada pengerusi-pengerusi negeri di ibu negara. "Masalah terbesar calon BN ialah perkataan 'winnable' itu. Tiada kriteria pada perkataan 'winnable'. Bukan tengok track record, bukan nilai prestasi dan bukan nilai peluang menang. Ia dinilai siapa yang Kak Ros suka dan Tun Mahathir suka. Di samping itu juga ada percaturan nak pastikan kem masing-masing mendapat calon parlimen yang paling banyak menang. "Sebab itu baru timbul rasa tidak puas hati melampau. Sekarang buat apa pun silap. Hanya harap Tingkat 2 B4 jangan rumitkan keadaan. Umno tak boleh bentuk kerajaan sendiri sepertimana PAS dulu. Apa yang mereka buat kini ialah biar Umno jalan seorang tanpa rakan-rakannya," kata sumber Umno itu. Sumber Umno menambah penentuan calon kali ini juga berkait rapat dengan pemilihan parti Umno yang bakal berlaku selepas PRU13. "Ini yang merumitkan keadaan. Dalam percaturan ada percaturan. Jika ramai memberontak dan situasi dalaman tidak terkawal, tunggu sahaja video fitnah akan keluar lagi untuk mengalih perhatian rakyat. Just be prepared," nasihat sumber Umno itu lagi. Ketika ditanya samada beliau bakal menjadi calon di PRU13, sumber Umno itu berkata, "Insha-Allah, kalau Kak Ros tak membantah, ya. Saya pernah tersilap kata benda tak baik pada dia dan perkara itu sampai padanya. Kalau Kak Ros masih berdendam, tak ada harapanlah." | ||||
[EDISI KANTOI] Utusan Terus Menipu Dan Menipu.... Posted: 15 Apr 2013 04:59 AM PDT Kalau dah namanya PENJILAT HARAM JADAH, UTUSYAITAN DIKENALI.. Macam ni la mereka melaporkan berita. Berita dilaporkan pun berunsur FITNAH. Sampai tuan punya badan sendiri TERKEJUT!!! Terima kasih pada Dr Maszlee Malik yang menjelaskan tentang penipuan ini.. -fb
Utusan tak tahan dengan 'kesedapan' tajuk "Sah Muhammad Taib sertai PAS", "Bekas MB sertai PAS" yang berlegar-legar di media PR. Oleh itu, Utusan pun nakkan tajuk sedap juga… -ekeleh.com klik untuk baca | ||||
Nik Aziz : DAP Tidak Takut Kepada Islam, Sebaliknya Umno Yang Takut Islam Posted: 15 Apr 2013 04:51 AM PDT SHAH ALAM: Penerimaan bukan Islam khususnya kaum Cina mengenai dasar Islam yang dibawa PAS sehingga mereka tidak lagi berasa takut merupakan satu perkembangan baik untuk lanskap politik Malaysia. Perkara ini menunjukkan dakwah 'Islam Untuk Semua' dibawa PAS sebagai agama daripada Allah SWT hanya menggerunkan Umno sahaja tetapi diterima baik masyarakat seperti yang berlaku di Kelantan. Atas dasar ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, DAP boleh menggunakan lambang parti PAS sekiranya pendaftaran mereka dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bersabit kontroversi pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC). "Alhamdulillah kerana Islam adalah agama untuk semua, bukan untuk orang Arab sahaja, sekarang Cina mula tidak takut kepada Islam. Islamphobia tidak ada. "DAP dalam seminggu lepas sekiranya parti DAP diharamkan ROS, DAP nak bertanding guna lambang bulan (PAS). "DAP sudah tidak takut kepada Islam sebaliknya Umno yang takut kepada Islam," katanya. Mengulas lanjut ketika sesi soal jawab 'Bicara Cinta' katanya, kumpulan Sami Buddha di Tumpat, Kelantan memberikan contoh yang baik berbanding Umno apabila memberikan sumbangan sebanyak RM70,000 kepada kerajaan negeri untuk projek pembinaan Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai. "Waktu Datuk Husam iklan nak buat lebuh raya, sami (Buddha) Tumpat jemput saya dan beri hadiah. "Hampir RM70,000 sami Buddha derma kepada Kerajaan Kelantan. Dia yakin dengan Islam yang PAS bawa. "Umno Kelantan buat apa? Dia bawa kereta sorong buruk. Otak umno mempersenda Kerajaan Kelantan buat lebuhraya," jelasnya lagi. Di samping itu katanya, dalam usaha menawan pengundi Kelantan, Umno-BN ingin menampilkan calon berstatus 'ulama' sedangkan dasar perjuangan mereka menumpukan kepada politik kebangsaan. Tegasnya, sekiranya Umno-BN ingin 'meniru' dasar PAS yang mengetengahkan tokoh agama untuk dijadikan pemimpin, mereka seharusnya mengambil kira semua aspek dan bukannya memilih perkara tertentu sahaja. "Umno Kelantan buat kenyataan dalam seminggu dua ini nak memlih calon ulama. Dia kebangsaan, pilih ulama. Dah kenapa tidak pilih kebangsaan? "Nak tiru dengan sebab orang Kelantan suka ulama, pilih ulama. Mana ada ulama dalam kebangsaan. Ulama ertinya orang yang mahir dengan agama Allah," tambah Nik Aziz lagi. Bertempat di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz turut melancarkan buku terbarunya bertajuk 'Bicara Ini Demi Ilahi' terbitan Grup Buku Karangkraf. | ||||
Rafizi Saman Papagomo Untuk Matikan Budaya Fitnah Posted: 15 Apr 2013 04:22 AM PDT PETALING JAYA : Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli akan mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger pro Umno-BN, Papagomo berikutan penyiaran berita palsu bahawa Rafizi dipecat daripada Petronas kerana masalah disiplin. Fitnah tersebut disiarkan di laman blog www.papagomo.com pada 11 April lalu. Rafizi berkata, tindakan itu diambil bagi mematikan budaya fitnah yang kini dilihat menjadi trend di media sosial terutama berkaitan blogger pro Umno-BN. "Itu bukan kali pertama laman Umno-BN tersebut menyiarkan berita seperti itu yang memfitnah saya tanpa ada sebarang asas. Saya fikir ia adalah berita kitar semula yang diulang lima atau enam kali. "Alasan mengapa kita pedulikan Papagomo kerana dia mendapat perlindungan sepenuhnya sama ada dari segi kewangan atau termasuk dipercaya mendapat arahan daripada pimpinan tertinggi Umno-BN. "Berhadapan dengan Papagomo sama maknanya berhadapan dengan Umno-BN," katanya dalam sidang media di sini hari ini. Papagomo tidak melakukan pembetulan atau menarik balik berita tersebut biarpun penafian dibuat Rafizi di laman blognya selepas itu. Rafizi menjelaskan peguamnya akan menyerahkan surat tuntutan kepada Papagomo dan beliau tidak boleh melarikan diri kerana dia sendiri mempunyai kes mahkamah bersama bekas isterinya. Dakwanya, Papagomo kini adalah insan paling penakut di Malaysia kerana tidak berani untuk menerima surat tuntutan. "Saya percaya Papagomo akan mencari pelbagai alasan untuk tidak menerima surat tuntutan ini termasuk menafikan Wan Muhamad Azri Wan Deris itu adalah Papagomo. "Malah pengumuman akan bertanding di Permatang Pauh adalah helah Papagomo untuk meletakkan orang lain yang akan mengaku sebagai Papagomo," katanya. Rafizi menjangkakan akan berlaku pertukaran kerajaan selepas 5 Mei depan yang membolehkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memainkan peranan lebih berkesan mengesan individu-individu yang berselindung di sebalik blog untuk menyebarkan fitnah seperti Papagomo. | ||||
Empat lelaki ditahan berhubung kes tetak lelaki semasa pasang bendera Posted: 15 Apr 2013 04:19 AM PDT Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata kesemua suspek berusia antara 28 dan 44 tahun itu ditahan di hadapan Balai Polis Chukai, Kemaman, Terengganu kira-kira 6.45 petang. "Mereka ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh dan jika sabit kesalahan hukuman penjara lima tahun atau denda atau keduanya dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan kecederaan," katanya pada taklimat pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di Bukit Aman di sini hari ini. Jumaat lepas, seorang lelaki berusia 40-an cedera parah di bahagian depan dan belakang badan setelah ditetak menggunakan parang dan kayu oleh lima individu ketika mangsa bersama rakannya sedang memasang bendera parti. Difahamkan kejadian kira-kira 11 malam itu dipercayai berpunca akibat perebutan kawasan untuk memasang bendera parti. Ramli mengingatkan mana-mana pihak terutama penyokong parti politik agar bersikap lebih berhemah dan menghormati undang-undang semasa berkempen bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku. "Bagi pemasangan bendera, ia perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan di kawasan masing-masing kerana ini juga dapat mengelakkan sebarang kejadian atau insiden seperti perbalahan dan sebagainya," katanya. "Elakkan sebarang tindakan atau percakapan berbaur isu perkauman, ugutan bagi mengelakkan berlakunya sebarang ancaman, huru-hara, perbalahan dan insiden yang tidak diingini sehingga boleh mencemarkan reputasi sebuah negara yang berdemokrasi," katanya. - Bernama | ||||
Posted: 15 Apr 2013 04:17 AM PDT KANGAR - Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya akan bertanding di kerusi Parlimen Kangar atas tiket PKR. Pengerusi PKR, Mohd Faisol Abdul Rahman berkata, dengan pemilihan Juanda, partinya yakin akan menang di kubu kuat BN itu. "Kami optimistik akan menang," kata beliau dipetik Star Online hari ini. Juanda memegang jawatan mufri sejak awal 2009 menggantikan Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. | ||||
Kiram: 400 lagi askar Sulu tiba di Sabah Posted: 15 Apr 2013 04:15 AM PDT Jurucakap Kiram, Abraham Idjirani berkata, pejuang mereka semuanya bersenjata tiba di pantai timur Sabah melalui dua kumpulan berlainan di antara 30 Mac dan 5 April lalu. "Mereka mahu meneruskan perjuangan pengikut Kiram yang lain di Malaysia walaupun terpaksa melanggar peraturan hak asasi Malaysia," katanya dipetik Philipine Headline News. Sehingga kini Agbimuddin Kiram menjadi buruan pasukan keselamatan Malaysia. | ||||
BN tampil 31% calon profesional dan ulama Posted: 15 Apr 2013 04:09 AM PDT KUALA LUMPUR - Seramai 31 peratus calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) terdiri daripada golongan profesional dan ulama. Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihaknya cuba lakukan secara inklusif dan yakin barisan yang ditampilkan mampu memberi saingan hebat pada parti lawan. "Kita cuba lakukan secara inklusif di peringkat Parlimen yang mana sebanyak 91 peratus calon memiliki diploma ke atas. "Kita punya pelbagai kategori penyertaan calon, 31 peratus datang daripada golongan profesional seperti profesor, pegawai tadbir diplomatik dari agensi kerajaan, doktor, peguam dan ulama," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan watikah PRU13. Perdana Menteri berkata, selain daripada kumpulan itu, pihaknya turut membariskan calon yang popular di peringkat akar umbi. "Bukan semua akan sertai Kabinet jadi penentuannya adalah kebolehan untuk jadi calon pemimpin akar umbi," katanya. Ketika ditanya adakah itu senarai yang telah dimuktamadkan, beliau berkata, pihaknya berharap tiada perubahan besar yang berlaku. "Ini senarai (calon) yang terakhir, saya harap tiada yang berubah, daripada mereka yang tercalon, kami cuba berikan yang terbaik. "Umumnya, saya yakin ini pasukan BN yang terkuat kita tampilkan. Inilah pasukan yang boleh penuhi aku janji manifesto BN. Saya juga berusaha tampilkanm inklusif sebanyak mungkin," katanya. | ||||
Umno nafi edar video seks, mahu saman Harakahdaily Posted: 15 Apr 2013 04:08 AM PDT [DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Umno hari ini menghantar surat tuntutan kepada Harakahdaily menuntut ia memohon maaf berhubung isu penyebaran klip video dan foto seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin tertinggi Pas. Surat yang dikeluarkan oleh firma guaman Hafarizan Wan & Aisha Mubarak itu mendakwa Harakahdailly telah memfitnah Umno apabila menyiarkan berita bertajuk Mustafa ceramah di Dungun, dakwa Umno terlibat. Menurut surat peguam yang ditujukan kepada Ketua Pengarang Harakahdaily itu, Umno mendakwa berita yang disiarkan kelmarin mempunyai kata-kata fitnah ke atas Umno iaitu anak guam syarikat guaman ini. "Artikel yang bertajuk 'Mustafa ceramah di Dungun, dakwa Umno terlibat' yang dilaporkan, diterbitkan dan/atau dibenarkan penerbitannya oleh pihak tuan yang jelas mempunyai kata-kata fitnah ke atas anak guam kami," kata surat itu yang dipetik Harakahdailly, hari ini. Menurut surat yang ditandatangani peguam Umno, Datuk Hafarizan Harun itu, kenyataan Mustafa bermaksud "anak guam kami merancang video lucah tersebut" dan "anak guam kami kononnya dengan sengaja mahu membuat video berkaitan dengan video lucah dan lain-lain tafsiran lagi." Sehubungan itu, beliau berkata, Umno menuntut lima perkara untuk dilakukan Harakahdaily iaitu berhenti membuat fitnah berkenaan, mohon maaf, menarik balik, aku janji untuk tidak menyiarnya lagi atau membayar ganti rugi kerana kerosakan reputasi. Surat itu juga mengugut, jika tidak berbuat perkara di atas, satu perintah injunksi akan dipohon untuk menghalang penyebaran dakwaan itu. Laporan Bernama kelmarin memetik Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air. Ketika berucap pada satu majlis di markas Pas Kampung Molek Jumaat lalu, beliau berkata, Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media. "Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah... saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno," katanya. Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan. Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan dirinya. | ||||
Video Seks Nik Aziz. Satu Lagi Serangan Politik Lucah Menjelang Pilihanraya PRU Ke 13! Patutkah? Posted: 15 Apr 2013 04:02 AM PDT Video seks Nik Aziz : Dijangkakan lebih banyak cerita-cerita politik lucah seperti ini akan menghiasi kempen Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Sebelum ini sudah ada kalangan blogger Malaysia yang kerapkali menjulang politik lucah di Malaysia mencanang bakal mengeluarkan video seks Nik Aziz Nik Mat di Mekah katanya tidak lama lagi (SEPERTI DI SINI). Sampai begitu sekali? Terkini…. Lagi Video Seks Nik Aziz Didedahkan?Sebab apa penyebaran video seks dan politik Malaysia semakin berleluasa. Kami tidak pasti apa sebabnya. Kena tanya sendiri dengan pihak polis. Yang pastinya politik lucah semakin berleluasa di Malaysia. Dan kami yakin jika tidak dibendung daripada sekarang, tidak lama lagi, dakwaan demi dakwaan video seks pemimpin politik termasuklah dakwaan video seks Nik Aziz akan menjadi perkara biasa dan siulan kalangan blogger blogger Malaysia yang acapkali memperjuangkan politik lucah di Malaysia. Apa yang kami rasa jijik tindakan menyebarkan secara berleluasa video lucah kepada umum (KLIK SINI)? Apa mereka tidak fikir kesannya kepada masyarakat? Apakah mereka ini tidak ada sekelumit kerisauan kesan kepada anak-anak kecil mereka, masyarakat? Jikalau di ruang lingkup Internet sekarang ini, semakin galak kalangan pengguna Internet berkongsi video demi video, gambar lucah demi gambar lucah di sana-sini, mengalahkan Cina Komunis yang mengharamkan laman web lucah, tetapi di Malaysia suka-suka hati berkongsi tanpa rasa bersalah. Apa yang perhatikan sekarang ini, trend di mana dicampakkan video lucah atau gambar lucah yang didakwa membabitkan pemimpin politik semata-mata untuk mewujudkan persepsi umum. Benar, ramai yang tidak suka kalangan yang tidak suka termasuklah kami sendiri pemimpin yang tidak bermoral & rendah akhlaknya. Jadi, sepatutnya :
Dalam keadaan negara kita menuju sistem demokrasi yang matang, seharusnya rakyat ditawarkan tentang program pembangunan ekonomi, pendidikan dan fakta kenegaraan bukan benda lucah dan fitnah di peringkat umum.
P/S : Jikalau mahu menang sekalipun, berkempenlah dengan cara yang lebih berilmiah PP/S : Innalillahiwainnailaihirraji'oun, moga yang memfitnah akan dibuka pintu hati untuk mendapat hidayah supaya bertaubat dan insaf sebelum terlambat, sama-sama nasihat menasihati. Apa pandangan anda melihat trend politik lucah di Malaysia ketika ini? | ||||
Posted: 15 Apr 2013 03:45 AM PDT Bekas naib presiden Umno Muhammad Muhammad Taib memutuskan menyertai PAS. Bagaimanapun, beliau hanya akan diperkenalkan secara rasmi oleh parti Islam itu pada Isnin depan, dua hari selepas penamaan calon. Ia bagi mengelakkan dakwaan beliau mengambil langkah itu demi dicalonkan dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei ini. Difahamkan Muhammad menyerahkan borang permohonannya kepada Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din (kiri). Anggota jawatankuasa Pusat PAS Kamaruddin Jaffar ketika dihubungi hari ini mengesahkan keanggotaann Muhammad tetapi enggan memberitahu di mana pengumuman itu akan dibuat. Kamaruddin, bekas setiausaha agung PAS mengesahkan perkara itu ketika ditanya berhubung spekulasi bekas menteri besar itu akan bertukar parti | ||||
SU PAS cawangan umum tanding bebas Posted: 15 Apr 2013 03:43 AM PDT Setiausaha PAS Cawangan Danan Timur, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising, Ibrahim Ismail, 63, mengisytiharkan beliau akan bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya umum ke-13. Katanya keputusan itu sebagai membantah tindakan PAS memilih semula penyandang kerusi DUN itu Saiful Baharin Mohamad untuk bertanding bagi mempertahan kerusi DUN berkenaan pada pilihan raya 5 Mei ini. "Saya sebagai mewakili anggota PAS yang tidak berpuas hati dengan pemilihan semula penyandang DUN itu," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusannya itu di hadapan kira-kira 50 penyokong di rumahnya di Kampung Selising. Akhir bulan lepas Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika merasmikan peletakan batu asas pembinaan Stadium di Bukit Merbau membuat pengumuman Saiful akan dikekalkan bertanding untuk mempertahan kerusi itu pada PRU13. Ibrahim yang juga anggota jawatankuasa penerangan PAS kawasan Pasir Puteh berkata keputusan beliau itu berasaskan kepada desakan lebih 1,500 anggota PAS akar umbi supaya beliau bertanding. Beliau mendakwa anggota PAS pernah membantah pencalonan Saiful pada PRU 2008 dan sukar bagi PAS untuk memenangi kerusi DUN berkenaan jika Saiful dikekalkan calon pada PRU kali ini.- Bernama | ||||
DAP turunkan lagi ayam tambatan di Johor Posted: 15 Apr 2013 03:34 AM PDT FOKUS PRU Dengan kemungkinan besar pemimpin popular DAP Lim Kit Siang akan berdepan dengan orang kuat Umno Abdul Ghani Othman di Gelang Patah, lagi pemimpin DAP mungkin dibawa masuk untuk memperkuatkan penguasaan di Selatan Johor. Presiden MCA Dr Chua Soi Lek sebelum ini dilaporkan mengesahkan bahawa bahagiannya di Gelang Patah dalam mesyuarat semalam akan memberikan kerusi Parlimen itu kepada Umno. Ekoran itu, kepimpinan kanan DAP, termasuk setiausaha agungnya Lim Guan Eng dan Kit Siang dipanggil bermesyuarat malam tadi. Mereka memfokuskan pencalonan untuk Kulai, kawasan Parlimen sebelah Gelang Patah dengan 56 peratus pengundi Cina - tertinggi di Johor. Calonnya masih belum diputuskan tetapi beliau akan memainkan peranan penting memperkuatkan kempen pilihan raya DAP di negeri Darul Takzim itu. Difahamkan bahawa dua calon sudah disenarai pendek - anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching dan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua - ditawarkan bertanding di Kulai. "Kami percaya dua pemimpin muda ini akan membantu DAP memenangi hati pengundi muda semua bangsa ekoran imej bertenaga mereka dan profil di peringkat kebangsaan, sementara Teo boleh menggembleng pengundi wanita," kata sumber dalaman parti itu kepada Malaysiakini malam tadi. Pua dan Teo yang berasal dari Batu Pahat, Johor berjaya menarik sambutan hebat pengundi Cina dalam kempen mereka di pelbagai bandar di negeri itu untuk minggu-minggu terakhir ini. Dalam pilihan raya umum lalu, calon BN Ong Ka TIng mengalahkan calon DAP Ng Pak Siong dengan majoriti 11,744 undi. | ||||
Bekas presiden, naib presiden MCA tak dicalonkan? Posted: 15 Apr 2013 03:32 AM PDT MALAYSIA KINI MCA mungkin tidak menurunkan dua personaliti penting partinya - bekas presiden Ong Tee Keat dan Naib Presiden Gan Ping Sieu - dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.Naib Presiden Dr Ng Yen Yen juga mengesahkan beliau turut tidak diturunkan. Keputusan menggugurkan Ong dan Gan ini dimaklumkan oleh pegawai di ibu pejabatnya hari ini kepada akhbar Cina yang sedang menyediakan edisi petang akhbar masing-masing. Senarai rasmi juga akan dihantar oleh pihak itu. MCA dimaklumkan tentang pilihan Presiden BN Datuk Seri Najib Razak itu pagi ini. Dalam perkembangan lain, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek mengesahkan parti itu akan bertanding di 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi negeri. Ini bermaksud MCA kini kurang tiga kerusi berbanding 2008. Tiga kerusi itu adalah Gelang Patah, Kuantan dan Wangsu Maju. | ||||
Najib serah watikah calon, penyokong BN bantah Posted: 14 Apr 2013 10:59 PM PDT Sekumpulan penyokong BN hari ini berhimpun di perkarangan bangunan ibu pejabat Umno dan "mengugut" tidak akan memberi sokongan kepada parti itu sekiranya calon pilihan mereka tidak terpilih bertanding dalam pilihan raya umum 5 Mei. Kira-kira 30 penyokong BN dari DUN Kelana Jaya itu membantah pencalonan ahli jawatankuasa bahagian Tengku Riduan Tengku Mansor – adik kepada Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai calon. Kumpulan berkenaan mengambil kesempatan untuk mengadakan perhimpunan tersebut ketika presiden parti Datuk Seri Najib Razak menyertai majlis menyerahkan watikah calon BN kepada pemimpin BN negeri di tingkat 8 bangunan tersebut. Penyerahan watikah tersebut bermakna BN telahpun memuktamadkan senarai calon masing-masing dan kini perlu mempersiap jentera mereka. Kumpulan berkenaan bagaimanapun berpandangan sebaliknya dan mahu DUN Seri Setia ditandingi pemimpin pilihan mereka – Datuk Halim Abdul Samad atau pembantunya Datuk Yahya Bujang. Menurut mereka, dua individu berkenaan "sering turun padang dan mempunyai jasa" kepada penduduk di situ. "Selama lima tahun kita kecewa, nak pakai baju Umno dan BN pun malu. Tapi Datuk Halim dan Datuk Yahya buat rasa kami nak pakai. Kami sama-sama mengumpul kekuatan, tiba-tiba orang lain ambil alih. "Kami tak kenal dia. Penduduk tak kenal. Dia tak pernah datang, tak pernah turun padang... Tak ada jasa," dakwa wakil kumpulan tersebut Norhaizal Ismail. Mereka yang berhimpun di luar bangunan ini, juga membawa poster mendesak supaya calon pilihan mereka dilantik bertanding, dan menolak calon bukan pilihan mereka. "Kami tak mahu keluar mengundi. Kami juga tak mahu masuk PKR," kata mereka pada perhimpunan tersebut. Salah seorang peserta perhimpunan tersebut turut memberitahu Malaysiakini bahawa Tengku Riduan telah mengadakan pertemuan dengan ketua pusat mengundi di DUN tersebut malam tadi dan mengisytiharkan dirinya sebagai calon di DUN tersebut. Mereka mendakwa pertemuan itu, yang diadakan di Kelab Golf Subang itu, telah mendahului keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang akan membuat pengisytiharan calon BN hari ini. "BN dan Umno boleh menang besar (di DUN itu) kalau betul calonnya," kata Abu Hanipah Zahari. Mereka juga melaungkan bantahan bahawa mereka "bukan membantah BN tetapi membantah calon itu". "Kami sayang Umno, kami sayang BN," kata salah seorang peserta. DUN Seri Setia mempunyai 16 pusat daerah mengundi. | ||||
Najib rayu rakyat jangan ‘UBAH’ Posted: 14 Apr 2013 10:54 PM PDT Rakyat diminta bijak membuat keputusan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti dan tidak terpengaruh dengan kempen 'ubah' yang dilaung-laungkan oleh pihak pembangkang bagi mengelakkan mereka menyesal dan kecewa pada kemudian hari.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pada masa ini terdapat pihak-pihak yang tertarik dengan slogan 'ubah' seolah-olah dengan melakukan perkara itu ia akan dapat menyelesaikan banyak masalah. Menurut beliau, rakyat perlu berfikir secara rasional dan sepatutnya mengekalkan kerajaan sedia ada kerana ia telah terbukti dapat menunaikan segala aspirasi rakyat termasuk menyediakan pengangkutan awam yang banyak memberikan kemudahan kepada rakyat. "Apa yang penting bukanlah ubah itu, sebaliknya keberhasilan daripada setiap yang dilakukan untuk rakyat dan pembangunan negara. "Kerajaan yang ada sekarang berjaya membuktikan bahawa setiap program berkaitan dengan dasar transformasi negara menjurus kepada usaha menjaga kepentingan rakyat," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Kompleks Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan (TBS) di sini semalam. Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Maju Holdings Sdn. Bhd., Tan Sri Abu Sahid Mohamed. Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membuktikan keberhasilan dalam menunaikan segala janji kepada rakyat. Katanya, langkah yang dilakukan oleh kerajaan pada hari ini merupakan contoh terbaik yang perlu dinilai oleh rakyat dan tiada sebab untuk mereka cuba mengubahnya. Perdana Menteri berkata, segala kemudahan yang disediakan kerajaan itu pada mulanya dikutuk oleh pihak-pihak tertentu tetapi kini mereka pula mengidamkan untuk memiliki kemudahan tersebut. "Cuba bayangkan jika Malaysia tanpa KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur), pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Putrajaya, TBS, KLCC (Menara Berkembar Petronas), jambatan Pulau Pinang dan Lebuh Raya Utara Selatan. "Sudah tentu kita akan rasa kemunduran kerana tidak mampu bersaing dengan negara-negara lain yang membangun," ujarnya. Justeru, Najib berharap rakyat tidak membuat keputusan yang merugikan diri mereka pada PRU-13 nanti dengan memilih kerajaan yang silap. Pada majlis berasingan, Perdana Menteri turut melakukan upacara pelepasan belon gergasi sebagai gimik dan tanda sokongan pihak Maju Holdings Sdn. Bhd. terhadap BN pada PRU-13 nanti. Sementara itu, Najib memberitahu, pembinaan Terminal TBS dengan kos RM570 juta merupakan salah satu daripada inisiatif kerajaan bagi menjayakan Pelan Transformasi Kerajaan dan ia terkandung dalam Bidang Keberhasilan Utama Kebangsaan yang melibatkan penambahbaikan Sistem Pengangkutan Awam Bandar. "Sistem rangkaian pengangkutan awam yang efisien, kos efektif dan berkesan mampu meningkatkan produktiviti rakyat dan dapat mengurangkan kos saraan hidup. "Seperti mana kita dapat saksikan, kemudahan di TBS sangat canggih dan bertaraf lima bintang serta lebih moden dan selesa daripada kebanyakan lapangan terbang dalam dan luar negara," katanya. Najib memberitahu, kerajaan juga akan membina terminal bersepadu timur di Gombak, Selangor bagi mengurangkan kesesakan dan melicinkan pergerakan keluar masuk ke ibu negara. | ||||
Abdul Khalid Tanding Pelabuhan Klang, Mahu Tebus Kesilapan Posted: 14 Apr 2013 10:51 PM PDT PELABUHAN KLANG : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap pencalonnya di kerusi DUN Pelabuhan Klang sebagai peluang untuk beliau menebus "kesilapan" lima tahun dahulu. Ini kerana menurut setiausaha politiknya Faekah Husin, penyandang kerusi Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah, dipilih oleh Abdul Khalid sendiri. Pada pilihanraya ke-12, pada Mac 2008, Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang dengan majoriti 4,407 di bawah tiket PKR. Pada Oktober 2009, Badrul meletak jawatan dalam PKR dan ishtiyar bahawa beliau telah keluar parti dan mengumumkan dirinya sebagai Adun Bebas. Di dalam ucapannya, Abdul Khalid mengakui kesilapannya dahulu dalam memilih Badrul Hisham dan berkata ketika itu beliau ditemui oleh Yang dipertua Pas Pelabuhan Klang Ismail Arshad. "Dia cakap Badrul ni tak betul, orang Pas tak setuju dengan dia … Jadi saya kena cari orang nak ganti, dia kata orang pas ada ganti. "Saya kata tunggu dulu sebab saya perbetulkan masalah ni. Saya ntah macam mana, tak boleh buat apa. Saya pilih Badrul ni. Saya pun tak tahu macam mana nak buat. "Itulah pengajaran pada saya, orang yang kita pilih mungkin tak kena," kata Abdul Khalid di dalam satu majlis sepetang bersama Menteri Besar di Pandamaran Jaya di sini semalam. Sekiranya dipilih rakyat, Abdul Khalid berjanji akan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah kawasan tersebut yang lima tahun diabaikan oleh Badrul Hisham. "Banyak masalah di Pelabuhan Klang yang tiada orang berani selesaikan. Saya jadi Adun saya selesaikan. Masalah seperti kilang dan pemilikan tanah, kita akan selesaikan. "Boleh jadi masalah (projek terbengkalai) PKFZ saya boleh selesaikan," ujar Abdul Khalid yang disambut laungan daripada 300 penyokong Pakatan Rakyat yang hadir pada satu majlis di Dewan Serbaguna Pandamaran Jaya di sini semalam. Abdul Khalid akan meninggalkan kerusi Dun Ijok yang akan dipertandingkan oleh Ketua PKR Wilayah Persekutuan Dr Idris Ahmad. Turut hadir di majlis tersebut MP Klang Charles Santiago dan bekas Adun Pandamaran Ronnie Liu. | ||||
PKR Tampil Calon Parlimen Dan DUN Boleh Menang Posted: 14 Apr 2013 10:44 PM PDT SHAH ALAM : Pengumuman calon PKR peringkat Parlimen dan DUN Selangor yang diumumkan semalam adalah berasaskan kepada calon boleh menang, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurutnya, permilihan kesemua calon itu mengambil kira pelbagai aspek di mana PKR mahupun Pakatan Rakyat (PR) bertekad untuk memenangi dan terus menguasai DUN Selangor. "Kita akan mengadakan upacara untuk mengisytiharkan semula calon PR yang akan bertanding di Selangor kerana kita memasuki Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sebagai satu pasukan. "Tujuan kita perkenalkan calon-calon ini adalah supaya mereka dapat bekerja sebagai satu pasukan di kawasan Parlimen dan DUN yang akan kita tanding," katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan Majlis Himpunan Bulanan Jabatan Kerajaan di Dewan Jubli Perak, pagi tadi. Sementara itu, Abdul Khalid menyifatkan pencalonannya di kerusi DUN Pelabuhan Klang membuktikan kesungguhan PR untuk memenangi kerusi itu. Malah menurutnya, beliau sudah bersedia untuk bertanding di kawasan itu sebelum keputusan senarai calon diumumkan. "Kerusi Pelabuhan Klang sangat sensitif. Untuk menyelesaikan masalah, ia memerlukan seseorang yang 'high power'. Pakatan mempunyai strategi yang lebih proaktif," katanya lagi. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengumumkan seramai tujuh calon PKR peringkat Parlimen dan 10 peringkat DUN Selangor akan mempertahankan kerusi yang dimenangi masing-masing dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) yang lalu. Anwar turut memperkenalkan empat muka baru di peringkat Parlimen dan lapan bagi kerusi DUN di negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini. Bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam akan berpindah dari Kapar ke Bukit Malawati. | ||||
Ribut melanda empat kawasan, 30 rumah rosak Posted: 14 Apr 2013 10:40 PM PDT PORT DICKSON - Lebih 30 rumah penduduk rosak dalam kejadian ribut yang melanda di empat kawasan sekitar Port Dickson, Jasin, Alor Gajah dan Duyong, awal pagi semalam. Dalam kejadian di Port Dickson, sekurang-kurangnya 31 rumah dan 20 kenderaan rosak akibat kejadian ribut yang berlaku di daerah ini, dekat sini. Penduduk, Ahmad Ibrahim, 62, berkata, kejadian berlaku sekitar 1.30 pagi ketika dia baru selesai mengemas rumah kerana pada siang harinya diadakan majlis perkahwinan anak buahnya. Menurutnya, dia mendengar ribut kuat dan terlihat kanopi di depan rumah sudah tumbang selain bunyi tiang patah menghempap bumbung. "Ketika itu juga seorang jiran melaungkan azan dan semua jiran keluar mengalihkan kenderaan masing-masing ke kawasan lapang," katanya. Terpaksa batalkan kenduri Dalam kejadian di Kampung Permatang Duyong, Melaka, sebuah keluarga terpaksa membatalkan hasrat mengadakan kenduri doa selamat selepas bumbung rumah mereka diterbangkan puting beliung. Kamsiah Said, 55, berkata, kejadian kira-kira 2 pagi itu, dia dan suami, Majid Hashim, 60, bersama tiga anak serta dua cucu berusia 3 bulan dan 10 tahun berada di rumah. Menurutnya, sebelum kejadian mereka terdengar bunyi deruan angin kuat di belakang rumah. "Tidak lama kemudian angin terus menerbangkan bumbung rumah sehingga terhumban ke halaman sejauh 10 meter," katanya. Dapur musnah dihempap pokok Sementara di Alor Gajah, Melaka, bahagian dapur rumah pusaka milik seorang penduduk musnah dihempap pokok sentul di Lubok China. Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, Rahimah Rehan, 42, terdengar bunyi rekahan kuat di luar rumahnya. Menurutnya, pokok yang terletak 20 meter dari dapur rumahnya bergoyang kuat sebelum rebah ke arah rumahnya. "Saya tergamam lihat pokok menghempap bahagian dapur rumah dan terus menjerit meminta mak, Awa Sidin dan ayah, Mohd Fisal Mohd keluar dari bilik. "Sejurus kejadian semua ahli keluarga keluar berkumpul di ruang tamu dan suami, Zamri Osman memutuskan bekalan elektrik kerana bimbang berlaku litar pintas," katanya. Hujan lebat dan angin kencang Di Taman Bemban Baru pula, hujan lebat diikuti angin kencang selama lima minit yang melanda Dun Bemban menyebabkan lebih 10 rumah dilanda ribut. Maruwan Endun, 49, berkata, dia tinggal di situ sejak 10 tahun lalu dan ini pertama kali kejadian seperti itu berlaku. "Ketika kejadian saya dan keluarga sedang tidur dikejutkan dengan dentuman kuat," katanya. | ||||
Rafizi saman jika fitnah isu perletakan jawatan Petronas berterusan Posted: 14 Apr 2013 10:36 PM PDT Rafizi RamliAktivis Umno akhir-akhir ini banyak menimbulkan cerita buruk mengenai perletakan jawatan saya dari PETRONAS dalam tahun 2009. Fitnahnya adalah saya dibuang kerana membuat tuntutan perbelanjaan yang menyeleweng. Mutakhir ini saya merasakan jika saya terus berdiam diri, ia tidak membantu kebenaran kerana fitnah terancang ini disebarkan seluas-luasnya. Saya tidak dibuang dari PETRONAS (seperti mana yang diketahui ramai orang), saya meletakkan jawatan. Saya dinaikkan pangkat pada umur yang muda, menyertai PETRONAS terus sebagai seorang pengurus sebaik pulang dari London (selepas bekerja selama 3+ tahun di firma perakaunan untuk menjadi seorang akauntan bertauliah dengan ICAEW). Selepas berkhidmat selama 2 tahun di loji petrokimia PDH/MMSB di Gebeng, saya ditukarkan kembali ke ibupejabat di Menara Berkembar PETRONAS. Jadi, pada umur 27, saya dinaikkan pangkat menjadi Pengurus Kanan (saya dimaklumkan ia tidak pernah berlaku sebelum itu dan menjadi orang termuda ketika itu dilantik menjadi Pengurus Kanan) yang bertanggungjawab menguruskan keseluruhan perancangan perniagaan, operasi dan teknologi bagi Urusniaga Petrokimia PETRONAS, kerana saya mempunyai ijazah kejuruteraan dan juga seorang akauntan bertauliah. Selepas 2 tahun di jawatan itu, saya dipindahkan lagi untuk mengetuai jabatan kewangan bagi perniagaan carigali antarabangsa, memandangkan saya mempunyai latar belakang percukaian. Pada ketika itu, ada keperluan untuk mengemaskini amalan percukaian PETRONAS di peringkat antarabangsa kerana banyak kerajaan menggunakan alasan percukaian untuk campur tangan kontrak pengeluaran petroluem yang dimeterai. Oleh itu, menjelang umur saya 31 tahun, saya telah pun diberi peluang menguruskan pelbagai bidang dalam industri minyak dan gas. Saya pernah bertugas di loji petrokimia, di pengurusan korporat, berpengalaman di sektor huluan dan hiliran. Pada ketika itu, saya juga sedang menunggu masa untuk dinaikkan pangkat lagi. Saya berdepan dengan dilema besar. Jika saya kekal di PETRONAS, dengan kenaikan pangkat dan gaji yang besar, saya mungkin akan kekal selama-lamanya hanya dalam satu bidang kerana terlalu selesa dengan kesenangan dan gaji. Saya tidak mahu bersara dengan pengalaman di dalam satu bidang sahaja, kerana hidup ini lebih meriah jika kita terus menimba ilmu dan pengalaman. Pada ketika itu, saya agak keberatan untuk terus berkhidmat di PETRONAS selepas bon perkhidmatan 7 tahun berakhir. Kebetulan, menjelang Januari 2008, rakan karib yang banyak mempengaruhi kehidupan saya – Adlan Benar Omar – menghembuskan nafas yang terakhir selepas sakit buat sekian lama. Ben (nama panggilan beliau) adalah senior saya di MCKK, beliau berminat dengan politik dan banyak membaca sejarah sejak dari sekolah. Semasa beliau di Tingkatan 5, saya di Tingkatan 1 dan beliau adalah kapten pasukan bahas yang melatih saya. Semasa kami di sekolah, kami ada berjanji akan memasuki politik dan memberi sumbangan, kerana di sekolah pun ada isu-isu yang dekat dengan hati beliau. Yang bersungguh-sungguh mahu jadi ahli politik adalah Ben, saya hanya angguk saja bila senior bercakap. Hubungan kami yang terus rapat bermakna kami ambil serius janji itu. Ben melanjutkan pengajian ke Cambridge dan menubuhkan UKEC. Sepanjang masa, beliau mengheret saya ke dalam lingkungan aktivitinya kerana sifat saya yang lebih senang bekerja memudahkan kami menguruskan persatuan yang kami sama-sama sertai. Apabila Dato' Seri Anwar dipecat dan dizalimi dalam tahun 1998, kedua-dua kami merasa terpanggil untuk membantah. Saya masih di universiti, tetapi Ben yang sudah bekerja di Malaysia terjun ke kancah politik partisan dan menjadi antara tokoh muda awal yang menunjangi KEADILAN. Sekali lagi allahyarham mengheret saya sama ke dalam KEADILAN. Allahyarham menghembuskan nafas 2 bulan sebelum tsunami politik Mac 2008. Di hari-hari terakhirnya, kami sama-sama faham bahawa apabila beliau tiada, saya tiada pilihan kecuali masuk politik. Ben mengorbankan kerjaya dan hidupnya untuk reformasi, kalau matlamat reformasi tidak tercapai maka pengorbanannya sia-sia. Pada hari-hari itu pun saya sudah sedar bahawa ada ketikanya di masa akan datang hidup saya yang selesa di dunia korporat perlu diakhiri, untuk sama-sama membantu menubuhkan sebuah sistem politik dua parti dan menumbangkan BN. Menjelang 2009, saya pun membuat keputusan untuk meninggalkan PETRONAS. Saya langsung tidak berniat untuk masuk politik pada ketika itu, tetapi saya merasakan saya perlu keluar dari zon selesa. Saya juga mahu tahu berapa nilai saya sebagai seorang akauntan bertauliah di luar PETRONAS. Pada 30 April 2009, saya menyerahkan surat perletakan jawatan. Dalam tempoh 3 bulan akan datang, saya melangsaikan semua hutang saya dengan PETRONAS, termasuklah membayar RM31,499.89 baki bon perkhidmatan saya selama 6 bulan berbaki, agar saya mengembalikan setiap satu sen biasiwa pendidikan yang diberika PETRONAS seperti di dalam perjanjian. Saya juga membayar RM41,091.80 baki geran kereta (yang saya pakai sehingga kini), yang diberikan kepada kakitangan pengurusan. Saya bernasib baik kerana tekaan saya bahawa gaji di luar PETRONAS lebih tinggi adalah tepat. Dengan tawaran yang lebih baik, saya menyertai Pharmaniaga Berhad dalam Ogos 2009 sebagai Pengurus Besar, bertanggungjawab menguruskan kilang farmaseutikal di Bangi dan fungsi kewangan kumpulan itu. Hari pertama saya melaporkan diri di Pharmaniaga adalah 10 Ogos 2009. Ditakdirkan pada 8 Ogos 2009, saya pulang ke Kemaman untuk bertemu ibubapa dan kebetulan pada malam itu ada ceramah perdana Dato' Seri Anwar, lalu saya diminta oleh penganjur untuk menjadi pengerusi majlis. Saya tidak keberatan dan bertemu dengan Dato' Seri Anwar yang agak terkejut saya berada di situ, kerana kali terakhir kami bertemu (semasa perbincangan persediaan debat harga minyak setahun sebelum itu), saya tegas tidak berminat untuk berkecimpung dalam politik. Beliau bertanya di mana saya bekerja ketika itu, saya maklumkan saya sudah berhenti dari PETRONAS dan akan bermula di Pharmaniaga minggu selepas itu. Yang lain-lain selepas itu adalah sejarah yang berlaku dengan cepat. Susulan dari pertemuan itu, Dato' Seri Anwar menjemput untuk bertemu beliau di Parlimen sebanyak dua kali. Beliau ada meminta untuk saya kembali menyertai pimpinan parti (saya memegang jawatan pimpinan pusat Pemuda sehingga 2004) – dua kali beliau tanya, dua kali saya tolak. Akhirnya, bila beliau seolah mencabar saya bahawa "kita perlu bersama berjuang dan bukan hanya pandai mengkritik dari jauh", saya akur untuk membantu parti. Walaupun saya tidak pernah merancang untuk ke depan seperti sekarang, saya tenang dan tidak menyesal kerana janji bersama dengan allahyarham Ben supaya pengorbanan beliau meninggalkan usia muda tidak sia-sia. Janji itu semakin dekat menjadi kenyataan, apa yang terjadi selepas itu adalah keputusan peribadi saya. Ada orang yang memperlekehkan sentimentaliti berpegang kepada janji bersama di zaman budak-budak, tetapi janji itu menyuburkan ingatan saya terhadap allahyarham setiap hari. Berbalik kepada PETRONAS, saya bertuah melalui zaman kerjaya yang cukup baik di PETRONAS. Ia banyak mengajar saya dan hampir keseluruhan kemahiran professional saya datangnya dari PETRONAS. Lebih penting, PETRONAS berlaku adil – disiplin kerja saya dihadiahkan dengan kenaikan pangkat yang paling pantas, seperti keputusan kenaikan pangkat yang dibuat pada umur saya 28 tahun yang disertakan bersama. Perletakan jawatan saya dari PETRONAS mengejutkan ramai kakitangan PETRONAS. Ramai yang kurang faham kenapa saya perlu meninggalkan keadaan yang selesa dan lumayan, apatah lagi apabila prospek untuk saya di PETRONAS cukup baik. Ramai yang baik hati dan cuba memujuk saya untuk membatalkan hasrat, termasuklah Datuk Mohamad Medan Abdullah, Pengurus Besar Kanan, Pengurusan Korporat Kumpulan (beliau pernah menjadi ketua saya semasa kami di Carigali). Beliau menghantar twit pada 21 Ogos 2012 menerangkan bagaimana beliau juga pernah memujuk saya untuk tidak meletakkan jawatan. Beliau juga mengakui saya tidak pernah menyatakan hasrat untuk menyertai politik pada ketika itu. Saya harap keterangan ini jelas. Saya tidak mahu melayan fitnah ini kerana meninggalkan PETRONAS adalah keputusan peribadi. Ia berlatar belakangkan pemergian seorang rakan karib dan setiap kali saya mengingatinya, ia membuat saya merasa pilu. Ia perkara peribadi dan wajarlah dikekalkan sifat peribadinya. Ini adalah keterangan bukan undang-undang yang pertama dan terakhir mengenai perkara ini. Jika berterusan, saya akan mengambil tindakan undang-undang. Rafizi Ramli Pengarah Strategi KEADILAN | ||||
Siaran langsung temu bual CNBC dengan Anwar pagi ini Posted: 14 Apr 2013 10:30 PM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditemu bual CNBC/ Squawk Box secara langsung pada jam 9.15 pagi (asalnya jam 8:30 pagi) selama kira-kira sejam. Ketua Umum KEADILAN itu dijangka menyentuh isu ekonomi, pilihan raya umum dan masa depan Malaysia. Ia boleh disaksikan melalui saluran Astro 518 atau mengikutinya dengan KLIK INI. | ||||
7 Mei harga minyak seluruh negara turun – Anwar Posted: 14 Apr 2013 10:25 PM PDT Oleh Aedi Asri KUALA LUMPUR- 7 Mei 2013 bakal menjadi hari bersejarah buat Malaysia apabila harga minyak yang beberapa kali dinaikkan BN sejak 2008 akan diturunkan Pakatan Rakyat jika berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan selepas menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13). Harapan ini yang ditunggu-tunggu seluruh rakyat akan dilaksana 21 hari lagi menjelang tarikh itu. "Kamu (Umno BN) katalah apa-apa pun, kita bagi penjelasan. 5 Mei pilihan raya, 6 Mei (Pakatan) angkat sumpah. InsyaAllah 7 Mei, harga minyak di seluruh negara turun," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut sorakan gemuruh hampir 7,000 rakyat. Beliau berkata demikian pada ceramah Jelajah Pakatan Harapan Rakyat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan Sabtu lalu. Penurunan harga minyak antara agenda utama Pakatan Rakyat menuju Putrajaya, yang dimasukkan di dalam Buku Jingga dan Manifesto Pakatan Rakyat. Ketua Umum KEADILAN itu juga konsisten menyatakan komitmen tersebut pada setiap siri ceramahnya. Katanya, penurunan harga minyak tidak mustahil untuk dilaksana, memandangkan kedudukan Malaysia selaku pengeluar minyak. "Ini fakta, sebab itu (Perdana Menteri) Datuk Najib (Razak) tak mahu debat. Dia syarah di TV3 bukan main garang, marah saya. "Tapi (dengan) saya, (dia) tak boleh jawab. Dia (hanya) marah seorang diri. Sebagai pemimpin, (sepatutnya) kamu kena pertahankan hujah kamu," kata Anwar. – NS | ||||
4 janji Pakatan Rakyat kepada anak muda Posted: 14 Apr 2013 10:17 PM PDT SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) dalam manifesto kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menggariskan empat janji kepada anak muda sekiranya berjaya merampas tampuk pemerintahan negara. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, PR komited berjanji sekiranya menang dan menjadi Kerajaan Persekutuan dalam tempoh sebulan dari sekarang kita akan kurangkan bebanan kewangan golongan muda. Rafizi dalam Ceramah Perdana Himpunan Anak Muda Bangkit 13 kelmarin yakin memaklumkan seandainya pakatan menang dalam PRU13 hari pertama sahaja harga minyak akan diturunkan. "Sekiranya harga minyak turun maka kesemua harga barang lain turun menurun kerana kos pengangkutan yang menjadi beban kita selama ini. "Masalah orang muda terutamanya yang baru memulakan kehidupan berkeluarga sangat terbeban dengan kos sara hidup tinggi seumpama ini. Oleh itu, PR komited akan mengurangkan bebanan mereka dengan menurunkan harga minyak," katanya. Dalam perkembangan sama, Rafizi mendakwa selain harga minyak kos pengangkutan lain yang wajar dihapuskan ialah tol. "Tol yang telah membawa pulangan modal harus dibatalkan kerana ini menzalimi rakyat. Kalau PR menang hari itu juga tol dihapuskan," katanya. Sementara itu, anak muda turut dijanjikan penurunan harga kereta dengan menghapuskan cukai eksais dan jualan yang membebankan rakyat. "Rakyat tidak tahu mereka terpaksa menanggung beban cukai sebanyak 100 peratus dalam perjanjian selama sembilan tahun. Cukai sebanyak satu kali ganda ini sangat menzalimi rakyat. "Sebab itu kalau nak bantu rakyat bukannya dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), caranya adalah potong cukai tersembunyi seperti ini " katanya. Menurut Rafizi, PR berjanji sekiranya berjaya merampas negara daripada Barisan Nasional (BN) rakyat hanya akan membayar harga kereta bukan lagi cukai tersembunyi seperti sekarang. | ||||
Nie Ching ikut jejak Kit Siang? Posted: 14 Apr 2013 10:16 PM PDT TINGGAL beberapa hari lagi penamaan calon bagi mereka bertanding sempena pilihan raya umum (PRU) akan dimuktamadkan secara sah, malah kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) dilihat bertindak lebih agresif dan berani mengumumkan nama-nama calon pilihan mereka di negeri ini lebih awal. Kehangatan bermula dengan kepulangan penasihat DAP meninggalkan kerusi selesanya di Parlimen Ipoh Timur apabila diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah meskipun berlaku sedikit perang dingin antara DAP dan PKR. Rentetan itu, Anwar mengumumkan Bekas Panglima Tentera Darat Jen (B),Tan Sri Md Hashim Hussein sebagai calon PKR di kerusi Parlimen Johor Bahru dan diikuti Timbalan Setiausaha Agungnya, Steven Choong untuk kerusi Parlimen Tebrau. Manakala, Penyelaras PKR Muar, Nor Hizwan Ahmad diumumkan untuk calon kerusi Parlimen Muar dan Naib Presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) yang juga bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Datuk Idris Jauzi sebagai calon kerusi Parlimen Batu Pahat dan Ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng untuk calon kerusi Parlimen Segamat. Tidak cukup dengan itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng mengumumkan Ketua Pemuda DAP Johor sebagai calon Dun Mengkibol dalam PRU13 dan diikuti Kit Siang yang turut membayangkan Pembantu Setiausaha Publisiti Pemuda DAP Johor, Liow Cai Tung sebagai calon Dun Johor Jaya. Di sebalik kerancakan situasi ini kelihatan, antara kelibat mencuri pandangan ialah Penolong Setiausaha Publisiti DAP yang juga Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching di setiap program turun padang DAP di Johor termasuk turut menjadi antara individu yang menyampaikan ceramah dalam siri jelajah PR. Kehadiran Nie Ching itu seolah-olah menguatkan desas-desus bahawa beliau antara calon kuat DAP untuk merampas kerusi Parlimen Kulai daripada MCA sekaligus antara usaha giat pembangkang memecahkan tembok kuat BN di negeri ini dalam misi untuk menawan Putrajaya, kelak. Bahkan penyandang kerusi Parlimen Kulai sebelum ini, Tan Sri Ong Ka Ting dari awal berpendirian mengundurkan diri yang dilihat sebagai 'lubuk' buat pembangkang. Komposisi penduduknya yang majoriti Cina turut menyebabkan kebimbangan kerana sokongan dan keyakinan kaum itu terhadap parti pemerintah dilihat seolah-olah semakin berpecah. Mengikut rekod, kerusi Parlimen Kulai yang disandang Ka Ting mewakili MCA berjaya mengatasi Ng Pack Siong daripada DAP dengan majoriti undi 11,744 undi pada PRU 2008. Persoalannya adakah berbaloi percaturan Nie Ching yang merupakan anak kelahiran Batu Pahat yang kini berusia 32 tahun mengikut jejak sifunya Kit Siang meninggalkan kedudukan selesa di Selangor untuk bertanding ke Johor? Apa yang dikhuatiri, adakah tindakan tersebut bakal melumpuhkan karier politiknya sejurus selepas memenangi kerusi Parlimen Serdang tatkala diusia 27 tahun itu, sekadar bergelar 'YB' sepenggal sahaja? Dalam pertemuan, Nie Ching mengakui terpaksa berhadapan dengan risiko sekiranya benar dia ditempatkan untuk calon PRU13 di Johor berbanding di tempatnya sendiri yang mungkin sokongan telah tertumpu kepadanya. Kehangatan PRU13 ini semakin hebat apabila ada khabar angin menyatakan Timbalan Pengerusi MCA Bahagian Kulai yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Mukim-mukim (JPMM) Dun Senai, Tay Chien Hein sebagai antara calon yang disebut-sebut untuk menggantikan Ka Ting sekaligus dalam misi mengekalkan kerusi Parlimen Kulai kekal milik BN. Meskipun tidak mengakui khabar angin itu, Chien Hein sekadar memberitahu kerusi Parlimen Kulai dapat dipertahankan MCA selain yakin sokongan pengundi masyarakat Tiong Hua akan kekal terhadap BN selepas PRU13 walau sesiapa pun calon diletakkan. | ||||
Nik Aziz: Umno-BN tadbir ala komunis Posted: 14 Apr 2013 10:13 PM PDT SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mendakwa kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) mengamalkan pemerintahan ala komunis apabila kerajaan negeri pimpinannya iaitu Kelantan dinafikan hak daripada sebarang publisiti media kerajaan. "Kami kerajaan di Kelantan, kami tak pernah diberi ruang di radio, TV. Ini bukan demokrasi, ini komunis," katanya pada program Bicara Cinta Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pelancaran buku Bicara Ini Demi Ilahi terbitan Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.Dalam ucapannya, Nik Aziz mengingatkan kepada rakyat Kelantan supaya pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Tegasnya, mengundi adalah salah satu daripada tanggungjawab sebagai umat Islam. Hidup ini katanya, memerlukan kaedah dan antara kaedah ciptaan manusia adalah pilihan raya yang diadakan bagi menentukan barisan kepimpinan di negara ini. Namun katanya, dalam pilihan raya, tidak seharusnya ada paksaan. Rakyat, kata beliau, harus diberikan ruang selebar-lebarnya untuk memilih barisan kepimpinan yang mereka yakini. "Saya minta kepada rakyat Kelantan, kita negara demokrasi mesti keluar mengundi. Kerajaan ini dibuat oleh manusia. Semua manusia diminta mengundi. Jangan ada paksaan. Jangan ada paksaan raya," katanya. Dalam ucapannya, Nik Aziz turut menekankan sebagai umat Islam, manusia perlu patuh kepada pencipta-Nya. "Kita kena sedar, kita menumpang," kata Nik Aziz. Pemimpin yang dilahirkan pada tahun 1931 ini kemudiannya membicarakan definisi cinta dalam konteks kehidupannya. Nik Aziz merupakan menteri besar Kelantan sejak tahun 1990. Kelantan merupakan negeri yang menjadi lambang kekuatan Pas. Pada PRU13, Kelantan adalah negeri yang menjadi sasaran utama Umno-Barisan Nasional untuk menawan kembali negeri kubu kuat Pas itu. Menggunakan slogan "Bo La Wei" dan "Tukar", Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin negeri itu dapat dikembalikan kepada Umno-BN. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan