Ahad, 14 April 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


BN Di Penghujung Usia: Ketua Pemuda, Wanita & Presiden Parti Komponen Tak Bertanding

Posted: 14 Apr 2013 05:34 AM PDT


KELAB GREENBOC

Mungkin buat kali pertama dalam sejarah Umno-BN, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri Umno diisytihar sebagai tidak layak bertanding di pilihanraya umum ke 13.

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil yang terpalit dengan kes lembu kondonya dalam isu penyalahgunaan wang rakyat oleh National Feedlot Corporation (NFC) sudah mengisytiharkan diri tidak bertanding.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sudah membayangkan bahawa beliau juga tidak akan bertanding.

Nama beliau juga sudah mendapat 'gag order' agar tidak keluar dalam media yang dikawal BN.

Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin pula diura-urakan sebagai bukan calon winnable untuk pilihanraya umum ke 13 ini.

Ketua Putera Umno, Abdul Azeez Rahim dikatakan bukan 'winnable candidate' untuk Parlimen Baling. Ia berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh orang kanan Mahathir, Rocky Bru.

Ketua Ulama Muda Ustaz Fathul Bari dilaporkan ditolak oleh Umno Perlis yang tidak mahukan calon payung terjun di negeri tersebut.

Perkara ini dilaporkan Malay Mail beberapa hari lepas yang menceritakan pertembungan antara ahli-ahli Umno Kangar dan Arau di PTWC.

Sebelum ini, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek telah mengisytiharkan bahawa beliau tidak bertanding.

Di belah MIC pula, tidak diketahui samada Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel akan bertanding.

Palanivel pernah ditolak menjadi calon di pilihanraya kecil Hulu Selangor, di mana P Kamalanathan dipilih untuk menjadi calon yang mengatasi Datuk Zaid Ibrahim, yang mewakili PKR.

Kelakarnya, bekas Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu muncul dan menyatakan beliau ialah 'winnable candidate' bagi BN di Sungai Siput.

Lebih mengejutkan, satu insiden di mana seorang pemimpin kanan Umno yang didakwa menampar dan menyepak seorang lelaki di Putrajaya minggu lepas dikatakan akan menyebabkan Setiausaha Agong Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak bertanding mempertahankan Putrajaya kali ini.

Ini pula diikuti desas-desus bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir bakal menggantikan Tengku Adnan yang bakal berdepan dengan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Program pertama Husam di Putrajaya disambut hangat sehingga mengejutkan Umno sendiri.

"Ya.

Sambutan program pertama Husam di Putrajaya adalah di luar jangkaan Umno.

Bagi Umno, itu adalah luar biasa.

Kini mereka terpaksa mencatur semula.

Kemungkinan Mahathir turun kembali bertanding ada walaupun beliau menafikannya.

Tingkat 2 B4 sedang mengatur strategi," kata sumber Umno kepada Harakahdaily lewat malam tadi.

Umno-BN, katanya, kali ini menghadapi masalah besar dalam menentukan calon.

"Pemillihan calon kali ini ialah pertembungan Mahathir dengan Rosmah Mansor.

Kedua-duanya ingin memastikan calon mereka yang dikemukakan terpilih.

Mereka juga ingin memastikan jumlah calon Umno yang menang adalah dari kem mereka," kata sumber itu.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan semua ketua sayap Umno tidak bertanding dan kesannya, berikut ialah jawapan sumber Umno tersebut: "Jika Umno betul berbuat demikian, Umno akan hancur secara dalaman.

Ahli-ahli Umno nak letak muka di mana? Nak jelaskan macam mana? Rakyat akan lihat Umno semakin tidak stabil dan akan tumbang.

"Saya tak pasti orang Tingkat 2 B4 sedang berfikir, tapi yang pastinya jika semua ketua sayap tidak bertanding, bersama dengan Chua dan juga Palanivel – BN akan hancur. Sebab itu Mahathir dan kroninya Samy Vellu dilaporkan seperti berminat bertanding," tegas beliau.

Jadi siapakan calon-calon winnable pada pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Harakahdaily bertanya kepadanya.

"Winnable itu main cakap saja. Winnable itu berdasarkan kesukaan Rosmah dan Mahathir. Mahathir dilihat cuba mencatur segalanya demi masa depan anaknya.

Rosmah pula ingin mengekalkan kuasanya.

"Pernah tak terfikir kenapa Najib menyandang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat? Siapa sebenarnya yang nak sangat jawatan itu? "Sebenarnya, jika rakyat celik politik, rakyat akan soal, Umno jadi macam hari ini bukan ke kerana Mahathir yang ingin menghancurkan Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) dulu. Sekarang beliau pula kata nak datang repair.

"Kita pun tak tahu apa beliau nak buat. Sekarang Mahathir kempen ikut skrip beliau sendiri – sehingga menyebabkan war room Najib kelam-kabut nak pertahankan kenyataan Mahathir," kata sumber Umno tersebut.

Mengapa Najib biar Mahathir berkempen?

"Ada perjanjian," kata sumber Umno tersebut yang enggan mengulas lanjut. -HD

Pesanan Mufti Perak Kepada Pencacai UMNO Yang Tak Reti Agama

Posted: 14 Apr 2013 05:32 AM PDT

KELAB GREENBOC

Ulasan GB

GB sudah ulas sebelum ini:

Keengganan puak UMNO untuk mengaku merekalah selama ini di sebalik pembikinan dan penyebaran video-video lucah sebaliknya membuat cerita ia dilakukan oleh PKR sedangkan puak UMNOlah yang melompat-lompat macam kera dengan berita penyebaran video lucah itu menunjukkan parti UMNO itu sudah cukup terdesak dan sedang menuju kehancuran!

Islam meletakkan syarat yang ketat untuk menuduh seseorang itu berzina.

Empat orang saksi yang boleh dipercayai perlu dikemukakan. Itu QAZAF namanya. Demikian hebatnya keadilan yang dituntut oleh Islam. Bukkan sekadar tuduh-tuduh. Video boleh membantu siasatan tetapi tidak dapat diterima sebagai bukti kerana adakalanya video itu palsu dan rekaan. Ada video yang boleh diedit, diubah dan seumpamanya.

Di dalam inkues kematian Ahmad Sarbani di bangunan SPRM, video cctv dikemukakan, tetiba didapati ada bahagian rakaman cctv yang terputus. Dan bahagian yang terputus itu ialah bahagian yang paling penting dan krtitikal di dalam siasatan. Membuktikan bahawa cctv itu boleh diubah pihak tertentu untuk tujuan tertentu.

Pas akan bincang isu video secara dalaman

Posted: 14 Apr 2013 05:19 AM PDT

JAMILAH HAMZAH

tuan-ibrahim-tuan-man
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan Pas Pusat
 
SHAH ALAM - Pas akan membincangkan secara 'tertutup' isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan parti itu, tetapi buat masa ini pihaknya mahu memberi tumpuan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Kita anggap isu ini untuk alih perhatian, untuk menimbulkan fitnah, tak perlu nak bincang sangat sebab takut akan jadi budaya.

"Kita akan bincang dan itu tindakan dalaman, setakat ini kita tak ada keputusan lagi.

"Kita akan bincangkan dalam parti sahaja, tak perlu dihebohkan kepada sesiapa termasuk media," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.

Semalam, Barisan Nasional menyatakan tidak akan mendesak mana-mana pemimpin pembangkang yang dikaitkan video seks agar mengundur diri daripada bertanding pada PRU13 tetapi menyerahkan kepada kebijaksanaan parti tersebut untuk selesaikannya.

Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air.

DAP: Malaysia boleh ‘lingkup’ ikut manifesto BN

Posted: 14 Apr 2013 05:13 AM PDT

 Roketkini.com

 

KUALA LUMPUR:  DAP mahu BN menjawab dakwaan penyandang Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang menuduh Pakatan Rakyat akan membebankan lagi defisit fiskal negara.

Ini adalah kerana BN yang meniru hampir keseluruhan Manifesto Pakatan Rakyat. Justeru, jika manifesto BN tidak bebankan kewangan negara, bagaimana pula Pakatan Rakyat melalui manifesto boleh membebankan rakyat?

"Bagaimana pula dengan manifesto Barisan Nasional (BN) yang terang-terangan mencedok idea Pakatan Rakyat (PR)?"

Demikian persoalan yang dilontarkan oleh Setiausaha Organisasi DAP Selangor, Lau Weng San apabila Ahmad Husni dilaporkan berkata Manifesto Rakyat akan meningkatkan defisit fiskal negara dari 4 peratus kepada 11.5 peratus.

"Kenyataan beliau ini dikeluarkan pada 29 Mac 2013 sebelum manifesto BN dilancarkan. Menyedihkan apabila dakwaan beliau tidak bersandarkan kepada fakta menyeluruh," ujar beliau yang juga penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku.

Perkara yang harus diberi perhatian kata Weng San, Manifesto Rakyat bukan sahaja menawarkan dasar yang relevan dan mantap tetapi turut juga menyediakan mekanisma perlaksanaan seperti mengurangkan ketirisan dalam pentadbiran kerajaan.

"Dalam pada itu PR juga telah mencadangkan bagaimana hasil negara boleh ditingkatkan, ini jauh bezanya dengan janji manifesto BN yang dilihat sekadar janji semata-mata," katanya.

Menurutnya, tindakan BN yang banyak mencedok idea PR membuktikan parti yang paling lama memerintah itu kekeringan idea.

"Bila mereka (BN) lancarkan manifesto, penyandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri tidak berani untuk berdebat dengan ketua oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai manifesto dan dasar yang ditawarkan," ujar beliau.

Tambahnya, apa yang menjadi kebimbangan rakyat Malaysia adalah bagaimana BN akan mengeluar dan menguruskan semua perbelanjaan untuk melaksanakan manifesto mereka yang diwar-war sebagai hebat dan gah dengan segala ketirisan dan lonjakan hutang negara yang melampau.

"Mereka janji untuk beri. Mana mekanisma, kaedah perlaksanaan? Ambil satu contoh sahaja iaitu mengenai perbelanjaan peruntukan untuk BR1M. BR1M pertama berjumlah RM1.92 bilion, BR1M kedua pula sebanyak RM3 bilion.

"Kalaulah amaun pemberian BR1M ini dinaikkan kepada RM1,200 setahun, ia akan memakan peruntukan kerajaan sekurang-kurangnya RM5 bilion setahun. Ini tak termasuk peruntukan-peruntukan lain untuk golongan lain yang wajib dan kita menjangkakan ia akan mencecah ratusan bilion.

"Kita sudah sediakan mekanisma bagaimana mengurus semua janji dalam manifesto kita tetapi tidak bagi BN. Mereka hanya berjanji," ujarnya.

Menurutnya, BN sentiasa menabur janji sejak berpuluh tahun lama tetapi membiarkan rakyat sengsara setiap kali PRU selesai. Ia cuma datang kembali berjanji apabila mahu rakyat mengundinya; corak politik BN tidak pernah berubah.

Ahmad Husni sebelum ini dilaporkan media mendakwa bahawa manifesto yang diumum oleh oposisi tidak mempedulikan implikasi kepada kedudukan kewangan kerajaan dan kesan herotan pasaran ke atas ekonomi negara.

Tetapi, apa yang berlaku sebaik sahaja Najib mengumumkan manifesto BN diibaratkan ramai sebagai "senjata yang menikam tuan". – Roketkini.com

Dr Mahathir ‘pembohong besar’, ‘bapa fitnah’: Kit Siang

Posted: 14 Apr 2013 05:09 AM PDT

Roketkini.com



GELANG PATAH,: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menganggap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pembohong besar dan 'bapa fitnah' kerana menuduhnya meminta orang Cina di Gelang Patah dan Johor menolak kerjasama dan berkongsi dengan orang Melayu.

Sehubungan itu, beliau memberi tempoh satu lagi 24 jam untuk Dr Mahathir menarik balik kenyataannya atau meminta maaf terhadap fitnah tidak berasas itu atau menghadapi tindakan undang-undang.

Katanya, ini kerana Dr Mahathir dalam blognya membuat serangan tidak bertanggungjawab mengatakan beliau meminta orang Cina di Johor "untuk tidak suka dan benci orang Melayu" bagi mewujudkan "konflik dan permusuhan antara kaum" sedangkan beliau tidak pernah bercakap sedemikian.

Semalam, Kit Siang meminta Mahathir menghentikan membuat pembohongan dan fitnah tanpa bukti yang menjejaskan reputasi dan imej beliau sebagaimana yang dilakukan dalam blognya, Khamis lalu.

"Semua dakwaan Mahathir adalah tidak benar dan fitnah keranna saya tidak pernah berucap di Gelang Patah dan Johor sejak pengumuman akan bertanding di Gelang Patah, 18 Mac lalu," katanya dalam kenyataan media di Pusat Operasi PRU-13, di Gelang Patah, semalam.

Menurutnya, sejak menceburi politik selama 47 tahun beliau tidak pernah melakukan seperti yang dituduh Dr Mahathir sebaliknya mahu rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama atau geografi bersatu sebagai satu rakyat untuk mewujudkan sebuah negara yang akan menjadi contoh antarabangsa dan inspirasi sebagai sebuah negara berbilang kaum, agama, bahasa dan budaya.

"Saya berulang kali mengatakan di Gelang Patah, saya harap tidak menang hanya bergantung kepada undi Cina, tetapi mahu undi semua kaum di negara ini iaitu Cina, Melayu dan India. Saya mahu pengundi Cina, Melayu dan India di Gelang Patah membuktikan kepada Barisan Nasional (BN) bahawa mereka boleh bersatu di bawah panji-panji Pakatan Rakyat daripada DAP, PAS dan PKR sekaligus membuktikan tuduhan Mahathir itu palsu," katanya.

Kit Siang yang juga penyandang Parlimen Ipoh Timur berkata, terdapat cubaan untuk menjadikan PRU-13 pilihan raya umum paling kotor dalam sejarah Malaysia selama 56 tahun dengan memfitnah pemimpin PAS, DAP dan PKR serta mewujudkan ketegangan kaum.

"Fitnah paling kotor ialah penyebaran video seks membabitkan pemimpin PR, termasuk video seks sintetik yang dianggap paling keji dan pengecut. Saya sendiri dituduh menghasut kebencian kaum hingga mencetuskan ketegangan di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969," katanya.-Roketkini.com

Bandi Amuk, Ayai Ilusi duta kempen BN Parlimen JB

Posted: 14 Apr 2013 05:04 AM PDT

SINAR HARIAN

Bandi Amuk, Ayai Ilusi duta kempen BN Parlimen JB
Shahrir (tengah) menyerahkan kemeja-T kepada Nasabandi (dua, kiri) dan Zaharuddin (dua, kanan) pada sidang media di Johor Bahru hari ini. - Foto Bernama
 
JOHOR BAHRU - Dua artis terkenal, Bandi Amuk dan Ayai Ilusi, menawarkan diri secara sukarela untuk menjadi duta kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) Barisan Nasional (BN) Parlimen Johor Baharu.

Bandi Amuk atau nama sebenarnya, Nasabandi Jumaat dan Ayai Ilusi atau nama sebenarnya, Zaharuddin Kamaruddin, akan terlibat dalam aktiviti penerangan khususnya terhadap golongan muda di Parlimen Johor Baharu.

"Penyertaan Bandi Amuk dan Ayai Ilusi merupakan sebahagian daripada usaha kita untuk mendekati anak muda dan menarik sokongan mereka pada pilihan raya umum kali ini," kata penyandang kerusi Parlimen Johor Baharu Tan Sri Shahrir Abdul Samad pada sidang media di pejabat Umno Bahagian Johor Baharu hari ini.

Beliau yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya BN Johor Baharu berkata, pendekatan BN menggunakan selebriti dalam kempen  adalah berlainan dengan pembangkang yang mengetengahkan artis sebagai calon parti mereka.

Shahrir merujuk kepada keputusan Pas mencalonkan penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin di Parlimen Jempol pada pilihan raya umum  ini, serta khabar angin bekas penyanyi, Dayangku Intan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pontian.

Menurutnya, bekas artis yang diketengahkan oleh pembangkang sebagai calon di dalam PRU 13, tidak mempunyai sebarang  pengalaman berkhidmat kepada rakyat.

Sementara itu, Bandi Amuk berkata keputusan untuk menawarkan khidmatnya adalah disebabkan kesedaran untuk membalas  segala jasa BN dengan memastikan parti pemerintah itu menang besar pada PRU 13.

"Saya mempunyai keluarga dan anak-anak saya telah mendapat segala bantuan dan pertolongan daripada BN. Ini adalah masa  untuk saya membalas segala jasa kerajaan BN. Janganlah kita menggadaikan masa depan kita," katanya.

Penyanyi Ayai Ilusi pula berkata, tindakannya untuk terlibat dalam kempen pilihan raya BN itu merupakan reaksi semula jadi  memandangkan beliau merupakan penyokong kuat parti itu sejak dahulu lagi.

"Saya telah terlibat dengan kempen BN 'sejak azali' lagi, daripada bekerja memasang poster-poster BN kepada menyertai kempen- kempen bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau menjadi Menteri Besar Johor," katanya.

Pegawai Pilihan Raya BN Parlimen Johor Baharu Abu Talib Alias pula berkata, Bandi dan Ayai akan terlibat dalam lapan program  penerangan di seluruh kawasan Parlimen Johor Baharu sepanjang kempen PRU 13 ini.- Bernama

MB Selangor: Pilihan 2008 tepat, yakin pengundi kekal PR

Posted: 14 Apr 2013 04:28 AM PDT

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN dan NURULFATIHA MUAH

MB Selangor: Pilihan 2008 tepat, yakin pengundi kekal PR
Simpanan Kerajaan Negeri Selangor 2009 - 2012
 
Abdul Khalid Ibrahim
Berdasarkan tanda aras dan pencapaian 2008-2013 Khalid mahu mandat Pakatan Rakyat Selangor dikekalkan. - Foto Sinar Harian oleh Foto AZMI ARYANTO
 
KEUPAYAAN beliau mengendalikan negeri Selangor dengan membawa pembaharuan drastik memberikan air percuma 20 meter padu kepada rakyat di negeri ini adalah satu rekod besar dalam sejarah kepimpinan negara.

Nama Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tentunya akan terus menjadi sebutan kerana kebijaksanaannya mengemudi tampuk pemerintahan sehingga Selangor berjaya mengumbul rizab tunai lebih RM2 bilion dan menyumbang lebih RM50 bilion pendapatan

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dalam tempoh lima tahun lalu. Malah jika diberi peluang meneruskan kepimpinan kerajaan negeri Selangor, pemimpin ini berjanji akan memastikan lebih banyak hasil mahsul negeri akan dikongsi dengan rakyat. Ikuti temu bual bersama Khalid yang dikendalikan oleh SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN dan NURULFATIHA MUAH bersama juruvideo MUHAMAD FAUZI MOHAMED dan jurufoto, AZMI ARYANTO di pejabat beliau baru-baru ini.

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana 'feeling' Tan Sri memandangkan pilihan raya sudah semakin dekat?

TAN SRI KHALID IBRAHIM: Persediaan untuk pilihan raya, bagi saya, saya ambil Pakatan Rakyat sebagai indikator. Persediaan pilihan raya kita sudah bermula pada pertengahan tahun 2012 lagi. Adakalanya gosip berkenaan pilihan raya ini bermula sejak bulan Disember 2011 dan jangkaannya sehingga 20 Disember itu, seolah-olah pilihan raya betul-betul hendak jadi.
Tapi sekaranglah ia betul-betul akan jadi iaitu pada bulan April tahun 2013.

Saya ingat persediaan itu sudah mula bermula berlaku. Pada saya, ada baiknya ada buruknya. Baiknya ialah memberi peluang kepada rakyat untuk mengetahui pilihan raya dan apa yang akan berlaku dalam pilihan raya.

Tetapi dari segi tak baiknya ialah beberapa keputusan penting terutama dalam pelaburan dan juga dalam perancangan yang memerlukan hasil jangka pertengahan dan jangka panjang ditunggu oleh kerana ada kesan jika keputusan pilihan raya itu menyebabkan berlakunya perubahan.

Jadi, itu menyebabkan beberapa keputusan tidak dibuat. Dari segi ini, ia tidak memberi kesan kepada kerancakan ekonomi.

Pengalaman yang bagus ialah tarikh pilihan raya itu ditentukan dengan lebih tepat dan tertentu.

SINAR HARIAN ONLINE: Adakah patut ada tempoh khas pilihan raya?

TAN SRI KHALID IBRAHIM: Belajar daripada pengalaman ini menunjukkan ada baiknya walaupun boleh diubah, ada baiknya ditetapkan dengan lebih awal supaya tidak ada keadaan tertentu, menjadi tanda tanya dan keadaan yang tidak menentu.

SINAR HARIAN ONLINE: Lebih awal, berapa tempoh masa itu? (masa pengumuman pilihan raya).

TAN SRI KHALID IBRAHIM:
Saya rasa umpamanya selepas tiga tahun setengah Parlimen bersidang dan kita boleh tentukan, kita kata pilihan raya boleh jadi dalam enam bulan atau tujuh bulan akan datang.

SINAR HARIAN ONLINE: Maksudnya kedua-dua parti patut bincang?

TAN SRI KHALID IBRAHIM:
Ya, pembangkang mesti bersetuju.


SINAR HARIAN ONLINE: Sepanjang lima tahun jadi menteri besar, adakah Tan Sri puas hati dengan prestasi pentadbiran?

TAN SRI KHALID IBRAHIM:
Saya ingat, ya.  Satu daripada perkara yang baik untuk PR dan PKR yang tidak mempunyai rekod dari segi pentadbiran negeri Selangor.

Jadi jika kita berbincang pada Disember 2007 dan Januari, Februari 2008, kita cakap kita akan bertanding untuk memerintah Selangor, tapi rakyat tak mempunyai idea bagaimana PR boleh mentadbir negeri Selangor. Kita tak punyai 'track record 'yang  boleh kita terangkan. Alhamdullilah saya rasa sekarang,  rakyat Selangor boleh menilai dalam masa lima tahun apakah dilakukan oleh kerajaan di bawah pentadbiran PR berbanding dengan kerajaan ditadbir Umno–BN. Kita boleh nampak dan tunjukkan perbezaan itu.

Saya berani menyatakan kita telah menunjukkan keupayaan pemerintahan dengan keadaan yang lebih baik, lebih ternyata daripada Umno-BN.

Ada tiga sebab mengapa kita rasa kita telah dapat menunjukkan perkara itu dan boleh diukur hasilnya. Satu ialah kita menerima konsep ketelusan. Maknanya keputusan yang dibuat, hasil keputusan yang dibuat itu dihebahkan. Jadi maknanya penjawat awam, masyarakat semuanya dapat maklumat tentang apa yang kita lakukan.

Berbanding dengan sebelum 2008, maklumat itu dianggap terlalu rahsia, ada kalanya sehingga dua tahun baru orang tahu keputusannya dibuat secara begitu dan ada kalanya tak tahu.

Jadi dengan cara ketelusan itu, ini bererti pentadbir dan juga mereka yang bekerja dengan pentadbir, (penjawat awam) akan lebih sensitif tentang keputusan-keputusan yang dibuat kerana mereka akan dipersoalkan jika keputusan itu tidak munasabah dan tidak memihak kepada negeri atau rakyat.

Kedua kita menerima konsep akauntabiliti (kebertanggungjawaban). Jadi menteri besar tak boleh nak katakan bukan dia yang buat keputusan, tapi penjawat awam yang buat keputusan, tak boleh.

Untuk meyakinkan bahawa akauntabiliti itu diterima, proses dan prosedurnya mesti betul. Maknanya ada rekod mengapa keputusan dibuat begini, siapa yang mencadangkan? Jadi maknanya, apa yang saya dapati sebelum 2008, beberapa keputusan macam pembelian dan sebagainya dibuat hanya dengan cara menteri besar setuju... 'sila beli'.

Saya tak menerima perkara begitu, maknanya kenapa kita beli? Apa sebab kita beli? Berapa banyak yang kita beli? Mesti kita mesti rekodkan sebelum kita buat keputusan tersebut. Maksudnya kita ada rasa kebertanggungjawaban.

Ketiga, kita menerima hakikat bahawa pentadbiran yang baik, sentiasa memperbaiki cara kerja mereka, untuk memperbaiki dan meningkatkan kecekapan, kita mesti sentiasa memperbaiki cara tersebut. Itu sebab dalam pentadbiran tanah, kita terima hakikat bahawa pengalaman Information Computer Technology (ICT) mesti menerajui penambahbaikan kita dalam pentadbiran tanah.

Maknanya kita mesti menerima, kita bergerak daripada menyimpan fail kepada sistem menyimpan dalam pangkalan data. Kalau dalam bilik ini penuh dengan fail, ia akan diganti dengan kita ambil data dalam fail, masukkan dalam pangkalan data supaya akses lebih cepat dan tepat, jadi tak ada masalah fail hilang, tidak tahu di mana fail, rekod tak jelas, semuanya kita lakukan.

Kalau kita buat begitu, persoalan-persoalan mengenai pentadbiran dapat diperbetulkan melalui tiga konsep ini. Saya rasa itu sebabnya kita dalam keadaan yang boleh bersaing dari segi hasilnya dengan kerajaan di bawah pentadbiran Umno–BN di Selangor.

SINAR HARIAN ONLINE: Tan Sri ada 'report card' di Selangor. Boleh kongsikan dengan kita dan pembaca?

TAN SRI KHALID IBRAHIM:
Kita keluarkan satu maklumat tentang apa yang telah kita lakukan dalam masa lima tahun. Maklumat daripada sumbangan kita kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), prestasi makro ekonomi, pelaburan yang dilakukan dalam negeri Selangor untuk lima tahun iaitu melebihi RM50 bilion, satu jumlah terbesar, berbanding dengan negeri lain.

Dalam masa lima tahun, Selangor mempunyai pelaburan domestik dan juga luar negara melebihi RM50 bilion berbanding dengan negeri lain umpamanya negeri kedua terbesar ialah Sarawak iaitu hampir RM42 bilion, RM8 bilion Selangor lebih dari segi jumlahnya.

Kita juga telah tunjukkan bagaimana pengurusan simpanan negeri. Salah satu indikator untuk menunjukkan sama ada negeri ini dapat mengurus kewangan dengan lebih baik ialah bagaimana dia dari segi pendapatan dan juga perbelajaan dan hasil. Walaupun pendapatan meningkat, perbelanjaan juga meningkat. Tetapi ia juga mesti meningkatkan simpanan negeri, jadi kita telah menunjukkan sejak 2009, daripada RM1.3 bilion kita punya rizab sekarang sudah meningkat sehingga hampir RM2.7 bilion. Ini semua menunjukkan kita tidak mengurangkan perbelanjaan. Kita juga memperhebatkan pendapatan hasil dan dengan cara itu, apa yang boleh kita katakan, pentadbiran kewangan negeri itu membesar, jadi kita telah tunjukkan bagaimana perbelanjaan itu dapat dilakukan.

Dan dari segi perbelanjaan untuk kebajikan, dalam lima tahun, kerajaan negeri telah membelanjakan lebih RM700 juta berbanding saya cuba tengok dalam lima tahun daripada 2004 sampai 2007, 2008 yang sebelumnya, jumlah yang diagihkan dalam bentuk kebajikan kepada rakyat tidak lebih daripada RM250 juta.

Jadi bila kita bandingkan kita belanja banyak, simpanan kita pun banyak. Jadi maknanya dua-dua indikator kita itu menunjukkan kita lebih baik dari lima tahun sebelum ini... 10 tahun sebelum ini, ekonomi itu masih lagi tidak besar. Jadi bererti pemilihan rakyat untuk PR betul. Maknanya mereka mahu peningkatan pengurusan sumber negeri dan peningkatan dalam cara negeri itu dikendalikan, mereka dapat indikator-indikator yang ada sekarang ini. Jadi kita sudah memperkenalkan garis asas, jadi sesiapa yang akan datang mereka kena melepasinya.  Dulu tak ada. Dulu tiada, dulu bila saya masuk, saya tak ada angka-angka itu.

SINAR HARIAN ONLINE: Jadi itu satu penanda aras?

TAN SRI KHALID IBRAHIM:
Ya, ia satu penanda aras. Kita sudah meletakkan penanda aras.

SINAR HARIAN ONLINE: Adakah Tan Sri akan bersandarkan kepada 'report card' ini untuk kembali dapatkan mandat rakyat?

TAN SRI KHALID IBRAHIM:
Oh ya... saya nak tunjukkan bahawa keputusan rakyat adalah betul.

Maknanya keputusan rakyat untuk mengubah kerajaan daripada Umno-BN kepada PKR, Pas dan DAP dan kemudiannya digabungkan jadi Pakatan rakyat keputusan yang betul, akhirnya rakyat mendapat manfaat yang lebih baik daripada keadaan sebelum ini. Kita juga akan merangka satu manifesto yang menunjukkan bahawa kecemerlangan ini mesti diteruskan, bukan kita pergi kepada rakyat, berdasarkan kepada rekod prestasi lima tahun, tapi kita kata, kita mesti teruskan kerana kecemerlangan adalah satu perjalanan, bukan satu destinasi.

SINAR HARIAN ONLINE: Jadi manifesto berasingan daripada manifesto PR pusat?

TAN SRI KHALID IBRAHIM:
Yang dibentangkan Pakatan pusat adalah 'umbrella manifesto', tapi Selangor, kita mesti ada manifesto sendiri sebab kita sudah ada rekod prestasi.

SINAR HARIAN ONLINE:  Apa penekanan dalam manifesto yang akan dibentangkan ini?

TAN SRI KHALID IBRAHIM:
Menunjukkan bahawa kita mesti memperincikan lagi kita punya pengurusan sumber. Maknanya dari segi kuasa utama kepada aset hartanah kepada usaha-usaha kebajikan, peningkatan pendidikan dan cara-cara pentadbiran yang telus dan juga mengutamakan tadbir urus korporat. Semua itu akan kita masukkan ke dalam manifesto. Dilancarkan tiga hari sebelum penamaan calon.

SINAR HARIAN ONLINE: Memandangkan di Selangor Tan Sri perkenalkan pemberian air percuma kepada rakyat, seolah-olah sudah jadi 'trademark' kepada Tan Sri. Selepas PRU13, jika Tan Sri diberi peluang sekali lagi memegang pemerintahan di Selangor,  bagaimana ia diuruskan? Isu Langat 2, adakah ia akan diteruskan?

TAN SRI KHALID IBRAHIM:
Satu perkara yang jelas ialah dalam manifesto kita untuk PRU13, kita nak terjemahkan konsep bagaimana harta negeri dimiliki oleh rakyat.

Konsep pemberian air percuma 20 meter padu iaitu konsep supaya sumber negeri itu dapat diurus dengan baik supaya rakyat mendapat manfaat daripadanya, tapi kita nak terjemahkan bukan sahaja sumber itu mesti diurus dengan baik, tapi rakyat juga boleh memiliki sumber itu. Maknanya, katalah kita jalankan operasi air, syarikat yang menjalankan operasi air itu akan kenakan tarif kepada penggunanya.

Penggunaannya ialah rakyat Selangor, tapi kita boleh terjemahkan dalam bentuk mereka yang menggunakan dan membayar tarif air ini juga menjadi pemilik saham operasi tersebut. Jadi, kita akan menterjemahkan satu konsep iaitu saham air untuk rakyat Selangor. Ini satu konsep yang menyatakan rakyat tahu kalau syarikat itu mendapat untung lebih pun, untung itu diberi kepada rakyat. Kalau syarikat itu rugi, rakyat juga yang akan rugi.

Jadi maksudnya ada elemen semak dan imbang antara pentadbiran. Ini adalah satu jawapan yang lebih baik untuk mengatasi keadaan monopoli sebab air ini ialah monopoli (operasi air). Kita tak boleh pecah-pecahkan, kita urus sahaja. Jadi kalau monopoli ini biasanya dalam konsep ini, orang yang dapat kuasa monopoli ini akan menggunakan kuasa itu untuk mendapat keuntungan yang lebih sebab orang terpaksa kerana perlukan sumber ini.

Apa kita lakukan? Kita kata monopoli ini tak boleh disalahgunakan, kalau tak boleh salah guna, ia boleh diterjemahkan macam ia dimiliki oleh rakyat.

Maknanya kalau monopoli itu mengenakan harga tinggi kepada rakyat, rakyat akan beban. Tapi harga yang tinggi itu dilihat dari segi keuntungan dan keuntungan itu boleh disalurkan balik kepada rakyat. Kita ada keadaan keseimbangan dalam keadaan tersebut.

Air percuma diteruskan

SINAR HARIAN ONLINE: Adakah pemberian air percuma ini akan diteruskan.
TAN SRI KHALID IBRAHIM: Air percuma 20 meter padu akan diteruskan sebab itu adalah konsep asas. Kita terima konsep asas seperti kita terima pendidikan percuma, itu asas. Kita katakan kesihatan untuk semua dan pada saya, air ialah perkara asas dan kita tak boleh memberinya semua (percuma), tetapi 20 meter padu itu cukup untuk keluarga hidup dalam jumlah air yang disalurkan.

SINAR HARIAN ONLINE: Tak ada cadangan untuk tambah?

TAN SRI KHALID IBRAHIM:
Tidak, sebab kita tak hendak pembaziran berlaku... sebab kita nak bahagikan sama rata untuk rakyat, tapi boleh jadi orang kaya, dia ada kolam renang. Jadi kalau air percuma sudah tentulah dia dapat lebih manfaat.

Tujuan kita mereka yang guna kolam renang, lebih banyak guna air daripada yang asas mereka terpaksa membayar lebih kepada penggunaan air tersebut dan boleh dimasukkan ke dalam keuntungan yang diagihkan sama rata kpd rakyat.

Kita ada mekanisme untuk mengimbangi. Langat 2 merupakan sebahagian daripada konsep ini. Sebab itu, saya beritahu kepada kerajaan persekutuan, Langat 2 tidak sepenting penyusunan semula industri air. Bila rakyat dapat semula industri air ini, Langat 2 ialah operasi saja, tak semestinya kita hanya bergantung kepada Langat 2.

SINAR HARIAN ONLINE: Jika kerajaan negeri dan Syabas tak mahu bekerjasama dalam isu Langat 2 ini, projek Langat 2 akan jadi projek gajah putih terbesar kerana terowong sudah dibuat?

TAN SRI KHALID IBRAHIM:
Tidak... satu daripada kelemahan, itu sebab saya beritahu daripada awal tadi.  Satu daripada kelemahan dalam pentadbiran Umno-BN, mereka tak telus daripada segi keputusan. Keputusan untuk menebuk gunung itu tak telus.

Kenapa ia ditebuk? Kenapa dia tak cari opsyen-opsyen lain? Oleh sebab itu keputusan mereka  itu keputusan buat dulu, baru bincang. Tapi pada saya, ini kita dapat selsesaikan apabila penyusunan semula industri air dilakukan dan kita masukkan nilai itu ke dalam pengiraan nilai operasi. Nilai itu dan rakyat akan tahu berapa kos yang akan dibayar. Jadi ia akan jadi lebih telus, tak boleh lagi sorok-sorok. Kerajaan persekutuan takut ia jadi gajah putih. Boleh jadi dulunya dia sepatutnya sudah kira awal, kenapa buat belum apa-apa lagi dibuat? Jadi ia kena fikirkan dulu. Bererti ini satu pengajaran yang sangat baik untuk pentadbiran-pentadbiran yang akan datang.

 Sebab rakyat perlu kekalkan PR

SINAR HARIAN ONLINE: Pandangan Tan Sri kenapa rakyat mesti mengekalkan pemerintahan Pakatan Rakyat?

TAN SRI KHALID IBRAHIM:
Sebab reformasi yang kita lakukan ini memberi perubahan kepada rakyat. Bayangkan kalau tak ada reformasi perubahan ini, adakah rakyat boleh dapat BR1M dan BR1M 2.0? Bayangkan reformasi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, adakah sekolah-sekolah agama rakyat diambil kira dalam perbelanjaan kerajaan?

Jawapannya sebelum ini, tak ada. Adakah sekolah Cina dianggap satu sekolah yang perlu diberikan pertolongan secara berterusan? Tak ada. Adakah sekolah Tamil dianggap satu usaha untuk membangunkan pendidikan rakyat semua bangsa dan kaum? Sebelum ini tak ada, sekarang oleh sebab reformasi ini, nampak manifesto BN juga mengadakan reformasi sendiri.

Reformasi di bawah (bekas Perdana Menteri, Tun Dr) Mahathir (Mohamad) mengamalkan konsep kapitalis, maknanya dari segi era kita dari segi membangunkan ekonomi, siapa yang berjaya, siapa yang tak berjaya, tak berjaya. Siapa yang berjaya akan membelanjakan duit dan hasilnya akan dirasai oleh rakyat keseluruhannya. Ini adalah kesan pertumbuhan ekonomi sekelip mata.

Konsep itu kita rasa kita tak dapat menerimanya kerana rakyat tertungu-tunggu begitu lama untuk dapatkannya. Malahan tadi orang yang menjalankan konsep ini ialah yang cuba difahami ialah Margaret Thatcher, tapi dia sudah meninggal semalam (8 Arpil). Dia adakan konsep 'free enterprise' dan meruntuhkan semua sistem kebajikan yang tak diperlukan. Ada baik dan buruknya.

Hasilnya terdapat satu jurang yang ketara berlaku di antara masyarakat di Britain. Maknanya yang miskin menghadapi masalah besar, yang kaya itu menguasai harta yang besar. Ada baik dan buruknya.
Jadi dengan adanya PR ini, kita seimbangkan keadaan tersebut, jadi pemikiran untuk mementingkan rakyat dan mempedulikan rakyat lebih rapat kepada PR berbanding dengan cara yang dibuat Umno dan BN 50 tahun yang lepas.

SINAR HARIAN ONLINE: Pada 2008, PR tiga parti dikatakan menang dengan ikut nasib. Tapi kali ini PRU paling mencabar, Tan Sri setuju tak?

TAN SRI KHALID IBRAHIM: Saya boleh setuju, tapi kalau nasib kita baik, kita dapat Putrajaya. (Sambil ketawa berseloroh). Itulah yang dikatakan nasib, apa yang saya ingin nyatakan, rakyat lebih kenal kita. Sebelum 2008, pasukan Pakatan Rakyat tidak dikenali oleh rakyat secara keseluruhannya dan kerjasama pasukan tidak ada di sana.

Sekarang ia ada, sudah tentulah Umno dan BN mesti memperkemaskan jenteranya untuk bertanding. Jadi, saya rasa itu sudah satu perkara yang sudah tak perlu diperbangkitkan kerana siapa nak menang mesti mendapat penerimaan rakyat.

SINAR HARIAN ONLINE: Keyakinan Tan Sri untuk menang?

TAN SRI KHALID IBRAHIM:
  Saya yakin daripada 2008 sebab pada 2008, PKR, saya, Setiausaha Agung PKR pada masa tersebut, hanya satu kerusi saja. Pada 2004, kita tinggal satu kerusi sahaja, masa saya bertanding pada 2008, PKR hanya ada satu kerusi Parlimen, jadi kalau kita menang tiga kerusi, kita dapat 300 peratus daripada itu. Tapi kita bukan menang tiga kerusi, kita menang 30 kerusi. Jadi maknanya peralihan itu meningkat dan lepas itu kita agak stabil.

Di Semenanjung Malaysia, undi popular PR lebih tinggi daripada Umno dan BN, tapi kita dapat kurang kerusi, itu sahaja. Dari segi undi popular kita dapat. Adakah kita boleh mengekalkan undi popular ini? Jawapannya ialah ya. Jadi bukan orang kata sekarang orang marah Pakatan Rakyat, tidak ada.

Janji manifesto

SINAR HARIAN ONLINE: Pesaing kata banyak perkara dalam manifesto tidak dapat ditunaikan. Boleh anda pertahankannya?

TAN SRI KHALID IBRAHIM: Itu satu perkara yang tohmahan sahaja kerana tahap kerajaan, orang mesti asingkan parti dan pentadbiran. Pentadbiran ini termasuk penjawat awam, semuanya. Tapi adakah di Selangor, manifesto yang diutarakan oleh kumpulan Pakatan Rakyat itu diberikan tumpuan oleh kerajaan negeri Selangor? Jawapannya, ya. Lebih daripada 20 program yg dibuat telah dilakukan dan program-program ini lebih baik daripada program sebelum 2008, maknanya kita sudah jalankan program-program tapi ada juga yang membuat tohmahan  bahawa kita tak lakukan.

Satu tohmahan yg paling penting ialah kita dibawa oleh peguam- peguam yang bergerak di bawah payung BN yang mengatakan 1,001 warga emas hendak meminta bayaran kerana manifesto Pakatan Rakyat pada 2008 mengatakan ada skim untuk warga emas. Jawapannya ada, sekarang pun ada skim untuk warga emas, tapi skim itu skim khairat kematian, maknanya orang yang 1,001 yang masuk mahkamah kata tak dapat skim itu, jawapannya betul. Dia hanya dapat dan keluarganya dapat skim itu apabila mereka meninggal dunia. Jadi tak salahlah? Boleh kita pergi mahkamah dan esok bolehlah mahkamah tahu  tentang apa yang mereka tak faham.

Saya telah tulis surat kepada mereka untuk mendaftar supaya kalau dia belum mendaftar untuk jadi ahli Skim Mesra Usia Emas (SMUE), tapi nak dapat duit, tunggu matilah.

Satu daripada cara umno-BN menunjukkan mereka, selepas Selangor di bawah Pakatan Rakyat, mereka cuba cari jalan bagaimana untuk menebuk-nebuk usaha yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Mereka cuba kata ini tak betul, itu tak betul. Tapi sebenarnya ia macam melihat orang, dia pakai baju, dia punya anting-anting tak betul.

Itu bukan isu teras, ia cuma sampingan. Kritikan ini bukan teras. Asasnya, isu dulunya Umno dan BN boleh beroperasi dengan telus tanpa rasuah? Jawapannya tak ada.

Baru hari ini saya terbaca bahawa (Datuk Seri) Najib Tun Razak baru kata kalau kita menang di Putrajaya, saya akan cuba hapuskan rasuah. Itu semua bukan teras, ini terasnya. Jadi warga emas yang tak dapat khairat kematian bawa ke mahkamah, kalau 1,001, esok dua atau tiga orang meninggal, dia dapatlah.

SINAR HARIAN ONLINE: Manifesto satu perkara, program rakyat pula satu lagi perkara. Adakah benda yang dilaksanakan di luar manifesto?

TAN SRI KHALID IBRAHIM:
Ada. Bagi saham dan saya bagi tanah untuk rakyat Selangor, tak ada dalam manifesto untuk memberi tanah dengan bayaran premium yg paling rendah RM1,000. Itu telah kita lakukan.

Kita telah buat program Jom Shopping untuk rakyat. Kita telah banyak buat program-program memberdayakan wanita. Program program tambahan sebab kita ada lebih kurang 27 program yang dalam manifesto hanya 15 ke 16.

Macam Skim mikrokredit (yang kita ada), pusat tuisyen rakyat, TAWAS, tapi yang jelas ia ini ada ketelusan. Kita spesifik apa yang kita buat. (Bekas Menteri Besar Dr) Khir Toyo saya ingat duduk sini tak dapat tunjukkan macam ini. Ini bermaksud semua program ini terus kepada rakyat.

SINAR HARIAN ONLINE: Tan Sri sekarang ini bercakap dengan yakin berbanding dengan sebelum ini. Tiga tahun lepas, isteri pernah bagi tahu Tan Sri, kalau boleh jangan jadi menteri besar, sekarang bagaimana?

TAN SRI KHALID IBRAHIM:
Dia masih konsisten, tapi saya cakap saya nak cuba teruskan usaha untuk meneruskan usaha kecemerlangan ini terutama dari segi pemberian air, saham air untuk rakyat Selangor. Saya nak terjemahkan konsep itu jadi pelaksanaan.

 Antara kekal MB atau ke pusat
SINAR HARIAN ONLINE: Ini bermakna Tan Sri minta rakyat bagi lagi peluang?

TAN SRI KHALID IBRAHIM:
Ya, bagi peluang.

SINAR HARIAN ONLINE: Kalau Tan Sri diberi peluang, Tan Sri mahu dikekalkan sebagai menteri besar atau nak ke Pusat?

TAN SRI KHALID IBRAHIM:
Saya bagi keutamaan, satu ialah bila saya sudah selesaikan masalah pemberian saham air untuk rakyat Selangor, saya rasa saya di mana-mana pun saya boleh.

SINAR HARIAN ONLINE: Maknanya, Tan Sri perlukan satu lagi penggal sebagai menteri besar, kalau boleh?

TAN SRI KHALID IBRAHIM:
Kalau boleh... dan saya pun rasa (selepas itu) saya sudah cukup pun berbakti kepada rakyat dan bangsa.

SINAR HARIAN ONLINE: Lima tahun sebelum ini, apa cabaran besar bagi Tan Sri dalam mentadbir kerajaan negeri?

TAN SRI KHALID IBRAHIM:
Menterjemahkan konsep ketelusan dan kesaksamaan, tak memberikan kebaikan kepada kroni atau kawan. Kita buat itu. Itu sangat sukar. Dalam politik, itu sangat sukar dilaksanakan.

SINAR HARIAN ONLINE: Memang orang katakan Tan Sri sangat baik dalam menguruskan kerajaan, tetapi kroni tidak dijaga?

TAN SRI KHALID IBRAHIM:
Tak ada (bagi kawan dan kroni). Tapi itulah yang kita sebut sebagai reformasi.  Itu  susah nak dilakukan termasuk orang PKR kata begitu, Umno pun kata. Sebab itu yang rakyat hendak, kita pilih pemimpin, lepas itu pemimpin gunakan untuk rakyat umpamanya SMUE, kita bukan kira orang Umno atau MIC tak boleh dapat, semua rakyat dapat. Ini duit rakyat Selangor. Jika anda memerintah negeri, semua orang akan menjadi sebahagian daripada itu.

 Hubungan dengan Azmin Ali

SINAR HARIAN: Desas-desus mengatakan hubungan Tan Sri dan Azmin Ali agak renggang. Dan ada isu perebutan jawatan menteri besar, apa komen Tan Sri?

TAN SRI KHALID IBRAHIM:
Tak ada… tak ada… itu memang desas-desus, dalam politik memang biasa. Desas-desus antara Najib dan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) pun serupa, desas-desus antara menteri besar Kedah dan exconya juga ada. Jadi kita teruskanlah, itu memang saya faham, dipanggil asam garam politik, sebab itu teruskan sebab tujuan kita ialah Keadilan (PKR) dan Pakatan Rakyat mahukan reformasi dan kita teruskan usaha kita.

SINAR HARIAN ONLINE: Gelanggang PRU, negeri selangor paling ramai pengundi, 13 juta sebelum ini ada mengadu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pernah ada penemuan undi yang diragui, adakah Tan Sri turun dengan yakin dalam PRU?

TAN SRI KHALID IBRAHIM:
Sama ada kita yakin atau tidak, inilah situasinya. Kita kena bertanding dalam keadaan itu dalam penuh berjaga-jaga. Walaupun saya rasa kalau kita menang Putrajaya, kita akan menyusun semula SPR supaya ia lebih terbuka, lebih menerima hakikat bahawa maklumat mengenai pengundi ini mesti disebar luas, mesti betul supaya pengundian itu akan menjamin pelaksanaan demokrasi yang terbaik

SINAR HARIAN ONLINE: Parti lawan diramal akan menggunakan dan persediaan PR untuk menghadapi isu manifesto yang kerajaan negeri tak dapat tunaikan?

TAN SRI KHALID IBRAHIM:
Tak apalah. Kita pula boleh tengok manifesto dia. Apa yang dia buat pula. Dan nampaknya manifesto payung Umno-BN sekarang sudah ditebuk dari segi kesahihan manifesto itu. Mereka dapati dan cuba pula menyesuaikan dengan manifesto yang dibuat oleh Pakatan Rakyat dari segi harga kereta, harga yang dipanggil harga minyak. Jadi kita terimalah.

Kita akan berbincanglah, tapi yang sebenarnya rakyat lebih tahu. Saya nak katakan di sini, pengalaman saya lima tahun sebagai menteri besar orang anggap rakyat ini tak mempunyai keupayaan berfikir, yang sebenarnya rakyat lebih pandai dan tahu walaupun kadang-kadang dia segan kepada pemimpin, dia tidak bercakap, tapi mereka agak faham.

Kalau orang lebih cakap, salahkan orang, dia tak akan pilih orang itu sebab esok dia menang pun dia salahkan orang lain. Rakyat lebih arif dari segi penilaian.

Tok Mun tetap tanding

Posted: 14 Apr 2013 04:23 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Tok Mun tetap tanding
Tok Mun melihat akhbar Sinar Harian yang melaporkan tentang dirinya yang mengunjungi SPR.
 
KUALA TERENGGANU – Calon bebas yang luar biasa dan menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia, Maimun Yusuf, 94, atau lebih dikenali sebagai Tok Mun, tidak yakin akan mendapat lebih daripada 685 undi sekiranya bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Walaupun tok dapat undian sebanyak 685 undi (pada PRU12) sebelum ini, belum tentu (pada PRU13) tok dapat undi (sebanyak itu) kali ini. Ramai orang 'dacing' dan juga (orang) Pas, penuh (orang 'dacing' dan Pas) di keliling rumah tok ini.

"Bukan dekat sini sahaja tapi semua tempat ada orang 'dacing' dan Pas, macam mana tok hendak menang. Tapi tok akan tetap bertanding pada pilihan raya ini," katanya kepada Sinar Harian di kediamannya di Kampung Gong Gemia, di sini.

Malah, Maimun yang dijangka bertanding bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu sebagai calon bebas pada PRU13 masih menghadapi masalah mencari penyokong dan pencadang untuk melayakkan dirinya menjadi calon PRU13.

Ditanya mengenai modal untuk bertanding pada pilihan raya paling sengit dalam sejarah negara, Tok Mun berkata, dia tidak risau mengenai modal perlu dikeluarkan setiap calon kerana sudah ada pihak akan membantu.

"Duit, Insya-ALLAH tok boleh pinjam dengan saudara-mara, cuma belum bertemu lagi nama pencadang dan penyokong. Sebelum ini ada yang bersetuju tapi batalkan pula. Sekarang, tok sedang mencari siapa yang sanggup," katanya.

Pada PRU12, Tok Mun menggunakan lambang kunci dan bertanding menentang Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Datuk Razali Ismail yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu.

Tok Mun pada PRU12 hanya mendapat 685 undi dan hilang wang pertaruhan.

Menurutnya, dia bertanding pada PRU12 atas dasar tanggungjawab untuk membela nasib rakyat seperti golongan miskin dan warga emas di Terengganu namun kali ini, sekiranya dia dipilih menjadi wakil rakyat, agenda utamanya adalah membanteras penyalahgunaan dadah.

"Ramai yang terlibat dengan dadah.  Muda, tua, lelaki dan perempuan semakin ramai yang terlibat dengan dadah.  Orang tua macam budak. Budak-budak 'dok tahu kepala ekor'," katanya yang turut menyalahkan pemimpin sedia ada kerana gagal menangani masalah itu.

Tok Mun juga berkata, kehadirannya pada PRU13 juga adalah untuk membela nasib orang Melayu yang dilihatnya sudah semakin jauh lari daripada perjuangan asal.

Bagi jiran terdekat, melihat kepada kesungguhan warga emas tersebut, ramai yang memuji namun tidak kurang juga yang melontarkan kejian, malah ada juga yang kasihan kerana beranggapan bahawa ada pihak tertentu sengaja mempergunakan Tok Mun.
Seorang penduduk yang mengenali Tok Mun namun enggan namanya didedahkan berkata, dia kesal jika Tok Mun bertanding disebabkan dipergunakan pihak berkepentingan.

"Saya puji semangat juang dan usaha gigih yang ditunjukkan oleh Tok Mun mencari rezeki. Dia seorang yang tidak duduk diam, dari pagi sampai ke petang dia akan keluar mencari rezeki. Bukan sahaja rajin tetapi dia juga seorang yang patriotik.

"Namun, saya risau melihat situasi sebegini berterusan apabila wartawan dan jurugambar terus mencarinya kerana nanti dia akan menaruh harapan tinggi, tetapi apa yang lebih mengecewakan saya sekiranya ada pihak yang sengaja mempergunakan Tok Mun," katanya.

DAP buat laporan polis terhadap Dr. Mahathir

Posted: 14 Apr 2013 03:31 AM PDT

Harakahdaily,


 
KUALA LUMPUR: DAP hari ini membuat satu laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung satu artikel dalam blog bekas Perdana Menteri itu yang didakwa bersifat fitnah terhadap parti itu dan menghasut kepada kebencian kaum.

Laporan polis itu dibuat Biro Undang-Undang DAP Lim Lip Eng pagi tadi.

Ianya berkaitan artikel bertajuk "Gelang Patah" yang antara lain mendakwa kemenangan penasihat DAP Lim Kit Siang di parlimen itu hanya akan membawa konflik dan permusuhan antara kaum.

Dr. Mahathir juga mendakwa, kehadiran Kit Siang yang akan bertanding di Gelang Patah sebagi cuba menghancurkan kerjasama sedia ada antara majoriti masyarakat Melayu dengan masyarakat Cina.

Dalam satu kenyataan bersama pemimpin DAP hari ini, mereka berkata, laporan polis itu dibuat ekoran dakwaan dalam artikel tersebut tidak berasas dan bersifat fitnah terhadap Kit Siang.

"Artikel  tersebut ditulis dengan niat jahat untuk tujuan menghasut perasaan benci di kalangan kaum-kaum di Malaysia,' kenyataan itu dipetik.

Selain Lim Lip Eng, turut menandatangani kenyataan itu termasuk Pengarah Strategi Pilihan Raya DAP Dr Ong Kian Ming, serta Naib Pengerusi DAPSY Tiew Wey Kheng.

Menurut mereka, pihak polis wajar menyiasat Dr Mahathir, di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948 dan undang-undang lain yang sesuai.

"Jika polis tidak mengambil apa-apa tindakan, ini akan menghantar mesej kepada rakyat bahawa penggunaan kebencian dan hasutan akan dibenarkan semasa kempen PRU ke-13," katanya.

Penendar kantin sekolah dipaksa sertai Umno

Posted: 14 Apr 2013 03:30 AM PDT

Aslani M,


BACHOK: Usahawan, peniaga kecil dan petani di Bachok kini kerap menerima tekanan pemimpin Umno. Ramai petani diugut tidak lagi mendapat baja subsidi kerana hadir pada program ceramah PAS.
Beberapa penduduk yang hadir pada ceramah PAS di Takel, Dun Tawang baru-baru ini memberitahu mereka menerima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada JKKKP.

"Pemimpin Umno terbabit mengugut tidak mahu lagi memberi baja kepada petani di sini kerana hadir pada program ceramah anjuran PAS.

"Beberapa penduduk menerima SMS berbau ugutan tersebut ketika menghadiri ceramah di Takel baru-baru ini," kata seorang petani di sini.

Tahun lepas bekas Adun Tawang, Hassan Mohamood mendedahkan petani dipaksa memasang bendera dacing di rumah mereka bagi membolehkan mendapat baja subsidi padi.

Hassan ketika dihubungi memberitahu ramai penduduk di sini mengadu mereka diugut pemimpin Umno peringkat cawangan, akan disekat baja subsidi kerana hadir program ceramah PAS.

Katanya, bukan sahaja petani yang menjadi mangsa ugutan Umno, sebaliknya penendar kantin sekolah juga dipaksa mengisi borang Umno.

"Mereka dipaksa menyokong Umno sekiranya tidak perniagaan akan terjejas. Beberapa pengusaha kantin memberitahu diugut pemimpin Umno.

"Malah ada yang dipaksa berlakon menyerah borang menyertai Umno ketika kehadiran Naib Presiden Umno, Datuk Dr Zahid Hamidi ke Bachok beberapa hari lalu," katanya.

Akhbar milik Umno hari ini melaporkan seramai 300 ahli dan penyokong PAS di Tawang keluar daripada parti itu dan bertekad menyokong Umno.

Hassan yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Bachok berkata, berdasar semakan di setiap cawangan PAS di Dun Tawang tidak ada ahli parti itu yang menyertai Umno.

Katanya, apa yang berlaku beberapa peniaga dalam kalangan penduduk tempatan di Tawang dipaksa mengisi borang Umno bagi mengelakkan perniagaan mereka terjejas.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan Hassan menafikan PAS menyogok penyokong Umno dengan memberi habuan sebanyak RM500 kepada seorang wanita Umno di Bachok.

"Tidak pernah berlaku ada jentera kempen muslimat PAS yang memberi wang sebanyak RM500 seperti didakwa Datuk Dr Awang Adek.

"Jentera kempen muslimat PAS tidak membawa wang sebanyak itu ketika kempen dan mereka hanya datang bertemu mata dan bertanya khabar sahaja.

"Tuduhan Ketua Umno Bachok tersebut tidak berasas sama sekali," katanya.

Sebaliknya sebelum ini seorang penduduk di Kampung Budi mendedahkan wakil kepada Awang Adek beberapa kali datang menemuinya bagi menawarkan wang supaya tidak lagi menyokong PAS.

Berapi!!! (Gambar) Bekas Menteri Besar Serah Borang Keahlian PAS Kepada Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din.. Jom Terjah!!!

Posted: 14 Apr 2013 03:26 AM PDT

SEDAKA SEJAHTERA



Maklumat terbaru yang diterima mendakwa bahawa seorang bekas menteri besar Selangor difahamkan sudah menyertai PAS sebentar tadi.

Khabar gembira ini disedari beberapa sumber yang berada di kediaman Timbalan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haron Din di Seksyen 1, Bandar Bangi, Selangor jam 12.55 tengah hari tadi.



Difahamkan juga bekas menteri besar Selangor yang dimaksudkan itu ialah Muhammad Muhd Taib yang menyerahkan borang keahlian menyertai parti itu sendiri kepada Tuan Guru Haron.

Menurut beberapa saksi, Muhammad dikatakan sudah banyak bertaubat dari dosa-dosanya yang lalu dan sering berada di kuliah agama dan masjid sejak beberapa tahun lalu, namun pegawainya meminta agar perkara ini tidak dihebohkan.

Ini bagi menjaga nama Muhammad yang pernah terpalit dengan skandal lama termasuk isu wang tunai 19 kilogram ketika ditahan di Lapangan Terbang Sydney, Australia pada 1998.

Muhammad juga sudah lama berjinak-jinak dengan PAS tetapi mahu perkara itu tidak disensasikan juga kerana masih ramai kawannya dalam Umno sebelum ini.

Setakat ini, PAS belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kemasukan Muhammad tetapi dijangka satu sidang media mengumumkan perkara tersebut akan dibuat dalam masa terdekat.

Kelmarin, bekas ADUN Batang Kali, Zainal Abidin Sakom yang merupakan kenalan rapat Muhammad memberitahu bekas bosnya itu tidak akan menyertai PAS kerana dikatakan tetap setia dengan perjuangan Umno selain tidak mudah menggadaikan prinsip perjuangannya.

Dilahirkan pada 29 Julai 1945 di Kuala Kalumpang, Hulu Selangor, Muhammad juga merupakan bekas ADUN Batang Kali sebanyak empat kali iaitu pada 1982, 1986, 1990 dan 1995.

Muhammad menjadi menteri besar dari tahun 1986 hingga 1997 dan kemudian digantikan oleh Abu Hassan Omar.

Beliau juga merupakan bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah selama setahun iaitu dari 18 Mac 2008 hingga 9 April 2009 setelah dilantik sebagai senator sebelum membuat keputusan untuk berundur kerana tempoh penggal tiga tahun tamat dan digantikan oleh Shafie Apdal.

Sebuah blog yang rapat dengan pimpinan PAS juga meramalkan Muhammad akan menyertai PAS awal pagi tadi namun pada masa itu belum disahkan.

Kita tunggu penerimaan ahli PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya terhadap keputusan mengejut ini.JALAN PULANG

Di sebelah bangunan Umno, pemimpin muda Pakatan gesa rakyat pertahankan Selangor

Posted: 14 Apr 2013 01:28 AM PDT


Oleh Md Izwan

SHAH ALAM— Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) berhimpun di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, bersebelahan dengan bangunan Umno Selangor malam tadi menggesa anak muda untuk mempertahankan negeri terkaya tersebut daripada tumbang kepada Barisan Nasional (BN).

Bertemakan "Malam Anak Muda Bangkit", kira-kira lebih 2,000 penyokong PR yang majoritinya anak muda menyambut cabaran tersebut dengan sorakan semangat untuk mempertahankan Selangor daripada ditawan BN.

"Malam ini bersebelahan bangunan Umno negeri Selangor, kita gegarkan bangunan tersebut," kata Ketua Pemuda PAS Selangor Hasbullah Ridzwan yang disambut laungan 'boleh' oleh hadirin.

"Anak-anak muda malam ini, berjanji dengan saya untuk pertahankan Selangor," tambah beliau lagi.

Wakil Solidariti Mahasiwa Malaysia (SMM) Safwan Anang menambah semangat hadirin yang hadir apabila berkata Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri paling penakut dalam sejarah Malaysia tetapi mempunyai cita-cita besar untuk menawan Selangor.

"Sudahlah nak bubar Parlimen pun lambat, bila diajak berdebat pun takut. Macam inikah nak menang di Selangor," soal beliau.

"Sebab takut berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kami mahasiswa sendiri yang mencabar Najib untuk berdebat. Itu sahaja 'level' perdana menteri kita," kata beliau yang disambut dengan tepukan orang ramai.

Sesi ceramah malam ini juga membariskan pemimpin muda PR lain seperti Pembantu Setiausaha Pemuda PAS Pusat Khairul Fahmi Mat Som, Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat Aiman Athirah dan beberapa penceramah lain.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengambil mikrofon di penghujung program  dan membuka ucapannya menggesa anak muda untuk melakukan perubahan dan tidak terlepas daripada mencipta sejarah menumbangkan Umno dan BN pada Pilihan Raya 2013.

"Anak-anak muda ketika ini mempunyai masa tiga minggu untuk memilih dan membuat perubahan.
"Sekarang, tanggungjawab dan amanat digalas oleh anda semua anak-anak muda untuk menentukan masa depan negara dan berada sebaris dalam sejarah negara," kata Rafizi yang disambut laungan "boleh" oleh hadirin.

Rafizi kemudiaan meneruskan sesi ceramah dengan pembentangan tawaran manifesto daripada PR seperti memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), penurunan harga kereta dan juga meningkatkan ekonomi rakyat Malaysia.

Pengacara majlis juga mengumumkan seramai 80 ribu orang telah melayari ceramah yang disiarkan secara langsung oleh laman sesawang Selangorku.

Pada Pilihan Raya 2008, BN tumbang di negeri Selangor buat pertama kali dan tiga negeri lain seperti Perak, Kedah dan Pulau Pinang yang menyaksikan pembangkang menang 82 kerusi parlimen bagi menafikan majoriti tradisi dua pertiga BN di Parlimen.

Sebelum pembubaran Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN), PR mempunyai penguasaan yang ketara ke atas negeri terkaya tersebut dan memegang 36 kerusi daripada 56 kerusi DUN serta 17 daripada 22 kerusi Parlimen.

PIlihan Raya 2013 akan diadakan pada 5 Mei dengan hari penamaan calon pada 20 April. Masa berkempen rasmi adalah sepanjang 15 hari, tempoh berkempen terpanjang yang pernah diadakan dalam pilihan raya umum di Malaysia selepas Pilihan Raya 1982.

Mahathir tidak menguntungkan BN, tetapi membantu Pakatan Rakyat

Posted: 14 Apr 2013 01:17 AM PDT


Kalau kita fikir betul-betul Pakatan Rakyat patut berterima kasih kepada Dr Mahahir kerana membantu barisan alternatif itu dari dalam UMNO semasa pilihanraya kali ini. Mahathir sekarang sedang sibuk berkempen untuk UMNO yang kebanyakan tindakan beliau itu menjadi 'counter productive' untuk UMNO. Keadaan ini ditambah pula dengan tindakan beliau berkehendakkan Ibrahim Ali, Presiden Perkasa menjadi calon BN dalam pilihanraya kali ini. Tindakan Mahathir itu tidak selari dengan perkembangan kemajuan pemikiran rakyat hari ini.

Rakyat tahu UMNO dalam keadaan serba salah dengan kehadiran Dr Mahathir dalam urusan UMNO sekarang ini. Bekas Perdana Menteri itu menjadi beban besar kepada UMNO dan membuatkan parti itu tidak dapat melaksanakan perancangan parti dalam PRU ini kerana terganggu dengan campur tangan Dr Mahathir dalam banyak isu parti. Itulah sebabnya Abdullah Badawi akhir-akhir ini lebih mendapat perhatian sebagai seorang bekas PM yang lebih berhemah daripada Dr Mahathir.

Kita bukannya marah kepada Dr Mahathir kerana memilih untuk memihak sebab itu adalah hak individu dalam sebuah demokrasi. Tetapi yang tidak diselesakan oleh banyak pihak jika berkempen biarlah bersandarkan kepada moral dan semangat demokrasi yang betul. Adalah kurang moralnya jika beliau menjadikan isu perkauman sebagai modal kempen beliau.

Kita mempunyai matlamat penyatuan kaum sebagai agenda nasional kita. Oleh itu demokrasi kita ini mesti berlandaskan pada penyatuan kaum dan jangan sekali-kali memecahkan perhubungan di antara kaum semata-mata untuk demokrasi acuan beliau itu. Mahathir tidak perlu menyentuh isu perkauman kerana selama ini BN sendiri yang memperjuangkan isu ini. Tetapi apabila BN sudah jelas menghadapi tentangan kerana kelemahan yang lain, memilih untuk memecahkan perpaduan kaum itu adalah tindakan yang kurang bermoral.

Dr Mahathir boleh melakukan tentangan terhadap Pakatan Rakyat secara demokratik kerana beliau memihak kepada BN. Itu tidak mengapa, tetapi janganlah hendaknya terkeluar daripada lunas demokrasi yang kita sedang perjuangkan. Semata-mata kerana BN menghampiri kekalahan, beliau sanggup membinasakan asas kehidupan bermuhibbah di antara kaum itu. Dalam satu-satu tindakan kita mesti ada etikanya, ada moralnya dan lebih-lebih lagi ada agamanya. Jangan terkeluar dari garisan kerana keluar garisan itu adalah salah dan kurang bermoralnya.

Kalau hendak 'memahat itu biarlah di atas garisan dan jika hendak bermain itu mesti berada di dalam kawasan yang ada hadnya'. Dr Mahathir adalah seorang yang begitu 'senior' dan beliau perlu mempunyai tata-cara yang baik untuk membantu BN itu. Kalau berhujah itu, jangan berhujah secara loyar buruk. Beliau mesti sedar yang beliau bukannya muda lagi.

Jadilah seorang 'elder statesman' yang dihormati. Jika tua kita mesti tunjukkan tua kita. Jangan kita tunjukkan kelemahan kita dengan melanggar budaya dan sopan kita masyarakat timur ini. Rakyat memerhatikan semua tingkah laku pemimpin dan sikap pemimpin itu menjadi isu yang utama yang dijadikan asas untuk memilih.

Demokrasi ini bukan setakat hendak menang dan mengalahkan pihak lawan sahaja. Kita mesti terima demokrasi dengan semangatnya sekali. Kalau rakyat mahukan pihak lain untuk memerintah mereka kita perlu menerimanya. Lagipun BN sudah memerintah sejak merdeka. Terimalah semangat demokrasi ini dengan baik dan jika sudah sampai masanya bagi BN untuk menduduki petak pembangkang, kita terima sahaja.

Jangan kita pecahkan rakyat berbilang kaum ini. Rakyat pun mahu melihat 'kepanasan' politik ini 'disejukkan' secepat yang mungkin. Jika ditakdirkan BN menjadi pembangkang jadilah pembangkang yang baik.

PAS dan DAP sejak dulu lagi menjadi pembangkang. Jika kali ini mereka menjadi kerajaan itu bukannya jenayah demokrasi. Mempertahankan kuasa kerajaan dengan memecahkan kaum yang berbilang itu, adalah jenayah. Jika berlaku pergaduhan hasil dari kenyataan Mahathir ini, ia merupakan hasil dari kenyataan yang ber'elemen'kan jenayah.

Memecahkan perhubungan di antara kaum itu merupakan satu tindakan 'treason' dari sudut moralnya, atau mungkin dari sudut undang-undangnya. Lebih-lebih lagi ia bersalahan dengan kehendak mana-mana agama, lebih-lebih lagi agama Islam.

Kita terimalah hakikat yang melakukan peralihan kuasa itu bukannya jenayah dan tidak merupakan tindakan jenayah. Kalau Mahathir tidak mahu berperanan sebagai orang tua, biarlah kami yang di bawah ini menjadi orang tua itu.

Sekianlah bunyinya kata-kata kami sebagai orang tua negara ini. Kita ambil alih lah tugas yang sepatutnya dipikul oleh Mahathir itu. Apa yang kami perkatakan ini bukannya untuk kebaikan sesiapa, tetapi untuk kebaikan Mahathir sendiri.

Beliau bukannya bekas Ketua Pengarah KEMAS atau bekas Ketua Pengarah JASA, tetapi bekas Perdana Menteri yang paling lama mentadbir negara. Sepatutnya adalah sedikit perbezaan dengan pemimpin lain jika benar beliau itu seorang negarawan

Lelaki dakwa ditampar, disepak pemimpin kanan Umno

Posted: 14 Apr 2013 01:01 AM PDT



Satu laporan polis telah dibuat terhadap seorang pemimpin kanan Umno yang didakwa menampar dan menyepak seorang lelaki minggu lepas.

top umno leader assault polis report.jpgMenurut laporan itu yang dilihat oleh Malaysiakini, kejadian itu berlaku di Putrajaya pada 5 April pada sekitar jam 11.30 pagi dan laporan itu dibuat pada jam 5.13 petang.

Pengadu itu mendakwa kejadian itu berlaku ketika dia pergi ke pejabat pemimpin Umno itu untuk meluahkan maalah yang dihadapinya.

"Sebaik saja saya masuk ke pejabat (pemimpin Umno itu) terus menampar muka saya sebanyak lebih kurang lima kali dan menyepak bahagian belakang badan saya.

"Saya tidak tahu mengapa beliau bertindak sedemikian terhadap saya.

"Saya telah mengalami kesakitan di bahagian muka dan belakang badan saya tetapi tiada sebarang kecederaan ataupun luka yang saya alami," laporan polis itu dipetik.

"Tujuan saya buat laporan polis ini adalah untuk melindungi diri dan takut sekiranya saya diapa-apakan di kemudian hari.

"Laporan polis dibuat oleh saya tanpa dipaksa oleh mana-mana individu," kata lelaki berusia 50 tahun itu.

Ketika dihubungi, balai polis di mana laporan itu dibuat mengesahkan menerima aduan tersebut.

Malaysiakini  tidak menyiarkan identiti pemimpin Umno tersebut sementara menunggu untuk mendapatkan komennya.

Air: Pakatan percuma untuk rakyat, BN ‘percuma’ untuk S’pura

Posted: 14 Apr 2013 12:53 AM PDT

Aliff Fikri

JOHOR : Perjanjian pembekalan air antara Johor dan Singapura membuktikan Umno tidak bijak mengurus bahan mentah itu berbanding Pakatan Rakyat, kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

"Ingat perjanjian air Johor-Singapura? Johor jual kepada Singapura dengan harga 3 sen setiap 1,000 liter. Singapura proses, rawat kemudian jual balik pada harga 50 sen Dollar Singapore.

"Perjanjian itu berkuat kuasa hingga 2061. Inilah perjanjian yang cukup unik hasil dari 'kepandaian' Umno BN memerintah," katanya, sinis pada pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat Johor malam tadi.

558139_500022486727619_657047802_n

Sebaliknya, Setiausaha Agung KEADILAN itu berkata, Pakatan jauh lebih bijak mengurus air hingga mampu memberi 20 meter padu air percuma kepada rakyat.

"Tawaran 15 perkara dalam manifesto Johor,  sebahagiannya diaplikasi dari pengalaman  memerintah beberapa negeri. Contohnya, air percuma," kata beliau.

Mengulas lanjut, Saifuddin percaya hanya Pakatan mampu mengurus kewangan dengan baik dan amanah, malah sudah membuktikanya.

"Ambil alih Selangor dari Umno BN aset keuntungan akhir Mac 2008 ialah RM600 juta. Lima tahun perintah, ia berjumlah RM2.6 bilion. Peningkatan RM2 bilion.

"Kelantan pula diiktiraf negeri bebas rasuah. Selama 22 tahun perintah tiada seorangpun pimpinan diheret ke mahkamah kerana rasuah," katanya.

526364_500022546727613_1071563111_n

Beliau berkata, ia hasil sikap amanah dan prinsip pimpinan yang mahu rakyat memperoleh nikmat, bukan engejar kepentingan tertentu.

"Urus kewangan ibarat kawal edaran darah ke tubuh manusia. Jika ia terkepung atau luka dan tak dirawat segera, darah keluar banyak menyebabkan tubuh jadi lemah.

"Begitulah jika kewangan jika tak diurus dengan berhemah – membazir, bocor dan rasuah, pengurusannya jadi rosak," kata calon Parlimen Bandar Baharu Kulim itu.(FZL)

Pos Pilihanraya Dun Cempaka Dirosakkan

Posted: 14 Apr 2013 12:50 AM PDT


pos cempaka rosak 01

AMPANG- Satu pos jentera pilihan raya Pas Dun Cempaka berhampiran Pangsapuri 610 Pandan Indah di sini, dirosakkan dengan bendera dicuri dan kipas siling dibengkokkan selepas didirikan hampir 11 hari.

Kejadian itu disedari Ketua Unit Peti Undi 5, Nat Saad Nasir pada 11 April lalu selepas tiba di pos berkenaan sekitar jam 8 pagi.

Menurut Setiausaha Jentera Pilihan Raya Dun Cempaka, Hafiz Razak, ini merupakan kejadian pertama yang berlaku di kawasan Cempaka dan satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Ampang.

"Ini merupakan satu pengkhianatan dan kerosakan yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Secara keseluruhan, kita ada 11 pos sementara 17 bilik gerakan sudah mula beroperasi," katanya pada satu sidang media di Bilik Gerakan PAS Pandan.

Antara kerosakan yang dilaporkan adalah 15 helai bendera parti dicuri, kain rentang dibuang selain bilah  kipas siling dibengkokkan.

Jelas Hafiz, pihaknya telah mendapat persetujuan dan kebenaran penduduk di kawasan berkenaan sebelum pos ini mula didirikan pada awal April lalu.

pos cempaka rosak 02


Manakala pengarah jentera Pilihan Raya Dun Cempaka, Meor Rithuan Mohamed Said kesal dengan tindakan tidak profesional pihak tidak bertanggungjawab.

Tegasnya, sebarang kempen mahupun gerak kerja pilihan raya perlu berlaku secara 'fair play' dan profesional.

"Saya menyeru pihak lawan dan pihak tidak bertanggungjawab agar menghadapi pilihan raya secara 'fair play'. Kalau cuba untuk menakutkan, kita tidak takut.

"Dia berhak (bina pos), kita juga berhak. Kita kena hormat," ujarnya lagi.

Penyokong Umno tetak petugas Pakatan, letak parang di kepala

Posted: 14 Apr 2013 12:44 AM PDT

Sidiqin Omar

TERENGGANU : Seorang petugas Pakatan Rakyat parah selepas ditetak sekumpulan penyokong Umno bersenjata pedang dan parang di Felda Neran 1 pada 11 April lalu.

Asri Hassan, 40, diserang lebih 15 penyokong Umno BN yang datang menaiki empat kereta, di hadapan Markas Pakatan Rakyat di situ, kira-kira jam 11 malam.

"Saya seorang terpaksa berlawan 15 atau 16 orang. Saya terpaksa mengelak dan bertahan menggunakan tangan," katanya kepada Keadilan Daily.

asri

Ia menyebabkan Asri menerima lebih 30 jahitan, 20 di lutut kaki kanan, pergelangan kaki kiri (10 jahitan), selain lebam di belakang badan dan luka di kepala dan dahi.

Mangsa turut lebam dari bahagan pergelangan tangan kiri hingga ke bahu selain pecah bahagian bibir bawah akibat ditumbuk.

Beberapa lelaki yang cuba membantu Asri pula ditampar, malah diugut dengan mengacu dan meletakkan parang di kepala seorang daripada mereka.

Asri dikejarkan ke hospital Kemaman tetapi terpaksa dirujuk ke Hospital Kuantan berikutan kecederaan serius sebelum dibenarkan pulang 13 April lalu.

Satu laporan polis dibuat di Hospital Kemaman pada hari sama tetapi Asri sehingga kini, belum dipanggil memberi keterangan.

Serangan itu dikatakan berpunca dari pertelingkahan berkaitan pemasangan bendera parti berdasarkan tuduhan liar tanpa bukti.(FZL)

Dr Halimah : “Taubatlah Umno”

Posted: 14 Apr 2013 12:38 AM PDT


halimah ceramah green 01

KLANG  : Pemimpin Umno-BN disarankan agar bertaubat serta tidak lagi menggunakan bahan lucah dan seks sebagai senjata politik mereka, saran Adun Selat Kelang, Dr. Halimah Ali.

Ujar Exco Pendidikan,, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan,  gagasan itu seharusnya malu dan sedar bahawa perbuatan tersebut jauh menyimpang dan sama sekali tidak mencerminkan kesucian agama Islam dan ketuanan budaya Melayu yang sering diuar-uarkan.

"Patut rasa malu, orang bukan Islam pun tidak menggunakan cara ini, cara yang jijik. Jangan guna isu seks, malu sikit dengan budak-budak, dengan anak-anak muda.

"Kalau ada video Chua Soi Lek pun tidak patut ditayangkan, inikan pula pemimpin PAS yang berpuluh tahun memperjuangkan Islam," sambung Halimah tegas dalam satu sidang media semalam.

Sambil mengutuk tindakan tersebut yang disifatkan jijik, Halimah berkata video tersebut merupakan fitnah terbaru untuk menjatuhkan pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

"Dulu saya juga pernah dituduh berkhalwat di Crystal Crowne, Klang sedangkan ketika itu saya menghadiri satu forum bersama rakan-rakan lain.

"Kami dalam PAS tiada tujuan lain melainkan perjuangkan Islam, jika Umno benar-benar mampu perjuangkan Islam, PAS boleh bubar," tambahnya lagi.

Terbaru, beberapa blog pro-Umno memuatkan video yang didakwa melibatkan seorang lelaki mirip Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dengan seorang wanita tidak dikenali dalam sebuah bilik hotel.

"Taubatlah Umno dan mana-mana pihak yang terlibat. Tak takut bala diturunkan? Mereka patut tahu," ujar Halimah. sekali lagi meminta Umno bertaubat.

Anwar dakwa Najib ‘Pak Turut’ Mahathir

Posted: 14 Apr 2013 12:34 AM PDT

KL TODAY

 

Najib Razak yang takut untuk menegur perlakuan Tun Dr Mahathir Mohamad dan sering mengikut telunjuk mantan Perdana Menteri itu menyebabkan politik perkauman Umno BN kian menjadi-jadi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim."Najib sebagai PM, dengan Mahathir pun takut, tak berani tegur. Sebagai ketua negara, dia mesti hormati setiap rakyat.

"India (di negara ini) tidak sampai 10 peratus tetapi kita tak boleh hina, orang Melayu sebagai majoriti pun kena saling menghormati.

"Macam mana negara nak aman, kalau ketua negara tak reti nak hormat rakyat? Selepas 55 tahun merdeka, rakyat masih ditanya "kamu warganegara mana? Kalau tak setuju baliklah negara kamu", pemimpin apa ini?" tempelak Anwar di atas tingkah laku pemimpin Umno.

Beliau berkata demikian pada ceramah Jelajah Pakatan Harapan Rakyat di Pasar Siburan, Batu 17, Jalan Kucing-Serian, Mambong, malam tadi.

Anwar selanjutnya berkata, sebagai pemimpin rakyat mesti dipastikan selamat dan tidak timbul lagi isu perkauman mahupun ugutan berkaitan kewarganegaraan.

"Kita mahu orang India rasa selamat, anak-anak Cina tidak lagi takut, orang Sarawak pun berani dan bangga menjadi orang Sarawak.

"Kenapa kita tak boleh dapat semangat itu selepas lebih 50 tahun merdeka? Ayuh kita bergerak bersama ke arah itu, ubahlah pada (PRU 13) 5 Mei nanti," katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 1,000 penyokong.

Pakatan yakin dapat 45 DUN Selangor

Posted: 14 Apr 2013 12:32 AM PDT

KL TODAY

 


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mensasarkan Pakatan Rakyat(PR) Selangor mampu memenangi sehingga 45 buah kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU-13) akan datang."Sekarang kita memenangi 36 kerusi, sasaran kita ialah sampai ke 45, itu kita punya sasaran," katanya PR perlu bergerak sebagai satu pasukan untuk mendapatkan sasaran itu.

Abdul Khalid berkata demikian ketika sidang media di Majlis Penyerahan Dana Pendidikan Kepada Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) bertempat di Kompleks Tahfiz Al-Quran Sofiuddin(KOMTAS), Kampung Sungai Delek, Klang di sini hari ini.

YAPIS ditubuhkan supaya semua institusi pendidikan agama di seluruh Selangor dapat pembelaan yang sewajar oleh satu yayasan. 


Katanya, SAR tidak mendapat perhatian dan pemantauan daripada Kerajaan Negeri sebelum 2008 hingga menyebabkan rata-rata pelajarnya keciciran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Dengan cara ini, aktiviti pendidikan Islam yang terutamanya dipanggil sekolah-sekolah pondok dahulu dapat diperkemaskan dan dipertingkatkan lagi.

"Dan kita dapati juga hasil daripada usaha ini begitu ramai pelajar-pelajar yang dulunya tercicir di sekolah telah dapat dirangkumi semula.

"Sebagai contoh, lebih daripada 100 anak-anak muda kita tercicir daripada pelajaran tetapi mereka dapat peluang kedua untuk menyertai Sekolah Tahfiz ini dan menjalankan program antara lain menghafaz Al-Quran dan kita sulami dengan beberapa program pendidikan yang membolehkan mereka menduduki SPM," katanya.

Dalam pada itu, PKR akan mengumumkan senarai calonnya yang akan bertanding di Selangor pada 14 April ini di Padang Bola AU2, Hulu Klang.

Seterusnya PR Selangor pula akan mengumumkan semua calon pakatan tersebut dan termasuk pembentangan manifesto pada 17 April ini bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Pada PRU-12 lalu, PR Selangor berjaya menewaskan Umno-BN yang hanya memenangi 20 kerusi DUN bagi membentuk sebuah Kerajaan Negeri pada tahun 2008.

PAS Johor umum calon

Posted: 14 Apr 2013 12:27 AM PDT

KL TODAY

 

JOHOR BAHRU: PAS hari ini mengumumkan akan bertanding di lapan parlimen dan 30 Dewan Undangan Negeri (Dun) di negeri Johor. Parlimen-parlimen tersebut adalah Ayer Hitam, Pagoh, Parit Sulong, Kota Tinggi, Pulai, Simpang Renggam, Tenggara dan Mersing.

Pengumuman itu dibuat oleh Naib Presiden PAS Salahudin Ayub pada satu sidang akhbar di sebuah hotel di sini hari ini.

Turut serta pada sidang media itu, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Jadi dengan rasminya saya mengumumkan bahawa PAS akan bertanding 8 kerusi parlimen di Johor kali ini.

"Kita (PAS) telah banyak lakukan perubahan dan anjakan paradigma di Johor dan kita juga telah banyak menghasilkan produk-produk baru yang terbaik untuk kita tampilkan," jelas beliau.

Pada sidang media sama Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw diisytihar sebagai calon PAS bagi kerusi Ayer Hitam .

Pengisytiharan itu menjadikan beliau calon pertama dari DHPP yang diumum bertanding atas tiket PAS.

PAS sebelum ini membayangkan sekurang-kurangnya lima kerusi diperuntukkan untuk wakil DHPP bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

"Kalau dulu 2008, kita telah kemukakan Kumutha a/p Raman mewakili PAS, pada kali ini sekali lagi kita kemukakan calon (bukan melayu) iaitu daripada kaum Tionghua untuk mewakili PAS," jelas beliau lagi.

Turut diumumkan hari ini empat orang calon wanita yang akan bertanding di kerusi Dun.

Mereka adalah Norhayati Bacok di Dun Jorak, Normala Sudirman (Pemanis), Anis Afida (Penawar) dan Kumutha a/p Raman (Tiram).

Pakatan urus kewangan dengan baik, bebas rasuah- Saifuddin

Posted: 14 Apr 2013 12:25 AM PDT

Oleh: Aliff Fikri

JOHOR BAHRU : Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, Pakatan Rakyat berjaya mengurus kewangan negeri yang ditadbirnya dengan baik dan amanah selepas pilihan raya umum ke 12.

Malah, katanya, Pakatan turut mencapai rekod kewangan cemerlang di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah hasil  pentadbiran yang cekap dan bebas rasuah.

"Selangor contohnya, Mac 2008 (apabila kita) ambilalih daripada Umno BN, aset keuntungan pada akhir 2008 adalah RM600 juta.

"Hari ini, setelah 5 tahun memerintah di Selangor, aset negeri Selangor berjumlah RM2,600 juta. Peningkatan RM2,000 juta dalam tempoh 5 tahun.

"Di Kelantan, kita diiktiraf sebagai negeri yang bebas rasuah. 22 tahun memerintah tidak ada seorang pun rakyat atau pimpinan negeri yang diheret ke mahkamah kerana rasuah," katanya depan 2,000 hadirin di Pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat Johor, semalam.

Katanya, kejayaan ini berpunca sikap amanah dan prinsip pimpinan yang mahu melihat rakyat memperoleh nikmat, bukan kerana mengejar kepentingan tertentu.

Mengaitkan  prinsip pengurusan kewangan dengan kisah Khulafa Al Rashidin, Saifuddin berkata harta yang sedikit tetapi diurus secara berhemah adalah lebih baik daripada harta yang banyak tapi diurus secara tidak adil.

Dalam pada itu Saifuddin berkata manifesto Pakatan Rakyat Johor yang mengandungi 15 perkara, sebahagiannya telah dilaksana di negeri Pakatan.

"Contohnya air percuma, jika ada yang mempersoalkannya, kita mesti ingat perjanjian air Johor-Singapura.

"Johor jual air kepada Singapura dengan harga murah iaitu 3 sen bagi setiap 1,000 liter. Singapura proses, rawat kemudian jual balik pada harga 50 sen Singapore dollar, perjanjian ini dikuatkuasakan sehingga tahun 2061.

"Ini perjanjian yang cukup unik hasil dari kepandaian Umno BN memerintah," sinisnya.

Melayu jadi MB apabila Pakatan tawan Negeri Sembilan – DAP

Posted: 14 Apr 2013 12:23 AM PDT

Aedi Asri

KUALA PILAH : Pakatan Rakyat akan melantik Menteri Besar di kalangan orang Melayu apabila membentuk kerajaan negeri selepas PRU 13, kata Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fok.

Ia sekaligus menafikan strategi Umno BN yang cuba menimbulkan ketakutan di kalangan masyarakat Melayu negeri itu kepada DAP, semata-mata untuk mengekal kuasa.

"Umno hendak takut-takutkan orang Melayu, kononnya kalau Pakatan menang, kuasa politik akan jatuh ke tangan DAP. Anthony Loke akan jadi Menteri Besar.

"Saya sudah cakap berulang kali, kalau Pakatan menang di Negeri Sembilan, kita akan angkat semangat Perlembagaan Negeri.

"Seorang pemimpin Melayu beragama Islam akan diangkat jadi MB," katanya depan ribuan hadirin dalam program 'Jelajah Pakatan Harapan Rakyat' di Kuala Pilah, Negeri Sembilan semalam.

Sebelum ini, beliau menyatakan komitmen sama dalam satu wawancara bersama laman Roket Kini.

Anthony berkata, masyarakat bukan Melayu tiada masalah untuk menerima pemimpin termasuk Perdana Menteri dari kalangan orang Melayu.

"Bezanya, kita tidak mahu Perdana Menteri yang kotor dan rasuah dari BN. Kita mahu yang bersih dan berwibawa iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya disambut sorakan gemuruh.(FZL)

Siaran langsung pengumuman calon KEADILAN Negeri Sembilan

Posted: 13 Apr 2013 07:03 PM PDT

KEADILAN DAILY

JMR
KUALA PILAH : Orang ramai boleh mengikuti ceramah Merdeka Rakyat dan pengumuman calon KEADILAN Negeri Sembilan secara langsung melalui rangkaian internet.

Pengumuman akan dibuat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Komersil Melang, Kuala Pilah Negeri Sembilan antara jam 9.00 malam hingga 12 tengah malam.

Selain Anwar, turut berucap ialah Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas, Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke dan Pesuruhjaya Pas Negeri Seimbilan, Taufek Abdul Ghani.

Untuk tonton, KLIK INI.

Penyebar Video Lucah Kononya Mirip Mustapa Ali Telah Di kenali!

Posted: 13 Apr 2013 06:51 PM PDT

FREE MALAYSIAKINI KATA TIDAK



Gin Marvel

Harini GM dedahkan WatanHarian.my adalah Lidah Bercabang Rasmi milik umno. Pihak macai menggunakan lidah rasmi milik mereka sebagai backup dalam menyokong hujah2 penipuan yg di lakukan.

Di daftarkan pada 12 March 2013 beralamat di Taman Sri Keramat Tengah. No Telefon & E-mail GM lampirkan sekali untuk tatapan umum... 
 
Dari sebahan maklumat yg GM terima menerusi para wartawan, SKMM menawarkan RM 1000 kepada sesiapa sahaja yg menggunakan & mempromosi Domain .MY.........!!!

Apakah ini benar ? Jika benar pun apa salahnya.... hhhmmm...........esok GM nak daftar domain .My, boleh dapat RM 1000. Hehe...!!!

Tiada ulasan: