Biaqpila |
- Senarai penuh calon KEADILAN bagi Parlimen, DUN di Selangor
- LIVE FA CUP: CHELSEA VS MANCHESTER CITY
- LAWAK AHAD: BAJU TANPA SEURAT BENANG
Senarai penuh calon KEADILAN bagi Parlimen, DUN di Selangor Posted: 14 Apr 2013 03:00 PM PDT Sidiqin Omar KUALA LUMPUR 15 APRIL: Depan lebih 10,000 rakyat Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan senarai calon KEADILAN bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Selangor . Berucap di padang awam AU2 Keramat, Gombak di sini, Ketua Umum KEADILAN itu bagaimanapun berkata, kerusi DUN Kota Damansara tidak diumum berikutan rundingan dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masih berlangsung dan dijangka diumum esok. Calon Parlimen yang mempertahan jawatan ialah Mohamed Azmin Ali (Gombak), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), R Sivarasa (Subang), Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan), Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan William Leong (Selayang). Muka baru pula ialah Dr Aziz Bari (Sabak Bernam), Manivanam Govindasamy (Kapar), Wong Chen (Kelana Jaya), Rafizi Ramli (Pandan) manakala bertanding semula, Khalid Jaafar (Hulu Selangor). Calon DUN Selangor yang mempertahan kerusi ialah Mohamed Azmin Ali (Bukit Antarabangsa), Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), Suhaimi Shafiei (Seri Muda), Dr Xavier Jayakumar (Seri Andalas), Rodziah Ismail (Batu Tiga), Dr Yaakop Sapari (Kota Anggerik), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Haniza Talha (Taman Medan), Amir Shaari (Batu Caves), Gan Pei Nei (Rawang) dan Yahya Sahari (Permatang). Muka baru ialah Borhan Aman Shah (Dengkil), Lee Chin Cheh (Kajang), Dr Daroyah Alwi (Sementa), Hamidi A Hassan (Semenyih), Tengku Marziah Tengku Sulaiman (Kuang), Ramachandran (Batang Kali) dan Dr Idris Ahmad (Ijok). Tan Sri Khalid Ibrahim pula berpindah dari DUN Ijok ke DUN Pelabuhan Klang manakala Manickavasagam berpindah dari kerusi Parlimen Kapar ke DUN Bukit Malawati. Anwar turut berterima kasih kepada Loh Gwo Burne, bekas Ahli Parlimen Kelana Jaya dan Lee Kim Sin, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang atas perkhidmatan mereka selama lima tahun. KD NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
LIVE FA CUP: CHELSEA VS MANCHESTER CITY Posted: 14 Apr 2013 08:13 AM PDT |
LAWAK AHAD: BAJU TANPA SEURAT BENANG Posted: 13 Apr 2013 06:00 PM PDT Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin.Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu dgn tanpa seurat benang pun di badannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata, "Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja nie nek!".. "Yg kau telanjang tu nape!!!???" marah si nenek. "Ini la BAJU CINTA saya" balas si cucu perempuannya. "BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan. "Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek." pinta si cucu perempuannya. Si nenek faham kehendak cucunya.Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya,sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur. Sesampainya di rumah, si nenek tadi terus menanggalkan semua pakaiannya,mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi-wanginya. Kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang.Beberapa ketika si atok pun pulang. Sebaik saja pintu di buka, si atok mendapati si nenek berbogel kat depan pintu.... "Awat hang nie? Dah buang tebiat keeer???" marah si atok tadi. "Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek tadi. "BAJU CINTA???...... Kok iyea pun..... IRON la dulu baju tuh!! nampak sangat kedutnyer....." NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan