DIALOG RAKYAT |
- Haron Din masih anggota PAS
- Tema manifesto BN jadi tajuk khutbah hari ini
- Abdul Khalid : PR Sasar 45 Kerusi DUN Selangor
- Panggil guru menjelang PRU, Muhyiddin nodai institusi Pendidikan
- Tokoh Umno Fatimah Majid meninggal dunia
- Mahathir bersungguh benar menabur benih kebencian di antara kaum
- [HOT] Rafizi Tangkis Tohmahan & Fitnah Pencacai UMNO
- 15 peratus calon wanita KEADILAN dari sayap Srikandi
- Adun Manjoi umum tidak tanding PRU13
- Senator Australia fail permohonan batalkan notis KP Imigresen
- Azmin mahu krisis air di Gombak segera diselesai
- Anwar: Najib ‘pak turut’ Mahathir punca politik perkauman Umno menjadi-jadi
- Abim kecam 'politik lucah' raih undi PRU13
- Hadi: Video seks kaitkan pemimpin Pas fitnah
- Rintihan anak peneroka Felda
- Saya tidak mahu jawab, serah kepada peguam - Mustafa
- Ummi Hafilda yakin dapat mengalahkan Azmin, jika diberi peluang
- Jamaluddin Mohd Radzi mahu pertahan kerusi Behrang
- Hee Yit Foong tidak bertanding Pilihan Raya 2013
- Lagi pegawai tentera sertai KEADILAN, bantu kempen Pakatan
- Jen (B) Abdul Hadi tanding di Perak, Ghafir pula jelajah kempen
- Tian Chua fail batal tuduhan isu Lahad Datu, sebutan kes 6 Jun
- 80 hari di bilik mayat, keluarga Sugumar tuntut bedah siasat kedua
- 6 lagi dicalon tanding KEADILAN S’wak, Nazib, Nicholas antara senarai
- Guru SJK Cina wajib sertai himpunan dengan Muhyidin
Posted: 12 Apr 2013 07:31 AM PDT MALAYSIA KINI Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menafikan khabar angin kononnya Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din telah keluar PAS. Beliau sebaliknya menegaskan veteran parti itu akan bertanding di kerusi Parlimen Arau, Perlis pada pilihan raya umum ke-13 ini. Hadi berkata demikian ketika ditemui pemberita di Rusila, Marang di Marang, berhubung khabar angin itu.- Bernama | ||||
Tema manifesto BN jadi tajuk khutbah hari ini Posted: 12 Apr 2013 06:30 AM PDT MALAYSIA KINI Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menggunakan tajuk khutbah Jumaat yang sama dengan tema manifesto BN yang dilancarkan Datuk Seri Najib Razak pada 6 April lalu, iaitu "Menepati Janji, Membawa Harapan". Malah kandungan khutbah untuk masjid-masjid di Wilayah Persekutuan itu mempunyai nada hampir sama dengan retorik pilihan raya BN, termasuk penegasan mentaati pemerintah dan bersyukur atas "kebijaksanaan pemerintah dalam melaksanakan tanggungjawab". "Percayalah, ketaatan kepada pemerintah negara hari ini yang terbukti sentiasa mempertahankan agama Islam terutamanya dalam isu kalimah Allah dan berjaya membela nasib rakyat sangatlah dituntut," kandungan khutbah itu dipetik. N sebelum ini mengkritik keras pendirian Pakatan Rakyat yang lunak terhadap penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu di negeri ini. Sementara itu, mimbar Jumaat juga turut memuji "kebijaksanaan pemerintah" yang menurutnya melaksanakan tanggungjawab berteraskan prinsip maqasid al-Syariah (tujuan-tujuan syariah). "Lihat dan pertahankanlah apa yang telah dilaksanakan oleh pemerintah negara hari ini demi menjaga kesucian agama, nyawa, akal, maruah, keturunan dan juga harta. Semuanya berasaskan kepada kepentingan rakyat dan negara. "Justeru sebagai rakyat yang bijaksana, kita hendaklah bersyukur di atas segala nikmat ini dan menghargai pihak pemerintah dan bandingkanlah keadaan kita dengan umat Islam di negara-negara jiran," menurut khutbah Jakim lagi. Justeru, mimbar menyimpulkan, menjadi tanggungjawab semua pihak "mempertahankannya"dan tidak dipengaruhi emosi dalam membuat keputusan - gesaan yang dilihat merujuk kepada pengundian 5 Mei ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pada 14 Julai tahun lalu dilaporkan berkata, perjuangan kerajaan persekutuan berteraskan konsep Maqasid Al-Shariah, iaitu memelihara dan memperkasakan Islam, dalam masa yang sama memelihara jiwa serta menghormati hak asasi. Sebagai menghormati hak asasi rakyat Malaysia, katanya lagi, kerajaan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang dipertikaikan pembangkang dan aktivis NGO sejak sekian lama. Jakim sebelum ini beberapa kali mengeluarkan khutbah menyentuh isu-isu semasa, yang dilihat senada dengan pendirian BN, seperti dalam isu insiden menghina gambar Najib dan khutbah anti-BERSIH. | ||||
Abdul Khalid : PR Sasar 45 Kerusi DUN Selangor Posted: 12 Apr 2013 06:22 AM PDT KLANG: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mensasarkan Pakatan Rakyat(PR) Selangor mampu memenangi sehingga 45 buah kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU-13) akan datang. "Sekarang kita memenangi 36 kerusi, sasaran kita ialah sampai ke 45, itu kita punya sasaran," katanya PR perlu bergerak sebagai satu pasukan untuk mendapatkan sasaran itu. Abdul Khalid berkata demikian ketika sidang media di Majlis Penyerahan Dana Pendidikan Kepada Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) bertempat di Kompleks Tahfiz Al-Quran Sofiuddin(KOMTAS), Kampung Sungai Delek, Klang di sini hari ini. Dalam pada itu, PKR akan mengumumkan senarai calonnya yang akan bertanding di Selangor pada 14 April ini di Padang Bola AU2, Hulu Klang. Seterusnya PR Selangor pula akan mengumumkan semua calon pakatan tersebut dan termasuk pembentangan manifesto pada 17 April ini bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Pada PRU-12 lalu, PR Selangor berjaya menewaskan Umno-BN yang hanya memenangi 20 kerusi DUN bagi membentuk sebuah Kerajaan Negeri pada tahun 2008. | ||||
Panggil guru menjelang PRU, Muhyiddin nodai institusi Pendidikan Posted: 12 Apr 2013 06:17 AM PDT Oleh: Ruqayya Rahman KUALA LUMPUR: Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin memanggil warga pendidik Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dalam perjumpaan khas di Johor Bahru 16 April ini, ibarat menodai institusi pendidikan. Pengerusi Biro Pendidikan KEADILAN, Abbas Awang berkata, Umno BN makin terdesak hingga sanggup memperalatkan Kementerian Pendidikan untuk meraih undi. "Mendidik adalah kerja suci. Guru bekerja kuat untuk membentuk manusia. Saya tak tahu menteri macam mana yang sanggup menggunakan kuasa yang ada padanya untuk nodai institusi yang suci ini demi kepentingan pilihan raya," "Kita tahu dengan jelas tujuan beliau panggil guru SJKC ke Johor, dia (Muhyiddin) tak perlu nak dolak dalik lagi, kita tahu taktik kotor dia dan konco-konconya," kata Abbas. Semalam, Muhyiddin yang juga menteri pelajaran sementara dilapor akan mengadakan pertemuan dengan pendidik berkenaan di SJKC Foon Yew, Johor Bahru, empat hari sebelum penamaan calon. Abbas turut membidas kenyataan timbalan Muhyiddin, Wee Ka Siong yang berkata program itu telah lama dirancang dan tidak bermotif politik. "Kalau betul ia telah lama dirancang, KPM wajar batalkan program itu demi menjaga etika kebersihan dan ketelusan Pilihan raya. Buatlah lepas pilihan raya kalau mereka yakin dan tak terdesak,"katanya. Sementara itu, seorang pegawai di Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan mengesahkan, guru besar, seorang guru penolong kanan dan guru sekolah di 15 buah SJKC di Wilayah Persekutuan turut menerima surat arahan itu. Salah seorang guru menyifatkan keputusan mewajibkan guru yang tersenarai hadir pada waktu persekolahan adalah tindakan membuang masa. Beliau yang tidak mahu namanya didedahkan berkata, mereka dipaksa meninggalkan kelas demi meraikan ahli politik dan menyifatkan ia sangat mengecewakan warga pendidik. | ||||
Tokoh Umno Fatimah Majid meninggal dunia Posted: 12 Apr 2013 06:11 AM PDT KUALA LUMPUR – Tokoh politik dan seorang daripada pengasas Umno Datuk Paduka Fatimah Abdul Majid meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini. Fatimah, 94, meninggal dunia kira-kira pukul 10 pagi ini kerana masalah pernafasan, menurut anaknya Siti Zainab Sheikh Abu Bakar. Allahyarham merupakan wanita pertama menjadi wakil rakyat di Johor pada 1959. Jenayah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini kira-kira 6 petang ini. Allahyarham meninggalkan lapan orang anak perempuan dan 35 cucu dan cicit. Siti Zainab berkata Allahyarham merupakan seorang pejuang politik yang sama-sama menuntut kemerdekaan satu ketika dahulu dan begitu sayangkan bangsa dan negara. "Hingga akhir hayatnya beliau masih sayang Umno," kata Siti Zainab yang merupakan bekas Timbalan Menteri Perusahaan Utama dan bekas Anggota Parlimen Tebrau, Johor. Seorang lagi anak Allahyarham, bekas Hakim Mahkamah Perusahaan, Datuk Siti Zaleha berkata Allahyarham sering berpesan supaya memperbanyak amal ibadat dan kebajikan untuk negara. | ||||
Mahathir bersungguh benar menabur benih kebencian di antara kaum Posted: 12 Apr 2013 06:07 AM PDT Dr Mahathir, semakin hampir pilihanraya semakin merapu perlakuannya. Semakin hampir hari rakyat membuat penentuan masa depan mereka Mahathir meningkatkan lontaran kenyataan-kenyataan berlandaskan kepada sentimen perkauman dan tidak mempedulikan samada kata-katanya itu dihormati atau dipandang hina oleh rakyat yang inginkan kehidupan yang muhibbah di antara kaum di negara ini. Isu Lim Kit Siang (LKS) bertanding di kawasan majoriti Cina di Gelang Patah membuatkan Mahathir tidak menentu dan beliau menunjukkan sikap beliau yang sebenarnya. Seperti biasa beliau menggunakan isu perkauman yang tidak terkira bahayanya kepada rakyat dan negara. Walaupun rakyat sekarang tidak ramai lagi menghiraukan pandangannya tetapi yang penting kita telah dapat mengenali Mahathir dengan lebih dalam lagi. Beliau menuduh yang kemenangan LKS di Gelang Patah itu akan melenyapkan kerjasama ekonomi di antara orang Melayu dan Cina dan akan meningkatnya pertelingkahan di antara kaum selepas ini. Katanya lagi pergaduhan di antara kaum akan terjadi jika BN dikalahkan oleh LKS di Gelang Patah nanti dan berbagai-bagai lagi yang saya sudah malas untuk menyebutnya. Nampaknya Dr Mahathir sudah memberikan isyarat yang LKS akan menang di Gelang Patah. Beliau amat takut untuk menghadapi kekalahan itu dan beliau terus mahukan semua rakyat merasa takut seperti apa yang beliau rasakan. Tuduhan beliau yang malapetaka akan terjadi jika LKS menang itu adalah bayangan ketakutan beliau. Kadangkala semakin lama hidup semakin lemah pemikiran kita ini. Begitu jugalah dengan Mahathir. Kenapa beliau terlalu takut itu, beliau sahajalah yang tahu. Tetapi sedikit sebanyak ramai rakyat tahu kenapa beliau begitu runsing jika LKS menang di Gelang Patah. Seboleh-bolehnya Mahathir mahu semua rakyat merasa takut seperti beliau. Seperti yang kita tahu, taktik menakut-nakutkan rakyat adalah taktik yang sudah dijangkakan. Mahathir begitu takut dengan kerjasama di antara kaum dalam Pakatan Rakyat yang sedang meningkat itu. Permuafakatan di antara kaum dalam Pakatan sekarang ini telah membuktikan yang apa yang diisukan oleh Mahathir dan pimpinan UMNO selama ini sebenarnya merupakan isu yang remeh dan jika LKS dan Pakatan memenangi pilihanraya kali ini, orang seperti Mahathir yang mahukan rakyat berpecah untuk kepentingan UMNO itu tidak akan berjaya. Rakyat semakin hari semakin yakin yang Pakatanlah yang telah menampakkan kejayaan untuk membina kehidupan rakyat yang lebih baik dan muhibbah. Jika LKS menang niat Mahathir dan UMNO untuk melihat pertelingkahan dalam hati sesama kita rakyat Malaysia berterusan akan gagal. Rakyat sedar yang pertelingkahan kaum jika berjaya dilanjutkan oleh pemimpin di negara ini, maka mereka dalam UMNO dan BN itu akan dapat mengekalkan kuasa dengan lebih lama lagi. Itu sahaja sebenarnya kenapa Dr Mahathir semakin hari semakin giat untuk melihat perpecahan di antara kita berlaku. | ||||
[HOT] Rafizi Tangkis Tohmahan & Fitnah Pencacai UMNO Posted: 12 Apr 2013 06:03 AM PDT KELAB GREENBOC Aktivis Umno akhir-akhir ini banyak menimbulkan cerita buruk mengenai perletakan jawatan saya dari PETRONAS dalam tahun 2009. Fitnahnya adalah saya dibuang kerana membuat tuntutan perbelanjaan yang menyeleweng. Mulanya saya tidak mahu melayan kerana ia fitnah picisan. Agaknya mereka masih mencari kelemahan saya, jadi mereka mencipta cerita bahawa saya menyeleweng hingga dibuang untuk mencemarkan kredibiliti saya. Pada kiraan mereka (yang silap), jika kredibiliti saya tercalar, makan tercalar jugalah kredibiliti pendedahan saya selama ini dan yang akan datang. Mutakhir ini saya merasakan jika saya terus berdiam diri, ia tidak membantu kebenaran kerana fitnah terancang ini disebarkan seluas-luasnya. Saya tidak dibuang dari PETRONAS (seperti mana yang diketahui ramai orang), saya meletakkan jawatan. Saya dinaikkan pangkat pada umur yang muda, menyertai PETRONAS terus sebagai seorang pengurus sebaik pulang dari London (selepas bekerja selama 3+ tahun di firma perakaunan untuk menjadi seorang akauntan bertauliah dengan ICAEW). Selepas berkhidmat selama 2 tahun di loji petrokimia PDH/MMSB di Gebeng, saya ditukarkan kembali ke ibupejabat di Menara Berkembar PETRONAS. Jadi, pada umur 27, saya dinaikkan pangkat menjadi Pengurus Kanan (saya dimaklumkan ia tidak pernah berlaku sebelum itu dan menjadi orang termuda ketika itu dilantik menjadi Pengurus Kanan) yang bertanggungjawab menguruskan keseluruhan perancangan perniagaan, operasi dan teknologi bagi Urusniaga Petrokimia PETRONAS, kerana saya mempunyai ijazah kejuruteraan dan juga seorang akauntan bertauliah. Selepas 2 tahun di jawatan itu, saya dipindahkan lagi untuk mengetuai jabatan kewangan bagi perniagaan carigali antarabangsa, memandangkan saya mempunyai latar belakang percukaian. Pada ketika itu, ada keperluan untuk mengemaskini amalan percukaian PETRONAS di peringkat antarabangsa kerana banyak kerajaan menggunakan alasan percukaian untuk campur tangan kontrak pengeluaran petroluem yang dimeterai. Oleh itu, menjelang umur saya 31 tahun, saya telah pun diberi peluang menguruskan pelbagai bidang dalam industri minyak dan gas. Saya pernah bertugas di loji petrokimia, di pengurusan korporat, berpengalaman di sektor huluan dan hiliran. Pada ketika itu, saya juga sedang menunggu masa untuk dinaikkan pangkat lagi. Saya berdepan dengan dilema besar. Jika saya kekal di PETRONAS, dengan kenaikan pangkat dan gaji yang besar, saya mungkin akan kekal selama-lamanya hanya dalam satu bidang kerana terlalu selesa dengan kesenangan dan gaji. Saya tidak mahu bersara dengan pengalaman di dalam satu bidang sahaja, kerana hidup ini lebih meriah jika kita terus menimba ilmu dan pengalaman. Pada ketika itu, saya agak keberatan untuk terus berkhidmat di PETRONAS selepas bon perkhidmatan 7 tahun berakhir. Kebetulan, menjelang Januari 2008, rakan karib yang banyak mempengaruhi kehidupan saya – Adlan Benar Omar – menghembuskan nafas yang terakhir selepas sakit buat sekian lama. Ben (nama panggilan beliau) adalah senior saya di MCKK, beliau berminat dengan politik dan banyak membaca sejarah sejak dari sekolah. Semasa beliau di Tingkatan 5, saya di Tingkatan 1 dan beliau adalah kapten pasukan bahas yang melatih saya. Semasa kami di sekolah, kami ada berjanji akan memasuki politik dan memberi sumbangan, kerana di sekolah pun ada isu-isu yang dekat dengan hati beliau. Yang bersungguh-sungguh mahu jadi ahli politik adalah Ben, saya hanya angguk saja bila senior bercakap. Hubungan kami yang terus rapat bermakna kami ambil serius janji itu. Ben melanjutkan pengajian ke Cambridge dan menubuhkan UKEC. Sepanjang masa, beliau mengheret saya ke dalam lingkungan aktivitinya kerana sifat saya yang lebih senang bekerja memudahkan kami menguruskan persatuan yang kami sama-sama sertai. Apabila Dato' Seri Anwar dipecat dan dizalimi dalam tahun 1998, kedua-dua kami merasa terpanggil untuk membantah. Saya masih di universiti, tetapi Ben yang sudah bekerja di Malaysia terjun ke kancah politik partisan dan menjadi antara tokoh muda awal yang menunjangi KEADILAN. Sekali lagi allahyarham mengheret saya sama ke dalam KEADILAN. Allahyarham menghembuskan nafas 2 bulan sebelum tsunami politik Mac 2008. Di hari-hari terakhirnya, kami sama-sama faham bahawa apabila beliau tiada, saya tiada pilihan kecuali masuk politik. Ben mengorbankan kerjaya dan hidupnya untuk reformasi, kalau matlamat reformasi tidak tercapai maka pengorbanannya sia-sia. Pada hari-hari itu pun saya sudah sedar bahawa ada ketikanya di masa akan datang hidup saya yang selesa di dunia korporat perlu diakhiri, untuk sama-sama membantu menubuhkan sebuah sistem politik dua parti dan menumbangkan BN. Menjelang 2009, saya pun membuat keputusan untuk meninggalkan PETRONAS. Saya langsung tidak berniat untuk masuk politik pada ketika itu, tetapi saya merasakan saya perlu keluar dari zon selesa. Saya juga mahu tahu berapa nilai saya sebagai seorang akauntan bertauliah di luar PETRONAS. Pada 30 April 2009, saya menyerahkan surat perletakan jawatan. Dalam tempoh 3 bulan akan datang, saya melangsaikan semua hutang saya dengan PETRONAS, termasuklah membayar RM31,499.89 baki bon perkhidmatan saya selama 6 bulan berbaki, agar saya mengembalikan setiap satu sen biasiwa pendidikan yang diberika PETRONAS seperti di dalam perjanjian. Saya juga membayar RM41,091.80 baki geran kereta (yang saya pakai sehingga kini), yang diberikan kepada kakitangan pengurusan. Saya bernasib baik kerana tekaan saya bahawa gaji di luar PETRONAS lebih tinggi adalah tepat. Dengan tawaran yang lebih baik, saya menyertai Pharmaniaga Berhad dalam Ogos 2009 sebagai Pengurus Besar, bertanggungjawab menguruskan kilang farmaseutikal di Bangi dan fungsi kewangan kumpulan itu. Hari pertama saya melaporkan diri di Pharmaniaga adalah 10 Ogos 2009. Ditakdirkan pada 8 Ogos 2009, saya pulang ke Kemaman untuk bertemu ibubapa dan kebetulan pada malam itu ada ceramah perdana Dato' Seri Anwar, lalu saya diminta oleh penganjur untuk menjadi pengerusi majlis. Saya tidak keberatan dan bertemu dengan Dato' Seri Anwar yang agak terkejut saya berada di situ, kerana kali terakhir kami bertemu (semasa perbincangan persediaan debat harga minyak setahun sebelum itu), saya tegas tidak berminat untuk berkecimpung dalam politik. Beliau bertanya di mana saya bekerja ketika itu, saya maklumkan saya sudah berhenti dari PETRONAS dan akan bermula di Pharmaniaga minggu selepas itu. Yang lain-lain selepas itu adalah sejarah yang berlaku dengan cepat. Susulan dari pertemuan itu, Dato' Seri Anwar menjemput untuk bertemu beliau di Parlimen sebanyak dua kali. Beliau ada meminta untuk saya kembali menyertai pimpinan parti (saya memegang jawatan pimpinan pusat Pemuda sehingga 2004) – dua kali beliau tanya, dua kali saya tolak. Akhirnya, bila beliau seolah mencabar saya bahawa "kita perlu bersama berjuang dan bukan hanya pandai mengkritik dari jauh", saya akur untuk membantu parti. Walaupun saya tidak pernah merancang untuk ke depan seperti sekarang, saya tenang dan tidak menyesal kerana janji bersama dengan allahyarham Ben supaya pengorbanan beliau meninggalkan usia muda tidak sia-sia. Janji itu semakin dekat menjadi kenyataan, apa yang terjadi selepas itu adalah keputusan peribadi saya. Ada orang yang memperlekehkan sentimentaliti berpegang kepada janji bersama di zaman budak-budak, tetapi janji itu menyuburkan ingatan saya terhadap allahyarham setiap hari. Berbalik kepada PETRONAS, saya bertuah melalui zaman kerjaya yang cukup baik di PETRONAS. Ia banyak mengajar saya dan hampir keseluruhan kemahiran professional saya datangnya dari PETRONAS. Lebih penting, PETRONAS berlaku adil – disiplin kerja saya dihadiahkan dengan kenaikan pangkat yang paling pantas, seperti keputusan kenaikan pangkat yang dibuat pada umur saya 28 tahun yang disertakan bersama. Klik untuk lebih jelas Perletakan jawatan saya dari PETRONAS mengejutkan ramai kakitangan PETRONAS. Ramai yang kurang faham kenapa saya perlu meninggalkan keadaan yang selesa dan lumayan, apatah lagi apabila prospek untuk saya di PETRONAS cukup baik. Ramai yang baik hati dan cuba memujuk saya untuk membatalkan hasrat, termasuklah Datuk Mohamad Medan Abdullah, Pengurus Besar Kanan, Pengurusan Korporat Kumpulan (beliau pernah menjadi ketua saya semasa kami di Carigali). Beliau menghantar twit pada 21 Ogos 2012 menerangkan bagaimana beliau juga pernah memujuk saya untuk tidak meletakkan jawatan. Beliau juga mengakui saya tidak pernah menyatakan hasrat untuk menyertai politik pada ketika itu. Saya harap keterangan ini jelas. Saya tidak mahu melayan fitnah ini kerana meninggalkan PETRONAS adalah keputusan peribadi. Ia berlatar belakangkan pemergian seorang rakan karib dan setiap kali saya mengingatinya, ia membuat saya merasa pilu. Ia perkara peribadi dan wajarlah dikekalkan sifat peribadinya. Ini adalah keterangan bukan undang-undang yang pertama dan terakhir mengenai perkara ini. Jika berterusan, saya akan mengambil tindakan undang-undang. | ||||
15 peratus calon wanita KEADILAN dari sayap Srikandi Posted: 12 Apr 2013 05:57 AM PDT Oleh Arif Juhani KUALA LUMPUR : Separuh daripada 30 peratus wanita KEADILAN yang dicalonkan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 terdiri daripada sayap Srikandi. Ketua Srikandi, Siti Aishah Shaik Ismail berkata, peratusan itu juga membabitkan wanita daripada semua kaum. "Setakat ini, saya difahamkan ada calon Srikandi berbangsa India dan Cina. Ini bagi menguatkan sokongan rakyat kepada KEADILAN pada PRU nanti. "Namun, semua nama yang dicalonkan itu masih dalam rundingan parti," katanya kepada Keadilan Daily. Jelas Siti Aishah, calon yang akan ditampilkan mempunyai latar belakang akademi dan profesional yang baik dari dalam dan luar negara. Ditanya mengenai kempen, Aishah berkata, Srikandi lebih banyak bergerak terus kepada pengundi berbanding ke pentas ceramah. "Gerak kerja Srikandi bertumpu kepada hebahan risalah dari rumah ke rumah dan berjumpa terus dengan pengundi. "Kempen ini tidak meliputi kawasan Parlimen. Fokus Srikandi lebih kepada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)," kata Siti Aishah. – NS | ||||
Adun Manjoi umum tidak tanding PRU13 Posted: 12 Apr 2013 05:55 AM PDT SINAR HARIAN IPOH - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Manjoi, Datuk Nadzri Ismail hari ini mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi memberi laluan kepada pemimpin muda. Beliau berkata hasrat itu telah dimaklumkan kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan pemimpin BN peringkat bahagian. "Saya berharap semua penyokong BN di Dun Manjoi akan terus memberi sokongan penuh kepada mana-mana calon yang ditetapkan oleh Pengerusi BN pada PRU13 ini," katanya dalam satu kenyataan. Nadzri, yang juga bekas Pengerusi Kelab Adun BN SeMalaysia, berkata beliau berterima kasih kepada pucuk pimpinan parti kerana telah memberi kepercayaan kepadanya untuk berkhidmat di Dun Manjoi selama empat penggal. "Saya amat yakin kesinambungan khidmat saya akan diteruskan oleh calon baru dengan cemerlang," kata ahli politik berusia 56 tahun itu yang mula memegang kerusi itu pada pilihan raya umum 1995. Katanya beliau akan terus membantu jentera parti untuk memastikan kemenangan BN di kawasan berkenaan. Pada pilihan raya umum 2008, Nadzri mengalahkan calon Pas Zulkurnaini Ibrahim dengan majoriti 348 undi. - Bernama | ||||
Senator Australia fail permohonan batalkan notis KP Imigresen Posted: 12 Apr 2013 05:53 AM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Seorang senator Australia memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini untuk membatalkan notis yang dikeluarkan Ketua Pengarah Imigresen yang menghalang beliau daripada memasuki Malaysia dua bulan lepas. Nick Xenophon memfailkan permohonan itu menerusi Tetuan Ranjit Singh & Yeoh semalam dan menamakan ketua pengarah Imigresen sebagai responden tunggal. Beliau menyatakan responden gagal mengambil kira fakta yang mempunyai kaitan berhubung lawatannya ke Malaysia dan membuat keputusan yang sangat tidak adil dan tidak berlandaskan undang-undang. Beliau mendakwa lawatannya ke Malaysia adalah untuk mengambil bahagian dalam dialog bukan partisan dan mendakwa responden bertindak atas alasan politik dan bukannya atas alasan yang sah. Xenophon mendakwa keputusan ketua pengarah Imigresen menghalang beliau daripada memasuki negara ini pada 16 Februari tahun ini telah melanggari peraturan keadilan asasi kerana gagal memberi beliau peluang untuk mengemukakan fakta yang mempunyai kaitan dengan lawatannya itu. Selain memohon perintah untuk membatalkan notis menghalang daripada masuk bertarikh 16 Februari oleh responden, beliau turut memohon perintah mandamus untuk mendesak responden supaya membenarkan beliau memasuki Malaysia. Beliau turut memohon ganti rugi, kos dan relif lain yang difikirkan layak dan wajar oleh mahkamah.- Bernama | ||||
Azmin mahu krisis air di Gombak segera diselesai Posted: 12 Apr 2013 05:48 AM PDT KEADILAN DAILYGOMBAK : Calon KEADILAN bagi Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali menggesa masalah bekalan air di kawasan itu segera diselesaikan.Beliau yang bertanding semula sejak memenangi kerusi itu pada PRU 2008, mengarahkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), selaku pihak bertanggungjawab mempercepat tindakan penyelesaian. "Masalah bekalan air terputus di Gombak. Saya menggesa UPEN dan Syabas mengambil tindakan segera. Lori tangki air dikerah segera membantu. "Saya juga telah menghubungi MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya) untuk membantu bersama UPEN dan Syabas," katanya di twitter. Menurut Azmin, masalah pam air di Batu Caves dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya petang ini. "Saya pantau supaya kerja pembaikan berjalan lancar. Harap masalah air ditangani segera demi kesejahteraan rakyat," kata Pengerusi KEADILAN Selangor itu. | ||||
Anwar: Najib ‘pak turut’ Mahathir punca politik perkauman Umno menjadi-jadi Posted: 12 Apr 2013 05:46 AM PDT Oleh Aisha Geoffrey KUCHING : Najib Razak yang takut untuk menegur perlakuan Tun Dr Mahathir Mohamad dan sering mengikut telunjuk mantan Perdana Menteri itu menyebabkan politik perkauman Umno BN kian menjadi-jadi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Najib sebagai PM, dengan Mahathir pun takut, tak berani tegur. Sebagai ketua negara, dia mesti hormati setiap rakyat. "India (di negara ini) tidak sampai 10 peratus tetapi kita tak boleh hina, orang Melayu sebagai majoriti pun kena saling menghormati. "Macam mana negara nak aman, kalau ketua negara tak reti nak hormat rakyat? Selepas 55 tahun merdeka, rakyat masih ditanya "kamu warganegara mana? Kalau tak setuju baliklah negara kamu", pemimpin apa ini?" tempelak Anwar di atas tingkah laku pemimpin Umno. Beliau berkata demikian pada ceramah Jelajah Pakatan Harapan Rakyat di Pasar Siburan, Batu 17, Jalan Kucing-Serian, Mambong, malam tadi. Anwar selanjutnya berkata, sebagai pemimpin rakyat mesti dipastikan selamat dan tidak timbul lagi isu perkauman mahupun ugutan berkaitan kewarganegaraan. "Kita mahu orang India rasa selamat, anak-anak Cina tidak lagi takut, orang Sarawak pun berani dan bangga menjadi orang Sarawak. "Kenapa kita tak boleh dapat semangat itu selepas lebih 50 tahun merdeka? Ayuh kita bergerak bersama ke arah itu, ubahlah pada (PRU 13) 5 Mei nanti," katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 1,000 penyokong. – NS | ||||
Abim kecam 'politik lucah' raih undi PRU13 Posted: 12 Apr 2013 05:35 AM PDT Setiausaha Agung Abim, Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, perbuatan menyebarkan skandal seks yang melibatkan beberapa pemimpin pembangkang beragama Islam tidak sepatutnya berlaku. Ini adalah kerana tindakan itu boleh merosakkan pemikiran dan kepercayaan masyarakat yang saban hari dihidangkan dengan pelbagai bahan berita berunsur fitnah dan semata-mata untuk menjatuhkan lawan dan kepentingan politik pihak tertentu, kata beliau. "Abim menolak sekeras-kerasnya pendedahan skandal seks kepada umum kerana dilihat cuba meraih undi politik. "... perbuatan mereka yang sebarkan video di YouTube dan CD itu tidak bermoral. "...jika benar mana-mana pemimpin itu melakukan jenayah dan salah laku menyalahi syariat Islam, individu terbabit sepatutnya menggunakan mekanisme perundangan Islam seperti membuat laporan kepada pihak berkuasa dan dakwanya di mahkamah," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini. Beliau berkata demikian mengulas satu skandal seks yang mengaitkan seorang pemimpin kanan Pas yang didedahkan sebuah blog politik Kedahan69ers.com yang memuat naik klip video sepanjang empat saat malam tadi. Video klip yang memaparkan seorang lelaki mirip seorang pemimpin Pas yang sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita dipercayai di sebuah bilik hotel itu turut disebarkan laman blog Papa Gomo dan portal Perak Today pada awal pagi tadi. Tegasnya, budaya itu perlu dihentikan segera dan parti politik dinasihatkan supaya tidak menggunakan pendekatan kotor itu dan tidak boleh mengaibkan mana-mana pemimpin politik khsusnya mereka yang beragama Islam. "Sepatutnya negara menuju sistem demokrasi yang matang, saya tak fikir ada negara lain guna senjata seks dan bahan lucah di peringkat umum untuk bahan pancing undi mereka. "... rakyat mereka ditawarkan tentang program pembangunan ekonomi, pendidikan dan fakta kenegaraan bukan benda lucah dan fitnah," katanya. Sementara itu, dalam sidang media pagi tadi, Abim menggariskan empat perkara utama untuk umat Islam sempena PRU13 iaitu: - Menolak budaya politik fitnah - Menolak amalan politik lucah - Menolak amalan politik samseng - Menolak amalan rasuah dan peras ugut Empat teras terbabit hasil daripada sesi dalam Muzakarah Khas Pendirian 10 Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam pada hari ini iaitu Kumpulan Prihatin, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Persatuan Hafiz Malaysia (Paham), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Ulama' Malaysia (PUM), Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah). | ||||
Hadi: Video seks kaitkan pemimpin Pas fitnah Posted: 12 Apr 2013 05:32 AM PDT SINAR HARIAN KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan pemimpin kanan parti itu sebagai fitnah dan bukan masalah besar kepada Pas. Beliau berkata perkara itu tidak serius dan pemimpin kanan Pas yang dianggap mangsa fitnah itu tidak perlu memberi penjelasan kepada parti kerana banyak lagi perkara lain yang perlu dibuat ketika ini. "Kita (Pas) anggap itu satu fitnah...lagi lama dia siar, lagi pahala banyak dapat kepada dia (pemimpin itu). Kita yakin benda itu tidak benar dan dia siar, dia berdosa, biarlah dia siar lagi luas lagi banyak dapat pahala," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Rusila hari ini. Abdul Hadi berkata beliau hairan kenapa pemimpin terbabit menjadi mangsa kerana beliau bukanlah calon Pas untuk bertanding mana-mana kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini. Katanya, Pas berserah kepada Tuhan untuk memberikan petunjuk dan setakat ini, beliau tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang bertanggungjawab membuat fitnah itu. Semalam di Kampung Alor Lintang Besut, polis dilaporkan menemui 16 bungkusan yang mengandungi gambar dan DVD lucah dipercayai melibatkan seorang pemimpin kanan Pas. - Bernama | ||||
Posted: 12 Apr 2013 01:24 AM PDT
BENTONG: "Hidup anak peneroka dan generasi kedua Felda ini ibarat pepatah yang mengatakan 'kais pagi, makan pagi." Demikian mengikut seorang penduduk Felda Kg Sertik, Zulkifli Mohd. Oleh kerana pembahagian tanah peneroka yang kerap tidak adil dan tidak mengikut prosedur kepada generasi kedua peneroka Felda seperti di Felda Kg Sertik, ramai generasi kedua terpaksa mencari nafkah dengan membuat kerja sambilan di ladang pekebun lain dan merantau. "Ramai daripada kami terpaksa merantau ke bandar untuk bekerja atau berniaga," katanya. Untuk menampung hidup, Zulkifli, 56, terpaksa bekerja sebagai penoreh getah di ladang kawannya tetapi harga getah sekarang sudah jatuh, upah pun kurang. Beliau bersama dua anak dan isterinya hidup melarat di rumah sewanya yang lebih mirip rumah setinggan. "Ketika hujan lebat, air hujan mencurah turun dari bumbung rumah kami beratap zing yang bocor. Kami tadahnya dengan tong plastik. "Dinding rumah kami juga sudah pecah dan berlubang, air hujan juga akan meresap masuk. Tak ada wang untuk membaikinya," katanya. Dalam tinjauan, kami dapati katil rumah beliau dilapik dengan bata. Katanya, beliau tidak mampu lagi membayar sewa rumah kepada pemilik sejak setahun lalu. "Saya sudah banyak kali memohon tanah dengan pejabat tanah daerah dan Felda iaitu sejak tahun 1980-an lagi untuk mengusahakannya tetapi tidak berhasil," tambahnya. Beliau berkata, kerap kali anak peneroka Felda generasi pertama berkelahi sesama sendiri kerana berebut tanah yang sekangkang kera pusaka tinggalan peneroka generasi pertama. "Kami (selaku anak kepada peneroka) juga banyak menyumbang kepada pembangunan negara dengan titik peluh usaha kami mengerjakan ladang Felda. "Kenapa pula bila kami meminta tanah yang masih banyak lagi di sekitar kawasan kami ditolak sewenang-wenangnya. "Kroni pemimpin Umno tempatan pula dengan senangnya memperoleh tanah. "Apakah Najib percaya dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 itu akan mengubah nasib hidup kami yang melarat ini. "Saya harap Pakatan Rakyat akan melakukan sesuatu untuk memastikan kehidupan generasi kedua peneroka Felda akan dijaga dan dibela sebaiknya," kata beliau. Dalam manifesto Pakatan Harapan Rakyat yang dilancarkan 25 Februari lalu, Pakatan Rakyat berjanji akan merombak semula pegangan dalam Felda Global Venture (FGV) dengan matlamat mengembalikan operasi dan pemilikan tanah Felda ke tangan peneroka dan kakitangan. | ||||
Saya tidak mahu jawab, serah kepada peguam - Mustafa Posted: 12 Apr 2013 01:22 AM PDT
Dalam satu kenyataan ringkasnya kepada Harakahdaily, Mustafa berkata, "Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan." Beliau dipercayai merujuk kepada video lucah yang disebarkan melalui beberapa blog Umno sejak lewat petang semalam. Ulasan dalam blog itu mengatakan, kononnya ia dibuat oleh rakan PAS dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR. Ada juga blog Umno yang menulis ia dibuat oleh golongan parasit dalam PAS yang tidak senang dengan Mustafa. Mustafa adalah mangsa yang kesekian kalinya politik buruk Umno dalam membunuh musuh politik mereka selepas kelihatan tersepit. Kajian poll yang dibuat oleh akhbar Sinar Harian online menunjukkan, manifesto yang mereka keluarkan ditolak rakyat Malaysia apabila hanya 19 peratus menyokong manifesto BN dan 81 peratus lagi menyokong menifesto Pakatan. Kesal dengan politik perkauman dan buruk Umno, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek telah mengumumkan tidak bertanding dalam pilihan raya ini, satu sejarah baru dalam politik Malaysia apabila presiden parti komponen BN tidak mahu bertanding. Bimbang dengan sokongan pengundi Cina, Tan Sri Muhyidin Yasin telah memaksa semua guru besar dan guru-guru sekolah Cina dari seluruh negara menyertai perhimpunan bersamanya di Johor 16 April ini. Dalam suasana tertekan inilah video lucah dikeluarkan lagi oleh BN untuk menekan Pakatan Rakyat. Kali ini mereka cuba menundingkan jarinya kepada rakan PAS iaitu PKR untuk melaga-lagakan kedua-dua parti itu. Berikut adalah kenyataan ringkas Mustafa. KENYATAAN MEDIA Saya tidak akan menjawab sebarang petanyaan mengenai isu yang diperkatakan. Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan. Datuk Mustafa Ali Setiausaha Agung. | ||||
Ummi Hafilda yakin dapat mengalahkan Azmin, jika diberi peluang Posted: 12 Apr 2013 01:13 AM PDT "Tiada siapa yang mengenalinya lebih dari adik beradik dan keluarga jadi dengan pengetahuan kami tentang beliau, saya yakin mampu mengalahkannya jika Datuk Seri Najib Razak membuat keputusan untuk meletakkan saya sebagai calon untuk melawan Azmin," katanya. Ummi Hafilda yang terkenal kerana peranannya sebagai saksi pendakwaan dalam perbicaraan liwat pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 telah berkempen secara aktif melawan Anwar, Azmin dan PKR. Azmin adalah abang beliau yang merupakan Timbalan Presiden PKR, penyandang ahli parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa. "Walaupun Najib tidak memilih saya sebagai calon melawan Azmin, saya akan terus dengan misi untuk mendedahkan kebenaran tentang Anwar, Azmin dan PKR," katanya dalam sidang akhbar selepas memberikan dua ceramah di Kuala Sungai Pinang di sini. Sejak dua bulan lalu, Ummi Hafilda telah menjelajah ke seluruh negara untuk berceramah dalam kempennya untuk menentang Anwar, Azmin dan PKR. "Saya telah berhadapan dengan Anwar secara langsung sembilan kali dalam 15 tahun ini dan setiap kali, beliau melarikan diri daripada saya jadi saya akan terus mengikut kempennya dalam tempoh pilihan raya ini," kata ahli Umno itu. Ummni Hafilda mendakwa Anwar gagal untuk menerima cabarannya bagi berdebat dan sekali lagi mencabar Anwar untuk menyamannya. "Saya mahu Anwar menyaman saya agar boleh mengeluarkan bukti kesalahan Anwar," katanya. Ummi Hafilda turut mendakwa beliau membawa gerakan perubahan dengan ceramahnya yang seringkali dihadiri oleh ribuan orang. Malam semalam adalah ceramah keduanya di Pulau Pinang dan dihadiri oleh 200 orang. Beliau sudah memberikan ceramah di Permatang Pauh dan malam ini beliau akan berceramah di Kepala Batas. Wanita lantang yang mengatakan Anwar mempunyai dua orientasi seks menggelar ketua pembangkang itu Bapa Rasuah dalam ceramahnya, menghiburkan hadirin dengan lawak-lawak dan anekdot tentang Anwar. Beliau juga memuji program transformasi Najib dan menggelar bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin "bermoral dan beretika". Wanita berumur 46 tahun itu telah menubuhkan badan bukan kerajaan Sri Kandi 7 yang mengkhususkan untuk melawan Anwar. "Selepas pilihan raya, NGO ini akan fokus kepada pembangunan dan kebajikan sosial orang Melayu," katanya. Beliau mendakwa organisasi yang ditubuhkan dua tahun lalu telah menjana ribuan orang setiap kali beliau berceramah. "Saya akan teruskan kempen saya melawan Anwar, Azmin dan PKR sehingga saya musnahkan pengkhianat negara itu," katanya. | ||||
Jamaluddin Mohd Radzi mahu pertahan kerusi Behrang Posted: 12 Apr 2013 01:09 AM PDT Beliau berkata keputusan itu dibuat kerana yakin dapat menambat hati pengundi di kawasan itu. "Sekiranya (bertanding) antara Parti Keadilan Rakyat (PKR), BN (Barisan Nasional) dan saya sebagai calon Bebas, saya yakin saya akan menang tetapi ia satu pertarungan sengit. "Sekiranya saya guna lambang BN untuk lawan calon PKR, saya akan menang dengan majoriti lebih 5,000 dan mungkin jumlah itu adalah yang tertinggi di Perak," katanya ketika ditemui pemberita selepas membeli borang pencalonan di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya negeri Perak di sini hari ini. Ditanya sama ada beliau berminat untuk bertanding atas tiket BN, beliau berkata: "Kalau kita nak bertunang pun kena ada orang masuk meminang, mana boleh kita menawarkan diri. Sekiranya ada pihak yang memberi tawaran saya akan fikirkan. Selama hari ini pun saya bekerja untuk BN dan Perak pun adalah di bawah BN, tidak mustahil saya penyokong kuat BN." Pada pilihan raya umum ke-12, Jamaluddin yang mewakili PKR mengalahkan calon BN, M. Ramasamy dengan majoriti 1,027 undi. Pada Februari 2009, Jamaluddin bersama tiga lagi Adun pakatan pembangkang mengisytiharkan keluar parti dan menyatakan sokongan kepada BN, sekali gus memberi laluan kepada BN membentuk kerajaan di Perak. – Bernama | ||||
Hee Yit Foong tidak bertanding Pilihan Raya 2013 Posted: 12 Apr 2013 12:52 AM PDT KUALA LUMPUR ― Datuk Hee Yit Foong yang pernah satu ketika digelar wanita paling dibenci di Perak mengesahkan untuk tidak mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelapang pada pilihan raya 5 Mei akan datang. Hee walau bagaimanapun berkata akan tetap menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013. Hee (gambar)mula dikenali ramai disebabkan oleh peranan yang dimainkannya dalam krisis perlembagaan di Perak yang menyaksikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) berusia 10 bulan itu tumbang. Pada ketika itu, bekas timbalan speaker DUN dari DAP itu meninggalkan parti tersebut dan PR dan mengisytiharkan dirinya sebagai ADUN bebas mesra BN. "Saya akan membantu berkempen untuk calon BN," katanya dipetik dari The Star Online. Hee turut berharap agar BN akan meletakkan calon tempatan yang dilahirkan dan membesar di sana. "Masyarakat di kawasan itu menyuarakan hasrat untuk memiliki pemimpin yang berasal dari Jelapang. "Saya enggan mencampuri urusan pencalonan tetapi berharap pucuk pimpinan parti akan mendengar suara rakyat," katanya lagi. Perak adalah satu negeri yang perlu diperhatikan dalam Pilihan Raya 2013 kerana kedua-dua BN dan PR yakin mereka mampu memenangi hati pengundi di negeri kaya dengan perusahaan bijih timah itu satu ketika dahulu. Pilihan Raya 2013 akan berlangsung pada 5 Mei dengan kempen rasmi selama 15 hari. Pemerhati mengatakan BN mampu terus berkuasa, akan tetapi tidak mustahil untuk PR membuat kejutan. | ||||
Lagi pegawai tentera sertai KEADILAN, bantu kempen Pakatan Posted: 12 Apr 2013 12:48 AM PDT Oleh Aisha Geoffrey KUCHING : Seorang lagi bekas pegawai tinggi tentera menyertai KEADILAN malam tadi, sekaligus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. Leftenan Kolonel Abang Hamdan Abang Hadari menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 1,000 penyokong pada ceramah Pakatan Harapan Rakyat di Petrajaya. Abang Hamdan merupakan anak jati Sarawak dan tekad membantu Pakatan Rakyat berkempen untuk memenangi negeri jajahan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada Pilihan Raya Umum ke-13. Penyertaan terbaru itu menjadikan enam pegawai tertinggi tentera menyertai Pakatan sejak awal tahun lalu. Sebelum ini, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid; Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab; Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid; Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad dan Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein mengisytihar sokongan kepada Pakatan. Ghafir ialah bekas Timbalan Angkatan Tentera Darat; bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara (Hadi); bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM (Imran), bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Najmi) dan bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat (Hashim). Hashim diumum sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Johor Baharu pada 3 April lalu. Imran pula diumum sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Lumut. – NS | ||||
Jen (B) Abdul Hadi tanding di Perak, Ghafir pula jelajah kempen Posted: 12 Apr 2013 12:43 AM PDT Oleh Aisha Geoffrey KUCHING : Bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara, Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab diisytihar sebagai calon KEADILAN yang akan bertanding di Perak. Ini diberitahu Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ceramah Jelajah Pakatan Harapan Rakyat di Petrajaya, Kuching, malam tadi. Pengumuman mengenai kawasan untuk Hadi bertanding akan dibuat Anwar pada ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Manjoi, Perak Isnin ini. Beliau juga memaklumkan hasrat bekas Timbalan Angkatan Tentera Darat, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid yang tidak mahu bertanding tetapi berkempen untuk Pakatan Rakyat. "Saya akan umumkan Jeneral Datuk Abdul Hadi untuk bertanding di Perak. "(Sementara) Jeneral Datuk Ghafir beritahu beliau tak mahu bertanding, tetapi mahu membantu kempen Pakatan dan bergerak ke seluruh negara," kata Anwar mengesahkan perkara itu. – NS | ||||
Tian Chua fail batal tuduhan isu Lahad Datu, sebutan kes 6 Jun Posted: 12 Apr 2013 12:42 AM PDT Oleh Norutul Ilham KUALA LUMPUR Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua pagi ini memfailkan permohonan pembatalan pertuduhan ke atasnya di bawah Akta Hasutan isu kontroversi kenyataannya berkaitan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Beliau yang hadir ke mahkamah diwakili peguamnya, Latheefa Koya dan Eric Paulsen. Hakim Norshahidah Awang menetapkan 6 Jun sebagai tarikh sebutan semula pendakwaan terhadap Ahli Parlimen Batu itu. Menurut Latheefa, pembatalan itu berikutan pertuduhan ke atas Tian cenderung bermotifkan politik dan berniat jahat. "Pertuduhan salah di sisi undang-undang kerana kesalahan menghasut di bawah Akta Hasutan hanya boleh digunapakai sekiranya perkataan-perkataan tersebut merujuk kepada Yang di Pertuan Agong dan bukannya parti politik seperti Umno. "Akta Hasutan merupakan akta lapuk yang diperkenalkan penjajah dan tidak sesuai digunakan masa sekarang," katanya selepas memfailkan pembatalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini. Sementara itu, Eric mempersoal pertuduhan yang dikenakan terhadap Tian dan bertegas ia bercanggah dengan Perlembagaan Negara yang memberikan hak bersuara. "Akta Hasutan bersifat menindas seperti yang berlaku dalam kes ini. Jika Umno tidak setuju dengan kenyataan Tian, mereka sepatutnya saman fitnah secara sivil," katanya. Tian berdepan dakwaan di mahkamah apabila kenyataannya berkaitan krisis Lahad Datu menjadi kontroversi akibat putar belit akhbar kawalan Umno. Beliau dituduh di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (1) dalam akta sama. Kenyataan itu disiar Keadilan Daily pada 1 Mac lalu. Dalam kenyataan itu, Tian menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu adalah konspirasi Umno untuk menakut-nakutkan rakyat dari isu pokok iaitu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah. – NS | ||||
80 hari di bilik mayat, keluarga Sugumar tuntut bedah siasat kedua Posted: 12 Apr 2013 12:40 AM PDT Oleh: Aliff Fikri PETALING JAYA: Keluarga S.Sugumar mendesak Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak menyelesaikan segera kes pembunuhan mendiang sebelum Pilihanraya Umum (PRU) 13. Bapa saudaranya, A Kuppusamy berkata, hari ini genap 80 hari mayat Sugumar ditempatkan di bilik mayat Hospital Serdang, menyebabkan keluarganya tidak dapat menguruskan upacara pengebumian. Kuppusamy berkata, pelbagai usaha dilakukan bagi membolehkan pakar bedah Thailand, Dr Pornhtip Rojanasunand menjalankan bedah siasat kedua ke atas mayat Sugumar, namun dihalang pentadbiran Perdana Menteri. Malah katanya, keluarganya juga tidak menerima laporan bedah siasat pertama dari Hospital Serdang yang mendakwa Sugumar mati akibat sakit jantung. "Saya sangat kesal dengan apa yang dilakukan beliau (Najib). "Bagaimana seorang Perdana Menteri melakukan sedemikian rupa terhadap rakyatnya? Boleh ke orang seperti ini yang tidak bertanggungjawab dilantik sekali lagi sebagai Perdana Menteri? Perkara ini harus segera diselesaikan sebelum PRU," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, tengah hari tadi. Turut hadir ibu Sugumar, K Manimagalay dan sepupu mangsa, Ananthakannan. Sementara itu, peguam mangsa, N Surendran berkata, pihaknya akan meneruskan petisyen agar Dr Pornthip dibenarkan masuk dan melakukan segera bedah siasat terhadap mangsa keganasan polis itu. "Kita mahu bedah siasat yang bebas dan kita juga tahu reputasi Dr Pornthip. Tapi persoalannya sekarang mengapa Dr Pornthip tidak dibenarkan masuk? "Apakah Umno BN takut kepada kebenaran dan mahu menghadapi PRU dengan keadaan mayat mangsa pembunuhan dibiarkan begitu sahaja di Hospital Serdang?," tegas Naib Presiden KEADILAN itu. Seorang lagi peguam mangsa, Latheefa Koya pula berkata, halangan terhadap Pornthip menyerupai tindakan sama terhadap peguam Perancis, Wiliam Bourdon dan Senator Australia, Nick Xenophon yang dilarang masuk ke negara ini. "Dalam isu Dr Pornthip pula, Kementerian Kesihatan sendiri memberi 'lampu hijau' agar beliau datang dan melakukan bedah siasat tapi tiba-tiba disekat juga. Ini merupakan tindakan yang tidak boleh diterima," ujarnya. Dalam kejadian di Hulu Langat Januari lalu, Sugumar yang juga pengawal keselamatan mati selepas dipukul sekumpulan individu dalam keadaan bergari, selepas dikejar beberapa anggota polis. Saksi mendakwa polis turut memijak tengkuk mangsa dan melumurkan mukanya dengan kunyit. Pada 15 Februari lalu, Kementerian Keadilan Thailand dilaporkan bimbang dengan rasa kurang senang kerajaan Malaysia berikutan penglibatan Dr Pornthip dalam bedah siasat berkenaan. Laporan dari dokumen rasmi itu dipetik, dalam kes kematian Sugumar, kerajaan Malaysia risau wawancara Dr Pornthip akan memberi impak negatif terhadap kerajaan ketika pilihan raya umum makin hampir. | ||||
6 lagi dicalon tanding KEADILAN S’wak, Nazib, Nicholas antara senarai Posted: 12 Apr 2013 12:37 AM PDT Oleh Aisha Geoffrey KUCHING : Enam lagi calon KEADILAN diumum akan bertanding di Parlimen Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke-13. Pengumuman oleh Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dibuat pada sidang media di Hotel Grand Continental, Kuching, 12 tengahari tadi. Semua yang dicalonkan itu adalah: 1. Ahmad Nazib Johari – Petrajaya (P194) 2. Zulrusdi Mohd Hol – Santubong (P193) 3. Thomas Laja – Kanowit (P210) 4. Joshua Jabeng – Selangau (P214) 5. Nicholas Bawin – Lubok Antu (P 203) 6. Cecilia Una – Betong (P204) Ahmad Nazib merupakan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri dan peguam syarie. Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2011, beliau bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok dan tewas kepada calon BN, Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg, dengan majoriti 2,800. Zulrusdi ialah Timbalan Pegerusi KEADILAN Negeri. Beliau pernah bertanding di DUN Samariang pada PRN 2011 dan tewas kepada calon BN, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dengan majoriti 5,431. Thomas adalah pesara guru, berasal dari Nanga Jagau kawasan pedalaman di Ngemah, Kanowit. Kanowit merupakan kawasan majoriti kaum Iban. Joshia pula Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri, juga pesara guru. Sementara Nicholas adalah Pengerusi KEADILAN Batang Ai dan bekas Ahli Parlimen Lubok Antu selama lima penggal. Beliau kemudian menyertai KEADILAN pada Disember 2008. Manakala Cecilia ialah Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Negeri. Sebelum ini, lima calon KEADILAN diisytihar akan bertanding kerusi Parlimen Sarawak. Mereka adalah Baru Bian mewakili Parlimen Limbang, Ali Biju (Saratok), Abang Zulkifli Abang Engkeh (Batang Lupar), Abun Sui Anyit (Hulu Rajang) dan Roland Engan (Baram). Senarai ini diumum Anwar di ibu pejabat parti, 20 Mac lalu. Bermakna, 11 calon KEADILAN yang akan bertanding di Sarawak telah diumum. – NS | ||||
Guru SJK Cina wajib sertai himpunan dengan Muhyidin Posted: 12 Apr 2013 12:30 AM PDT
KUALA LUMPUR: Guru-guru di semua sekolah jenis kebangsaan Cina di seluruh negara diarahkan menyertai himpunan dengan Tan Sri Muhyidin Yasin di Johor Bharu 16 April ini. Himpunan itu akan diadakan jam 3.00 petang di SJKC Foon Yew 1, Johor Bahru. Sehubugan itu, semua jabatan pendidikan negeri telah mewajibkan setiap sekolah Cina menghantar sekurang-kurangnya enam orang guru bagi menyertai himpunan itu. Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur misalnya telah menghantar surat kepada semua sekolah Cina bagi mewajibkan mereka menyertai majlis itu. Guru besar, seorang guru penolong kanan dan guru biasa diwajibkan menyertai himpunan itu. Ia dibuat kononnya untuk merealisasikan hasrat pendidikan negara, kata surat itu. Mengikut taklimat yang disampaikan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, guru-guru yang menjadi wakil akan dibekalkan bas dari Kuala Lumpur ke Johor dan perlu berkumpul sebelum 7 pagi. Mereka dijanjikan pulang dan tiba kembali di Kuala Lumpur pada hari yang sama kira-kira 11 malam. Ini bermaksud kelas dan pengajaran guru-guru yang terpilih akan diabaikan pada hari itu semata-mata untuk menghadiri perhimpunan bersama Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran yang jelas mempunyai motif politik menjelang pilihan raya akan datang. Sementara itu, prestasi pengajaran guru pada hari keesokannya sudah tentu akan terjejas kerana keletihan wakil-wakil guru disebabkan kepulangan lewat pada tengah malam pada hari 16 April. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan