Selasa, 2 April 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


PARLIMEN BUBAR ESOK?

Posted: 02 Apr 2013 07:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Semua jentera pilihan raya PAS di seluruh negara diarahkan agar digerakkan segera berikutan ura-ura Parlimen akan dibubarkan esok.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli (gambar) mengarah, Jenteri Pilihanraya Negeri (JPN), Jentera Pilihanraya Kawasan (JPrK) dan Jentera Pilihanraya Dun (JPrD) bermesyuarat segera malam esok jika Parlimen dibubar esok.

"Sila mesyuarat segera malam esok jika Parlimen dibubarkan oleh Perdana Menteri esok.

"Gerakkan strategi tahap lepas bubar," arah Dr Hatta kepada semua jenteranya.

Dr Hatta berkata demikian berikutan laporan media Parlimen besar kemungkinan dibubarkan esok selepas mesyuarat Kabinet.

Esok 3 April genap empat tahun datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri. Beliau mengangkat sumpah sebagai PM pada 3 Mei 2009.

Berita Harian hari ini melaporkan di muka depannya Parlimen akan dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet.

Semua anggota Kabinet dikatakan mendapat arahan untuk memakai sut hitam lengkap untuk sessi bergambar terakhir Kabinet sebelum dibubarkan.

Namun begitu, terdapat juga maklumat Parlimen akan dibubarkan selepas Asean Summit di Brunei 24 dan 25 April ini.

Ini kerana, Najib mahu menyertai sidang itu dengan mandat penuh bukan sebagai pemimpin kerajaan sementara.

Jika itu berlaku, bermakna pilihan raya hanya akan diadakan di pertengahan atau hujung Mei.

NI YG DI TAKUTI MAHADHIR DAN GENG GENGNYA?

Posted: 01 Apr 2013 11:31 PM PDT

Sekiranya berjaya membentuk kerajaan persekutuan, Pakatan Rakyat berjanji akan menjadikan isu kemasukan tukaran asing pada 1990 sebagai sasaran utama siasatan.

Sehubungan itu, mereka akan meneliti peranan Nor Mohamed Yakcop, sekarang bertindak sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.

lim guan engSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Nor Mohamed akan dipanggil bagi menjelaskan kerugian RM5.7 bilion.

Jumlah itu diperoleh daripaa Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia pada 1997, yang dimaklumkan pada September lalu oleh Timbalan Menteri Kewangan Donald Lim kepada Parlimen.

"Jika beliau masih gagal menjelaskan selepas 20 tahun, dan jika akan peluang membentuk kerajaan di Putrajaya, Nor Mohamed akan diheret untuk soal siasat," kata Lim dalam sidang media semalam.

Tiada ulasan: