Anak Sungai Derhaka |
- Lahad Datu: Penduduk Persoal Kenapa Mayat Pengganas dikebumi di Kampung mereka..
- Hina Hindu: Zulkifli Noordin KANTOI Menipu Sambil Minta Maaf ..
- Gambar Najib makan tengahari bersama buruan Interpol?.. betul ke nih?
- Hina Hindu: Zulkifli Nordin minta maaf , salahkan PAS dan katanya ucapan dalam video tu diputarbelit..
- Wah!! Banyaknya pendapatan adik Najib ni.. tapi nasib pekerjanya?
Lahad Datu: Penduduk Persoal Kenapa Mayat Pengganas dikebumi di Kampung mereka.. Posted: 02 Apr 2013 09:15 AM PDT Agak malang kepada pihak polis kita yang dijadikan mangsa oleh pengganas ini sehingga 8 orang daripadanya gugur di Lahad Datu dan Semporna. Bagaimanapun, kemudiannya kita mendapat tahu bahawa pihak polis jugalah yang bertungkus-lumus menyempurnakan mayat-mayat pengganas yang telah berjaya ditembak mati oleh pasukan keselamatan kita (polis/tentera) dan TELAH DIKEBUMIKAN DIPELBAGAI LOKASI SELURUH SABAH! Persoalannya kenapa? Menurut info, pengganas yang ditembak mati itu SEBENARNYA adalah RAKYAT SABAH WARGANEGARA MALAYSIA yang mempunyai KAD PENGENALAN SAH dan mereka dikuburkan berdasarkan alamat pada kad pengenalan tersebut. Siapa yang memberi mereka kad pengenalan? Bila? Persoalan berikutnya, berdasarkan alamat pada kad pengenalan, mereka sepatutnya mempunyai saudara-mara di kampung-kampung yang dicatat dalam kad pengenalan tersebut, iaitu tempat mereka dikuburkan. Sepatutnya ada saudara-mara yang datang mengecam, mengaku dan menuntut mayat-mayat tersebut. Anih sekali, INI TIDAK BERLAKU SAMA SEKALI! Tiada yang mengaku dan menuntut mayat-mayat tersebut. Mudah sahaja. Mereka tidak pernah tinggal di kampung yang disebut, jauh sekali pula mempunyai saudara-mara atau keluarga di situ. Di Keningau 4 mayat pengganas dari Lahad Datu dikebumikan tanpa kebenaran PJKKK. Bantahan telah dibuat. Manakala di Tuaran, urusan pengkebumian 6 orang pengganas dari Lahad Datu telah dilakukan pada waktu malam di Perkuburan Islam Kuala Mantinggi, Simpangan. Urusan pembacaan doa dilakukan oleh Tuan Hj Razali dan diseliaurus oleh Polis Tuaran. Apa yang jelas, semua orang Tuaran tahu kalau Tuan Hj Razali adalah penyokong UMNO dari Bolong Baru dan anak beliau saudara Kassim merupakan Setiausaha Politik Datuk Hj Hajiji Noor sekarang. Menurut orang Kampung Simpangan, urusan pengkebumian mayat2 tersebut juga tanpa mendapat restu dan sokongan masyarakat kampung sendiri. Bagaimanapun agak terlambat orang kampung membantah kerana pengkebumian telahpun dilakukan tanpa pengetahuan masyarakat kampung. Jangan lupa berhubung dengan perbelanjaan menyeliaurus kesemua mayat-mayat itu, siapa yang membayar dan disediakan oleh siapa? Ini juga bermakna UMNO/BN Tuaran sangat maklum akan perkara tersebut? Jadi siapakah pengganas ini kepada mereka? Saya sepertinya terhidu ada sesuatu yang tidak kena dan tidak betul di sini. Ada sesuatu yang coba disembunyikan daripada pengetahuan rakyat! Ingat, nyawa dan keselamatan rakyat sedang dipertaruhkan di sini. Itu yang berlaku sekarang di Lahad Datu dan Semporna. Kenapa? Kenapa? Kenapa? ~ Keadilan Tuaran |
Hina Hindu: Zulkifli Noordin KANTOI Menipu Sambil Minta Maaf .. Posted: 02 Apr 2013 06:42 AM PDT Tengok betul-betul pada tarikh laporan mengenai Patung Dewa Murugan yang dirasmikan oleh Samy Vellu di atas ini.. Ianya telah dilaporkan dirasmi pada 30 Januari 2006 iaitu lebih kurang enam tahun yang lalu.. Tetapi menurut Zulkifli Noordin ucapannya yang menghina Agama Hindu itu telah diucapkannya sepuluh tahun yang lalu semasa beliau bersama PAS.. sila baca di SINI Dalam ucapannya Zulkifli Noordin Ahli Parlimen Bebas mesra UMNO yang telah dipecat dari PKR telah mengucapkan 'Itu Murugan tongkat 14 tingkat' dan 'Tuhan Murugan yang pegang tongkat macam di Batu Caves tu'.. Apa nak jadi dengan dia ni agaknya.. dalam meminta maaf pun masih menipu lagi... Bercakap pasal ugama bukan main hebat..padahal macam pelarx.. Pembohongan Zulkifli Noordin itu telah dikantoikan oleh Satees Muniandy dari DAPSY Pulau Pinang.. Baca ni.. KUALA LUMPUR, 2 April — Datuk Zulkifli Nordin didakwa menipu dalam permohonan maafnya malahan cubaan menyabitkan parti Pakatan Rakyat (PR) adalah perbuatan tidak bertanggungjawab, kata DAPSY Pulau Pinang. Munafik rupanya dia... patutlah Allahyarham Ustaz Fadzil Nor lebih rela minum diwarung dari bersama dalam Majlis yang turut dihadiri oleh Zul Noordin ni.. sila baca kisah tersebut di ( SINI ) |
Gambar Najib makan tengahari bersama buruan Interpol?.. betul ke nih? Posted: 02 Apr 2013 01:49 AM PDT Sebenarnya gambar Najib makan tengahari di Little Penang Café, The Curve bersama keluarga termasuk bakal menantunya Daniyar Nazarbayev yang dikatakan menjadi buruan Interpol ini aku tahu kewujudannya melalui e-mail yang diterima dari Najib Razak. Sudah empat kali aku laporkan e-mail dari Najib Razak ( info@1malaysia.com.my ) ni sebagai spam.. tapi masih lagi aku terima.. Dalam e-mail dari Najib Razak itu ditulis "Saya mengambil peluang untuk mengisi masa lapang pada hari Ahad lepas dengan menikmati makan tengahari bersama keluarga saya di Little Penang Café, The Curve. Keluarga adalah segala-galanya bagi saya dan sebab itulah saya cuba meluangkan masa untuk bersama mereka." Peluang untuk bersama-sama mereka hari ini adalah cukup bermakna buat saya kerana keluarga adalah segala-galanya dalam hidup saya. Syukur Alhamdulillah kerana saya dianugerahkan sebuah keluarga yang penyayang serta sentiasa memberi sokongan kepada saya." - 31hb Mac 2013 Pada 11 Februari lalu Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa berkata, kehadiran Daniyar di khalayak mengesahkan dakwaan mengatakan Najib sembunyikan tunang Nooryana, penjenayah paling dikehendaki. "Najib bukan sahaja menyembunyikan jenayah seperti kes pembunuhan Altantuya (Shaariibuu) tetapi turut melindungi penjenayah. Inilah sebenarnya Najib. "Sikap diam diri Najib sebelum ini berhubung bakal menantunya sekarang terjawab apabila muncul makan nasi kandar di Pulau Pinang," kata Fariz ketika dihubungi. Najib yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan seorang lagi anaknya, Ashman Razak, menjamu selera selama 40 minit di Nasi Kandar Beratur di Jalan Kapitan Kling, Pulau Pinang sempena lawatan kerja dua hari ke negeri itu. Sebelum ini, Daniyar – mengikut laporan New York Post dan media antarabangsa lain, menipu bapa tirinya, Bolat Nazarbayez seunit kondominum mewah berharga AS$20 juta (RM60 juta). Mengikut media berkenaan, ia berdasarkan dokumen mahkamah yang difail di Mahkamah Agung Manhattan, Amerika Syarikat manakala Daniyar kemudian dilapor menghilangkan diri. "Selama ini, kita yakin beliau bersembunyi di Malaysia atau lebih tepat di kediaman Perdana Menteri. "Kita syak beliau menggunakan kedudukan bakal bapa mertuanya itu untuk mengelak dari diambil tindakan oleh pihak berkuasa," ujar Koordinator Jingga 13 itu lagi. Baca apa yang dilaporkan oleh The New York Post itu di ( SINI ) Dan baca juga laporan yang mengatakan bakal besan Najib ditahan oleh Interpol di ( SINI ) |
Posted: 01 Apr 2013 09:59 PM PDT Kata Zulkifli Nordin ucapan yang menghina agama Hindu itu dibuat 10 tahun lalu ketika beliau berada dalam parti PAS.. disamping itu dakwanya lagi ucapan itu telah diputar belit.. Zulkifli Nordin Jelaskan Ucapan Hina Hindu Dibuat Sewaktu Dalam PAS Beliau ada menerima beberapa tawaran untuk bertanding??.. Kah.. Kah.. Kah.. parti manalah agaknya yang menawarkan tempat untuk diri dia tu.. UMNO nak tawar??.. jangan haraplah!! Pemimpin UMNO mana ada yang begitu bodoh untuk berikan dia laluan.. kalau macai UMNO mungkinlah bodoh... Dia kata video ucapannya diputar belit.. apa yang di putar belit tu?.. cuba korang tengok sekali lagi video itu di SINI Baca apa tindakan Allahyarham Ustaz Fadzil Nor apabila mengetahui Zul Noordin turut serta dalam satu majlis PAS ketika Zul Noordin bersama PAS suatu masa dulu di ( SINI ) |
Wah!! Banyaknya pendapatan adik Najib ni.. tapi nasib pekerjanya? Posted: 01 Apr 2013 05:30 PM PDT Dari apa yang The Star online laporkan.. Tahun lalu CIMB Group Holdings Bhd telah membayar sejumlah RM10juta sebagai imbuhan kepada CEO Kumpulan tersebut Datuk Seri Mohd Nazir Razak ianya adalah lebih tinggi dari apa yang dibayar pada tahun 2011 iaitu RM8.7Juta. Manakala Malayan Banking Bhd, pula telah membayar President dan Chief Executive Officer Datuk Seri Abdul Wahid Omar sejumlah RM6.26Juta pada tahun 2012, meningkat dari RM4.08Juta tahun sebelumnya.. Pendapatan lain-lain CEO bukan GLC termasuk TNB sila lihat di SINI Meskipun mereka memperolehi pendapatan yang tinggi hasil dari komitmen yang tinggi oleh para pekerja mereka, namun kebajikan perkerja mereka langsung tak dipeduli.. Kesatuan Sekerja Bank bercadang anjur bantahan Sama saja macam abang dia adik Najib ni... Abang dia sapu komisyen RM500Juta.. bagi kat rakyat RM500 saja.. Itupun bersoraklah macai-macai UMNO.. HIDUP MELAYU!! padahal dah kena tipu... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan