Khamis, 18 April 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


GAMBAR PALING MENAKJUBKAN MINGGU INI.. WAJAH WAJAH YG BIASA ANDA LIHAT

Posted: 18 Apr 2013 09:30 AM PDT




INI KALI WANITA UMNO BAHARU TAHU?

Posted: 18 Apr 2013 07:30 AM PDT

Timbalan ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim berkata beliau kecewa dengan "penghinaan" yang ditunjukkan apabila parti itu tidak meletakkan pemimpin tertinggi dari sayap parti berkenaan sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.
NONEMalah, tindakan itu menunjukkan bahawa BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya ke atas sumbangan pemimpin tertinggi wanita, katanya seperti dipetik dalam laporan Sinar Harian.

Kamilia berkata, beliau menjangkakan untuk diletakkan sebagai calon di kerusi parlimen Kuala Kangsar, di bahagian Umno yang diketuainya.

Beliau beranggapan demikian memandangkan ketua sayap berkenaan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak lagi mahu diletakkan sebagai claon.

Kamilia juga berkata, ketua Wanita Umno negeri di Kedah, Johor dan Terengganu juga tidak diletakkan sebagai calon.

Senarai yang diumumkan BN juga tidak menamakan ketua Wanita Umno Selangor sebagai calon.

"Jika permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa.

"Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuang di tempat lain.

"Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau buat sendiri. Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja," katanya

DAP AKAN DI GAM?

Posted: 18 Apr 2013 01:43 AM PDT

AP masih boleh mengemukakan calon seperti biasa pada hari penamaan calon tanpa mengira keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menggantung jawatankuasa pusat parti itu.

Ini telah disahkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.

"Tidak affect bolih bertanding," kata Abdul Aziz kepada Malaysiakini dalam jawapannya melalui SMS.

ROS telah memaklumkan kepada DAP bahawa ia tidak mengiktiraf barisan baru jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu yang dipilih akhir tahun lalu ekoran kesilapan teknikal dalam penjadualan (tabulation) undi.

Berikutan itu, ROS telah mengarahkan jawatankuasa pusat parti itu dibekukan sehingga siasatan selesai.

Satu salinan surat ROS kepada DAP telah dihantar kepada SPR

Tiada ulasan: