Khamis, 18 April 2013

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Mantan bakal MB Selangor

Posted: 18 Apr 2013 09:01 AM PDT


Inilah dia mantan bakal MB Selangor. 
Apa sudah jadi beb??
Kah kah kah kah kah kah...

Takyah bising-bising makcik... BOIKOT jek.

Posted: 17 Apr 2013 07:19 PM PDT


Orang pompuan besor dalam Wanita UMNO udah bising weh. Kedengaran seantero Malaysia suaranyer. Marah bebenor weh.... Baca sini dan sini.

Marahnyer demer.. sebab tak dapat jadi calon sedangkan dia orang besor dalam Wanita UMNO... loyor pulak tu tapi kenapa dipinggirkan sebagai calon?? Mana dia keadilan?? Mana??

Kalau tak silap teman... dia ni ada kuor kenyataan yang tak semiak, pasal isu lembu si pompuan no 1 Wanita UMNO. Agaknyer... adaler suara-suara ghaib yang bisik kat telinga Najib or Rosmah kot. Itu agak-agak teman jek... tapi wallahualam ler. Kalau tak.. takkan orang no 2 Wanita UMNO tak terpilih jadi calon. tak gitu??

Udah ler tu makcik oi.... orang tak sudi jangan kita meroyan publicly. Malu... memintak-mintak ni. Coooolll jer tapi ambik tindakan dalam diam-diam. UMNO ni, memang dah tak rasional... busuk pulak tu. Ramai yang busuk hati. Berlambak yang busuk perut. Malah.. tak terbilang yang buruk perangai demer.  UMNO ni makcik, dah busuk sampai ke usus.

Sebab tu... ramai yang dah tak siorkan UMNO. Makcik pun dah tua... udah-udahler tu. Bawak-bawak bertobat. Tobat nasuha tau... Masuk jer jemaah PAS. Selamat dunia dan akhirat, in shaa Allah.

Ini teman nak jadi batu api ler. Aha... satu jer cara nak ajar puak-puak tak mengenang budi ni.... diam-diam, boikot jer. Bior calon Pakatan Rakyat menang besor. Bior padan muka demer. Nanti makcik boleh cakap... " Ituler... tak pilih aku lagi."

Lepas tu, kan makcik... isytihar keluor UMNO dan masuk PAS ke... DAP ke... PKR ke.. Bior 2 kali padan muka demer. Bior demer tau sapa makcik. Don't play-play with this makcik tau...!!

Apa-apa pun... it's up to you makcik. Teman hanya cuba nak bukak minda makcik jek. Bagi suggestion la kata omputih. Maklumler minda orang-orang UMNO ni jumud dan terkatup  ya Rabbi.

Senario ini, jelas menunjukkan yang perjuangan UMNO tak ikhlas untuk bangsa, agama dan negara. Perjuangna mereka adalah untuk mendapatkan tempat dan status dalam masyarakat melalui tiket calon PRU. Dapat jadi YB kalu... Yahoooo!! Glamour aku!! Kayo aku!! Berkuaso aku!!

Aha... itulah motif perjuangan mereka dalam UMNO. Jadi.. sudah-sudahlah dengan UMNO. Ayuh kita berubah kepada yang lebih baik yakni Pakatan Rakyat. Bagi UMNO 5 tahun untuk mereka muhasabah diri dan kikis sifat greedy mereka. Dan... kita bagi PR peluang 5 tahun untuk buktikan diri... yang mereka berintegriti... ada akauntabiliti dan punya kredibiliti tinggi untuk mentadbir negara yang kita cintai ini.

Kita sebagai orang Islam, kena ada sifat ADIL, kerana.. itu salah satu sifat terpuji yang Allah SWT suka. Jom kita buat Allah SWT bangga dengan kita. Beri keadilan dan peluang kepada pihak yang mahu kepada kebaikan dan kesejahteraan buat kita semua.

Ayuh kita try mereka selama 5 tahun. Ini kalilah..!! Jom Ubah..!!

Tiada ulasan: