. |
- Putrajaya Terus Ditakluki..
- 60 Cawanagn Umno di Selangor Akan Dibubar?
- Pertindihan Kerusi Antara PAS dan PKR Selesai, Tetapi Dun Sungai Aceh Terus Bermasalah?
Posted: 27 Apr 2013 09:13 PM PDT LAPORAN LEWAT Insya-Allah Putrajaya akan jatuh secara mutlak kepada Pakatan Rakyat 5 Mei nanti? Itulah doa semua orang yang ingin melihat perubahan dan pembaharuan. Melihat bondongan manusia yang memasuki Putrajaya sejak kelmarin dan terbaru malam tadi, menjadikan saya optimis sesuatu kejutan akan berlaku 5 Mei kelak. Kalaupun kerusi Putrajaya liat untuk tumbang kerana kawasan itu eksklusif... tetapi apa yang sedang bergelombang di sana kini mencemaskan Teuku Adnan Teuku Mansor.
Pun begitu mungkin terlalu awal untuk mengatakan Pakatan Rakyat akan berjaya membentuk kerajaan tetapi gambaran fizikal menunjukkan kemungkinan itu bukan sesuatu yang omongan. Jika rahsia dari risikan mengatakan Pakatan kini sudah memiliki 124 kerusi, sah kerajaan UBN akan tumbang dan berakhirlah hegomoni UBN lebih 55 tahun. Malam tadi lebih 20,000 orang hadir untuk mendengar ceramah "Tawan Putrajaya" oleh Azhar Idrus pendakwah celeberti. Kehadiran yang begitu ramai serta luapan perasaan yang menakjubkan memberi gambaran sokongan kepada Pakatan Rakyat kian meningkat dari hari ke sehari. Garaf Pakatan Rakyat terus menegak seolah tidak akan mendata lagi.
Yang hadir semalam juga bukan saja mereka yang berada di Lembah Kelang, tetapi mereka termasuk juga dari Seremban, Selangor, bahkan yang datang dari Gerik Perak pun ada. Apa yang mengejutkan lebioh separuh yang hadir ada golongan muda. Kesanggupan mereka datang dari jauh ini menjelaskan apa yang akan berlaku selepas ini. Bahawa rakyat khasnya orang Melayu tidak dapat ditahankan lagi kemarahan mereka kepada UBN. Tahap sokongan mereka kepada Pakatan sudah bertambah dan membuak-buak. Di kala ini bagilah apa saja kebendaan kepada mereka, mereka tidak akan peduli lagi. Mereka marah. Kalau sebelum ini sokongan Melayu kepada Pakatan Rakyat dibawah 40 peratus, tetapi apa yang berlaku semalam saya berani mengatakan sokongan Melayu kepada Pakatan kini sudah melebih 40 peratus. Setidak-tidaknya ia sudah menjangkau ke angka 41 peratus. Setiap hari ada-ada saja tokoh dan juga individu atas pagar mengumumkan diri menyertai parti-parti Pakatan Rakyat. Misalnya malam tadi aktor Mustapa Kamal bersama 100 orang mengistyharkan diri menyertai PAS secara rasmi. Penyertaan mereka akan memberi semangat dan mengetuk hati para peminat mereka untuk mengikut jejak mereka. Mereka tidak akan menjadi jalan mati kalau tidak yakin Pakatan Rakyat akan membuka lebuhraya kebenaran dan keadilan buat mereka dan rakyat jelata. Pertambahan sokongan Melayu sehari dua ini juga sedikit sebanyak ada sangkut paut dengan kesedaran bekas MB Selangor Muhammad Mohd Taib yang mengambil keputusan untuk bersama PAS. Pengaruh beliau semasa menjadi MB Selangor masih tersisa. Orang-orang yang setia dengan perjuangannya yang obses kepada Melayu masih utuh. Dan mereka sudah tentu sedia untuk dielakkan menyokong Pakatan Rakyat.
"Orang cerita Pakatan akan menang jadi saya datang, saya tidak mahu berada di pihak yang akan kalah.... Saya mahu tengok perubahan," katanya menjelaskan perubahan dirinya. "Saya baca blog Tuan yang menceritakan ledakan berlaku di Putrajaya, jadi saya mahu tengok sendiri. Ah... benar apa yang tuan kata. Saya percaya tuan, hidup tuan," katanya yang seorang lagi mengakui pembaca tegar blog saya dan tidak dapat menembunyikan keseronokan berjumpa dengan saya. Menurutnya beliau sanggup datang dari Pekan Pahang semata-mata untuk menyaksi sendiri gelombang yang sedang merempuh Putrajaya. "Saya tahu Ustaz Azhar popular tetapi malam ini jumlah pendengarnya bertambah saya yakin kerana orang ingin menjatuhkan Barisan Nasional," ujarnya sambil membuat kesimpulan. Semasa berjalan untuk memasuki ke kawasan ceramah di padang bola Presint 19, saya menyapa dua orang anak muda yang berjalan penuh bersemangat. Saya fikir mereka tinggal di Selangor atau Bangi, tetapi ia sungguh mengjutkan bila mana katanya dia datang dari Gerik. "Gerik...?" tanya saya tidak percaya. "Iya Gerik..Perak," balasnya. "Jauh...," kata saya. "Demi perjuangan nuntuk menjatuhkan Najib, bang...kita perlu melupai apa saja, jauh ke ataupun susah ke," balasnya sambil ketawa tetapi dalam nada serius. "Macam mana di sana?" Saya mengambil kesempatan bertanya dua anak muda ini mengenai perkembangan di Perak. Di sana juga Alhamdulilah abang, hebat juga. "IysaAllah Perak akan dapat dirampas balik. Kali ini menang lebih besar," tegasnya. Lokasi ceramah malam tadi agak tersorot. Pihak berkuasa sengaja meletakkan Pakatan Rakyat di tempat yang tidak begitu kondusif. Kereta tidak dapat diparking rapat dan terpaksa diletak jauh dari tempat ceramah dan kena menapak berkilo meter. Ada yang terpaksa berjalan lebih lima kilo meter pergi balik. Kerana tempat sempit, ada yang tidak dapat masuk dan memerhati dari jauh. Hampir semua jalan menghala ke lokasi ceramah di Presint 19 itu poenuh sesak dengan kenderan serdaha dan mewah yang di parking di kiri kanan jalan sampai tiga line. Sesuatu yang bernasib baik dan ini pelik, polis trafik bermurah hati tidak bertindak menyita atau menyaman kereta yang diparking berselerakkan itu.
Ada mengatakan yang hadir dekat ceramah Pakatan terdiri dari orang luar dan bukan pengundi di Putrajaya. Itu tidak menjadi masalah. Tujuan ceramah itu diadakan ialah untuk meledak Putrajaya dan memberi isyarat bahawa Putrajaya sudah berjaya dimasuki. Kehadiran malam tadi yang merupakan rekod benar-benar menggegarkan Putrajaya. Sudah pasti cerita Putrajaya sudah ditawan Pakatan Rakyat ini akan terhimbau ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, dan akan menjadi semangat untuk untuk menumbangkan UBN. Inikalilah.... aik. [wm.kl.11:44 am 28/04/13] | ||||||||||
60 Cawanagn Umno di Selangor Akan Dibubar? Posted: 27 Apr 2013 05:54 PM PDT KHABAR PAGI Maklumat belum sah. Umno Selangor terus menghadapi masalah dan jalan untuk merampas Selangor jadi semakin sukar sekiranya berita ini benar. Katanya terdapat 60 cawangan di seluruh Selangor bersiap sedia untuk dibubarkan dan ahlinya akan menyertai Pakatan Rakyat. Tindakan itu dibuat kerana cawangan Umno berkenaan tidak suka dengan Mohd Zain Abdullah, calon UBN Sepang. Tidak dijelaskan kenapa Mohd Zain menjadi punca kemarahan? Perkara ini diceritakan oleh seorang wartawan akhbar arus perdana 'khulub' kepada saya semasa ditemui di lokasi ceramah Merampas Putrajaya di Presint 19 malam tadi. Menurut wartawan itu ada orang tertentu menghubunginya untuk membuat pendedahan perkara itu di media arus perdana kelmarin tetapi ia tidak dapat dilakukan kerana ada sedikit masalah. "Media arus perdana tidak mungkin akan menyiarkannya," ujarnya. Beliau tidak menyebut siapakah yang menjadi dalang di sebalik protes besar-besaran itu. Apakah kesediaan 60 buah cawanagn itu ekoran penyertaan Muhammad Mohd Taib ke dalam PAS? Muhammad antara pemimpin Umno Selangor yang berpengaruh. Tambah wartawan itu sekiranya media arus perdana enggan menyiarkan kemungkina berita pembuburan 60 cawangan itu Umno itu akan dibuat menerusi blog atau Facebook. [wm.kl. 8:53 am 28/04/13] | ||||||||||
Pertindihan Kerusi Antara PAS dan PKR Selesai, Tetapi Dun Sungai Aceh Terus Bermasalah? Posted: 27 Apr 2013 03:34 AM PDT ULASAN PETANG Alhamdulilah isu pertindihan tujuh kerusi di antara PAS dengan PKR sudah selesai. Penyelesaian ini menunjukkan semangat tinggi baik di pihak pimpinan dan calon-calon terlibat untuk melihat cita-cita menumbangkan kerajaan UBN tercapai. Penyelesaian itu dicapai dengan penuh keadilan apabila tiga kerusi diserahkan kepada PAS dan empat kerusi diseahkan kepadsa PKR. Kerusi-kerusi yang diserahkan kepada PAS ialah, Kota Putera, Seberang Takir dan Bukit Besi ketiga-tiganya di Terengganu. Manakala kerusi-kerusi Sungai Aceh, Pulau Pianng, Panti Johor dan parlimen Labuan Sabah diserahkan kepada PKR. Perkara ini diumumkan Setiausaha Agung PAS, Mustapa Ali. Katanya juga pihaknya sudah memaklumkan kepada SPR mengenai penarikan diri PAS dari bertanding di kerusi-kerusi yang diserahkan kepada PKR itu. Sementara itu satu lagi kerusi yang menjadi kontroversi kerusi Damansara, Selangor yang berlaku perebutan di antara PAS dengan PSM yang bertanding atas lambang PKR, juga selesai apabila PAS bersetuju untuk mengalah dan serahkan kerusi itu kepada PSM atas alasan status quo. PAS telah mengarah jenteranya di Subang Jaya supaya membantu bagi kemenangan calon PSM Dr Mohd Nasir. Dengan penyelesaian itu pihakUBN tidak dapat lagi untuk mengatakan berlaku perlawanan sesama sendiri dalam Pakatan Rakyat bagi menggambarkan timbul kelam kelibut dalam Pakatan Rakyat, berbalah sesama sendiri bagi mengabui mata pengundi. Dengan penyelesaian di pihak PR itu, kini menjadi cabaran kepada Umno untuk menyelesaikan masalah di dalam partinya yang masih belum tuntas. Baru-baru ini Umno memecat 52 ahli partinya kerana melakukan berbagai kesalahan termasuk bertanding sebagai calon bebas kerana tidak berpuas hati atas keputusan pucuk pimpinan parti. Antara mereka ialah Timbalan Ketua Wanita Kamaliah Ibrahim bertanding calon bebas di parlimen Kuala Kangsar, bekas menteri kabinet Sharif Omar bertanding atas tikit Bebas di Tasik Gelugur dan satu kerusi Negeri, dan Exco Kedah Fadzil Hanafi bertanding Bebas di Alur Mengkudu dan lain-lain. Sementara dalam perkembangan terbaru khabarnya PAS di Sungai Aceh masih belum berganjak, untuk menyerahkan kerusi itu kepada PKR dan terus berkeras untuk bertanding walaupun parti sudah memutuskan kerusi itu diserahkan kepada PKR menerusi calonnya Badrul Hisham Shahrin. Beberapa pemimpin PAS di Sungai Aceh masih enggan untuk memberi kerjasama kepada Badrul walaupun berbagai usaha dilakukan. Kerusi Sungai Aceh adalah kubu kuat Umno di mana sukar untuk PKR atau PAS memenangi kerusi berkenaan sekiranya tidak ada kerjasama di antara satu sama lain. Adalah diharap pimpinan PAS Pulau Pinang akan menyelesaian pertikaikan itu dengan baik demi menjaga keharmonian Pakatan Rakyat. Tidak ada gunanya kedua pihak 'berkekah', di mana akhirnya kerusi itu terlucut sekali lagi kepada UBN. [wm.kl. 6:33 pm 27/04/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan