. |
- Mengapa Bekas Ahli Parlimen Tanah Merah Sembunyikan Diri?
- Proses Pemilihan Calon PAS Kelantan 'Berkonsep Kronisme'
- Akhirnya Nik Abduh Jatuh di Pasir Mas
Mengapa Bekas Ahli Parlimen Tanah Merah Sembunyikan Diri? Posted: 17 Apr 2013 02:46 AM PDT ULASAN SORE Misteri menyelubungi bekas ahli parlimen Tanah Merah dari PKR Amran Abdul Ghani apabila beliau tidak melayan panggilan telefon beberapa kawan terdekatnya sejak dua tiga hari lepas. Ramai kawanan politiknya kesal dan terkilan atas sikap Amran yang dianggap tidak menunjukkan semangat seorang ahli politik sejati. Tidak diketahui kenapa tiba-tiba saja bekas ahli parlimen berkenaan seakan menjauh diri dan tidak mahu berserabut dalam kancah politik menjelang pilihan raya umum yang akan menjelang kurang tiga minggu lagi. Sikap membisu Amran dan enggan mengangkat telefon itu katanya berpunca dari masalah calon PKR di Tanah Merah. Amran yang menang pada pilihan raya lalu dikatakan tidak dicalonkan untuk bertanding kerana tidak mampu menunjukkan prestasi memuaskan. Mulanya beliau bersetuju untuk melepaskan kerusi berkenaan kepada calon lebih layak. Dua minggu lepas Penasihat PKR Anwar Ibrahim berkunjung ke Tanah Merah dalam rangka untuk mengumumkan calon untuk kerusi parlimen Tanah Merah dan juga parlimen Machang. Tetapi disebabkan sesuatu teknikal pengumuman itu dibatalkan disaat-saat akhir. Dari sumber rapat dengan psrti berkenaan pucuk pimpinan PKR Kelantan mahu mempertahankan Amran sebagai calon di Tanah Merah, tetapi ia kurang disetujui oleh pihak lain yang mencadangkan nama seorang ahli PAS seumur hidup, Dr Nik Saidina sebagai calon. Bagaimana pun nama itu tidak diumumkan apabila ahli berkenaan katanya 'bergagah' untuk bertanding atas tikit PAS. Gara-gara itu nama itu tidak diumumkan dan ia ikut memberi kesan kepada calon PKR di Machang Dr Wan Zawawi yang diturunkan untuk mengganti tempat Saifuddin Nasution Ismail yang akan membawa diri ke Kedah. Di celah-celah itulah kata ada usaha untuk membawa semula nama Amran. Pengerusi Perhubungan PKR Kelantan Abdul Aziz Kadir antara orang berusaha agar Amran dicalonkan. Walaupun ada nama lain disebut agak diletakkan bertanding di Tanah Merah tetapi Aziz awal-awal menolak kerana mahu memberi laluan kepada Amran. Setelah usaha Aziz itu gagal ketika inilah nama Nik Mamhod muncul kembali. Mungkin kemunculan kedua Nik Mahmod ini menyebabkan Amran terus menyepikan diri. Dalam perkembangan lain ada maklumat Amran kini sedang membuat perundingan dengan calon UBN Tanah Merah Ikhma Ihsan. Mungkin ramai tidak tahu semasa Amran berlawan dengan Shaari calon UBN tahun 2008, Ikhma dikatakan telah membantu Amran mengalahkan Shaari. Ikma pernah mengadakan pertemuan dengan Amran dalam sebuah belukar untuk tujuan memastikan calon BN kalah. Kononnya apabila Amran sudah tahu beliau tidak akan dicalonkan, maka beliau kini katanya akan membantu Ikma sebagai membalas budi. Teori ini ada benar apabila Amran dikatakan yang mulanya bersedia untuk memberi laluan kepada Dr Wan Suhaimi Wan Daud yang juga berkebetulan kawan dan warisnya tiba-tiba menarik break. Malahan Wan Suhaimi ketika dihubungi memberi tahu beliau juga sukar untuk mendapatkan Amran menerusi telefon bagi bertanya khabar dirinya. Mungkin Amran merasakan dia tidak tergamak untuk melihat Dr Wan Suhaimi diserang Ikma jika bertanding di situ, manakala beliau pula kekok untuk membantu Wan Suhaimi kerana dikatakan sudah termakan budi Ikma? Dan berita paling membimbangkan tetapi tidak perlu terkejuit oleh PKR kemungkinan Amran akan mengityharkan secara terbuka menyokong Ikhma sekiranya Nik Mahmod diletakkan menjadi calon di Tanah Merah. [kb.kel.5:44 pm 17/04/13] | ||||
Proses Pemilihan Calon PAS Kelantan 'Berkonsep Kronisme' Posted: 16 Apr 2013 04:43 PM PDT MENJOLOK MENTARI Malam nanti PAS akan mengumumkan calon-calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan parlimen di Kelantan. Daripada 45 kerusi DUN, PAS bertanding di 40 kerusi manakala 11 kerusi parlimen daripada 14 kesemuanya. Walaupun malam ini PAS mengumumkan calon-calonnya tetapi beberapa calon untuk kerusi parlimen dan DUN sudah pun diketahui awal. Sesetengah kawasan acara 'bergomol' sudah berlaku kerana tidak puas hati.
Proses pemilihan calon PAS kali ini nampak kelam kabut dan berkucar 'wak yah' sedikit. Banyak senget dan congik cadungnya. Rasa tidak puas hati timbul di mana-mana sahaja. Setengah ada yang bertindak menutup pos atau mengancam untuk tidak bekerja sekiranya calon-calon pilihan mereka tidak diangkat sebagai calon. Paling menggerikan ada yang membuat pengakuan akan bertindak keluar parti kalau keadaan tidak diubah. Perkara ini sebenarnya biasa. Kekalutan pemilihan calon ini sudah menjadi lumrah. Setiap kali pilihan raya, situasi ini akan berlaku. Saya berpengalaman mengenai perkara ini sejak tahun 1978 lagi. Ia bukan saja setakat bertegang leher, tetapi ada yang sampai bertumbuk, memaki hamun dan sebagainya kerana tidak berpuas hati dengan calon. Itu tidak menjadi masalah dan memberi kesan besar kepada parti. Seorang pejuang dan 'pemerhati' yang tulen akan mengangkat bendera juga akhirnya setelah gelora kemarahan sejuk. Namun sebelum panasnya sampai 100 celcius, zarah-zarah dan kumin-kumin air akan panas meloncat-loncat (mendidih) ke atas. Kenapakah proses pemilihan calon kali ini menjadi kecoh dan berkucar wak yah? Jawabnya tidak ada sebab lain melainkan kerana berlaku unsur-unsur kronisme dan nepotisme di dalam membuat pemilihan dan penyaringan calon. Ia ditambah dengan sikap munafik mereka yang menjadi anggota pemilih calon; cakap depan lain dan cakap belakang lain. Sikap tidak berterus terang kononnya untuk ambil hati tidak betul dalam hal ini dan inilah menyebabkan timbul kekalutan. Contohnya ada seorang ahli pemilih calon (Timbalan Pesuruhjaya) menjanji akan membuat penilaian adil, berjanji untuk merujuk atau memaklumkan kepada Tokguru, tetapi ia mungkir. Bukan saja maklumat sebenar disembunyikan kepada tokguru, tetapi Tokguru tidak diberitahu langsung. Tokguru hanya dijadikan rubber stamp, cop sahaja tanpa memaklumkan kepadanya. Apakah kerja seperti ini betul mengikut keadan Islam? Unsur kronisme di dalam hal ini sangat jelas sehinggakan ia tidak boleh ditutup lagi. Unsur kronisme ini menyebabkan PAS menjadi seperti syarikat anak beranak - syarikat sendirian berhad dan bukan syarikat berhad. Maka itu pemilihan calon dibuat di kalangan anak beranak, waris warah dan ipar duai, biras dan besan sahaja. Sesiapa yang berseorang diri, hatta bekerja kuat didalam parti dan mendapat sokongan dari peringkat kawasan, cawangan akan ditinggal begitu saja bagaikan tunggul kayu kalau ia tidak ada hubungan diplomatik dengan individu yang memilih calon. Kuatlah 'setara mana' mereka tidak akan dipilih dan dia ajak berjemak berkira. Ini satu budaya dan perangai di dalam PAS. Penyakit atau perangai di zaman Mohd Asri Muda (Allahyarham) nampaknya menjadi turutan dan ikutan. Budaya memilih calon di kalangan kawan-kawan, anak beranak sendiri mula dipraktikan secara jujur di dalam pemilihan kali ini. Apakah dengan berlakunya keadaan maka ia membungakan kekalahan untuk PAS? Sebenarnya bagi ahli PAS mereka tidak ada masalah kalau 'waris warah' yang akan mewarisi takhta itu asalkan berkelayakan dan dilakukan secara adil. Tetapi pemberian peluang menjadi calon itu biarlah adil, tidak pilih kasih atau pun membelakang prosedur biasa. Keharmonian di dalam PAS selama ini ialah kerana tidak ada unsur jahat dan khianat. Ketelusan dan keikhlasan itulah menjadi teras dan spritual kepada PAS. PAS parti Islam sewajarnya menegakkan prinsip keadilan dan kesamarataan. Sisi inilah yang membezakan PAS dengan Umno. Dalam pemilihan calon dan apa-apa juga aspek keadaan atau pendekatan secara Islam biarlah jujur dan bersih sesuai dengan pengakuan dan syahadat kita terhadap perjuangan yang berpaksikan kepada perinsip Islam. Perkara ini disebut kerana perkara ini jelas. Ada calon-calon yang dipilih tidak pun berada dalam barisan nama yang dicadangkan oleh PAS cawangan, kawasan seperti mana ditetapkan dan menjadi amalan biasa. Tetapi kerana mereka adalah kroni kepada orang tertentu, tepatnya kepada ahli Dewan Harian PAS yang terdiri dari Pesuruhjaya, Timbalan Persuruhjaya I dan II, Setiausaha Badan Perhubungan maka dia diambil dan dinilai. Waris dan sahabat handai, ipar duai, biras mereka dibasuh dan dimake-up sebaik mungkin. Dipersembakan kepada Tokguru Nik Aziz sebagai barang persembahan yang indah. Puak-puak inilah penipu Tokguru sebenarnya bukan Umno Barisan Nasional. Merekalah yang menjadi ulat yang memakan PAS dari dalam dengan bersela lendik dan berkopiah putih. Saya akan senaraikan macam mana calon-calon yang dipilih kali ini ada hubungan relatif dengan individu-indivdu yang disebut di atas tadi. Ada orang yang menjadi pemegang 'jabel' pitis kepada ahli Dewan Harian dipilih menjadi calon, bukan kerana orang itu berwibawa, tetapi kerana hanya menjadi pemegang jabel duit. Al maklumlah saat pilihan raya ia memerlukan duit banyak. Menjadi proxy dalam pemberian kawasan balak, getah klun dan biji besi. Perlu ditegaskan anggota Dewan Harian Dr Mohd Fadzli Hassan iaini Ketua Penerangan tidak diajak berunding langsung dalam soal pemilihan calon ini. Kenapa? Betulkah cara ini? Memang pemimpin PAS senantiasa memberi ingatan dan pesan, di dalam PAS jawatan tidak boleh diminta. Jawatan bukan matlamat. Tetapi soalnya apakah prinsip itu diguna pakai dengan seadil-adilnya dan menyeluruh? Apakah ia terkena kepada mereka di bawah yang tidak ada god father atau taukeh, manakala yang mereka ada taukeh akan berlaku? Mereka yang rapat dan pernah makan di restoran-restoran lima bintang dengan anggota Dewan Harian diutamakan. Mereka yang melancung ke Marocco, Mesir bersama akan diambil menjadi calon? Tidak perlu saya menyebut nama-nama bakal calon yang akan diumumkan malam ini yang tidak layak dan sepatutnya diambil menjadi calon kerana beberapa kelemahan. Saya akan bercerita selepas ini macam mana orang tidak dikenali dan diterima oleh kawasan tetapi diambil menjadi calon kerana hanya orang itu pernah berjumpa dengan individu tertentu dan menolong individu tertentu dalam sesuatu urusan kependidikan. Kerana itu saja maka dia diambil menjadi calon. Ditinggalkan nama-nama lain yang selama ini berkorban dengan parti atas alasan kerana ia kroni Yang diPertua Kawasan. Anihnya kenapa kalau orang tidak boleh tetapi kita dibolehkan. Inilah jenis munafik. Perkara ini selalu terjadi. Suka saya merujuk kepada apa yang berlaku di Tendong dalam pilihan raya umum ke-12 lalu. Hamid Abdul Aziz yang dilantik menjadi penyelia, bekerja keras untuk parti, siang dan malam akhirnya dinafikan begitu sahaja. Arwah Muhamad Daud diambil menjadi calon, kerana apa, kerana dia ada pertalian darah merah dan darah hijau dengan salah seorang ahli Dewan Harian yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS. Untuk menghalakan tindakan itu Hamid dicalit dengan sedikit kotoran. Peliknya calon yang kini menjadi wakil rakyat, jelas 'mengekok' dengan betina diambil menjadi calon? Di manakah keadilan? Tidak mengapa kita sama-sama dengar pengumuman calon malam ini. Kita tengok dan nilai nama-nama yang diumumkan nanti apakah mereka adalah nama menjadi pilihan rakyat ataupun kerana mereka ada hubungan sulit dengan anggota Dewan Harian. Kalau sebahagian besar nama-nama yang diumum itu adalah kronis PAS akan menghadapi masalah. Saya memberi isyarat lampu merah, sekiranya tidak berubah selepas ini saya akan menghurai satu persatu. Biarlah kita semua tahu dan tidak ditutup dengan perkataan "InsyaAllah..." Biarlah kita bermain dalam cerah kali ini dan tidak berlindung disebalik gelap. Tidak ada guna kemenangan kalau kemenangan itu bukan atas prinsip keadilan dan kebenaran. Sepatah kata azimat Tokguru kepada saya; ana akan dikatakan zalim kalau tidak bertindak ke atas kemungkaran berfakta, dan ana akan dikatakan tidak adil kalau bertindak tanpa ada bukti. Atas prinsip itulah kita mahu soal pemilihan calon ini dilakukan demi kemenangan PAS. Amaran juga saya berikan kepada Zulkefli Mamat, beliau harus menggugurkan namanya dari senarai calon di Pulai Chondong. Pengguguran itu nanti membuktikan dia ikhlas dan jujur dan apa yang ada dihatinya sama seperti tergambar di dahinya yang bertanda hitam dan lekok kerana kuat sujud. [wm.kl.7:41 am 17/04/13] | ||||
Akhirnya Nik Abduh Jatuh di Pasir Mas Posted: 16 Apr 2013 06:19 AM PDT BERITA MUTAKHIR Perjalanan jauh dan berliku putra politik Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Mohamad Abduh dalam mencari pengkalan perjuangan akhirnya ternokhtah di di Pasir Mas.
Agak malang sedikit hasrat orang ramai untuk melihat Nik Abduh berdepan satu lawan satu dengan Inchek Ibrahim Ali tidak menjadi kenyataan apabial Ibrahim 'dikehak' pula oleh Umno dengan 'gereok' dan tidak mengambilnya menjadi calon. Sebelum ini ramai pemerhati mahu melihat perlawanan di antara kedua mereka. Abduh dihantar ke Pasir Mas dengan harapan akan merampas kerusi PAS yang 'terpajak tanpa cagar' kepada Ibrahim itu. Sebelum ini Abduh diarak ke beberapa kawasan kerana bimbang tidak mampu untuk berlaga dengan Ibrahim. Antara kawasan yang disebut-sebut untuk diletakkan Abduh ialah Pasir Puteh, Bachok dan Rantau Panjang. Khabarnya Kubang Kerian juga membuat tawaran untuk Abduh pada saat-saat akhir. Tawaran di Kubang Kerian itu lebih bersifat politik.
Sikap Zailah itu menimbulkan tanda tanya kerana beliau dilihat seorang lemah lembut, wanita setia dan akur kepada kehendak pimpinan namun bila saat diuji beliau gagal juga. Namun kini Zailah boleh senyum panjang kerana beliau dikekalkan di Rantau Panjang. Diharap beliau akan menang dengan majoriti lebih 6,000 dan menjadi calon yang mencatat majoriti terrtinggi. Peluang untuk Abduh menang di Pasir Mas cerah apabila berlaku pertandingan tiga penjuru. Umno meletakkan Che Johan Che Pa. Johan juga merupakan anak buah Ibrahim Ali. Justeru timbul juga pertanyaan apakah Johan akan 'mengkhianati' amanah parti dengan memberi laluan kepada Ibrahim secara tektikal? Dalam pada itu seorang lagi pemimpin muda PAS, Marzub Shaari diberi amanat untuk mempertahankan kerusi parlimen Bachok. Cabaran besar untuk Marzub di sini kerana beliau akan berhadapan dengan Awang Adek Hussein. Sebelum ini nama bekas Ketua Pemuda Umno Zayadi Awang Nuh meniti dari bibir ke bibir akan dicalon untuk berhadapan dengan Awang Adek. Awang Adek katanya sudah gementar mendengar nama Zayadi. Kini Awang Adek boleh menarik nafas lega. Marzub bukan lawannya sebenar sebaliknya boleh dianggap sebagai sentri politiknya di Bachok. Namun kalau sentri ini mendapat sokongan padu khasnya dari puak Zayadi yang kebanyakanya orang Umno Marzub boleh menang. PAS akan mengumumkan calon-calonnya untuk semua kerusi DUN dan Parlimen malam besok bertempat di Machang. [wm.kl.8:57 pm 16/04/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan