Biaqpila |
- DAP BAGI MASA HINGGA 3 PETANG INI UNTUK ROS TARIK BALIK SURAT
- PANAS!!!! CALON PAS TERIMA UGUTAN
- UMNO BN MAKIN PUNAH
- VIDEO PANAS UNTUK PENGUNDI LEMBAH PANTAI
- BUKTI TERBARU UMNOBN SUKA JADI LEMBU
- LAAA.. MANA DIA NAJIB?
- SAKSI VIDEO LUCAH FITNAH AKAN DIDATANGKAN KHAS DARI NEGARA JIRAN
DAP BAGI MASA HINGGA 3 PETANG INI UNTUK ROS TARIK BALIK SURAT Posted: 18 Apr 2013 03:00 PM PDT KUALA LUMPUR: DAP memberikan masa sehingga jam 3 petang esok kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menarik balik suratnya yang menyatakan kepimpinan DAP tidak sah. Jika gagal berbuat demikian, kesemua calon DAP akan bertanding di atas tiket PAS di Semenanjung dan di atas tiket PKR di Sabah dan Sarawak. Keputusan ini dicapai DAP dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) mereka malam ini. Petang semalam DAP menerima surat dari ROS menyatakan kepimpinan DAP yang ada tidak diiktiraf oleh mereka. "Dengan tidak mengiktiraf kepimpinan DAP yang dipilih oleh perwakilan pada 15 Disember 2012 lalu, saya tidak mempunyai kuasa sebagai Setiausaha Agung untuk mengeluarkan sebarang surat kuasa kepada calon-calon DAP untuk menggunakan simbol roket," kata Lim Guang Eng, Setiausaha Agung DAP dalam kenyataannya yang dikeluarkan selepas mesyuarat tergempar itu. Bagi beliau, adalah tidak berguna untuk bergantung di atas jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan simbol DAP iaitu roket ketika SPR mempunyai rekod buruk dalam mematuhi janjinya sendiri. Bagi beliau, surat ROS yang dikeluarkan 48 jam sebelum hari penamaan calon yang jatuh pada 20 April adalah satu usaha untuk membunuh DAP dengan memaksa kesemua calonnya menjadi calon bebas. "Jelas ROS berniat untuk menculik Roket untuk memenuhi grand design BN untuk mengeluarkan DAP dari bertanding dalam pilihan raya umum. "Sehubungan itu, CEC DAP menyeru semua pemimpin, ahli serta penyokong DAP bertenang dan biarlah rasa marah kita diterjemahkan dalam kotak undi pada 5 Mei 2013 nanti," kata Lim Guan Eng. Sementara itu, Pejabat Agung PAS sudah bersiap sepenuhnya untuk mengeluarkan surat kuasa bagi membolehkan calon-calon DAP bertanding atas tiket PAS dengan mengguanakan simbul PAS. Ia disiapkan oleh kakitangan ibu pejabat PAS itu bagi membolehkan semua calon DAP di Semenanjung menggunakan simbol PAS dalam pilihan raya ini. HD NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
PANAS!!!! CALON PAS TERIMA UGUTAN Posted: 18 Apr 2013 11:35 AM PDT KUALA LUMPUR: Calon PAS Dun Tanjung Batu, Fatmawaty Mohd Yusuf mendakwa berdepan gangguan emosi dan keselamatan apabila kereta miliknya disimbah cat merah awal pagi tadi. (Gambar atas) Cermin tingkap rumahnya di Taman Tawau, Sabah turut dipecahkan dan nota ugutan bertulis 'TARIK DIRI ATAU!!!' ditinggalkan di tepi tingkap. Selain kereta MyVi miliknya, simbahan cat merah tersebut turut mengenai kereta MyVi milik adiknya yang diparkir bersebelahan keretanya. Menurut Fatmawaty, 30, kejadian disedari adiknya kira-kira jam 3 pagi apabila terdengar bunyi cermin pecah. Sehubungan itu beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau. "Saya buat laporan polis kerana merasakan emosi dan keselamatan saya terganggu dengan perbuatan khianat ini. "Saya minta polis siasat perkara ini kerana sepanjang 27 tahun saya tinggal di sini, belum pernah berlau kejadian seperti ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Beliau tidak menolak kejadian tersebut bermotif politik kerana ia berlaku selepas beliau diumumkan sebagai calon pada Sabtu lalu. "Saya serah kepada polis untuk siasat siapa yang terlibat tapi kejadian ini berlaku selepas nama saya naik sebagai calon PAs dan beberapa hari sahaja menjelang penamaan calon," katanya. Namun tegasnya, kejadian tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). "Saya mula terlibat sepenuh masa dengan PAS sejak mula-mula habis belajar lagi. "Jadi tidak mungkin saya akan tarik diri hanya semata-mata kerana menerima ugutan sebegini. Saya bersedia menghadapi apa sahaja halangan selepas ini," tegasnya yang merupakan lulusan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Katanya juga, ekoran kejadian tersebut, PAS Kawasan Kalabakan mengambil langkah meningkatkan lagi kawalan keselamatan menjelang hari penamaan calon dan pembuangan undi. "Pihak keselamatan PAS berwaspada dengan kejadian ini dan saya sering ditemani pihak kesalamatan PAS ke mana-mana program yang saya pergi," katanya. NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
Posted: 18 Apr 2013 05:33 AM PDT Lagi Calonnya Tarik Diri Kurang 24 jam selepas Umno terus menerima tamparan hebat apabila seorang calon yang sudah diberikan watikah perlantikan mengumumkan untuk menarik diri, hari ini nasib malang parti itu berterusan!Jika semalam, calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Tanjung Bidara, Melaka menarik diri, hari ini berjangkit pula ke Negeri Sembilan, salah satu negeri yang disasarkan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan negeri baru. Calon BN bagi DUN Johol, Mohd Fadzil Abu Kasim, 48, mengesahkan beliau menemui Pengerusi BN negeri, Mohamad Hasan pagi ini, untuk mengembalikan watikah pelantikan itu.Beliau yakin keputusan menarik diri daripada bertanding itu dibuat untuk kebaikan semua pihak, sekali gus memberi peluang BN menang pada pilihanraya umum kali ini. "Memang ada bantahan berhubung perlantikan saya sebagai calon DUN Johol.Sebab itu saya tarik diri kerana tidak mahu melihat perpecahan orang Melayu," katanya ketika dihubungi di sini.Sementara itu, Mohamad Hasan, mengakui seorang lagi calon BN di negeri ini berhasrat menarik diri bertanding pada pilihanraya kali ini. Bagaimanapun, katanya, calon berkenaan dinasihat berfikir semula dari segenap sudut sebelum membuat sebarang keputusan muktamad."Calon itu datang berbincang dengan saya mengenai perkara ini, pagi tadi dan saya harap keputusan yang dibuatnya tidak dipaksa mana-mana pihak."Jika keputusannya masih sama, iaitu mahu menarik diri, saya akan berunding dengan bahagian berkenaan untuk mencari calon baru," katanya kepada media selepas majlis menandatangani borang penamaan calon di kediaman rasmi Menteri Besar di Seremban, hari ini. Dipercayai Mohd Fadzil tidak diterima oleh penduduk di Johol sejak sekian lama dan perlantikannya hanya akan menyebabkan BN bakal kehilangan kerusi tradisi itu sejak 50 tahun lalu.Difahamkan, lapan pusat daerah mengundi (PDM) menutup operasi, manakala dua PDM iaitu Dangi dan Inas beroperasi seperti biasa.Lapan PDM itu ialah, Malan Baru, Selaru, Kuala Johol, Padang Jual, Inas, Pekan Johol, Air Mawang, Nuri dan Kepis. Lebih merumitkan keadaan, bilik gerakan kecil PDM Kepis bertempat di Kampung Sri Kepis ditutup dan bendera Umno dan BN diturun sebagai tanda protes di atas pengumuman tersebut.Sebagai rekod, sebelum pengumuman calon BN seluruh Negeri Sembilan kelmarin, satu bantahan calon Dun Johol telah diadakan di PDM Air Mawang pada 10 April lalu selepas desas-desus menyatakan calon Dun Johol 'turun dari langit'. Seramai 120 ahli jentera PDM telah sebulat suara menentang calon berkenaan kerana tidak dikenali dan jarang berada di Johol meskipun calon berasal dari Kampung Simpang Air Mawang kerana tuntutan kerja.Bagaimanapun, suara jentera PDM tidak mampu mempertahankan calon yang mereka kehendaki dan Mohd Fadzil diangkat sebagai calon Dun Johol menentang calon PAS, Nor Azman Mohamad. addin77 NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
VIDEO PANAS UNTUK PENGUNDI LEMBAH PANTAI Posted: 18 Apr 2013 12:00 AM PDT DEY MACHA!!! RAKYAT LEMBAH PANTAI BOLEH NILAIKAN YANG MANA INTAN YANG MANA BATU JALAN BUAT PILIHAN SECARA BIJAK ERRR... ERRR... MACAMANA MAMAT NI BOLEH JADI MENTERI? GUA PUN TAK TAU KAH! KAH! KAH! NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
BUKTI TERBARU UMNOBN SUKA JADI LEMBU Posted: 17 Apr 2013 09:00 PM PDT |
Posted: 17 Apr 2013 06:00 PM PDT DEY MACHA!!! BETOI LA DEPA KATA NAJIB ROTI TAK DAK TELOQ... NAK BUAT LAGU MANA DIA HANYA BERSUARA KUAT DALAM TV MENGUTUK MANIFESTO PR TAPI TAK BERANI DEBAT KAH! KAH! KAH! INI KALILAH!!! INI KALI NAJIB KALAH!!! Berita Berkaitan: [MK] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menjanjikan satu kejutan kepada hadirin sekiranya pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak atau wakilnya gagal hadir untuk berdebat dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis anjurannya pada malam ini. Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah berkata Anwar sudah mengesahkan kehadirannya namun, Najib masih belum memberikan maklum balas positif. "Kami masih menanti (maklum balas Najib) dan jika sehingga akhir tiada jawapan (dari Najib), kami akan persembahkan satu 'kejutan' buat hadirin forum malam ini," kata Maria sewaktu dihubungi Malaysiakini. BERSIH mempromosi forum 'Memanifestasikan Harapan Rakyat: Satu Perbualan Bersama' itu bagi membolehkan BN dan Pakatan Rakyat, selaku dua gabungan parti politik terbesar negara ini, untuk membentangkan manifesto masing-masing. Ia dijadualkan berlangsung pada jam 8.45 malam bertempat di Dewan Himpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur. Antara pemimpin BN yang sering tampil untuk menyertai program debat dan forum bersama pemimpin Pakatan sebelum ini adalah tokoh mudanya seperti Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sementara Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan sementara, Gan Ping Sieu. Najib, selaku pemimpin tertinggi BN bagaimanapun tidak pernah menyahut cabaran Anwar untuk berdebat namun masih berpeluang untuk berbuat demikian pada malam ini. Beliau bagaimanapun dijadualkan hadir ke majlis pelancaran manifesto BN Selangor di Shah Alam pada malam ini (malam tadi). NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
SAKSI VIDEO LUCAH FITNAH AKAN DIDATANGKAN KHAS DARI NEGARA JIRAN Posted: 17 Apr 2013 04:31 PM PDT
SAKSI VIDEO LUCAH FITNAH AKAN DIDATANGKAN KHAS DARI NEGARA JIRAN Regim makin tertekan dengan kesedaran kebangkitan rakyat. Pasca pilihanraya 2008, Pakatan Rakyat berjaya membawa pertembungan politik dalam negara kepada politik baru, politik ke arah perdebatan polisi dan tawaran. Namun regim terus tenggelam dalam politik kebencian, fitnah dan serangan peribadi. Politik video lucah dijaja bagi mengaibkan dan merosakkan minda rakyat. Bukan seorang pemimpin musuh regim di fitnah menggunakan taktik ini terbaru ialah Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS. Allah maha kaya, Dia yang mencipta masalah dan Dia juga yang memberikan penyelesaianya. Hampir sebulan lepas kami telah dihubungi oleh orang hubungan di negara jiran memaklumkan bahawa siasatan rasmi telah dilakukan dan beberapa penemuan mengejutkan telah diperolehi. Simpati apabila melihat betapa fitnah amat jijik dikenakan terhadap pimpinan Pakatan Rakyat maka saksi penting dari negara jiran itu setuju datang secara sukarela menerangkan hasil siasatan yang menggemparkan. Seluruh rakyat Malaysia dijemput untuk; SOLAT HAJAT DAN PEMBONGKARAN FITNAH VIDEO LUCAH Tarikh : 19 April 2013 Acara akan dimulakan dengan solat hajat dan solat Isya' berjemaah yang akan di imamkan oleh Ust. Mutalib (An Nahdhoh) kemudian dikuti ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas itu penerangan oleh che'GuBard (individu yang dijemput menonton video oleh 'Datuk T'). Kemuncaknya ialah penerangan saksi dari luar negara sebelum penerangan oleh Hishamuddin Rais (graduan perfileman) dan rumusan oleh Datuk Johari Abdul. Semua dijemput datang awal dengan membawa sejadah sendiri. Hadirlah beramai – ramai menyaksikan pembongkaran fitnah jijik dan bersama untuk mengakhirkan politik kotor ke arah menjadikan PRU ini bermakna dengan meletakkan politik baru yang berasaskan politik nilai dilandasanya. Program ini anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia dan Briget Keselamatan Permatang Pauh dengan kerjasama Pakatan Rakyat. Sekian untuk makluman. che'GuBard |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan