Selasa, 30 April 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Dakwat kekal terbukti tak kekal tapi Pengerusi SPR kata Mustahil..

Posted: 30 Apr 2013 05:07 AM PDT


Hanya beberapa jam selepas dakwat kekal digunakan pertama kali di Malaysia, sudah pun ada aduan bahawa ia sebenarnya boleh ditanggalkan.

Perkara itu sama sekali bertentangan dengan jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa dakwat itu akan kekal sekurang-kurangnya tujuh hari selepas dicalit dengan berus.

Seorang askar yang terlibat dalam undi awal pagi tadi berkata, beliau sudah membuang banyak dakwat hanya menggunakan air - hanya enam jam kemudiannya.


"Dah tinggal 30 peratus saja, itu pun tak basuh pakai sabun Fab. Standard dia macam dakwat stamp pad. Tak kuat mana.

"Atas kuku boleh hilang seratus peratus. Cuma celah-celah kuku susah sikit. Atas kulit rasanya boleh hilang kalau dibasuh gunakan sabun yang agak kuat," kata askar itu melalui SMS.

Beliau inginkan indentitinya dirahsiakan ~ Malaysiakini

 Apa pula kata Pengerusi SPR..

"Mustahil, saya tidak percaya dakwat kekal itu boleh ditanggalkan... gunalah minyak atau bahan apa pun, ia tidak boleh ditanggarl kerana ia dibuat daripada nitrat perak.

"Bila dakwat itu diletak pada kuku, ia akan meresap ke dalam kulit," kata Abdul Aziz.

Walaupun kesan pada kuku itu boleh hilang jika dibasuh atau dengan menggunakan minyak, Abdul Aziz menegaskan kesannya pada kulit masih lagi boleh dilihat dan pengundi tidak akan dapat menipu untuk mengundi sebanyak dua kali seperti yang didakwa sebelum ini.

"Kalau dia guna minyak atau basuh pun, kesannya pada kulit masih ada... pegawai bertugas boleh melihat dan menghalang daripada pengundi tersebut mengundi sebanyak dua kali," terang Abdul Aziz lagi.

Abdul Aziz berkata dakwat kekal tidak akan hilang selama tujuh hari bagi mereka yang mengundi awal, serta menggesa sekiranya pihak tersebut mempunyai bukti supaya tampil ke hadapan dan buktikan dakwaan tentang penggunaan petrol untuk menanggalkan dakwat tersebut.

"Tak boleh tipu mengundi dua kali, dakwat kekal yang pengundi awal gunakan tidak akan hilang dalam masa tujuh hari.

"Kalau mereka ada bukti, saya harap tampillah buat aduan kepada SPR," katanya lagi.

Pemuda BN mencabul dalam majlis Najib

Posted: 30 Apr 2013 12:00 AM PDT


Dua mahasiswa 19 tahun dari Kolej Universiti Selatan mendakwa mereka dicabul secara seksual oleh beberapa orang penyokong BN semasa majlis yang dihadiri perdana menteri kerajaan sementara Datuk Seri Najib Razak semalam.

Enggan nama mereka disebut, kedua-dua mahasiswa itu, hadir dengan dua lagi rakannya bagi menceritakan kembali peristiwa itu kepada Malaysiakini ketika ditemui di Johor Bahru hari ini.

Najib hadir ke kolej itu di Skudai, Johor bagi merasmikan majlis pecah tanah untuk kampus barunya manakala dua gadis itu ditugaskan sebagai wanita pengiring bagi menyerahkan pen supaya perdana menteri dapat menandatangani plak.

"Majlis itu diadakan atas sebuah platform di padang. Kami pakai cheongsam.

"Bersama pelajar lain yang memakai pakaian tradisional masyarakat masing-masing, kami mengiring Najib ke dewan universiti selepas majlis pecah tanah itu," cerita gadis pertama, yang mahu dikenali sebagai 'X'. 

Bagaimanapun, selepas Najib dan jurugambar media naik ke pentas, sekumpulan penyokong terdiri daripada lelaki muda berpakaian biri BN juga terasak ke pentas.

Katanya, beliau dan rakannya - yang kami rujuk sebagai 'Y', juga berada di atas pentas tetapi tertolak daripada Najib oleh penyokong yang mengelilinginya.

Penyokong-penyokong yang kasar itu kemudian bersama-sama memasuki kampus, dengan Najib menaiki motosikal mereka.

"Tempat itu sungguh padat. Kami malah tak dapat dekati perdana menteri untuk menyerahkan pen kepadanya, jadi kami serahkan kepada pembantunya.

"Kemudian ada seseorang sentuh punggung saya. Saya beritahu dia (Y) 'seseorang sedang sentuh saya'...," katanya ~ Malaysiakini

Disebalik 1,200 Ahli PKRPermatang Pauh keluar PKR.. (Video Inside)

Posted: 29 Apr 2013 10:12 PM PDT


Ahad lalu kebanyakkan media yang dikawal oleh Barisan Nasional mengenai 1,200 Ahli PKR telah keluar PKR semalam dimana Utusan telah melaporkan "PKR Permatang Pauh goyang" manakalan Berita Harian pula telah melaporkan dengan tajuk "1,200 ahli PKR isytihar keluar parti, sokong BN".

Manakala laporan dari blog-blog Pro UMNO pula mendakwa 'Program Keluar Parti' tersebut adalah anjuran N. Ponnusamy yang mendakwa dirinya adalah "Pembantu Khas Anwar Ibrahim bagi Kaum India". 

Dalam program tersebut 1,200 borang ikrar keluar parti telah diserahkan kepada calon Barisan Nasional Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail.. laporannya sila baca di ( SINI )

Menurut jurucakap mereka yang juga bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, S. Jenapala tindakan untuk keluar dari PKR itu diambil setelah merasakan kononnya parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu PKR gagal membela nasib mereka selama ini.

Selain itu menurut Jenapala, meskipun pernah merayu meminta pemimpin PKR membantu, luahan mereka dipandang sepi termasuk oleh Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman.

Benarkah apa yang didakwa oleh Jenapala itu?.. dan adakah benar kesemua yang hadir dalam program anjuran Barisan Nasional itu mahu keluar PKR?.. jika tidak kenapa mereka hadir ke program anjuran Barisan Nasional itu..

Video di bawah memberikan jawapannya..Saksikan dan dengarlah apa kisah sebenarnya yang telah berlaku dalam perkara ini.. Diakhir video Saudara Gobind menterjemahkannya ke dalam Bahasa Malaysia..

 

Untuk meraih undi dan mengejar populariti apa saja sanggup dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO hatta menganiaya orang kurang upaya sekalipun..

Ini sebahagian dari kenyataan media PKR Permatang Pauh

Apa yang perlu ditegaskan disini ialah hanya seorang sahaja Pembantu Khas yang Datuk Seri Anwar Ibrahim ada, beliau adalah Saudara Zainol Abidin Bin Saad bukannya N Ponnusamy.

Jawatan bagi Pembantu Khas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi Kaum India itu adalah satu jawatan yang tidak rasmi dan ianya adalah jawatan yang dilantik oleh Ponnusamy untuk dirinya sendiri.

Dan jawatan ini langsung tidak wujud dalam Carta Organisasi PKR, baik Permatang Pauh mahupun PKR Pusat oleh itu ianya bukanlah satu jawatan yang sah. Selain itu..

Ini adalah kali ketiga Ponnusamy mengistiharkan dirinya keluar PKR, kali yang pertamanya ialah ketika Pilihanraya Kecil Permatang Pauh sedang berlangsung. Beliau dan beberapa orang kawan-kawannya telah mengumumkan keluar dari PKR kerana kecewa dan hilang kepercayaan terhadap pimpinan Anwar Ibrahim kononnya...

Kali kedua, beberapa bula yang lalu.. kali ini beliau telah mengumumkan beliau berserta 200 orang Ahli PKR Permatang Pauh keluar PKR dan menyertai DAP kerana kecewa dengan sikap Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang ketika itu Datuk Mansor Othman..

Menurutnya beliau kecewa kerana Datuk Mansor langsung tidak memperdulikan akan nasib masyarakat India kononnya, oleh itu beliau mengumumkan keluar PKR..

Kali yang ketiga ialah semalam iaitu 28 April 2013 sempena PRU13 pula.. Manakala tuduhannya yang mengatakan bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman tidak pernah mengambil peduli tentang nasib masyarakat India di Pulau Pinang ini adalah satu fitnah yang benar-benar berniat jahat, kerana telah terbukti berbagai program telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu masyarakat India setempat.

Selepas Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran dari Kerajaan Negeri yang ditadbir oleh UMNO/BN, kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM1.75Juta setahun bagi membantu Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil sendiri.

Perkara ini tidak pernah diberikan perhatian oleh pihak UMNO/Barisan Nasional ketika mereka memerintah Pulau Pinang dahulu. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang juga telah mengurniakan tanah kepada sekolah-sekolah dan kuil-kuil serta menyediakan sekurang-kurangnya RM1 juta setahun kepada Lembaga Wakaf Hindu (Hindu Endowment Board).

PKR juga telah membawa satu masaalah yang cukup besar melibatkan kaum India yang dipandang sepi malah boleh dikatakan tidak dipedulikan langsung oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini iaitu golongan masyarakat India yang dilahirkan di negara ini tetapi tidak punya sebarang dokumen untuk membuktikan diri mereka adalah warganegara iaitu 'Stateless Indian' ke peringkat Parlimen memohon ianya diselesaikan. 

Malah perancangan seterusnya yang sedang dalam rangka perancangan ialah menyelesaikan semua masaalah yang melibatkan kaum India di ladang-ladang dalam seluruh negeri Pulau Pinang.

Persoalannya disini ialah bagaimana dengan begitu banyak perlaksanaan untuk kebajikan kaum India itu, N. Ponnusamy melalui S. Jenapala yang bertindak sebagai jurucakapnya masih boleh menafikannya?

Apakah kerana semua itu tidak memberikan faedah atau menguntungkan dirinya secara peribadi maka beliau mempertikaikannya?

Disini dalam sidang media ini kami mencabar N. Ponnusamy supaya mendedahkan seluruh senarai nama 1,200 orang Ahli PKR Permatang Pauh yang didakwanya sebagai keluar PKR..

Kerana dalam senarai keahlian PKR Permatang Pauh menunjukkan hanya terdapat 440 orang Ahli PKR yang berbangsa India.

Lebih dari 50,000 hadir di Han Chiang dan 10,000 di Permatang Pauh.. Gambar menjadi bukti..

Posted: 29 Apr 2013 08:33 PM PDT


Menurut pihak penganjur, padang Sekolah Han Chiang ini mempunyai kapasiti 60,000 orang, bagaimanapun selain padang yang dipenuhi jalan Air Itam dan lain-lain jalan yang mengelilingi padang tersebut turut dipenuhi.

Oleh itu pihak penganjur menganggarkan kira-kira 70,000 orang telah hadir...


Ini sebahagian dari laporan dari The Malaysian Insider..

Setiap inci padang dipenuhi oleh penyokong PR ketika Kit Siang menutup perhimpunan selama lima jam itu dengan menggesa rakyat Malaysia bangkit terhadap apa yang beliau gelar "mimpi besar Malaysia."

"Mari kita dalam pilihan raya ini untuk bangkit dan berani bermimpi, mimpi besar tentang Malaysia yang adil, pentadbiran baik, kebebasan dan dimana semua daripada kita dianggap sebagai rakyat Malaysia terlebih dahulu dan kemudiannya," kata beliau kepada penyokong.

Dengan hon ditiupkan dan jeritan kuat "Ubah" – slogan DAP untuk Pilihan Raya 2013 - orang ramai tenggelam dengan pelbagai ucapan menentang Barisan Nasional (BN).


Dengan pemimpin tertinggi PR seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri sementara Pulau Pinang Lim Guan Eng turut berucap, sorakkan paling kuat diberikan kepada Kit Siang yang berumur 72 tahun – bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah, Johor.

"Jika kita mahu selesaikan urusan belum selesai tsunami politik 2008, ia mesti dari selatan. Sebab itu saya kembali ke Johor," kata Kit Siang yang dilahirkan di Batu Pahat.

"Saya menang di Ipoh Timur pada ketika itu dengan majoriti melebihi 21,000 undi tetapi Gelang Patah adalah kubu kuat BN yang mereka menang dengan hampir 9,000 undi pada 2008 dan 31,666 undi pada 2004. Ia adalah risiko besar untuk saya."

Kempen Kit Siang telah diterima dengan baik oleh kebanyakkan pengundi Cina di Gelang Patah akan tetapi beliau berhadapan dengan serangan kritikan dari pemimpin BN seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak.

Umno telah menuduh Kit Siang sebagai rasis dengan Dr Mahathir memberikan amaran akan berlaku konfrontasi diantara Melayu dan Cina jika Kit Siang menang di Johor.

Hampir separuh pengundi di Gelang Patah adalah Cina dengan Melayu mempunyai angka yang signifikan selebihnya.

Guan Eng yang bercakap sebelum membiarkan ayahnya mengambil alih pentas, turut menerima sambutan hangat daripada penyokong DAP.

"Dr Mahathir pernah berkata Pulau Pinang adalah negeri kotor. Kita ingat Pulau Pinang tidak boleh jadi bersih.

"Tetapi kita tahu selepas 2008, ianya bukan salah rakyat tetapi salah kerajaan BN."

Selepas permulaan yang agak perlahan minggu lepas, pemimpin PR merancang beberapa siri perhimpunan raksasa bermula dengan acara di Han Chiang malam tadi.

Malam tadi, DAP turut mengumumkan mereka telah mengutip RM236,851 derma tunai dari hadirin.

Sementara itu ceramah perdana 'Pakatan Harapan Rakyat' yang diakadan di Tapak Pasar Malam Ampang Jajar, Permatang Pauh yang turut menampilkan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyaksikan lebih dari 10,000 orang yang hadir..


Lagi gambar-gambar sekitar ceramah sila lihat di ( SINI )

Tiada ulasan: