Anak Sungai Derhaka |
- Empat negeri Pakatan Rakyat bubar DUN esok..
- Najib dah bayangkan UMNO/BN akan kalah kali ini.. macai UMNO tunggu apa lagi?
- Parlimen BUBAR akhirnya hari ini.. Gelabahnya Najib sampai silap sebut Tahun.. (Video Inside)
- Parlimen tidak bubar hari ini kata Nazri.. Tapi Najib ke Istana lagi pagi ini..
- Video Samseng UMNO ganggu ceramah Anwar Ibrahim di Johor guna Pembesar Suara tersebar!! Saksikan!!
Empat negeri Pakatan Rakyat bubar DUN esok.. Posted: 03 Apr 2013 05:43 AM PDT Empat negeri yang diperintah Pakatan Rakyat (PR) akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing hari ini dan esok bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan serentak. Ini berikutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas menerima pelbagai tekanan hebat dan desak membubarkan Parlimen berkuatkuasa hari ini seleas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, beliau akan menemui Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Abdul Rahman Abbas, pagi esok bagi memohon persetujuan untuk membubarkan DUN. Lim berkata, beliau sudah menerima faksimili daripada Perdana Menteri yang memohon kerjasamanya untuk membubarkan DUN serentak dengan pembubaran Parlimen. "Beliau meminta kerjasama saya membubarkan sererntak. Jika ini berlaku, semua dokumen berkaitan akan dihantar. Exco negeri tiada masalah untuk mengadakan pilihan raya serentak dengan Parlimen. "Oleh itu, saya akan bertemu dengan Yang Dipertua Negeri jam 9.30 pagi esok untuk mendapat kebenaran membubartkan DUN," katanya. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula akan membubarkan DUN esok. Katanya, Sultan Selangor juga sudah dimaklumkan berhubung perkara itu ketika beliau mengadap Tuanku di Istana Alam Shah kira-kira jam 1.30 petang tadi. "Setelah berbincang mengenai status DUN Selangor, Tuanku Sultan berkenan untuk mengadakan upacara pembubaran DUN esok di Balai Rong Seri, Istana Alam Shah, Klang, jam 2.30 petang. "Acara pembubaran itu akan juga disaksikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor serta Ahli Majlis Dewan Diraja," katanya dalam satu kenyataan. Abdul Khalid sebelum ini membayangkan DUN Selangor akan dibubar 22 April ini jika Najib masih melengahkan tarikh pembubaran Parlimen. Bagaimanapun, pengumuman pembubaran Parlimen hari ini, pilihan raya bagi DUN Selangor dijangka serentak dengan Pusat. Kerajaan Kelantan juga mahu PRU-13 bagi DUN negeri itu diadakan serentak dengan Parlimen walaupun boleh ditangguh dua minggu lagi. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bagaimanapun tarikh pembubaran DUN hanya akan diumumkan sebaik sahaja diperkenankan Sultan Kelantan. Katanya, tarikh untuk mendapat perkenan Sultan Kelantan bagi pembubaran DUN pula akan diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Lajnah Politik dan Pilihanraya negeri jam 2.30 petang ini. Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, Kota Bharu, tengahari tadi. Di Alor Star, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan menghadap Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur, esok untuk urusan pembubaran DUN. Katanya, selepas itu baru beliau akan menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di sini bagi memohon perkenan untuk membubarkan DUN. Roketkini.com | |||||||||
Najib dah bayangkan UMNO/BN akan kalah kali ini.. macai UMNO tunggu apa lagi? Posted: 03 Apr 2013 01:10 AM PDT Disamping gelabah hingga tersasul menyebut tarikh pembubaran Parlimen yang berkuatkuasa hari ini, Bekas Perdana Menteri Malaysia yang merupakan Presiden UMNO telah membayangkan akan kekalahan yang akan UMNO/BN hadapi. Bekas Perdana Menteri Malaysia itu dalam pengumumannya telah menyebut tarikh pembubaran Parlimen ialah 03 April 2012 bukannya 03 April 2013.. lihat videonya di ( SINI ) Dipercayai ianya akibat gelabah memikirkan nasibnya selepas Pilihanraya nanti kerana beliau telah membayangkan akan kehilangan kuasa yang akan UMNO/BN hadapi. Katanya "Saya juga ingin menyeru, jika berlaku sebarang peralihan kuasa, ia akan berlangsung secara aman dan tertib. Ini iltizam kita untuk menjunjung prinsip demokrasi,". Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa sebarang peralihan kuasa selepas pilihan raya umum ke-13, jika ada, akan berlangsung dengan aman. Jika Najib yang telah diberikan mandat sebagai Perdana Menteri Malaysia oleh Pak Lah yang menerima seluruh maklumat risikan baik dari PDRM atau Tentera serta pihak UMNO sendiri telah membayangkan akan peralihan kuasa itu... macai-macai UMNO diluar sana tunggu apa lagi?? Berhentilah menyokong UMNO/BN itu.. dan jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO yang gila untuk kekal berkuasa... | |||||||||
Parlimen BUBAR akhirnya hari ini.. Gelabahnya Najib sampai silap sebut Tahun.. (Video Inside) Posted: 02 Apr 2013 09:10 PM PDT Mungkin ramai yang tidak menyedari akan gelabahnya Najib ketika mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini, tahun yang disebutnya ialah 2012 bukannya 2013.. Mungkin Najib telah membaca dan menghafal skrip yang disediakan dari tahun lepas lagi oleh itu dia kata.. "Pada pagi ini, saya telah pun menghadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan menyembah warkah kepada baginda memohon perkenaan supaya parlimen ke-12 dibubarkan pada hari ini Rabu, 3 April 2012". Rilek la Najib... jangan bagi macai tahu yang hang sendiri sudah gelabah.. nanti macai susah hati.. Parlimen dibubar berkuat kuasa hari ini, sekali gus membuka laluan bagi Pilihan Raya Umum ke-13 yang dinanti oleh seluruh negara sejak dua tahun lalu. Sebelum ini Nazri Aziz kata Parlimen tidak akan bubar hari ini.. sila baca di SINI | |||||||||
Parlimen tidak bubar hari ini kata Nazri.. Tapi Najib ke Istana lagi pagi ini.. Posted: 02 Apr 2013 07:22 PM PDT Semalam Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menafikan khabar angin mengenai pembubaran parlimen yang dikatakan akan berlaku hari ini. Menurut menteri di jabatan perdana menteri itu, khabar angin tersebut hanyalah satu spekulasi dan tidak benar. "Tiada pembubaran esok. Pembubaran selewat-lewatnya akan berlaku pada hujung bulan ini," kata Nazri dipetik dari laman sesawang saluran berita Astro Awani. Menurut ahli parlimen Padang Rengas itu lagi, arahan untuk anggota Kabinet hadir dengan berpakaian gelap dan bertali leher merah bagi lelaki esok adalah perkara biasa pada mesyuarat terakhir Kabinet bagi tujuan bergambar bersama perdana menteri dan timbalannya. Itu kata Nazri Aziz.. tetapi pagi ini Najib telah dilaporkan sekali lagi masuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.. Najib menghadap Tuanku Abdul Halim KUALA LUMPUR 3 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di perkarangan Istana Negara Jalan Duta di sini tepat pada pukul 8.25 pagi. Kehadiran perdana menteri untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini, menguatkan lagi desas-desus pembubaran Parlimen untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13. Najib menghabiskan masa selama satu jam menghadap Tuanku Abdul Halim dan keluar dari istana pada pukul 9.12 pagi.
| |||||||||
Video Samseng UMNO ganggu ceramah Anwar Ibrahim di Johor guna Pembesar Suara tersebar!! Saksikan!! Posted: 02 Apr 2013 10:55 AM PDT Insiden kekacauan yang tercetus di Majidee Baru,Johor ini seolah-olah membenarkan apa yang dikata oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu pembangkang akan mencetuskan huru hara bila mereka kalah dalam pilihanraya nanti.. Maksudnya bila UMNO/BN kalah dalam pilihanraya 13 nanti dan mereka menjadi pembangkang di Malaysia maka puak-puak inilah yang akan mencetuskan huru hara kerana kehilangan kuasa mereka. Pakatan Rakyat mengumumkan bekas Panglima tentera darat, Jeneral (B) Md Hashim Hussein dari KEADILAN sebagai calon bagi bertanding kerusi parlimen Johor Bharu dalam pilihanraya umum akan datang ini di sini. Sebelum pengumuman tersebut dibuat, lebih 50 samseng upahan Umno seperti biasa melakukan provokasi melampau dengan membawa bendera BN sambil menjerit perkataan lucah tanpa rasa malu di hadapan ribuan rakyat yang sudah menunggu sejak jam 845 malam lagi. Mereka cuba mengadakan sekatan jalan raya menuju tapak ceramah tetapi kecekapan anggota polis yang berada di tempat kejadian berjaya mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Samseng yang dipercayai dari sekitar Johor Bharu dan Tebrau juga cuba menghalang kenderaan yang membawa pemimpin Pakatan Rakyat dari memasuki tapak ceramah, namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa apabila polis mengarahkan mereka supaya berundur bagi memberi laluan. Sasaran mereka jelas, ditujukan kepada Anwar dan rombongannya dengan menggunakan kayu bendera yang dibawa dan cuba menjolok masuk ke kenderaan yang membawa Anwar tetapi gagal kerana tidak mengenai sasaran. Namun begitu mereka tidak berputus asa, mungkin disebabkan upah yang dijanjikan tidak akan dibayar jika tugas tidak terlaksana. Untuk meneruskan agenda mereka, pembesar suara digunakan bagi menganggu Anwar yang sedang berucap. Anwar terpaksa menghentikan ucapannya bila samseng-samseng UMNO tersebut memasang lagu 'Negaraku' dengan kuat ketika beliau berucap sebagai tanda menghormati lagu kebangsaan itu. Bagaimanapun ucapannya diteruskan setelah samseng-samseng UMNO berulang kali memasangnya seolah-olah mempersendakan lagu kebangsaan itu.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan