Anak Sungai Derhaka |
- Video Mustafa Ali?.. Cubaan macai UMNO melagakan PKR dan PAS Kantoi!!
- Kenyataan Media Mustafa Ali mengenai Video yang disebar macai UMNO..
- Video Mustafa Ali?.. Ini persoalan yang timbul..
- Ketua Pemuda Perkasa dakwa TG Nik Aziz adalah Yahudi.. Video sebagai bukti..
Video Mustafa Ali?.. Cubaan macai UMNO melagakan PKR dan PAS Kantoi!! Posted: 12 Apr 2013 08:13 AM PDT Dalam cubaannya untuk melaga-lagakan antara PKR dan PAS berikutan tersebarnya sebuah videoclip adengan seks seorang lelaki mirip pemimpin kanan PAS, seorang macai UMNO telah menyiarkan satu artikel dengan tajuk seperti di atas. Kononnya dua anggota Angkatan Muda Keadilan telah ditahan oleh Polis berhubung penyebaran video lucah Mustafa Ali. Kononnya lagi.. Telah disahkan dua orang anggota AMK ditahan berhubung penyebaran video lucah membabitkan seorang lelaki menyerupai Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali dengan seorang wanita warga asing. Tengok kat bawah ni.. Susulan dari fitnah yang pertamanya itu macai tersebut meneruskan agenda memfitnah untuk melaga-lagakan antara PAS dan PKR dalam artikel seterusnya.. Antara fitnah seterusnya.. Orang yang dianggap menjadi PENGHALANG terbesar kepada PKR di Terengganu adalah Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS. Malah Setiausaha Agung PAS itu dilihat sebagai ancaman utama kepada PKR di seluruh Malaysia apabila dikatakan dan dituduh menjadi PEMAIN UTAMA meletakkan nama calon-calon PAS untuk kerusi Parlimen, jauh lebih pantas daripada PKR sendiri. Malang buat macai tersebut.. apabila pihak Polis mengeluarkan kenyataan bahawa tiada tangkapan berhubung penyebaran DVD lucah itu.. Dan dengan kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Terenggaanu itu membuktikan bahawa cerita yang disiarkan oleh macai UMNO tersebut adalah cerita rekaan yang besifat fitnah semata-mata... Baca juga persoalan-persoalan yang timbul berikutan penyebaran video ini di SINI |
Kenyataan Media Mustafa Ali mengenai Video yang disebar macai UMNO.. Posted: 12 Apr 2013 01:51 AM PDT Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau tidak akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai video lucah yang diedarkan. Dalam satu kenyataan ringkasnya kepada Harakahdaily, Mustafa berkata, "Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan." Beliau dipercayai merujuk kepada video lucah yang disebarkan melalui beberapa blog Umno sejak lewat petang semalam. Ulasan dalam blog itu mengatakan, kononnya ia dibuat oleh rakan PAS dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR. Ada juga blog Umno yang menulis ia dibuat oleh golongan parasit dalam PAS yang tidak senang dengan Mustafa. Mustafa adalah mangsa yang kesekian kalinya politik buruk Umno dalam membunuh musuh politik mereka selepas kelihatan tersepit. Kajian poll yang dibuat oleh akhbar Sinar Harian online menunjukkan, manifesto yang mereka keluarkan ditolak rakyat Malaysia apabila hanya 19 peratus menyokong manifesto BN dan 81 peratus lagi menyokong menifesto Pakatan.. lihat di ( SINI ) Kesal dengan politik perkauman dan buruk Umno, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek telah mengumumkan tidak bertanding dalam pilihan raya ini, satu sejarah baru dalam politik Malaysia apabila presiden parti komponen BN tidak mahu bertanding. Bimbang dengan sokongan pengundi Cina, Tan Sri Muhyidin Yasin telah memaksa semua guru besar dan guru-guru sekolah Cina dari seluruh negara menyertai perhimpunan bersamanya di Johor 16 April ini. Dalam suasana tertekan inilah video lucah dikeluarkan lagi oleh BN untuk menekan Pakatan Rakyat. Kali ini mereka cuba menundingkan jarinya kepada rakan PAS iaitu PKR untuk melaga-lagakan kedua-dua parti itu. Berikut adalah kenyataan ringkas Mustafa. KENYATAAN MEDIA Berikut pula adalah apa yang Peguamnya kata.. Asmuni Awi, yang mengetuai firma Awi dan Co, memberitahu Malaysiakini bahawa beliau baru sahaja dilantik oleh Mustafa untuk mewakilinya. Hmm.. Macai-macai UMNO yang seronok sangat sebar video ni dari semalam lagi.. kalau dapat surat saman jangan pulak tak mengaku Blog tu milik korang ya... Persoalan berbangkit mengenai video ini sila baca di SINI |
Video Mustafa Ali?.. Ini persoalan yang timbul.. Posted: 11 Apr 2013 09:27 PM PDT Kononnya, menurut blog-blog Pro UMNO, wanita yang berasmara dengan tokoh PAS itu telah dibayar oleh PKR untuk memerangkap pemimpin berkenaan. Kononnya lagi, dua pemimpin Pemuda PKR berjaya ditahan dan disiasat berhubung pengedaran video lucah ini di Besut, Terengganu semalam. Lebih memeranjatkan, sekonyong-konyongnya menurut blog Pro UMNO lagi, dalam satu rondaan polis pada 7.45 pagi semalam, pihak berwajib telah menemui "16 sampul surat berwarna putih dan setiap sampul mengandungi sekeping cakera padat video gambar lucah" di satu kawasan perumahan di Kampung Alor Lintang. Sama ada sahih atau tidak, blog tersebut menyebut: suspek ahli PKR Kuala Terengganu telah mengedar salinan video tersebut, lebih kurang 11 minit 25 saat. Video itu memaparkan seorang perempuan, kata blog Pro UMNO lagi, disyaki bukan warganegara melakukan hubungan seks dengan tokoh berkenaan. Jadi, berbeza kes video lucah mantan menteri kesihatan, sensasi terbaru ini mempunyai dimensi politik konspirasi dalam Pakatan Rakyat. Alasannya, menurut blog pro-Umno lagi, tokoh PAS itu cuba membawa masuk mantan pemimpin kanan yang telah terpinggir dan seorang tokoh parti yang telah dipecat. Oleh kerana tidak suka dengan langkah tokoh PAS berkenaan, maka dirancanglah satu "perangkap seks" sedemikian rupa! Persoalan yang muncul: kenapa perlu video lucah itu diedar di Besut, sebuah kawasan parlimen yang dikenali kubu kuat Umno? (Atau, dua pemimpin muda PKR itu memang berasal dari daerah Besut?) Jika begitulah hasratnya, untuk apa lagi diyakinkan kepada penyokong totok Umno bahawa pemimpin PAS memang tidak guna? Apakah tidak cukup selama berdekad-dekad serangan Umno terhadap PAS di negeri penyu itu? Kerusi parlimen itu atau Terengganu umumnya tidak pernah dikhabarkan akan bergoncang pada pilihan raya 5 Mei nanti -- tidak seperti Negeri Sembilan, Kedah, Johor atau Perak. Kenapa tidak diedarkan di Marang, kerusi presiden PAS Abdul Hadi Awang atau Kuala Terengganu yang bakal ditandingi seorang arkitek terkenal dan kerabat diraja? Jika serangan video itu dilancarkan oleh PKR dengan gaya baling batu sembunyi tangan, kenapa tidak ia disebarkan sahaja melalui Internet, media berpengaruh yang dikuasai sebaik-baiknya oleh parti itu? Bukankah Internet sudah menjadi sarang bahan-bahan porno yang boleh dijadikan saluran sebaran dengan murah tetapi sasarannya ribuan, malah jutaan, penyokong PAS? Jika pengundi meragui kesucian pemimpin-pemimpin PAS, apakah kesannya kepada Pakatan Rakyat yang ingin merampas Putrajaya? Tidakkah menyerang PAS bererti juga menghakis peluang pembangkang menambah undi? Walaupun ia tidak mustahil, dan sekalipun video itu benar, bagaimana mungkin PKR merancang menggoda tokoh PAS itu dan kemudiannya merakam pula aksi ranjangnya? Jika ia benar, tentulah ia diusahakan oleh unit perang saraf terbaik PKR sehingga tidak terbocor kepada sesiapa -- daripada mengupah wanita itu, kemudian menggoda tokoh politik berkenaan dan kemudian lagi memasang kamera di bilik tidur. Jika wujud unit terhebat itu, kenapa pula unit itu tidak berjaya mengedarkannya dengan senyap-senyap tanpa dengan mudah diketahui umum dan ditangkap polis? Jika benarlah laporan polis mengesyaki wanita itu bukan warganegara ini, bagaimana pula blog pro-Umno dengan mudah mendapat pengakuannya? Sejak bila pula polis atau penulis pro-Umno menemui wanita itu dan mengambil keterangannya? Dan bagaimana pula unit terbaik PKR itu gagal menyembunyikan wanita upahannya agar tidak dicekup oleh pihak berwajib atau musuh-musuh politiknya seperti BN atau Umno? Pendek kata, skrip video lucah pemimpin Pakatan -- sekalipun benar-benar wujud -- tunggang-langgang dan boleh menjadikan orang ramai cukup meluat dan menentang BN habis-habisan pada Ahad, 5 Mei nanti ~ Fathi Aris Malaysiakini Lebih menghairankan lagi jika PKR dituduh sebagai dalang pengedaran video ini.. kenapa macai-macai UMNO menyedari kewujudan video ini begitu awal? Bagaimanapun tujuan video ini disebar oleh macai-macai UMNO jelas bertujuan untuk menjahanamkan imej Mustaffa Ali dan dalam masa yang sama mewujudkan perasaan saling mencurigai antara PAS dan PKR... Bila nak buat Manifesto pun UMNO/BN terpaksa meniru Manifesto Pakatan Rakyat inilah hasilnya... sebar video lucah... Selain itu penyebarannya dipercayai untuk mengalih fokus rakyat berikutan hasil satu kaji selidik yang menunjukkan 82% rakyat menolak manifesto Barisan Nasional.. sila lihat hasil kaji selidik itu di SINI Update: Kenyataan Mustafa Ali mengenai Video ini sila baca di SINI |
Ketua Pemuda Perkasa dakwa TG Nik Aziz adalah Yahudi.. Video sebagai bukti.. Posted: 11 Apr 2013 07:04 PM PDT Kelibat lelaki di atas bukanlah asing bagi warga Pulau Pinang yang sering mengikuti perkembangan politik dalam negeri ini.. Beliau adalah Ketua Pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Pulau Pinang, Razuan Mohd. Azudin yang juga merupakan Ahli UMNO tetapi malu nak mengaku dirinya sebagai Ahli UMNO sebabnya hanya beliau yang mengetahuinya. Razuan mula dikenali ramai apabila beliau aktif dalam hampir kesemua demonstrasi yang kononnya mewakili Melayu Pulau Pinang yang tidak puas hati dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Antara insiden yang meningkatkan namanya dalam persada demonstrasi di Pulau Pinang ialah insiden beliau menunjukkan kasut kepada Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum DUN dibubarkan pada penghujung Februari 2012. Menurut beliau tindakannya itu dilakukan kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Guan Eng.. sila baca laporannya di SINI Dan dalam video yang dirakamkan secara sembunyi oleh Aktivis Gelombang Anak Muda Tolak UMNO/BN (TOLAK) yang menjelajah ke Pulau Pinang ini.. Razuan telah menuduh TG Nik Aziz sebagai Yahudi.. Selain itu beliau juga telah mengaku memukul aktivis Anti Lynas suatu masa dulu.. Aku nampak dia tu yang macam Yahudi... bukannya TG /nik Aziz... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan