Jumaat, 12 April 2013

Addin

Addin


Misteri Video Seks Mustafa Ali Terbongkar..

Posted: 12 Apr 2013 05:00 PM PDT


Cuba anda perhatikan betul-betul peha Mustafa Ali, boleh transparent hingga nampak sisi meja. Nampak sangat video ni di edit oleh blogger Umno bagi mengaibkan pemimpin tertinggi PAS ini.

Oleh kerana sudah tiada modal, rakyat semakin tolak Umno BN dan penghujung hayatnya sudah tiba. Puaj-puak Umno menjaja video dan gambar seks pemimpin Pakatan Rakyat bertujuan supaya rakyat percaya.

Namun menjadi sebaliknya, rakyat semakin muak dengan politik lucah dan tidak berakhlak ini. Buktinya rakyat semakin membenci dan menolak Umno BN.

Rakyat mahu politik yang bersih dan berwawasan bagi membela rakyat, bukannya bikin video dan gambar untuk mengaibkan individu-individu tertentu.

 


Iklan C (ii)




Video Seks Mustafa Ali, SKMM Siasat Papagomo

Posted: 12 Apr 2013 08:53 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 April — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini mengesahkan telah menerima aduan ekoran penyebaran video seks dikatakan melibatkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan akan menjalankan siasatan.

Salinan aduan oleh orang awam berkenaan penyebaran video seks yang dikatakan melibatkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini.Pegawai perhubungan awam yang enggan namanya disiarkan berkata aduan tersebut diterima hari ini oleh orang awam yang membuat laporan terhadap gambar dan video seks membabitkan pemimpin veteran PAS tersebut.

"Ya, kami sudah terima dan siasatan akan dijalankan," kata pegawai SKMM tersebut yang dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Aduan yang dibuat oleh pengadu yang enggan dikenali tersebut juga memberikan capaian ke laman blog papagomo yang menulis artikel tentang video seks tersebut.

Salinan aduan bernombor 0400/04/13 yang dihantar kepada The Malaysian Insider tersebut disahkan oleh pegawai Biro Aduan Pengguna SKMM, Nurhaliza Yahaya.

"Dengan hormatnya aduan yang diterima berhubung perkara di bawah adalah dirujuk.

"Pihak SKMM akan mengkaji aduan yang dikemukakan dan akan mengambil tindakan sepertimana yang dibenarkan dibawah peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," tulis notis yang disahkan oleh Nurhaliza.

Dalam huraian masalah daripada laporan yang dihantar oleh individu tersebut menyatakan, "Penyebaran video seks Datuk Mustafa Ali yang tidak sepatutnya disebarkan secara viral di Internet".

Dalam aduan tersebut juga, individu yang bertanggungjawab membuat laporan tersebut menggesa SKMM supaya mengambil tindakan sewajarnya.

Awal hari ini, media melaporkan sebuah blog mesra Umno dalam satu artikelnya menyenaraikan beberapa blog pro-Umno mengandungi gambar dan video menyerupai pemimpin tertinggi PAS yang terlibat dalam satu skandal seks.

Video lebih 11 minit berwarna itu menunjukkan seorang lelaki bersama seorang wanita dalam keadaan intim melakukan hubungan seks di dalam sebuah bilik, serta direkodkan pada satu sudut menghadap pasangan tersebut.

Sementara laporan akhbar The Star pula menyebut pihak polis Terengganu telah merampas 16 VCD mengandungi video yang disebarkan oleh beberapa individu tidak dikenali namun tiada sebarang tangkapan dibuat.

Sebelum ini, blog papagomo juga telah mendedahkan satu video seks menyerupai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengendalinya, Wan Muhammad Azri Wan Deris, 30 telah disaman sebanyak RM100 juta.

Pilihan raya umum telah disahkan akan dilaksanakan pada 5 Mei depan dengan 20 April ini adalah hari penamaan calon dan parti politik mempunyai tempoh 15 hari untuk berkempen.~ the malaysian insider



 


Iklan C (ii)




Muhyiddin Kaki 'Noda'

Posted: 12 Apr 2013 08:05 AM PDT

KUALA LUMPUR 12 Apr: Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin memanggil warga pendidik Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dalam perjumpaan khas di Johor Bahru 16 April ini, ibarat menodai institusi pendidikan.Pengerusi Biro Pendidikan KEADILAN, Abbas Awang berkata, Umno BN makin terdesak hingga sanggup memperalatkan Kementerian Pendidikan untuk meraih undi."Mendidik adalah kerja suci. Guru bekerja kuat untuk membentuk manusia. 

Saya tak tahu menteri macam mana yang sanggup menggunakan kuasa yang ada padanya untuk nodai institusi yang suci ini demi kepentingan pilihan raya,""Kita tahu dengan jelas tujuan beliau panggil guru SJKC ke Johor, dia (Muhyiddin) tak perlu nak dolak dalik lagi, kita tahu taktik kotor dia dan konco-konconya," kata Abbas.

Semalam, Muhyiddin yang juga menteri pelajaran sementara dilapor akan mengadakan pertemuan dengan pendidik berkenaan di SJKC Foon Yew, Johor Bahru, empat hari sebelum penamaan calon.Abbas turut membidas kenyataan timbalan Muhyiddin, Wee Ka Siong yang berkata program itu telah lama dirancang dan tidak bermotif politik.

"Kalau betul ia telah lama dirancang, KPM wajar batalkan program itu demi menjaga etika kebersihan dan ketelusan Pilihan raya. Buatlah lepas pilihan raya kalau mereka yakin dan tak terdesak,"katanya.

Sementara itu, seorang pegawai di Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan mengesahkan, guru besar, seorang guru penolong kanan dan guru sekolah di 15 buah SJKC di Wilayah Persekutuan turut menerima surat arahan itu.

Salah seorang guru menyifatkan keputusan mewajibkan guru yang tersenarai hadir pada waktu persekolahan adalah tindakan membuang masa.Beliau yang tidak mahu namanya didedahkan berkata, mereka dipaksa meninggalkan kelas demi meraikan ahli politik dan menyifatkan ia sangat mengecewakan warga pendidik. ~keadilandaily



Iklan C (ii)




Bancian Sinar Online Memihak Pakatan Rakyat Di PADAM Atas Arahan Umno?

Posted: 12 Apr 2013 06:26 AM PDT

Kenyataan umum

12 April 2013

Bancian Manifesto Pilihan di Portal Sinar Harian 'Dipadam' Atas Arahan Siapa?

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini berasa terkejut dengan sikap luar biasa yang ditunjukkan oleh portal Sinar Harian apabila beberapa kotak bancian online di sebelah kanan portal tersebut telah dipadam.

Sebagai media arus perdana baru yang mengamalkan 'media baru', SAMM memuji portal Sinar Harian di atas pelbagai bancian yang dipaparkan di satu sudut demi mendapat maklum balas dari pembaca. Ia Berbeza dengan era media konvensional yang sehala.

Namun bancian undian yang berkisar mengenai pilihan di antara manifesto Barisan Nasional dan juga manifesto Pakatan Rakyat tidak bertahan lama seperti kebiasaannya. Kali terakhir bancian tersebut kelihatan di portal Sinar Harian ialah pada lewat malam tadi.

Terdapat tiga bancian mengenai manifesto pilihanraya hilang dari paparan. Salah satu bancian berbunyi "Jika anda seorang pengundi, manifesto parti mana yang memikat perhatian anda?". Hasil bancian dari lebih 10 ribu responden menunjukkan 81% memilih manifesto PR manakala selebihnya 19% berpihak kepada BN.

Mengapa bancian online tersebut hilang secara tiba-tiba? Sedangkan sering kali bancian online di portal Sinar akan terpapar sepanjang masa dan tidak hilang walaupun bancian yang baru masuk mengambil tempat.

Apakah ada tekanan dari Kementerian Dalam Negeri atau SKMM agar tiada bancian mengenai manifesto dipapar? Apakah bancian mengenai manifesto pilihan itu mengancam keselamatan negara dan boleh menimbulkan huru-hara sehingga perlu dipadam?

Dalam perkara ini, SAMM sesekali tidak menyalahkan pihak portal Sinar Harian. SAMM yakin dan percaya bahawa Sinar Harian merupakan media yang telus dan berani dengan penyiaran berita yang neutral. Dengan keberanian ini juga, Portal Sinar Harian telah menyiarkan bancian manifesto yang kemudiannya dipadam.

SAMM tidak menolak kemungkinan ada tekanan besar dari pihak yang terdesak agar bancian online itu ditarik dari terus dipaparkan.

SAMM juga mendesak supaya pihak portal Sinar Harian memberi sedikit penjelasan apa yang sebenarnya telah berlaku. Jika benar Sinar Harian ditekan, nyatakanlah kebenaran itu dan rakyat akan bersama dengan kebenaran.

Kesempatan ini juga SAMM mengucapkan syabas kepada media neutral Sinar Harian kerana acap kali melaporkan berita tanpa berselindung sepertimana yang diamalkan oleh media konvensional arus perdana yang lain.

Sekian,

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)




Iklan C (ii)




Ini Penjelasan Mustafa Ali Berkenaan Video Seks Fitnah..

Posted: 12 Apr 2013 01:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, beliau tidak akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai video lucah yang diedarkan.

Dalam satu kenyataan ringkasnya kepada Harakahdaily, Mustafa berkata, "Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan."

Beliau dipercayai merujuk kepada video lucah yang disebarkan melalui beberapa blog Umno sejak lewat petang semalam.

Ulasan dalam blog itu mengatakan, kononnya ia dibuat oleh rakan PAS dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR. Ada juga blog Umno yang menulis ia dibuat oleh golongan parasit dalam PAS yang tidak senang dengan Mustafa.

Mustafa adalah mangsa yang kesekian kalinya politik buruk Umno dalam membunuh musuh politik mereka selepas kelihatan tersepit.

Kajian poll yang dibuat oleh akhbar Sinar Harian online menunjukkan, manifesto yang mereka keluarkan ditolak rakyat Malaysia apabila hanya 19 peratus menyokong manifesto BN dan 81 peratus lagi menyokong menifesto Pakatan.

Kesal dengan politik perkauman dan buruk Umno, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek telah mengumumkan tidak bertanding dalam pilihan raya ini, satu sejarah baru dalam politik Malaysia apabila presiden parti komponen BN tidak mahu bertanding.

Bimbang dengan sokongan pengundi Cina, Tan Sri Muhyidin Yasin telah memaksa semua guru besar dan guru-guru sekolah Cina dari seluruh negara menyertai perhimpunan bersamanya di Johor 16 April ini.

Dalam suasana tertekan inilah video lucah dikeluarkan lagi oleh BN untuk menekan Pakatan Rakyat. Kali ini mereka cuba menundingkan jarinya kepada rakan PAS iaitu PKR untuk melaga-lagakan kedua-dua parti itu.

Berikut adalah kenyataan ringkas Mustafa.
KENYATAAN MEDIA

Saya tidak akan menjawab sebarang petanyaan mengenai isu yang diperkatakan. Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan.

Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung PAS

~harakahdaily



Iklan C (ii)




Muhyiddin Paksa Guru Cina Hadir Himpunannya.. Surat Ini Sebagai Bukti

Posted: 12 Apr 2013 12:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Guru-guru di semua sekolah jenis kebangsaan Cina di seluruh negara diarahkan menyertai himpunan dengan Tan Sri Muhyidin Yasin di Johor Bharu 16 April ini.

Himpunan itu akan diadakan jam 3.00 petang di SJKC Foon Yew 1, Johor Bahru. Sehubungan itu, semua jabatan pendidikan negeri telah mewajibkan setiap sekolah Cina menghantar sekurang-kurangnya enam orang guru bagi menyertai himpunan itu.

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur misalnya telah menghantar surat kepada semua sekolah Cina bagi mewajibkan mereka menyertai majlis itu.

Guru besar, seorang guru penolong kanan dan guru biasa diwajibkan menyertai himpunan itu. Ia dibuat kononnya untuk merealisasikan hasrat pendidikan negara, kata surat itu.

Mengikut taklimat yang disampaikan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, guru-guru yang menjadi wakil akan dibekalkan bas dari Kuala Lumpur ke Johor dan perlu berkumpul sebelum 7 pagi.


Mereka dijanjikan pulang dan tiba kembali di Kuala Lumpur pada hari yang sama kira-kira 11 malam.

Ini bermaksud kelas dan pengajaran guru-guru yang terpilih akan diabaikan pada hari itu semata-mata untuk menghadiri perhimpunan bersama Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran yang jelas mempunyai motif politik menjelang pilihan raya akan datang.

Sementara itu, prestasi pengajaran guru pada hari keesokannya sudah tentu akan terjejas kerana keletihan wakil-wakil guru disebabkan kepulangan lewat pada tengah malam pada hari 16 April. ~kog





Iklan C (ii)




Lagi Pegawai Tinggi Tentera Sertai KEADILAN

Posted: 12 Apr 2013 12:05 AM PDT

Abang Hamdan menyerahkan borang keahlian kepada Anwar, disaksikan Ghafir
KUCHING 12 APRIL: Seorang lagi bekas pegawai tinggi tentera menyertai KEADILAN malam tadi, sekaligus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Leftenan Kolonel Abang Hamdan Abang Hadari menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 1,000 penyokong pada ceramah Pakatan Harapan Rakyat di Petrajaya.

Abang Hamdan merupakan anak jati Sarawak dan tekad membantu Pakatan Rakyat berkempen untuk memenangi negeri jajahan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Penyertaan terbaru itu menjadikan enam pegawai tertinggi tentera menyertai Pakatan sejak awal tahun lalu.

Sebelum ini, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid; Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab; Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid; Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad dan Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein mengisytihar sokongan kepada Pakatan.

Ghafir ialah bekas Timbalan Angkatan Tentera Darat; bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara (Hadi); bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM (Imran), bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Najmi) dan bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat (Hashim).

Hashim diumum sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Johor Baharu pada 3 April lalu. Imran pula diumum sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Lumut. ~keadilandaily



 
Iklan C (ii)




Mahathir Bagi Lesen Suruh Penyokong Umno Merusuh?

Posted: 11 Apr 2013 11:15 PM PDT

Kemenangan Lim Kit Siang di Gelang Patah akan menyebabkan konfrontasi kaum, kata Mahathir hari ini, serta menyatakan kerjasama ekonomi antara masyarakat Melayu dan Cina akan hancur. Dengan tinggal beberapa minggu sahaja lagi menjelang Pilihan Raya 2013, bekas perdana menteri tersebut membuat ramalan 'hebat' dengan menghentam pemimpin pembangkang sambil menggambarkan kemenangan Lim akan menyebabkan timbul pergaduhan kaum sekaligus menghancurkan kerjasama sedia ada antara majoriti masyarakat Melayu dengan masyarakat Cina.

"Kit Siang akan membawa konflik dan permusuhan antara kaum, untuk menimbulkan sentimen benci dikalangan orang Cina ke atas orang Melayu," tulis Mahathir dalam blognya chedet.cc.

Pemimpin veteran berusia 87 tahun tersebut dilihat sebagai ketua kempen de facto, lebih bersemangat berbanding mereka yang lebih muda dalam Barisan Nasional (BN) sekaligus menunjukkan cabaran kali ini daripada lawan mereka Pakatan Rakyat (PR) adalah yang paling sengit.

Anak kelahiran Johor, Lim menerima asakan bertali-arus daripada Dr Mahathir sejak mengumumkan rancangannya untuk bertarung dengan BN di negeri kelahirannya sendiri - yang juga tempat lahir parti Umno dan kem terakhir parti rakan komponennya, MCA.

Dr Mahathir tidak berhenti dalam usahanya memperlekehkan DAP yang mendapat sokongan majoriti masyarakat Cina sebagai tidak mampu berkongsi kuasa dengan rakan politiknya, sama ada parti Islam PAS mahupun parti bandar PKR yang diketuai bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau juga berkata slogan "Malaysian Malaysia" yang dilaungkan oleh DAP memperjuangkan meritrokasi kaum, mendakwa ia ditiru daripada parti di Singapura, PAP - yang kini merupakan parti pemerintah republik itu - dan menggunakan taktik itu untuk melemahkan pengaruh masyarakat Melayu.

"Apabila Kit Siang membuat keputusan untuk bertanding di kawasan majoriti di Cina Gelang Patah adalah kerana dia mahu orang Cina di sana dan di Johor untuk menolak kerjasama dan perkongsian dengan orang Melayu.

"Satu konfrontasi kaum yang tidak sihat akan menggantikan kerjasama Cina-Melayu yang telah menjadikan Malaysia stabil dan makmur."

Beliau menambah, "Kerjasama itu akan berakhir apabila Kit Siang menang Gelang Patah."

Perdana menteri keempat tersebut, yang merupakan musuh utama Lim di Parlimen sepanjang 22 tahun memegang jawatan itu berkata bahawa walaupun keganasan tidak berlaku, "konfrontasi antara ketiga-tiga kaum utama" akan menyebabkan pembangunan negara terganggu.

"Atas sebab ini keputusan Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah akan menjadi tumpuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 di negara ini.

"Adakah DAP akan mengakhiri persahabatan Melayu-Cina dan kerjasama di Johor atau " kongsi" akan kekal sebagai asas hubungan kaum di Johor dan di Malaysia?" soal beliau lagi.

Masyarakat Melayu membentuk kira-kira 60 peratus daripada 28 juta penduduk Malaysia, manakala masyarakat Cina adalah minoriti yang terdiri daripada satu perempat tetapi dilihat sebagai kumpulan pengundi yang berpengaruh.

Lim, yang mengetuai DAP di Johor mengharapkan tsunami politik di selatan, mensasarkan sekurang-kurangnya satu pertiga daripada 83 kerusi parlimen untuk PR di kubu BN di Johor, Sabah dan Sarawak.

Pemangku ahli parlimen Ipoh Timur tersebut baru-baru ini mengumumkan dirinya sebagai calon di Gelang Patah, Johor yang dilihat sebagai salah satu strategi pembangkang untuk menyapu bersih kerusi yang dipegang oleh MCA di selatan tanahair.

Pilihan Raya 2013 dijangkakan paling sengit dalam sejarah walaupun BN seperti diramalkan oleh ramai pihak akan terus menerajui negara selepas itu.

Walau bagaimanapun, PR tidak mustahil untuk membuat kejutan kerana buat pertama kalinya, BN bakal berhadapan dengan pembangkang paling tersusun.

Kelmarin, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan pada 5 Mei manakala penamaan calon ditetapkan pada 20 April. ~jalan pulang




Iklan C (ii)




Bekas MB Selangor, Muhammad Taib Bakal Sertai PAS

Posted: 11 Apr 2013 08:16 PM PDT

SHAH ALAM –  Spekulasi bekas menteri besar yang didakwa akan menyertai Pas dalam waktu terdekat sebagaimana didedah Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin kelmarin kemungkinan besar adalah bekas Menteri Besar Selangor.

Sumber Pas membayangkan bekas Menteri Besar Selangor , Tan Sri Muhammad Muhammad Taib adalah individu yang dimaksudkan itu diperkuatkan dengan kenyataan dua pemimpin tertinggi Pas Selangor yang tidak menafikan kemungkinan perkara itu berlaku.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman ketika dihubungi tidak menolak kemungkinan bekas Menteri Besar Selangor yang lebih mesra dipanggil Mat Taib itu akan menyertai Pas dalam masa terdekat berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Timbalan Pesuruhjaya Pas  III Selangor, Khalid Samad.

"Beliau (Mat Taib) tidak ada hubungi saya. Saya tidak dapat mengesahkan perkara ini.

"Saya difahamkan, beberapa pegawai kanan Mat Taib ada menghubungi Khalid malah pegawai- pegawainya juga telah mengisi borang keahlian Pas seumur hidup," katanya.

Muhammad menjadi menteri besar Selangor dari 1986 hingga 1997.

Dr Rani berkata, beliau hanya mengetahui perkara tersebut setelah diberitahu oleh Khalid sewaktu makan selepas mesyuarat ahli jawatan kuasa Pas Pusat, Selasa lalu. ~sinar harian

Addin :

Sebelum kapal Umno karam, ramai pemimpin mereka telah menyelamatkan diri..




Iklan C (ii)




(Gambar) Program Pertama Husam Musa Di Putrajaya

Posted: 11 Apr 2013 06:21 PM PDT


Datuk Husam Musa yang disahkan bertanding di Parlimen P 125 Putrajaya hadir di program pertamanya di kawasan itu. Antara program yang dihadiri Husam termasuklah majlis tahlil,zikir dan tazkirah bersama Al Habib Ali bin Syeikh Abu Bakar dan anak anak yatim.

Selain itu buat pertama kalinya beliau turut mengadakan ceramah  di Putrajaya dan mendapat sambutan yang agak baik dari penduduk sekitar.

Doakan semoga kemenangan berpihak kepada beliau dalam merealisasikan impian Pakatan Rakyat ke PUTRAJAYA.





Sumber Gambar : FB P 125 Putrajaya

 ~tinta hijau



Iklan C (ii)




Tiada ulasan: