Anak Sungai Derhaka |
- Rafizi dipecat dari Petronas?.. Fitnah tu.. baca penjelasan oleh Rafizi ini..
- Kemelut di Sungai Acheh: Ini kenyataan dari Chegu Bard..
- Ustaz Azizan.. Kami nak mengundi nie.. awat tak bagi kami cuti?
- Rafizi Ramli, Nurul Izzah dan Tony Pua perlu dipastikan kalah.. arahan Najib
- Pertembungan 3 Penjuru di Sungai Acheh?.. Apa dah jadi ni wei?
Rafizi dipecat dari Petronas?.. Fitnah tu.. baca penjelasan oleh Rafizi ini.. Posted: 11 Apr 2013 08:26 AM PDT Rafizi Ramli adalah salah satu dari tiga nama yang Najib mahu pastikan kekalahannya dalam Pilihanraya Umum ke 13 ini.. Dan ianya semakin jelas bilamana secara tiba-tiba beliau menjadi sasaran serangan oleh kebanyakkan Blog-blog Pro UMNO. Tiga nama dan sebab mereka perlu dikalahkan dalam PRU13 ini sila baca di ( SINI ). Kononnya menurut mereka Rafizi Ramli telah dipecat dari Petronas kerana didapati membuat tuntutan palsu dan beliau bukannya meletakkan jawatan. Image di atas pula adalah print screen dari sebuah Blog Pro UMNO yang mana pemiliknya pernah dipenjarakan kerana mentekedarah rasuah sebanyak RM400. Oleh kerana beliau telah disahkan bangkrap moralnya maka beliau cuba mengaitkan Rafizi Ramli dengan masaalah moral.. Benarkah dakwaan macai-macai UMNO itu atau ianya sekadar satu lagi fitnah? Berikut adalah penjelasan dari Rafizi Ramli.. Mulanya saya tidak mahu melayan kerana ia fitnah picisan. Agaknya mereka masih mencari kelemahan saya, jadi mereka mencipta cerita bahawa saya menyeleweng hingga dibuang untuk mencemarkan kredibiliti saya. Pada kiraan mereka (yang silap), jika kredibiliti saya tercalar, makan tercalar jugalah kredibiliti pendedahan saya selama ini dan yang akan datang. Mutakhir ini saya merasakan jika saya terus berdiam diri, ia tidak membantu kebenaran kerana fitnah terancang ini disebarkan seluas-luasnya. Saya tidak dibuang dari PETRONAS (seperti mana yang diketahui ramai orang), saya meletakkan jawatan. Saya dinaikkan pangkat pada umur yang muda, menyertai PETRONAS terus sebagai seorang pengurus sebaik pulang dari London (selepas bekerja selama 3+ tahun di firma perakaunan untuk menjadi seorang akauntan bertauliah dengan ICAEW). Selepas berkhidmat selama 2 tahun di loji petrokimia PDH/MMSB di Gebeng, saya ditukarkan kembali ke ibupejabat di Menara Berkembar PETRONAS. Jadi, pada umur 27, saya dinaikkan pangkat menjadi Pengurus Kanan (saya dimaklumkan ia tidak pernah berlaku sebelum itu dan menjadi orang termuda ketika itu dilantik menjadi Pengurus Kanan) yang bertanggungjawab menguruskan keseluruhan perancangan perniagaan, operasi dan teknologi bagi Urusniaga Petrokimia PETRONAS, kerana saya mempunyai ijazah kejuruteraan dan juga seorang akauntan bertauliah. Selepas 2 tahun di jawatan itu, saya dipindahkan lagi untuk mengetuai jabatan kewangan bagi perniagaan carigali antarabangsa, memandangkan saya mempunyai latar belakang percukaian. Pada ketika itu, ada keperluan untuk mengemaskini amalan percukaian PETRONAS di peringkat antarabangsa kerana banyak kerajaan menggunakan alasan percukaian untuk campur tangan kontrak pengeluaran petroluem yang dimeterai. Oleh itu, menjelang umur saya 31 tahun, saya telah pun diberi peluang menguruskan pelbagai bidang dalam industri minyak dan gas. Saya pernah bertugas di loji petrokimia, di pengurusan korporat, berpengalaman di sektor huluan dan hiliran. Pada ketika itu, saya juga sedang menunggu masa untuk dinaikkan pangkat lagi. Saya berdepan dengan dilema besar. Jika saya kekal di PETRONAS, dengan kenaikan pangkat dan gaji yang besar, saya mungkin akan kekal selama-lamanya hanya dalam satu bidang kerana terlalu selesa dengan kesenangan dan gaji. Saya tidak mahu bersara dengan pengalaman di dalam satu bidang sahaja, kerana hidup ini lebih meriah jika kita terus menimba ilmu dan pengalaman. Pada ketika itu, saya agak keberatan untuk terus berkhidmat di PETRONAS selepas bon perkhidmatan 7 tahun berakhir. Kebetulan, menjelang Januari 2008, rakan karib yang banyak mempengaruhi kehidupan saya – Adlan Benar Omar – menghembuskan nafas yang terakhir selepas sakit buat sekian lama. Ben (nama panggilan beliau) adalah senior saya di MCKK, beliau berminat dengan politik dan banyak membaca sejarah sejak dari sekolah. Semasa beliau di Tingkatan 5, saya di Tingkatan 1 dan beliau adalah kapten pasukan bahas yang melatih saya. Semasa kami di sekolah, kami ada berjanji akan memasuki politik dan memberi sumbangan, kerana di sekolah pun ada isu-isu yang dekat dengan hati beliau. Yang bersungguh-sungguh mahu jadi ahli politik adalah Ben, saya hanya angguk saja bila senior bercakap. Hubungan kami yang terus rapat bermakna kami ambil serius janji itu. Ben melanjutkan pengajian ke Cambridge dan menubuhkan UKEC. Sepanjang masa, beliau mengheret saya ke dalam lingkungan aktivitinya kerana sifat saya yang lebih senang bekerja memudahkan kami menguruskan persatuan yang kami sama-sama sertai. Apabila Dato' Seri Anwar dipecat dan dizalimi dalam tahun 1998, kedua-dua kami merasa terpanggil untuk membantah. Saya masih di universiti, tetapi Ben yang sudah bekerja di Malaysia terjun ke kancah politik partisan dan menjadi antara tokoh muda awal yang menunjangi KEADILAN. Sekali lagi allahyarham mengheret saya sama ke dalam KEADILAN. Allahyarham menghembuskan nafas 2 bulan sebelum tsunami politik Mac 2008. Di hari-hari terakhirnya, kami sama-sama faham bahawa apabila beliau tiada, saya tiada pilihan kecuali masuk politik. Ben mengorbankan kerjaya dan hidupnya untuk reformasi, kalau matlamat reformasi tidak tercapai maka pengorbanannya sia-sia. Pada hari-hari itu pun saya sudah sedar bahawa ada ketikanya di masa akan datang hidup saya yang selesa di dunia korporat perlu diakhiri, untuk sama-sama membantu menubuhkan sebuah sistem politik dua parti dan menumbangkan BN. Menjelang 2009, saya pun membuat keputusan untuk meninggalkan PETRONAS. Saya langsung tidak berniat untuk masuk politik pada ketika itu, tetapi saya merasakan saya perlu keluar dari zon selesa. Saya juga mahu tahu berapa nilai saya sebagai seorang akauntan bertauliah di luar PETRONAS. Pada 30 April 2009, saya menyerahkan surat perletakan jawatan. Untuk mengetahui samada beliau dipujuk supaya tidak meneruskan niatnya untuk meletak jawatan atau tidak silalah baca di ( SINI ) |
Kemelut di Sungai Acheh: Ini kenyataan dari Chegu Bard.. Posted: 11 Apr 2013 04:35 AM PDT Ini adalah kenyataan media oleh Chegu Bard berikutan kemelut yang melanda di DUN Sungai Acheh dimana kita telah menyaksikan akan berlaku pertembungan tiga penjuru yang melibatkan PKR, PAS dan juga UMNO. Pertembungan yang menjanjikan kemenangan buat UMNO ini telah berlaku bilamana malam sebelum PAS mengumumkan calonnya PKR telah mengumumkannya terlebih dahulu. Selain jelas tiada muafakat antara pimpinan atasan baik dari PAS dan PKR, menurut sumber yang aku percayai ianya adalah percaturan kuasa seorang pemimpin yang mahu mengekalkan kerusi yang disandangnya kini. Guan Eng telah meminta Anwar Ibrahim dan juga TG Haji Hadi menyelesaikan kemelut ini.. tetapi jika perkara yang melibatkan DUN sahaja ini perlu campur tangan mereka berdua.. tak perlulah baik PAS mahupun PKR ada pemimpin tertinggi bagi setiap negeri.. Kalau dah ada pun serupa tak ada.. lebih baik tak ada!!.. ada masaalah kita deal terus dengan Pimpinan paling tinggi parti.. Kenyataan Umum Itu kenyataan Chegu Bard.. Dan ini buat macai-macai UMNO yang menjadikan aku dan Chegu Bard sasaran serangan melalui laman Twitter menggunakan askar-askar Twitter.. Sebahagian dari 60 Askar Twitter ini.. Yang bodoh dalam hal ini ialah hangpa.. sebab serang silap sasaran.. Gambar kat atas sekali tu datangnya dari Media Orang Kampung |
Ustaz Azizan.. Kami nak mengundi nie.. awat tak bagi kami cuti? Posted: 11 Apr 2013 12:59 AM PDT Tarikh hari mengundi yang ditetapkan oleh SPR iaitu pada 5 Mei ini iaitu hari Ahad merupakan hari bekerja bagi beberapa negeri yang antaranya ialah Kedah dan Terengganu. Tarikh tersebut iaitu 5 Mei 2013, telah diterjemah oleh beberapa pengguna laman FaceBook sebagai 55 tahun UMNO berkuasa setelah penguasaannya berakhir pada 2013. Malangnya pada hari yang dianggap bakal mencetus sejarah tersebut, Kerajaan Negeri Kedah yang ditadbir oleh PAS/PR enggan mewartakan hari tersebut sebagai hari cuti bagi memudahkan pengundi untuk keluar melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap negara. Alasannya ialah Kerajaan yang ada adalah Kerajaan Sementara.. PRU13: Kedah Tidak Isytihar Hari Mengundi Cuti Umum Seorang pembaca yang terbaca laporan di atas telah mengirimkan e-mail di bawah.. Salam. Berdasarkan pengalaman dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada tahun 2008 yang tarikh mengundinya jatuh pada hari bekerja iaitu Selasa 26 Ogos 2008 memang diakui ada kebenaranya apa yang didakwa oleh pembaca di atas. Ada pihak mendakwa tarikh mengundi yang ditetapkan oleh SPR buat "Ibu Segala Pilihan Raya Kecil" itu bertujuan untuk mengurangkan jumlah majoriti yang akan diperolehi oleh Anwar Ibrahim. Bagaimanapun matlamat mereka gagal bilamana hasil dari kerja keras petugas-petugas dalam Pilihanraya tersebut majoriiti berjaya ditingkatkan dari 13,388 kepada 15,671. Jumlah peratusan yang keluar mengundi yang dicatatkan ialah 81.1% iaitu seramai 47 410 dari 58,449 pengundi berdaftar. Dan kebanyakkan yang tidak keluar mengundi pada hari tersebut mendakwa mereka tidak diberikan pelepasan oleh Majikan mereka dan cuti mereka tidak diluluskan. Lagipun waktu mereka habis bekerja adalah sama dengan waktu pusat mengundi ditutup.. dah tu macam mana nak mengundi.. Kesimpulannya perkara di atas dimana para petugas terpaksa berhempas pulas untuk mencari dan membawa kesemua pengundi untuk keluar mengundi dan pengundi dihalang dari keluar mengundi kerana tugas akan berulang di Kedah.. Perlu diingat semasa Pilihanraya Kecil itu keupayaan jentera Pilihanraya adalah tinggi berikutan dengan limpahan petugas yang datangnya dari seluruh negara.. Jadi... Ustaz Azizan.. bagilah kami cuti.. kami nak mengundi nie... |
Rafizi Ramli, Nurul Izzah dan Tony Pua perlu dipastikan kalah.. arahan Najib Posted: 10 Apr 2013 08:39 PM PDT Perkara ini telah didedahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa perjumpaan tertutup antara beliau dan AJK Cabang Permatang Pauh baru-baru ini.. Tetapi oleh kerana ianya adalah perjumpaan tertutup yang hanya dihadiri oleh beberapa orang AJK sahaja.. maka aku terpaksa simpan dalam ingatan saja.. Selain 3 nama yang Najib mahu pastikan kalah itu.. Nama pencabar kepada Datuk Seri Anwar di Permatang Pauh juga beliau dedahkan.. Dan nama tersebut bukanlah Dr. Mazlan yang sering kelihatan di Permatang Pauh baru-baru ini.. dan bukanlah juga nama Papagomo.. tetapi ianya adalah nama besar dari PAS.. Nama tersebut membuktikan bahawa Najib langsung tidak meyakini kekuatan dan kepimpinan yang ada dalam UMNO Bahagian Permatang Pauh yang mahu meletakkan calon bagi kerusi Parlimen dari kalangan mereka..
Sebab Najib mahu ketiga-tiga calon dari Pakatan Rakyat itu dikalahkan ialah mereka-mereka itu adalah pemimpin pelapis yang mampu menerajui negara dimasa akan datang.. Selain itu faktor 'Bijak' juga merupakan sebab mereka perlu dikalahkan, kerana bagi Najib dan UMNO pemimpin-pemimpin yang bijak tidak punya tempat dalam Malaysia ini.. Lain-lain sebab akan terbongkar secara automatik jika kemenangan berpihak kepada mereka... oleh itu "UNDILAH CALON-CALON DARI PAKATAN RAKYAT!!" |
Pertembungan 3 Penjuru di Sungai Acheh?.. Apa dah jadi ni wei? Posted: 10 Apr 2013 05:00 PM PDT Lewat malam Selasa lalu, Naib Presiden PKR merangkap pemangku Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman mengumumkan Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai che'GuBard sebagai calon di DUN Sungai Acheh. Setelah pengumuman itu.. pada sebelah petang hari Rabu seorang sahabat melaporkan yang Pesuruhaya PAS Pulau Pinang, Datuk Mohd. Salleh Man telah didesak untuk segera mengumumkan Yusni Mat Piah sebagai calon bagi kawasan DUN Sungai Acheh. Desakan itu menurut sahabat itu disuarakan oleh beberapa pemimpin sayap pemuda parti semasa berlangsungnya satu mesyuarat negeri, dan ianya didedahkan oleh seorang pemimpin tinggi PAS Kawasan Permatang Pauh. "Di (DUN) Pinang Tunggal pun tak naik nama Yusni. Pemuda PAS desak sebab Ketua Pemuda mereka tiada kerusi lagi," ujar sumber menerusi telefon. Mereka berkata pemuda tidak kisah berlaku pertandingan tiga penjuru di Sungai Acheh memandangkan DUN itu dianggap 'kerusi tradisi PAS'. Dan pada sebelah malamnya.. muncul laporan yang membuatkan aku sakit hati.. kerana jelas tiada koordinasi antara pimpinan atasan dalam Pakatan Rakyat dalam hal pembahagian Kerusi di negeri ini.. Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man baru mengumumkan Ketua Pemudanya, Yusni Mat Piah sebagai calon bagi kawasan DUN Sungai Acheh. Pengumuman itu sekaligus mengakibatkan pertandingan tiga penjuru ekoran PKR turut mengumumkan che'GuBard sebagai calon di kawasan DUN yang sama untuk menentang Umno. Sumber aku menulis di SINI.. Wei!!! Hangpa ni nak berperang dengan UMNO atau nak berperang sesama sendiri?.. perkara macam ni takkanlah tak ada perbincangan langsung.. Siapa yang ego sangat nih? Buat pihak berkenaan sila selesaikan perkara di atas sebaik mungkin sebelum ianya melarat.. Macai UMNO yang sering membaca Blog ini.. kalau nak komen dan kutuk Pakatan Rakyat sila baca yang di bawah ini dulu... lagi parah... Akar umbi berang MCA 'pinjam' kerusi pada Umno |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan