Isnin, 1 April 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Bas Jelajah Merdeka Rakyat hangus terbakar di Alor Setar?.. Nak menipu pun agak-agakla...

Posted: 01 Apr 2013 09:05 AM PDT


Terkejut juga aku apabila melihat gambar yang dipos di FaceBook milik macai UMNO yang menunjukkan gambar bangkai bas Jelajah Merdeka Rakyat yang hangus terbakar.

Sedangkan sebelum ini tidak ada berita yang didengar atau dibaca sebelum ini tentang insiden tersebut..

Tetapi oleh kerana ianya disiarkan oleh FaceBook milik macai UMNO, sudah pasti kebenarannya belum tentu kerana umum mengetahui fitnah dan macai UMNO memang tak boleh dipisahkan, umpama isi dan juga kuku..

Dan cerita rekaan atau fitnah ini telah dibongkar oleh Admin Rakyat Marhaen..

Admin apabila di beritakan perkara ini agak terkejutlah juga,tapi bila dilihat yang mempostingkan berita ini adalah macai-macai Umno,Admin rasa sesuatu yang tak boleh di percayai,maklumlah nama pun macai-macai Umno,kalau tak fitnah atau pembohong bukanlah Umno.

Sebenarnya Bas Jelajah Merdeka Pakatan Rakyat yang diberitakan hangus terbakar di Alor Setar itu adalah karut,dusta,gila,fitnah,dan itulah kerja jahat Umno melalui macai-macainya utk mewujudkan suasana tidak aman dalam negara kita ini..

Dengan bersumberkan ISRAEL TIMES,mereka Umno telah mengedit gambar Bas Jelajah Merdeka seolah-olah Rakyat Kedah Ganaz seperti mana macai-macai Umno menyerang jentera kempen Pakatan Rakyat di banyak tempat seluruh negara.. (Macai Umno suka baca ISRAEL TIMES) pelik rasanya!!

Menurut Israel Times.Bus hangus terbakar dibomb boleh dirujuk klik SINI , dengan menggunakan gambar tersebut kemudian diedit seolah-olah Bas Jelajah merdeka telah di hangus di bakar di Alor Setar!!! jahat dan amat busuk hati Umno nih..

Disinilah bermula berita fitnah Umno, apa yang boleh admin katakan,jika tidak membawa fitnah ianya bukan Umno,umno dan fitnah tak dapat dipisahkan selamanya jika anda sayangkan negara ini dari gejala fitnah yang berleluasa,apa yang perlu anda lakukan ialah..dengan mengundi Pakatan Rakyat pada PRU13 nanti

 

Lahad Datu: 'Datuk Seri' ditahan di bawah Sosma

Posted: 01 Apr 2013 05:21 AM PDT


Cuba bayangkan jika lelaki yang bersama 'Datuk Seri' dalam gambar di atas itu adalah Anwar Ibrahim ataupun mana-mana pemimpin dari Pakatan Rakyat.. mesti riuh rendah Blog-blog Pro UMNO memainkan isu ini..

Lebih-lebih lagi bila Muhammad Ridzwan mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang pernah ditemuinya pada 15 dan 16 September tahun lalu.

Tapi oleh kerana lelaki yang bersama 'Datuk Seri' ini ialah anak kepada Mahathir.. maka sunyi sepilah mereka...

Polis: Muhammad Ridhwan ditahan di bawah Sosma

KUALA LUMPUR - Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman, yang hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, Muhammad Ridhwan ditahan untuk siasatan lanjut setelah polis mengambil keterangannya.

"Kami tahan dia di bawah Sosma dan dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor," katanya kepada Bernama di sini.

Muhammad Ridhwan, yang berbaju Melayu merah dan berserban hitam, dilihat hadir bersama kenalan dan peguamnya di balai polis itu pada 11.05 pagi untuk membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah.

Lelaki berusia awal 50-an itu menyerah diri selepas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib semalam menamakannya sebagai orang yang dicari untuk membantu siasatan berhubung kes berkaitan Operasi Daulat.

Hamza berkata, Muhammad Ridhwan yang tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari selatan Filipina, diminta menyerahkan diri dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran.

Dengan penahanan itu, jumlah mereka yang ditahan di bawah Sosma bagi membantu siasatan kes pencerobohan Sabah, kini ialah 122 orang.- Bernama

UMNO tawar Video Lucah, Pakatan tawar Motorsikal pada harga lebih murah...

Posted: 01 Apr 2013 12:56 AM PDT


Segalanya terletak ditangan anda ... jika anda mahukan Malaysia dipenuhi dengan video lucah yang siarannya dibenarkan oleh pemimpin UMNO melalui Blog-blog Pro UMNO maka undilah Barisan Nasional..

Tetapi jika anda mahu Motorsikal pada harga yang lebih rendah hasil daripada pengurangan kadar eksais motosikal sebanyak 20 peratus mengikut fasa, dan cukai itu akan dimansuhkan selepas lima tahun undilah Pakatan Rakyat samada PKR, PAS ataupun DAP...

Pakatan akan turut potong cukai eksais motosikal, kata Rafizi

PETALING JAYA, 1 April — Pakatan Rakyat (PR) berikrar untuk memotong cukai eksais kenderaan termasuk motosikal, kata Rafizi Ramli hari ini, memberikan jaminan kepada rakyat berpendapatan rendah mereka tidak akan dilupakan dalam polisi penjimatan kos di bawah pemerintahan PR.

Pengarah strategi PKR itu mengatakan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini, pemilik motosikal perlu membayar cukai eksais sehingga 20 peratus untuk motosikal berkuasa 150cc ke bawah dan 30 peratus bagi yang berkuasa 150cc ke atas.

"Ini bermakna bagi model motorsikal paling murah sekitar RM5,500 pun, jumlah cukai yang dikenakan adalah RM1,334 (cukai eksais dan cukai jualan)," kata beliau dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat parti di sini.

Beliau menambah, lebih membebankan lagi, tiada institusi kewangan yang menawarkan pinjaman sewa beli terhadap pembelian motosikal berkuasa rendah kerana ia tidak menawarkan pulangan yang berbaloi.

Oleh kerana itu menurut Rafizi, rakyat berpendapatan rendah yang memerlukan motosikal sebagai kenderaan mereka perlu membeli dari kedai persendirian dengan kadar faedah lebih tinggi yang boleh mencecah 10 peratus.

"Ini adalah realiti ekonomi yang ramai orang tidak perasan… oleh kerana ramai daripada mereka daripada kelas pekerja mempunyai pilihan untuk memiliki kereta, akan tetapi ramai yang bergantung kepada motosikal.

"Tetapi, pembeli dari golongan berpendapatan rendah terpaksa meminjam dari kedai yang menjual motosikal dan menanggung kadar faedah yang tinggi sehingga ada yang mencecah 10 peratus, oleh kerana tiada skim kewangan," katanya.

"Jadi anda boleh bayangkan bagaimana beban ini kepada golongan terendah dalam masyarakat, saya fikir pada kadar yang sama, mereka juga boleh membayar kira-kira RM200 sebulan di mana RM50 adalah faedah ... itu banyak," katanya.

Menunjuk ke janji sebelumnya oleh PR untuk mengurangkan beban cukai tiga kali ganda kepada pemilik kereta dengan mengurangkan duti eksais secara berperingkat, Rafizi berkata dasar itu akan turut termasuk pemilik motosikal.

Beliau berkata walaupun terdapat kritikan dari pengkritik PR, buku-buku kewangan kerajaan kerana ia telah dimasukkan dalam anggaran RM7 bilion kerugian yang akan berlaku daripada mengurangkan duti eksais.~ The Malaysian Insider

Propaganda menakutkan sambil memperbodohkan Melayu disebar!!

Posted: 31 Mar 2013 09:34 PM PDT



'Race, Religion and Royal' atau dalam Bahasa Malaysia nya 'Bangsa, Agama dan Raja' adalah antara strategi yang pasti akan digunapakai oleh UMNO dalam setiap Pilihanraya..

Ianya sering digunakan untuk menakut-nakutkan Bangsa Melayu kononnya Islam dan Melayu serta Raja bakal terancam jika UMNO/BN tewas pada pilihanraya..

Ini kerana menurut propaganda mereka ketiga-tiga perkara itu bakal terancam kerana pimpinan Pembangkang sanggup bersekongkol dengan bangsa bukan Melayu untuk berkuasa, sedangkan perkara ini telahdilakukan oleh mereka sendiri selama ini.

Mereka telah bersekongkol dengan bukan Melayu dari MCA, MIC, PPP, dan entah apa lagi parti yang kesemua ahlinya terdiri dari bukan Melayu dan Islam selama ini tetapi mereka masih cuba memperbodohkan Bangsa Melayu..

Mereka sering mencanangkan kononnya mereka adalah pejuang Bangsa dan Agama Islam yang sebenarnya di bumi Malaysia ini..

Hakikatnya jika benar apa yang mereka sering canangkan itu.. mengapa Kerajaan Negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS yang seluruh pimpinannya beragama Islam dan majority pemimpinnya berbangsa Melayu, cuba dirampas oleh UMNO/BN?

Jika benar Bangsa Melayu yang diperjuangkan oleh UMNO.. setelah lebih 55 tahun Merdeka dimana kedudukan ekonomi Bangsa Melayu?

Berjayakah kita sedangkan dalam masa yang sama Majoriti Bangsa Melayu masih hidup di bawah paras kemiskinan hingga memaksa Kerajaan yang sedia ada memberikan bantuan kewangan?

Berjayakah kita yang berbangsa Melayu ini jika 55 tahun ditadbir UMNO/BN kita merempat ditanah air sendiri akibat tanah yang dipijak menjadi milik orang hasil kerja pemimpin-pemimpin UMNO yang membeli tanah milik Melayu dan menjualnya kepada pemaju bukan Melayu? 

Bukan Agama dan Bangsa yang diperjuangkan oleh mereka sebenarnya tetapi pangkat dan kuasa untuk membolehkan mereka membina harta…

Sudah-sudahlah memperbodohkan Bangsa Melayu.. 

Ini adalah propaganda menakut-nakutkan sambil memperbodohkan bangsa Melayu yang aku terima melalui e-mail.

Kononnya menurut penulis yang memperkenalkan dirinya sebagai Tan Sri Mohd Zaman Khan Pilihanraya Umum yang ke 13 ini merupakan satu ancaman yang sangat hebat buat masa depan Islam dan Bangsa Melayu.

"Saya hanya mampu mengedar secara pos rayuan persendirian saya ini kepada kenalan yang terhad, tolong apalah kiranya diedarkan kepada kaum kita SEISLAM dan SEBANGSA memalui e-mail ataupun dibuat salinan" tulis Zaman Khan.

Oleh itu tulisnya lagi "Marilah kita mengembeling tenaga berusaha menentukan BN akan berjaya dan memberi peluang kepada kita membetulkan apa yang tidak baik, saya merayu apalah kiranya saudara forward atau buat salainan rayuan saya ini kepada semua Melayu semoga mereka sedar betapa bahayanya dan apa akibatnya sekira BN runtuh. Memang banyak kelemahan. Kita akan perbetulkan apabila BN balik berkuasa. Rakyat, khususnya muda mudi, telah berkesedaran bahawa kumpulan mereka bolih menukar masa depan. Edar juga kpd pihak parti pembangkang Melayu.

Muka pertama propaganda

Muka akhir propaganda

Seluruh propaganda setebal 35 mukasurat tersebut sila lihat di ( SINI )

Lahad Datu: Datuk Seri diburu Polis muncul di FB.. Ini kenyataan beliau..

Posted: 31 Mar 2013 06:00 PM PDT


Seorang individu lelaki dikenali sebagai Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman berasal dari Georgetown, Pulau Pinang dicari pihak polis hari ini bagi membantu siasatan berhubung Ops Daulat yang masih dilaksanakan ketika ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, lelaki itu dikatakan merupakan Yang Dipertua serta Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia (Al-Ehsan Islamiah) dan masih menjawat jawatan itu sehinga ini.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung individu ini diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis. Polis juga meminta individu ini tampil menyerah diri bagi membantu siasatan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini... Lapor BERNAMA

Rentetan dari laporan tersebut individu yang bernama  Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman telah mengeluarkan satu kenyataan di laman FaceBook miliknya..

Assalamualaikum, Ayahanda Dato Seri' Muhammad Ridhwan Bin Sulaiman Merangkap Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia akan membantu pihak Polis berkaitan siasatan Operasi Isu Pencerobohan Lahad Datu, Sabah.

Untuk pengetahuan, Ayahanda Tidak berkaitan Dengan Pengganas mahupun Jamalul Kiram III. Beliau Hanya Mengenali SULTAN MUEDZUL-LAIL TAN KIRAM merangkap Raja Muda (Crown Prince) yang disahkan oleh Kerajaan Filipina.

Tujuan beliau menolong adalah hanya untuk membantu Umat Islam yang tidak berkemampuan Di Sulu.

Diminta pihak-pihak tertentu supaya Tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan Isu ini.

Ikuti Perkembangan Melalui Media Massa dari semasa ke masa. Amar Maaruf Nahi Mungkar,

Sekian, Harap Maklum.

Sumbernya dari SINI 

Tengok siapa kawan dia ni..





Tiada ulasan: