Ahad, 7 April 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Petanda Hamidah Tengin akan terbenam di Sungai Rapat

Posted: 07 Apr 2013 07:28 AM PDT


Petang tadi beberapa petugas PAS Cawangan Sungai Rokam (gambar bawah) telah melancarkan expedisi pemasangan bendera di puncak Gunung Rapat sebagai simbolik kesungguhan PAS bersama Pakatan Rakyat menawan Dun Sungai Rapat dan sekali gus Parlimen Gopeng.

Expedisi tersebut mengambil masa hampir tiga jam sebelum berjaya memacakkan dua bendera dipuncak tertinggi  di kawasan Sungai Rapat ini sebagai petanda kepada Hamidah bahawa dia pasti kami benamkan ke dalam Sungai Rapat!

Korang boleh tengok atas gunung bila melalui Tmn Song Choon menuju Gunung Sam Poh Thong tu..... tahniah kepada para petugas-petugas tersebut.



YB Dr Lee Boon Chye akan mempertahankan kerusi Parlimen Gopeng yang di menanginya pada PRU 12 dulu.

Sementara Dun Sungai Rapat akan diwakili oleh Ust Radzi Zainon dan Dun Simpang Pulai akan diwakili calon dari PKR yang masih belum ditentukan lagi.

Lee Boon Chye akan berhadapan dengan calon BN dari MCA.Tetapi masih belum lagi dipastikan kerana Gerakan juga menuntut tempat tersebut.

Radzi Zainon dipercayai akan memenangi Dun Sungai Rapat dengan mudah kerana lawannya dari Umno, Hamidah Osman, Makcik Tengin tidak mendapat sokongan dari 18 orang rakan-rakan dari Jawatankuasa UMNO Bahagian Gopeng.

Hamidah Tengin ini bakal menghadapi undi protes dari kalangan Ketua Bahagiannya sendiri, Datuk Hamzah Kassim yang telah menentang pencalonan nama Hamidah.

Tiada ulasan: