Ahad, 28 April 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Sebab kenapa Hamidah tidak layak jadi Yang Berhormat ....

Posted: 28 Apr 2013 07:42 AM PDT

Hamidah Osman jelas terbukti tidak layak untuk menjadi seorang wakil rakyat. Jauh sekali diberikan penghormatan bergelar sebagai 'Yang Berhormat'.

Gelagat gerombolan samseng yang didalangi Hamidah

Hamidah adalah dalang sebenar di sebalik kekacauan malam tadi di Sungai Rokam. 

Lebih kurang 300 lebih gerombolan samseng yang diupah Hamidah mendesak supaya banner yang di pasang di halaman rumah persendirian berhadapan dewan orang ramai kampung Sungai Rokam itu diturunkan.

Hamidah tidak sanggup berhadapan dengan realiti 
kenyataan Bekas Naib Ketua Wanita Umn Malaysia, 
Kamilia Ibrahim

Gerombolan samseng tersebut diapi-apikan oleh adik Hamidah sendiri yang bernama Hamizura Osman yang cuba mengarahkan pasukan polis yang bertugas di situ supaya menurunkan banner tersebut.

Perbincangan degan pasukan pemantau SPR

Mereka ingat kerja polis menurunkan banner? Polis enggan menurut kemahuan Hamizura yang bongkak lagi sombong itu dan menyuruhnya bersabar menunggu kehadiran wakil pemantau SPR datang ke situ.Namun Hamizura macam dirasuk jembalang taik babi! Tidak tentu arah menjerit-jerit!

Gerombolan samseng yang tidak bertamadun ini langsung tidak tahu menghormati sistem demokrasi yang diamalkan oleh negara yang sudah merdeka lebih 56 tahun.Mereka menjerit-jerit 'Turun!' 'Turun' di tengah-tengah malam buta dan amat menganggu ketenteraman awam di kampung ini.

Kami membenarkan SPR membuka banner Kamilia

Setelah wakil pemantau SPR hadir dan berbincang dgn saya selaku Ketua PAS cawangan Sungai Rokam, kami akur dengan kehendak SPR dan polis yg menasihatkan kami supaya menurunkan banner yg dipasang dalam kawasan tanah rumah seorang sahabat bagi mengelakan kekacauan.

Tidak lama kemudian gerombolan samseng tersebut menuntut supaya bilbod yang dipasang berhampiran pintu masuk dewan itu pula di turunkan dari situ.

Apasal yang Hamidah marah sangat dengan bilbod sebegini?

Sedang saya berbincang dengan pasukan pemantau SPR, ramai gerombolan samseng Hamidah berkerumun di sekitar bilbod tersebut.Tanpa kita sedari, mereka telah merosakan bilbod tersebut.Lihatlah apa yang mereka lakukan itu.

Umno/BN naik hangin bila ditanya "Anda bila lagi"

Nak tanya Hamidah, beginikah cara kau nak jadi pemimpin yang baik? Menjana keganasan dan kekacauan yang melampau walaupun terhadap bangsa dan sesama Islam.Malulah dengan bangsa lain yang lebih pandai menjaga maruah bangsa dan harga diri. Apa nak buat, ko tu memang betina tengin.Kami simpati dengan kamu....

Di sebalik gangguan sedemikian, kami tetap menjalankan kegiatan kami. Kami tidak hiraukan gelagat brutal yg mereka lakukan.Saya nasihatkan sahabat-sahabat supaya jangan melayan kerenah dan kelaku samseng mereka dan elakan pergaduhan dgn mereka.Saya nasihatkan mereka supaya terus menjaga akhlak yang baik kerana kita bakal menjadi pemerintah negara ini selepas 5 Mei nanti, dengan izin Allah SW! Lihatlah kerja kami seterusnya malam tadi ~

Kami perbetulkan pintu gerbang kami petang tadi ...

Kalau kita layan kerenah dan patah semangat perjuangan, tentu kita tidak mampu menaikan pintu gerbang seperti diatas ini.Beginilah cara kami berkempen mengikiu lunas-lunas demokrasi. Saya akan menulis lagi mendedahkan keganansan Hamidah seterusnya nanti.Ada tugas yang perlu saya lakukan lagi malam ini ...Doakanlah kemenagan untuk Islam!

Tiada ulasan: