Rabu, 3 April 2013

Addin

Addin


Pakatan Rakyat Bakal Menang 8 Kerusi Parlimen Di Sarawak

Posted: 03 Apr 2013 04:05 PM PDT


Dilihat satu tamparan hebat setelah beberapa jam parlimen dibubarkan hari ini, Pakatan Rakyat Sarawak dijangka akan melakukan kejutan terbesar buat Barisan Nasional (BN) semasa pilihanraya umum ke-13 tidak lama lagi.

Beberapa bulan lalu, Jalan Pulang telah mendapatkan beberapa maklumat penting mengenai perkembangan politik semasa di Bumi Kenyalang itu dan hasilnya begitu mengejutkan.Daripada 31 kerusi parlimen keseluruhan yang berada di negeri ini, Pakatan Rakyat hampir pasti akan menyapu sekurang-kurangnya lapan kerusi parlimen yang majoritinya kaum Cina dan Iban.

Lapan kerusi yang dimaksudkan adalah, Stampin, Bandar Kuching, Sarikei, Sibu, Miri, Lanang, Saratok dan Baram.Enam kerusi awal yang dinyatakan merupakan kerusi yang diperuntukkan kepada SUPP manakala selebihnya merupakan kerusi yang ditandingi SPDP.Ketua menteri, Taib Mahmud sendiri mengesahkan perkara itu apabila memberitahu pengerusi BN, Najib Altantuya bahawa BN Sarawak hanya mampu menyumbang 23 kerusi bagi membantu BN mengekalkan kuasa kerana menyedari banyak kerusi BN di Semenanjung bakal tumbang.

Kesemua lapan kerusi tersebut mempunyai 'masalah' tersendiri hingga BN negeri dikatakan sudah tidak dapat berbuat apa-apa lagi.Antara masalah yang dikenal pasti menyumbang kepada kekalahan BN adalah sokongan pengundi Cina yang semakin naik terhadap calon DAP hingga dikatakan mencecah sekitar 75 peratus.Kegagalan SUPP menyaingi pengaruh dan keberkesanan DAP dalam menyelesaikan maslalah kaum itu juga antara faktor utama lapan kerusi ini bakal tumbang.

Taib juga sudah tidak memikirkan nasib SUPP sebaliknya hanya mahukan calon-calon partinya, PBB menang di kesemua 17 kawasan yang ditandingi dalam pilihanraya umum kali ini.Selain itu kegagalan Taib menyelesaikan pertikaian mengenai empangan di Baram juga mampu menggugat BN kali ini kerana penduduk yang terjejas dengan pembinaan empangan itu marah kerana tanah mereka dirampas tanpa diberi pampasan sewajarnya.

Sekiranya dalam tempoh terdekat, kempen berterusan Pakatan Rakyat melalui siaran radio internet dari London, Radio Free Sarawak (RFS) berjaya menembusi rumah panjang dan kawasan pedalaman yang sukar untuk dihubungi melalui jalan darat, ada kemungkinan jumlah tersebut bertambah kepada 12.Isu tanah adat, pengusiran tanpa pampasan setimpal, kedudukan semasa BN negeri yang bermasalah serta pendedahan skandal membabitkan Taib yang didedahkan Global Witness dan kekayaan luar biasa dari amalan rasuah dan salah guna kuasa terus menyebabkan BN berada dalam keadaan tertekan untuk mempertahankan seberapa banyak kerusi parlimen. ~jalan pulang




Iklan C (ii)




4 Negeri Pakatan Rakyat Bubar DUN Esok

Posted: 03 Apr 2013 10:04 AM PDT


Empat negeri yang diperintah Pakatan Rakyat (PR) akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing hari ini dan esok bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan serentak.

Ini berikutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas menerima pelbagai tekanan hebat dan desak membubarkan Parlimen berkuatkuasa hari ini seleas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, beliau akan menemui Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Abdul Rahman Abbas, pagi esok bagi memohon persetujuan untuk membubarkan DUN.Lim berkata, beliau sudah menerima faksimili daripada Perdana Menteri yang memohon kerjasamanya untuk membubarkan DUN serentak dengan pembubaran Parlimen."Beliau meminta kerjasama saya membubarkan sererntak. Jika ini berlaku, semua dokumen berkaitan akan dihantar.

Exco negeri tiada masalah untuk mengadakan pilihan raya serentak dengan Parlimen."Oleh itu, saya akan bertemu dengan Yang Dipertua Negeri jam 9.30 pagi esok untuk mendapat kebenaran membubartkan DUN," katanya.Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula akan membubarkan DUN esok.

Katanya, Sultan Selangor juga sudah dimaklumkan berhubung perkara itu ketika beliau mengadap Tuanku di Istana Alam Shah kira-kira jam 1.30 petang tadi."Setelah berbincang mengenai status DUN Selangor, Tuanku Sultan berkenan untuk mengadakan upacara pembubaran DUN esok di Balai Rong Seri, Istana Alam Shah, Klang, jam 2.30 petang.

"Acara pembubaran itu akan juga disaksikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor serta Ahli Majlis Dewan Diraja," katanya dalam satu kenyataan.Abdul Khalid sebelum ini membayangkan DUN Selangor akan dibubar 22 April ini jika Najib masih melengahkan tarikh pembubaran Parlimen.Bagaimanapun, pengumuman pembubaran Parlimen hari ini, pilihan raya bagi DUN Selangor dijangka serentak dengan Pusat.Kerajaan Kelantan juga mahu PRU-13 bagi DUN negeri itu diadakan serentak dengan Parlimen walaupun boleh ditangguh dua minggu lagi.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bagaimanapun tarikh pembubaran DUN hanya akan diumumkan sebaik sahaja diperkenankan Sultan Kelantan.Katanya, tarikh untuk mendapat perkenan Sultan Kelantan bagi pembubaran DUN pula akan diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Lajnah Politik dan Pilihanraya negeri jam 2.30 petang ini.Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, Kota Bharu, tengahari tadi.

Di Alor Star, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan menghadap Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur, esok untuk urusan pembubaran DUN.Katanya, selepas itu baru beliau akan menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di sini bagi memohon perkenan untuk membubarkan DUN. ~roketkini.com



Iklan C (ii)



Punca Najib Bubar Parlimen Hari Ini Tersebar..

Posted: 03 Apr 2013 08:08 AM PDT


PAS percaya pengumuman pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri, Najib  hari ini dibuat selepas beliau mendapat tekanan hebat dari pihak dalam Umno BN sendiri.

Setiausaha Agungnya, Mustafa Ali berkata, Najib sebenarnya tidak berhasrat untuk membuat pembubaran parlimen awal namun kerana ada desakan dan beberapa faktor yang dilihat 'sesuai' untuk pembubaran, maka pembubaran akhirnya dibuat hari ini.

"Saya mendapat info sebenarnya Najib Altantuya tak berhasrat untuk membubarkan parlimen awal. Tapi sebab dia dapat desakan dari dalam dan dia melihat seolah-olah ada sedikit kekecohan dalam Pakatan Rakyat soal pembahagian kerusi.

"Jadi dia menggunakan kesempatan ini untuk membubarkan parlimen," katanya yang dihubungi Harakahdaily.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata, jika Najib  membubarkan parlimen atas maklumat bahawa hubungan Pakatan Rakyat 'retak' ekoran pembahagian kerusi, telahan Najib Altantuya tersebut ternyata silap.

"Tapi sebenarnya Najib  silap kerana soal pembahagian kerusi Pakatan dah selesaikan awal.

"Kerjasama pakatan kekal malah semakin utuh dan kita dapat selesaikan pembahagian kerusi secara cepat," katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman pembubaran parlimen oleh Najib yang disiarkan secara langsung jam 11.30 pagi ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Dengan pembubaran tersebut juga, Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihanraya.

Semalam, Mustafa membayangkan kemungkinan PRI13 hanya akan berlaku selewat-lewatnya akhir Mei memandangkan Najib Altantuya dilihat tidak bersedia.

Dalam pada itu, beliau turut mengharapkan semua parti khususnya BN supaya dapat bertanding secara gentleman, bersih, dan tidak melakukan perkara-perkara yang menyalahi prinsip pilihanraya.

"PAS harap pimpinan-pimpinan BN dapat bertindak scara gentlemanlah.

"Kepada semua ahli, kita bersiap sedia menghadapi PRU semaksima mungikin untuk memenangkan PAS dan Pakatan," katanya. ~harakahdaily



Iklan C (ii)



Najib Umum Letak Jawatan Sebagai PM

Posted: 03 Apr 2013 12:19 AM PDT


Parlimen dibubar berkuat kuasa hari ini, sekali gus membuka laluan bagi Pilihan Raya Umum ke-13. Pembubaran diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

"Pembubaran ini membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 sejak negara merdeka," kata beliau dalam pengumuman khas yang dibuar dari Pejabat Perdana Menteri dan disiarkan secara langsung jam 11.30 pagi.

Pengumuman ini dibuat ketika Najib genap empat tahun menjadi perdana menteri. Mandat kerajaan pusat akan berakhir pada 28 April 2013.

Dalam ucapannya, Najib yang diiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah menghadap dan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk membubarkan Parlimen Ke-12 hari ini.

Barisan anggota jemaah menteri juga hadir pada majlis pengumuman khas itu.

Najib turut menasihati semua kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) masing-masing kecuali Negeri Sembilan dan Sarawak, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.

Dun Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan.

Berikutan pengumuman pembubaran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian. ~bernama

Addin:

Sebentar tadi, najib umum pembubaran parlimen. Maknanya najib telah letak jawatan sebagai pm.so jangam berangan masih jadi pm pulak.srkrang najib sudah jadi rakyat biasa. Jadi berkempen janganlah guna title pm lagi,macam tunku abdul rahman



Iklan C (ii)



Kuantan Hampir Lumpuh.. Mana Najib?

Posted: 02 Apr 2013 09:17 PM PDT


Orang ramai di seluruh bandar ini dan kawasan sekitarnya merungut dan kecewa dengan masalah terputus bekalan air yang semakin kerap melanda sekarang ini.

Walau pun isu ini sudah berkali-kali diwar-warkan, namun nampaknya situasi yang melanda kini semakin teruk malah lebih memburukkan. Berbagai aktiviti terjejas gara-gara masalah air yang melanda.

Malah, tidak kurang juga yang kecewa kerana semenjak Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang dikorporatkan menjadi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) masalah air di Pahang semakin kritikal dan cukup membimbangkan.

Difahamkan, kawasan yang terjejas ialah seluruh Jalan Kuantan By Pass dari Lapangan Terbang sehingga seluruh Indera Mahkota termasuk Pandan, Permatang Badak, Bukit Rangin, Seluruh Jalan Gambang dari Kemunting sehingga simpang Gambang termasuk Tanah Putih,Batu 3,Sg. Isap.

Permatang Badak,Taman Tas, Seri Mahkota,Jaya Gading,Sri Damai,Kem Batu 10, Sri Fajar, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Seluruh Jalan Sungai Lembing dari Indera Mahkota sehingga Bukit Bakong termasuk Kg. Pandan, Taman Impianku,Bukit Kuin, Batu Sawar. Seluruh Kawasan Galing, Air Putih, Bukit Sekilau, Jalan Hj. Ahmad sebahagian Bukit Ubi dan Jalan Lim Hoe Lek.

Turut terlibat ialah seluruh Jalan Pekan sehingga Kg.Ubai termasuk Inderapura, Indera sempurna, Tanjung Lumpur, Peramu, Sg.Soi, Berjaya Permai dan sekitarnya.

Dr. Siti Mariah Mahmud
MP Kota Raja


Iklan C (ii)



(Kemaskini) Najib Jangka Umum Bubar Parlimen Jam 11.30 Pagi Ini?

Posted: 02 Apr 2013 07:07 PM PDT

Konvoi Perdana Menteri memasuki  perkarangan Istana Negara
KUALA LUMPUR: Semua mata akan tertumpu pada mesyuarat Kabinet hari ini di Putrajaya selepas beberapa minggu sebelum ini timbul pelbagai spekulasi Dewan Rakyat akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.



Perdana Menteri tiba di Istana Negara pada jam 8.25 pagi ini

Datuk Seri Najib Tun Razak dan menteri-menteri Kabinet lain dijadualkan akan mengadakan sesi fotografi berkumpulan - yang turut dispekulasikan sebagai sesi fotografi terakhir sebelum pilihan raya kerana terdapat arahan kepada semua menteri Kabinet untuk mengenakan sut gelap dan bertali leher merah.


Seperti biasa, kumpulan wartawan dan jurufoto sudah berada di Istana Negara sejak pukul 7 pagi lagi menantikan kehadiran Perdana Menteri

Difahamkan juga Perdana Menteri akan melakukan pertemuan seperti biasa dengan Yang di-Pertuan Agong pada waktu pagi ini dan kesempatan itu boleh juga digunakan untuk mendapatkan keizinan Raja untuk membubarkan Dewan Rakyat.

Media sebelum ini telah membuat spekulasi mengenai kemungkinan tarikh untuk pembubaran Parlimen dan pilihan raya apabila tempoh tamat Dewan Rakyat dijangka berakhir pada 30 April ini.

Najib juga akan menyambut tahun keempat beliau memegang jawatan Perdana Menteri hari ini, setelah mengangkat sumpah pada tahun 2009 selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan berikutan prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 2008.

Jika Dewan Rakyat dibubarkan hari ini, Najib dijangka membuat pengumuman itu pada sidang akhbar yang dinanti-nantikan oleh semua stesen TV yang telah pun bersiap sedia untuk menyiarkannya secara langsung.

Majlis Tertinggi Barisan Nasional juga dijadualkan akan bermesyuarat esok dan dijangka Najib akan mengesahkan senarai calon berdasarkan senarai yang disediakan oleh 14 parti komponen lain.

Najib juga dijangka tidak akan mengumumkan nama-nama calon sehingga selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Najib juga akan berbasikal pada jam 5 petang di Putrajaya hari ini di mana beliau dan menteri-menteri Kabinet lain akan berbasikal sejauh 12km untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan untuk memberikan orang ramai peluang untuk berinteraksi dengan PM dan menteri-menteri.

Kira-kira 10,000 orang dijangka mengambil bahagian dalam acara yang disebut-sebut sebagai 'Kayuhan Patriotik 1Malaysia@Putrajaya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bergerak keluar dari Istana Negara kira-kira jam 9.10 pagi tadi selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. ~berita harian

Perdana Menteri akan berucap secara langsung di televisyen jam 11.30 pagi ini, menurut Jabatan Perdana Menteri. ~bernama


Iklan C (ii)



Zul Kulim Kantoi Lagi.. Saksikanlah!!

Posted: 02 Apr 2013 06:03 PM PDT


Minggu lepas terdedah video Zul Nordin mengajuk serta mempermainkan agama Hindu. Video tersebut boleh dilihat di bawah atau klik di sini.

Video tersebut telah mengundang bala kepada Zul Nordin khasnya dan kepada UMNO amnya kerana Zul Nordin adalah Naib PResiden PERKASA, sebuah NGO yang dipandang sebagai sayap UMNO. Maka, apabila buruk nama PERKASA, buruklah nama UMNO.

Walaubagaimanapun, secara terburu-buru Zul Nordin telah meminta maaf. Namun, dalam permintaan maaf tu pun, sempat jugak si Zul Nordin ni memfitnah PAS.

Dia kata dia buat kenyataan tersebut sewaktu dia menjadi ahli PAS.

Cumanya, dalam video tersebut, Zul Nordin telah membuat rujukan kepada patung Murugan di Batu Caves. Beliau merujuk kepada patung Murugan sebagai sebahagian dari ajukan dan permainan beliau terhadap agama Hindu.

Di sinilah terdedah nya pembohongan si Zul Nordin ini.

Mengikut laporan MSTAR Online, (rujuk sebelah)patung Dewa Murugan hanya siap pada tahun 2006.


Pada tahun 2006, Zul Nordin telah selamat dipecat dari PAS kerana melanggar keputusan dan disiplin parti.


Dia telah bertanding di atas tiket PKR tanpa kebenaran dari pihak AJK PAS Pusat sekaligus keahlian beliau dilucutkan dari PAS kerana itu. Beliau bertindak begitu ekoran nama beliau tidak dipersetujui Majlis Syura Ulama PAS sebagai calon pilihanraya. Khabarnya berkaitan dengan masaalah akhlak.


Ertinya, mana mungkin ceramah Zul Nordin ini dibuat waktu beliau di dalam PAS. Mustahil sama sekali. Jelas Zul Nordin ni pembohong dan penipu punya kaum.


ISLAM MENGHARAMKAN UMATNYA MENGHINA TUHAN AGAMA LAIN

Di dalam Al Quran Allah SWT menyebut:
‏وَلَا تَسُبُّوا۟ ٱلَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ فَيَسُبُّوا۟ ٱللَّهَ عَدْوًۢا بِغَيْرِ عِلْمٍۢ ۗ كَذَلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِم مَّرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ

(6:108) Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yg mrk sembah selain Allah, krn mrk nanti akan memaki Allah dgn melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mrk. Kemudian kpd Tuhan mrklah kembali mrk, lalu Dia memberitakan kpd mrk apa yg dahulu mrk kerjakan.
Ertinya Zul Nordin ini adalah seorang yang jahil agama dan buta agama. Dia berbuat perkara yang jelas dilarang oleh Allah SWT.


Inilah padahnya seorang manusia yang menjual agama untuk menaikkan nama dan diri sendiri. Segala tindakan beliau yang dibuat atas nama agama akhirnya memakan diri beliau sendiri.


Syukur lah Zul Nordin sudah tiada lagi di sisi perjuangan Islam

~tulang besi



Iklan C (ii)



Biadap!! Samseng Umno Persenda Lagu NEGARAKU Untuk Ganggu Ceramah Anwar

Posted: 02 Apr 2013 04:43 PM PDT


JOHOR BAHARU 3 APRIL: Sekumpulan samseng Umno mempersenda lagu Negaraku semata-mata mahu mengganggu ucapan pemimpin Pakatan Rakyat terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sebab lagu Negaraku, saya berhenti sekejap," kata Ketua Umum KEADILAN itu apabila lagu itu berkumandang, malah turut menyanyi bersama-sama pemimpin dan penyokong Pakatan.

Sebaik saja meneruskan ucapan pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Datuk Sulaiman Menteri di sini, malam tadi, sekitar 20 samseng Umno memutar semula lagu kebangsaan itu berulang kali.

"Saya hormat (lagu) Negaraku tapi ini sudah jadi mainan mereka (Umno)," kata Anwar sebelum meneruskan ucapan.

Kejadian sama lebih awal berlaku terhadap Lim Guan Eng apabila lagu Negaraku dipermain untuk mengganggu ceramah Setiausaha Agung DAP itu.

Guan Eng juga menghentikan ucapan apabila lagu itu kedengaran, sebaliknya samseng Umno terus memasang semula lagu berkenaan beberapa kali.

Lebih 2,000 hadirin menggeleng-geleng kepala menyaksikan pelakuan tidak senonoh itu, malah ada tertawa melihatkan perangai kebudak-budakan itu.


Samseng Umno berselindung di sebalik program 'Malam Mesra' kira-kira 50 meter dari lokasi ceramah.

Mereka turut memutar beberapa lagu lain termasuk lagu rasmi Umno dengan kuat dan menghala pembesar suara ke tapak ceramah sepanjang program itu.

Samseng Umno juga berbuat bising, terjerit-jerit memaki hamun dan menghambur kata-kata kesat sambil mengibar bendera Umno dan BN.

Anggota polis yang berkawal pula dilihat tidak berbuat apa-apa untuk menghentikan provokasi berterusan itu.

Untuk tonton, sebahagian kebiadapan samseng Umno, KLIK INI.

~keadilandaily


Iklan C (ii)



Tiada ulasan: