Addin |
- Ribuan Pengundi Hantu Sudah Tiba Di KLIA?? Lihat Gambar Ni
- Blogger Popular Pro Umno Di Timpa Kecelakaan
- Lagi VVIP Sertai PAS
- Bekas Duta AS Ramal Pakatan Rakyat Buat Kejutan
- SPR Mengamuk Sakan
- Ribuan Penduduk Pandan Serbu Rafizi Ramli
- Punca Wanita Tiada Tempat Dalam Umno Terbongkar..
- Dengan Muka Selamba.. Nizar Berkempen Di Bilik Gerakan BN
Ribuan Pengundi Hantu Sudah Tiba Di KLIA?? Lihat Gambar Ni Posted: 25 Apr 2013 09:16 AM PDT Tu dia.. dah sampai dah.. siapa boleh jelaskan bangla bangla ni ramai ni datang untuk apa? Apakah berbaju hijau seolah olah uniform kerja kilang ni hanya untuk "mengaburi" mata oarang ramai? Adakah jaminan mereka ni bukan pengundi hantu? Musim mengakut pengundi hantu dah tiba!!!Dari Sabah turun KLIA.. bas2 disediakan.. Lokasi lokasi tu tersorok ke dalam. Ade pengawal jaga kat jln besar arah bas2 tu masuk ke kwsn park.Pastu berderet2 bas masuk dlm, plate sume W. Bila masuk pusing ke kwsn park tu, ade lebey kurg 12 biji bas. Bas persiaran..Sebelum ni tak ada pun bas2 ni parking kat sana.. Mencurigakan.. kemungkinan ini bas2 yang akan tunggu penumpang pengundi hantu.Mohon sesiapa yang dekat sana tolong check! Lokasi die, tpk psr mlm pekan salak lame, antara pekan yg dkt dgn KLIA . Tak Nak BN....#TumbangBN #No2BN PRU 13 nanti ☒ PAS ☒ PKR ☒ DAP Baca pendedahan seterusnya di SINI. |
Blogger Popular Pro Umno Di Timpa Kecelakaan Posted: 25 Apr 2013 07:31 AM PDT Pemilik atau pengendali Blog Dr. MiM, Dr. Novandri Hasan Basri dan seorang rakannya, Azlan Alidi laporkan telah mengalami kemalangan awal pagi tadi. Dr. Novandri Hasan Basri, 45, yang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Bukit Gelugor dan Azlan Ali, 36, mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Hospital Slim River. Selain dari menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda, Dr. Novandri juga dikatakan mengetuai Unit Media Baru bagi Pulau Pinang. Pemilik Blog Minda Intelek Melayu (MiM) sebelum ini telah disaman oleh Khalid Samad Musa kerana fitnah. ~bloglist |
Posted: 25 Apr 2013 06:14 AM PDT Seorang lagi tokoh masyarakat mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS hari ini sebagai penyataan sokongan kepada Pakatan Rakyat menuju Putrajaya.Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail bin Samion, adalah bekas Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional (UPNN) menyerahkan borang permohonannya kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.Turut serta di majlis yang diadakan di Pusat Media PAS itu adalah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Mahfuz ketika mengalu-alukan kemasukan Ismail, berkata lonjakan ini akan memberi ruang kepada mana-mana bekas tentera untuk tampil berani bersama-sama menyokong Pakatan Rakyat."Bukan sahaja bekas tentera, malah anggota tentera yang masih berkhidmat pun perlu bersama-sama berani membuat perubahan. Sehubungan itu, saya menyeru yang lain, khususnya TUDM untuk menjejaki langkah Datuk Ismail ini," kata beliau kepada wartawan. Mustafa pula menyifatkan kemasukan Ismail itu merupakan satu gambaran kesedaran yang menyeluruh di kalangan rakyat yang mahukan perubahan."Saya melihat kemasukan daripada kalangan bekas pegawai kerajaan, sama ada tentera ataupun sivil, ia satu gambaran kesedaran yang menyeluruh untuk membuat perubahan," kata beliau. Beliau juga berharap dengan kemasukan Ismail ini akan memperkemaskan lagi jentera kempen Pakatan Rakyat, khususnya di Kedah.Dilahirkan di Kuala Nerang, Kedah pada 23 Nov 1951, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail Bin Samion (TUDM) merupakan lulusan dari Universiti Reading, UK dalam bidang kejuruteraan mekanikal pada tahun 1980. Beliau telah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia selama 38 tahun sebagai seorang jurutera dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Komandan Akademi Tentera Malaysia (MAM) dan akhirnya sebagai Naib Canselor (VC) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).Kerjayanya dalam TUDM bermula sebagai seorang jurutera junior di skuadron pengangkutan (helikopter) dan semakin memuncak apabila dilantik ke jawatan Penolong kepada Ketua Tentera Udara (Kejuruteraan). Beliau dilantik sebagai ketua jurutera TUDM (1997 hingga 2000) sebelum dilantik sebagai komandan MAM pada tahun 2001.Apabila Akademi dinaik taraf kepada Universiti Pertahanan, pada tahun 2006, beliau telah dilantik sebagai Naib Canselor pertama. Beliau merupakan jurutera pertama yang dilantik sebagai Naib Canselor sesebuah IPTA.Selain daripada itu, beliau juga pernah memegang beberapa jawatan penting lain di dalam berbagai sektor industri dan kejuruteraan Malaysia.Beliau juga sangat aktif dalam menyokong aktiviti-aktiviti Industri Pembinaan dalam sebagai seorang penilai panel (2005 hingga 2010). Beliau juga merupakan salah seorang daripada perintis bagi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam menilai dan mencadangkan penerima anugerah The CEO of the Year dan The Prominent Award.Beliau pernah mewakili Institusi Jurutera (IEM) di dalam Lembaga Panel Tatatertib, Peguambela & Peguamcara (2010 hingga 2012) dan juga sebagai ahli PEMUDAH Selangor (2010 hingga 2012).Mempunyai seorang isteri, Datin Khalijah Hashim dan dikurniakan 4 orang cahayamata. Ayah beliau, Samion bin Mohamad, adalah salah seorang bekas anggota tentera yang terkorban ketika Kedah diserang komunis pada tahun 1954. Ibu beliau bernama Aminah bt Ishak.Penyertaannya ke dalam PAS hari ini melambangkan kesediaan Pakatan Rakyat untuk mentadbir dengan dengan baik dan mendapat sokongan dari teknokrat negara. ~harakahdaily |
Bekas Duta AS Ramal Pakatan Rakyat Buat Kejutan Posted: 25 Apr 2013 12:48 AM PDT Berpengalaman selama lebih tiga tahun sebagai Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, John R Malott (gambar, dua dari kiri) mengakui pilihanraya umum ke-13 kali ini disifatkannya sebagai 'sangat sengit' dan terlalu terbuka. Malott yang merupakan duta besar AS dari tahun 1995 hingga 1998, ketika bekas timbalan perdana menteri, Anwar Ibrahim dipecat dari Umno dan kerajaan memberitahu bahawa Pakatan Rakyat yang diketuai Anwar lebih bersedia menghadapi pilihanraya berbanding lima tahun lalu. Bercakap dalam satu majlis percambahan minda anjuran Kelab Wartawan Kebangsaan AS di Washington semalam, Malott memberitahu bahawa walaupun BN menang sekalipun ia tidak dapat tidak akan terus ditekan dari seluruh penjuru kerana terus mengamalkan politik rimba tanpa memberi kebebasan kepada media, ekonomi bebas dan masa depan negara di rantau Asia Tenggara ini. Sambil mengakui Anwar merupakan calon paling tepat untuk menggantikan bekas perdana menteri, Malott menyatakan sekiranya Pakatan Rakyat menang dan berkuasa, AS pasti akan mengiktiraf kerajaan baru kerana negara Malaysia merupakan rakan dagang penting negara Uncle Sam itu di sebelah Asia. Bagi mengimbangi China dan Korea Selatan dari segi ekonomi, Malott turut mengingatkan bahawa jika BN tidak berubah selepas pilihanraya umum 5 Mei nanti, pelabur asing terutama AS akan terus menjauhi Malaysia dan meneroka peluang di negara lain seperti Vietnam, Myanmar dan Kemboja. Sama ada Najib menang atau kalah, katanya, BN sudah pasti akan menerima pemimpin baru dengan nama Muhyiddin Yassin diletakkan sebagai calon pertama. Malott kini merupakan penulis khas bagi ruangan Malaysia untuk akhbar The Wall Street Journal, East-West Center selain menjadi tetamu khas di ruangan kolum di portal berita berpengaruh, Malaysiakini. BN katanya menghadapi Pakatan Rakyat dalam keadaan paling tersusun sejak menang lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan pada 2008 selain menafikan majoriti keramat dua pertiga di parlimen, petanda tidak baik untuk BN kekal berkuasa. Beliau turut memetik kajian yang dilakukan Dr Bridget Welsh dari Singapore Management University (SMU) kelmarin mengenai betapa pentadbiran Najib telah menghabiskan sejumlah USD19 bilion (RM58 bilion) hanya semata-mata untuk tujuan berkempen sejak pengenalan program 1Malaysia dilancarkan tiga tahun lalu. Nilai tersebut adalah kira-kira 20 peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara selama setahun, jelas Malott kepada 130 peserta majlis eksklusif untuk pelabur dan kaum pemodal negara itu. Pendedahan Malott tersebut mengejutkan peserta yang hadir dan ramai mempersoalkan tindakan Najib yang terus berbelanja di sebalik hutang luar yang sudah mencecah RM502 bilion (USD198 bilion) hanya dalam tempoh empat tahun saja selepas mengangkat sumpah jawatan pada 3 April 2009. Tambahnya lagi, Anwar dan Pakatan Rakyat mempunyai peluang cerah untuk menggantikan BN dengan syarat tidak melakukan kesilapan dan fokus dengan semangat perubahan yang ditunjukkan rakyat termasuk pengenalan dasar utama seperti penurunan harga minyak dan pemberian pendidikan percuma. Ramalannya, pakatan mana yang akan membentuk kerajaan persekutuan hanya akan menang dengan majoriti tipis, sama ada BN atau Pakatan Rakyat kerana persiangan sengit berlaku di semua kerusi parlimen di seluruh negara. ~jalan pulang |
Posted: 24 Apr 2013 11:43 PM PDT PUTRAJAYA - Perbuatan memuat naik gambar kertas undi merupakan satu kesalahan, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Kamaruddin Mohamed Baria. Beliau menggulas perbuatan beberapa pengguna laman sosial yang memuat naik gambar kertas undi yang akan digunakan oleh pengundi pos bagi Pilihan Raya Umum ke-13. Berikutan itu, SPR sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putarajaya hari ini, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. "Selain untuk menjaga nama baik dan intergriti SPR, laporan dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan, selaras Akta 574 Kanun Keseksaan (Pindaan) 1997," katanya. Kamaruddin bagaimanapun menafikan gambar kertas undi yang dipaparkan dalam beberapa laman sosial itu adalah daripada sumber SPR. "Selepas pihak polis menjalankan siasatan, barulah SPR menentukan tindakan yang akan diambil terhadap individu yang didapati memuat naik gambar berkenaan, biar polis buat siasatan dulu," katanya. SPR sudah mengeluarkan kertas-kertas undi pos dalam negara kepada pengundi yang layak mengundi melalui pos mulai 22 April lepas, sementara pengundi pos luar negara dihantar hari ini. Kategori mereka yang layak mengundi melalui pos dalam negara terdiri daripada anggota tentera dan polis yang bertugas di perbatasan atau pun yang terlibat dalam operasi, petugas media dan petugas SPR. Kategori pengundi pos luar negara pula membabitkan rakyat Malaysia di luar negara dan Pengundi Tidak Hadir (PTH), yang terdiri penjawat awam yang berkhidmat di pejabat perwakilan dan pelajar sepenuh masa. Selain itu, SPR turut menafikan maklumat yang disebarkan dalam laman sosial yang menyebut proses pengundian awal bagi kategori pengundi yang layak, telah dilaksanakan semalam (23 April), sebaliknya, menegaskan pengundian awal hanya dijalankan pada 30 April. "Perbuatan itu sekadar untuk mengelirukan orang ramai dan berharap orang ramai jangan mempercayai berita tersebut, jika ada sebarang pertanyaan dan kekeliruan, hubungi SPR untuk penjelasan," katanya. Mengenai nama calon yang tertera pada kertas undi, Kamaruddin berkata nama yang dicetak tidak semestinya mengikut nama pada kad pengenalan seseorang calon itu. "Sebelum kertas undi dicetak calon diberikan peluang untuk menulis nama apa yang perlu dicetak pada kertas undi. "Sebagai contoh, jika seseorang calon itu lebih dikenali oleh para pengundi di kawasan dia bertanding dengan nama Ustaz Kamarudin maka boleh tulis nama itu dalam kertas undi," katanya. ~bernama |
Ribuan Penduduk Pandan Serbu Rafizi Ramli Posted: 24 Apr 2013 08:50 PM PDT Nampak gayanya rakyat Parlimen P100 Pandan, Selangor sudah bersedia dan tekad bulat mau memberikan undi mereka kepada calon PR Sdr Rafizi Ramli. Ini berdasarkan kepada jumlah kehadiran ceramah PR di Pandan Perdana malam tadi. Sambutan diberikan rakyat tempatan cukup mengkagumkan sekali... belum pernah dalam sejarah PRU seramai ini penduduk Pandan keluar untuk mendengar ceramah yang dianjurkan oleh PR.. Ceramah anjuran UMNO/BN jangan cakaplah...Kehadiran sekitar ratusan orang saja. Yang pasti kehadiran sebegini ramai kemungkinan besar akan diterjemahkan dalam bentuk undi..Dulu mungkin rakyat datang sekadar ingin tahu... Tetapi kini mereka hadir untuk tunjukkan sokongan padu. Mesti Najib menyesal tak sudah kerana ikut selera Chua Soi Lek dengan tidak mencalonkan Ong Tee Keat untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pandan!!! ~omakkau |
Punca Wanita Tiada Tempat Dalam Umno Terbongkar.. Posted: 24 Apr 2013 07:24 PM PDT Rakyat tertanya-tanya adakah Perdana Menteri (kerajaan sementara) Datuk Seri Najib Tun Razak akan terus memegang jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Kesejahteraan Masyarakat, sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13)? Adakah ini kerana Umno sedang menghadapi masalah ketandusan pemimpin wanita Umno yang berwibawa dan boleh diketengahkan untuk menerajui sesebuah kementerian? Sejak Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatan Menteri Wanita itu ekoran skandal projek lembu National Feedlot Corporation yang mendapat pinjaman mudah sebanyak RM250 juta itu, Najib terus memegang jawatan Menteri Wanita sehingga hari ini. Walaupun skandal projek lembu itu agak reda sedikit dan kesnya kini berada di mahkamah tetapi Najib terus memegang jawatan itu dan ini menunjukkan seolah-olah dalam Umno tidak ada wanita yang layak. Krisis keyakinan para pemimpin Umno terhadap kemampuan ahli wanitanya menjadi semakin jelas apabila Najib tidak memilih Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim untuk bertanding di kawasan Parlimen Kuala Kangsar. Sebaliknya Najib menawarkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Chandan di Perak untuk beliau bertanding pada PRU13, 5 Mei ini. Umum mengetahui bahawa untuk menjadi menteri kabinet, seseorang itu mesti bertanding dan memenangi kerusi Parlimen, kecualilah kalau seseorang itu memasukki dari 'pintu belakang' seperti dilantik menjadi senator. Oleh kerana wanita Umno tidak diberi tempat yang sewajarnya dalam kepimpinan kerajaan Umno-BN maka Kamalia bertindak untuk bertanding sebagai calon Bebas Parlimen Kuala Kangsar. Pada PRU13 ini, Kamalia akan menghadapi cabaran daripada calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah dan calon Umno sendiri, Wan Muhamad Khairil Anuar Wan Ahmad. Gerak kerja Lagi pun keputusan ini diambil memandangkan beliau sudah menjalankan gerak kerja berkempen sejak setahun lebih tetapi segala usahanya dipandang seperti sampah yang tidak berguna. Selain dari Datuk Azalina Othman Said, bekas menteri Belia dan Sukan yang bertanding di Parlimen Pengerang, hanya ada beberapa kerat pemimpin tertinggi wanita Umno yang tinggal yang akan bertanding dalam PRU13 kali ini. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Datuk Noriah Kasnon akan bertanding di Parlimen Sungai Besar. Malahan Ketua Puteri Umno dan juga Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Rashid Shirlin, turut diberi kerusi parlimen (Papar) untuk bertanding. Ramai percaya wujudnya tangan-tangan ghaib yang menyusun perkara ini dan bukan Najib seorang. Umum mengetahui mengenai pertelingkahan atau pergaduhan di antara Kamalia dengan Shahrizat berhubung skandal lembu itu. Suatu ketika, Kamilia terlalu vokal menghentam Shahrizat sehinggakan kedua-dua mereka terpaksa ditenangkan seketika takut-takut persiapan PRU terjejas hingga boleh menyebabkan kekalahan Barisan Nasional. Begitu pun, karier politik Kamalia dalam pergerakan wanita Umno boleh dianggap telah tamat kerana beliau merupakan salah seorang daripada 61 ahli Umno yang telah dipecat kerana bertanding atas tiket Bebas dan melanggar Perlembagaan parti. Semua kisah ini akan dibungkus dalam lipatan sejarah sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan Pusat tetapi jika BN berjaya mengekalkan Putrajaya adakah Najib akan terus memegang jawatan Menteri Wanita, selain jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan? Maka apa pula peranan Rosmah Mansor, isteri kesayangan Perdana Menteri pada ketika itu? ~free malaysia today |
Dengan Muka Selamba.. Nizar Berkempen Di Bilik Gerakan BN Posted: 24 Apr 2013 05:40 PM PDT Satu pendekatan yang bersahaja dari menteri besar Perak yang sah, Nizar Jamaluddin semasa berkempen pada pilihanraya umum ke-13. Dengan selamba, beliau menberanikan diri berkempen di di kubu kuat Barisan Nasional (BN) DUN Changkat Jering dengan memasuki bilik gerakan BN sambil berkempen serta beramah mesra dengan penyokong kuat lawan. Bilik gerakan tersebut terletak di kawasan pasar malam di Taman Kota Jaya dekat Taiping, dalam kawasan parlimen Bukit Gantang. Yang menariknya beliau disantun serta dilayan dengan ramah oleh penyokong BN di situ. Senario ini boleh menyebabkan calon BN di situ boleh sesak nafas jika melihat gaya Nizar berkempen. Inilah kelebihan serta karisma yang ada pada diri Nizar Jamaluddin. Turut bersama dengan Nizar ialah calon PAS bagi parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad. Gaya berkempen Nizar memang menarik dan santai. Sebelum ini beliau penah mengemparkan penyokong BN dengan bersahaja serta memberanikan diri duduk di ceramah Umno sebagai tetamu yang tak diundang di Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak. Ternyata Nizar memiliki aura tersendiri hinggakan semua petugas BN tidak berani untuk memaki hamun walaupun Nizar merupakan calon Pakatan Rakyat. Berkemungkinan, rakyat masih terasa sedih termasuk penyokong BN sendiri dengan rampasan kuasa pada 2009 dan Nizar cuma menjadi menteri besar setakat 11 bulan sahaja. Sentimen rendah diri yang ditunjukkan Nizar berjaya menambat hati semua kaum hinggakan petugas BN berebut-rebut untuk bergambar dengannya tanpa sebarang masalah. Tahniah Nizar... Bakal menteri besar Perak yang matang dalam berpolitik tanpa perlu mengeluarkan video lucah yang dijaja Umno dan BN. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan