Rabu, 24 April 2013

Addin

Addin


Pengundi Melaka Bakal Hukum Umno BN

Posted: 24 Apr 2013 09:23 AM PDT

MELAKA Peningkatan sokongan kepada Pakatan Rakyat menunjukkan pengundi Melaka kian matang dalam politik dan tidak lagi terbelenggu dengan taktik lapuk Umno BN, kata Ginie Lim.

Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap itu berkata, pengundi kini mengetahui hak mereka sebagai rakyat dan tidak lagi tunduk kepada ugutan mana-mana parti.

"Kata seorang pengundi: Kalau menang, jangan lupa kami, mesti jumpa kami. Ertinya, jika Pakatan tak buat kerja dan sama macam Umno BN, Pakatan juga akan ditolak.

"Satu tepukan kepada pengundi kita yang pandai dan saya yakin semua pengundi juga pandai," katanya ketika berucap di Felda Hutan Percha, Machap 23 April lalu.

Ginnie berkata, kemenangan Pakatan pada PRU 13 akan menamatkan politik perkauman dan wang, yang selama ini menjadi modal Umno BN mengekal kuasa.

"Jika Pakatan menang, maknanya rakyat tolak politik perkauman. Permainan Umno BN sudah tidak laku.Ia juga menunjukkan rakyat tolak politik wang," katanya. ~keadilandaily



Iklan C (ii)



Samseng Umno Bakar Kereta Petugas PR?

Posted: 24 Apr 2013 08:00 AM PDT

SEMENYIH 24 APRIL: Kereta Wan Zahari Majid, Ketua Biro Publisiti KEADILAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, hangus terbakar dipercayai akibat sabotaj pihak tertentu semasa hari penamaan calon 20 April lalu.

Kereta Volvo 740 GLE miliknya itu diletakkan di belakang Bilik Gerakan Utama Pakatan Rakyat pekan Semenyih kira-kira jam 8.30 pagi tersebut sebelum beliau mengiringi calon Pakatan Rakyat di SJK (C) Yu Hwa, Kajang.

"Lebih kurang jam 10.30 pagi, (saya) terima panggilan dari pemilik bangunan, Encik Gan menyatakan kereta terbakar. 

Selepas daripada itu (saya) bergegas balik dan didapati kereta sudah hangus," katanya kepada Keadilan Daily.Sepasukan bomba dari Balai Bomba Bangi datang untuk memadamkan api.

Namun, bahagian hadapan kereta yang terbakar rosak teruk dan tidak boleh digunakan lagi.Justeru, satu laporan polis dibuat di IPD Semenyih sejurus selepas kejadian, kira-kira jam 11.47 pagi.

"Di masa kejadian, bilik gerakan itu tidak berpenghuni kerana kesemuanya mengikuti proses penamaan calon," kata Wan Zahari dalam kenyataan.

"Ada saksi yang menyatakan ini angkara perbuatan samseng-samseng Umno," kata Wan Zahari berdasarkan laporan diterimanya mengenai sabotaj terhadap kain-kain rentang Pakatan Rakyat di kawasan mereka sebelum ini. ~keadilandaily



Iklan C (ii)



Tengku Adnan Sepak Terajang Penyokongnya?

Posted: 24 Apr 2013 05:01 AM PDT


Ingatkan Khabar angin jer pasal Ku Nan pukul penyokong dia.. Rupanya betul la.... iskh3...Kaki Pukul rupanya sekutu Tokei Judi ni...


Wartawan TV3 n Utusan semua amik cuti..jadi mereka terlepas pandang berita ni..
LAPORAN POLIS

Nama: KAMARUZZAMAN BIN KAMARUDDIN

KP : 620901016147

PENGADU MENYATAKAN: PADA 05 APRIL 2013 JAM LEBIH KURAN 11:30 PAGI, SAYA TELAH PERGI KEPEJABAT AHLI PARLIMEN PUTRAJAYA YANG TELETAK DI PRECINT 15, PUTRAJAYA, UNTUK BERJUMPA DENGAN AHLI PARLIMEN DATO SERI TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR, BAGI MELUAHKAN MASAALAH YANG SAYA HADAPI. BILA SAYA DIPANGGIL MASUK OLEH YB DATO SERI TENGKU, BILA SAYA MASUK, SAYA TERUS DITAMPAR MUKA SAYA, SEBANYAK 5 KALI, DAN MENYEPAK BELAKANG BADAN SAYA.

SAYA TIDAK TAHU MENGAPA YB DATO SERI TENGKU MENGAMBIL TINDAKAN DEMIKIAN TERHADAP SAYA, SAYA TELAH MENGALAMI KESAKITAN DIMUKA DAN DIBAHAGIAN BELAKANG BADAN SAYA, TETAPI TIADA SEBARANG KECEDERAAN ATAUPUN LUKA YANG SAYA ALAMI.

TUJUAN SAYA MEMBUAT LAPORAN POLIS INI ADALAH UNTUK MELINDUNGI DIRI SAYA, TAKUT JIKA ADA APA APA KEJADIAN BERLAKU PADA DIRI SAYA DIKEMUDIAN HARI. LAPORAN POLIS INI DIBUAT DENGAN KERELAAN SAYA SENDIRI TANPA DIPAKSA OLEH MANA MANA INDIVIDU.





Iklan C (ii)



Rosmah Tak Bayar Saman AES

Posted: 24 Apr 2013 12:40 AM PDT

Saman Tertunggak AES Datin Seri Rosmah Mansor: Dato' Seri Najib Perlu Nyatakan Pendirian Mengenai AES

AES adalah salah satu isu utama yang akan menjadi faktor penentu dalam PRU13.

Pakatan Rakyat telah membuat ketetapan bahawa AES akan dihentikan dan semua samannya dibatalkan sekirangan Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.

Manifesto Barisan Nasional tidak menyentuh langsung mengenai AES. Walaupun pelaksanaan masih menjadi tanda tanya buat masa sekarang, saya beranggapan bahawa kegagalan Manifesto Barisan Nasional membuat ketetapan mengenai AES membayangkan hasrat Dato' Seri Najib Tun Razak untuk meneruskan pelaksanaan AES sekiranya Barisan Nasional terus berkuasa.

Untuk menentukan sama ada orang-orang terdekat dengan Perdana Menteri menerima atau tidak AES, saya telah menjalankan beberapa semakan:

1. Mengenalpasti nombor kad pengenalan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai isteri Perdana Menteri

2. Mengenalpasti kereta yang didaftarkan di bawah nama Datin Seri Rosmah Mansor

3. Menyemak sama ada Datin Seri Rosmah Mansor membayar saman AES, bagi memastikan keluarga Perdana Menteri betul-betul patuh kepada pelaksanaan AES yang dibawa oleh Barisan Nasional

Hasil semakan itu membuahkan perkara-perkara berikut:

1. Nombor kad pengenalan Datin Seri Rosmah Mansor adalah 511210-05-5558. Identiti beliau itu disemak dengan daftar pengundi yang mengesahkan bahawa beliau mengundi di Pekan, seperti paparan skrin SPR yang berikut:


2. Semakan dengan sistem JPJ di MyEG menunjukkan sebuah kereta bernombor XIASEAN360 didaftarkan di atas nama dan kad pengenalan beliau;

3. Semakan yang sama juga menunjukkan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor tidak membayar 2 saman AES iaitu pada 30 Januari 2013 dan 13 Mac 2013, seperti paparan skrin yang berikut:


Di negara-negara lain, perkara ini dilihat sebagai satu pertentangan prinsip (double standard) apabila keluarga Perdana Menteri sendiri tidak mengendahkan saman AES, sedangkan beliau (Perdana Menteri) beriya-iya mempertahankan satu sistem yang ditentang oleh rakyat.

Saya mengambil contoh saman AES tertunggak Datin Seri Rosmah Mansor untuk memberi gambaran bagaimana Barisan Nasional mengamalkan double standard dengan menyatakan pelbagai propaganda kepada rakyat biasa untuk mempertahankan dasarnya yang tidak popular, tetapi di belakang-belakang membiarkan keluarga terdekat mereka bebas dari dasar tidak popular yang menekan rakyat itu.

Saya menyeru supaya Dato' Seri Najib Tun Razak menyatakan secara terbuka sama ada Barisan Nasional akan meneruskan pelaksanaan AES sekiranya masih menang dalam PRU13.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

24 APRIL 2013





Iklan C (ii)



Blog Papagomo Antara Top 5 Website Lucah Yang Berjaya Tembusi Malaysia

Posted: 24 Apr 2013 12:18 AM PDT


Sungguh menggemparkan negara lagi, 5 web site lucah di kesan tembus di website malaysia. Tetapi lebih mengejutkan web site lucah nombor 1 Barisan Nasional, yang banyak memaparkan video video fitnah berbentuk lucah telah menduduki tangga ke dua carta top 5 web site lucah 1malaysia.

Tahniah di ucapkan kepada Barisan 1MALAYSIA. Ini begitu amat membanggakan kerana kerajaan LANUN Barisan Nasional telah menjadikan malaysia sebuah negara LUCAH hasil tarbiah selama 55 tahun mereka memerintah.




Di petik dari ~era pasca



Iklan C (ii)



Rupanya Sebab Ni Dr. Juanda Tolak Pelawaan PKR Perlis

Posted: 23 Apr 2013 11:08 PM PDT

Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang sebelum ini dikaitkan dengan PKR malam tadi secara terbuka mengaku telah mengundi Barisan Nasional (BN) dan akan terus mengundi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Katanya, BN secara konsisten memperjuangkan Islam termasuk perundangan syariah di negara ini.Tegas beliau lagi, PAS walaupun mengaku memperjuangkan Islam tetapi tidak mempunyai rekod kejayaan untuk dibuktikan.

Sebaliknya, ujar beliau, kerajaan BN yang selalu dimomokkan sebagai tidak tahu agama oleh pemimpin PAS, telah mengangkat martabat Islam.

"Pada saya undi adalah rahsia. Tapi saya dari dahulu mengundi BN kerana parti inilah yang sebenarnya memperjuangkan Islam.

"Puak sana yang kata nak buat hudud tapi sampai sekarang belum. Rotan apa yang akan digunakan untuk laksana hudud pun belum diputuskan," katanya sinis dalam satu majlis di Flat Sri Melaka di Bandar Tun Razak di sini malam tadi.

Terdahulu, Juanda membidas tindakan PKR Perlis kerana mengumumkan beliau sebagai calon parti itu untuk kerusi Parlimen Kangar.

"Apa yang disebut oleh PKR Perlis langsung tidak dirujuk kepada saya, saya agak terkilan sebab jual nama saya tanpa izin...saya tak pernah jumpa pimpinan PKR Perlis," kata beliau kepada Antarpos.

Juanda menegaskan beliau memutuskan tidak bertanding di PRU kali ini kerana merasakan penerimaan rakyat terhadap golongan berpendidikan agama masih kurang.

Juanda memegang jawatan muft sejak awal 2009 menggantikan Mohd Asri.



Iklan C (ii)



Sesiapa Yang Sokong Najib Pasti Kena Kecam

Posted: 23 Apr 2013 07:24 PM PDT


Tak sampai 24 jam proses penamaan calon selesai semalam, beberapa artis terkenal bertaraf antarabangsa terus dikecam hebat kerana menyatakan sokongan secara terbuka kepada bekas perdana menteri, Najib Razak.

Mendahului senarai tentunya 'Gadis Bond Malaysia' Michelle Yeoh yang turut hadir di majlis makan malam mega di Pelabuhan Klang anjuran seorang taikun yang rapat dengan Najib.

Michelle dalam ucapannya meminta hadirin yang majoritinya kaum Cina supaya terus menyokong Najib kerana dia layak 'untuk terus mentadbir negara'.

Ucapan dan sokongan secara terbuka menyebabkan Yeoh teruk dikecam terutamanya di laman sosial Facebook milik Najib, 'Ah Jib Gor' malam tadi.

Kenyataan secara terbuka Yeoh turut menyebabkan hadirin yang sudah tiba agak lewat terus meninggalkan majlis malah ada sesetengahnya belum lagi menikmati jamuan yang disediakan.

Yeoh yang perasan akan hal tersebut terus menyampaikan ucapannya dengan mengharapkan sokongan kaum itu terus kekal kepada Barisan Nasional (BN) kononnya hanya parti itu sahaja yang boleh menyelamatkan negara.

Yeoh turut dikecam pengguna internet kerana di sebalik memainkan watak penting sebagai pejuang demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, dia langsung tidak nampak pemerintahan Najib sebenarnya mirip junta tentera negara itu yang menekan rakyatnya supaya terus menyokong rejim zalim di Asia Tenggara itu.

Hal yang sama turut dialami superstar dari Hong Kong, Alan Tam yang turut mengadakan persembahan di Pulau Pinang anjuran MCA malam tadi.

Alan yang tidak mengetahui makna konsep 1Malaysia Charity Dinner, majlis sama yang dihadiri Yeoh turut menjadi sasaran pengguna Facebook miliknya hingga terpaksa menjelaskan mengapa dia membuat persembahan malam tadi.

Dia yang tidak mengetahui sokongan kaum Cina terhadap BN semakin lemah memohon maaf atas kesilapannya dan berjanji akan lebih berhati-hti dengan sebarang tawaran persembahan di Malaysia selepas ini.

Pengguna Facebook bagaimanapun memuji pendirian seorang lagi artis antarabangsa Hong Kong, Gigi Leung yang tidak 'bersekongkol' membuat persembahan bersama Alan atas faktor yang tidak dapat dielakkan.

Leung yang dipuji lebih 6,000 peminatnya melalui komen di laman sosial yang sama turut meminta supaya peminatnya memahami 'keputusannya' dipercayai sudah dinasihatkan beberapa rakannya supaya membatalkan persembahan di hadapan lebih 12,000 orang yang membanjiri perkarangan Padang Kota Lama itu.

Artis band popular Taiwan, Mayday juga membatalkan persembahan mereka dan turut dipuji pengguna laman Facebook kerana berani membatalkan persembahan di sebalik sokongan kaum itu terhadap BN kekal di bawah 20 peratus di sleuruh negara.

Peminatnya di negara ini meminta supaya kumpulan terkenal itu membuat persembahan hanya setelah rejim BN ditumbangkan selepas 5 Mei nanti.

Mayday yang akur dengan permintaan peminatnya terus membatalkan kehadirannya dan dipuji lebih 14 ribu pengikut kumpulan itu di laman peminat mereka di Facebook.

Tidak hairanlah mengapa kempen Najib akhir-akhir ini sering tidak mendapat sambutan dan jika ada pun ia lebih kepada memancing undi dari menyelesaikan isu rasuah dan salah guna kuasa yang membelenggu pentadbiran negara. ~gb




Iklan C (ii)



Sah!! Polis Terima Kertas Undi Pos Awal

Posted: 23 Apr 2013 06:44 PM PDT


SETIAWANGSA 23 APRIL: Kertas undi pos polis yang bersebar di laman sosial memungkinkan pihak berkuasa itu membuang undi sebelum tarikh sebenar pengundian awal pada 30 April ini.

Polis dikatakan diarah supaya mula membuang undi hari ini melalui kertas undi yang tertera nombor siri dan logo bendera parti.

Kertas undi tersebut turut disertakan dengan borang yang tercatit nama pengundi dan nombor kad pengenalan berserta nombor siri yang sama.

Borang tersebut disampulkan bersama kertas undi sebelum digam dan dimasukkan ke kantung undi.

Berdasarkan kertas undi itu, dipercayai ia adalah untuk Parlimen P118 Setiawangsa kerana tertera nama calon BN, Datuk Ahmad Fauzi Zahari dan calon KEADILAN, Ibrahim Yaacob.

Mengulas perkara ini, Pengerusi Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, jika ia berlaku, pihak terbabit perlu membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya disiasat.

"Tidak sepatutnya berlaku, tapi jika kertas undi sudah diterima dan diminta membuang undi, ia perlu dilapor kepada polis atau SPR kerana kita terima laporan bahawa esok kertas-kertas undi akan dihantar untuk pengundi pos.

"Jika ada laporan dibuat berkenaan perkara ini, tetapi mereka tidak mahu ambil tindakan, ia boleh disifatkan sebagai kesalahan besar," kata Syed Ibrahim kepada Keadilan Daily.

Beliau menegaskan, tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkan penipuan undi pos sekaligus menjawab kesangsian rakyat berkaitan isu tersebut.

"Perlu dilaporkan segera, lagipun saya yakin SPR tidak akan siasat kalau tiada laporan, dan mereka akan bertindak awal sebelum perkara itu dilaporkan," kata Syed Ibrahim.

SPR dalam laporan hari ini melalui Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, kertas undi bagi pengundi pos luar negara dan pengundi tidak hadir untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), akan dihantar esok (Rabu).

Sementara itu, Ibrahim memberitahu, beliau ada menerima maklumat berkenaan dan mengakui anggota polis tersebut menerima kertas undi pos.

"Saya sudah check (semak), anggota tersebut dikenalpasti ada dalam senarai undi pos dan sah beliau sudah terima kertas undi.

"Saya difahamkan juga, kertas undi pos berkenaan dikeluarkan semalam," katanya dalam pesanan khidmat ringkas (SMS) kepada Keadilan Daily. ~keadilandaily




Iklan C (ii)



Sambutan Hambar Ceramah Anwar Di Melaka.. Saksikanlah!!

Posted: 23 Apr 2013 05:52 PM PDT


Jikalau Utusan serta media pro Umno BN pasti melaporkan berita  seperti ni.. 'Hanya 200 Orang Yang Hadir Ceramah Anwar Di Melaka'. Namun inilah hakikatnya, negeri kononnya dikatakan penyokong tegar Umno BN kini bergelut dengan saingan sengit daripada Pakatan Rakyat.

Addin baru-baru ini pernah bersembang dengan seorang kontraktor mesra BN. Melalui maklumat yang kontraktor ni dapat daripada SB. Melaka dan Johor mendapat tentangan sengit daripada Pakatan Rakyat.

Rakyat semakin muak dengan Umno BN, penolakan rakyat terhadap Umno BN sudah berada di merata-rata. Petanda Umno BN menghampiri ajalnya..



Iklan C (ii)



Tiada ulasan: