Addin |
- Punca Isa Samad Melawan Aishah Di Parlimen Jempol Tersebar..
- Adakah VVIP Ini Yang Dimaksudkan Oleh Salahuddin Ayub Akan Sertai PAS?
- Punca Ibrahim Ali Bakal Melompat Lagi Terbongkar..
- Beg Tangan Eksklusif Rosmah Mansor Sudah Siap.. Saksikanlah!!
- 2 Bekas MB Perak Dari Umno Bakal Sertai Pakatan Rakyat?
- "Ini Berita Syaitan" - Dr. Juanda Jaya
- Umno BN Mahu Kuburkan Karier Ali Rustam?
Punca Isa Samad Melawan Aishah Di Parlimen Jempol Tersebar.. Posted: 16 Apr 2013 09:34 AM PDT Satu-satunya kejutan terbesar sebaik proses pengumuman calon Barisan Nasional (BN) selain dari gugurnya Rais Yatim di parlimen Jelebu adalah, nama pengerusi Felda pun turut tersenarai. Nama Isa Samad langsung tidak tercapai dek akal kita yang waras kerana BEKAS penyandang kerusi DUN Bagan Pinang ini bukannya asing lagi dalam politik negara. Selain pernah menjadi menteri besar, Isa juga pernah dilantik menjadi menteri wilayah persekutuan setelah ditendang dari kerusi DUN pada 1995 semasa zaman BEKAS perdana menteri, Mahathir Mohamad berkuasa dahulu. Tetapi nama Isa mula tercalar apabila didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno kerana mengamalkan politik wang (baca: rasuah) dalam perebutan jawatan Naib Presiden parti reput itu. Sejak itu namanya mula diperkatakan sebagai pemimpin rasuah hingga tidak dicalonkan semula di mana-mana kerusi DUN mahupun parlimen sampailah dilantik mewakili BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang. Tetapi yang menjadi persoalan utama, tidak adakah pemimpin Umno tempatan yang 'bersih' dan cukup dihormati pengundi tempatan mewakili Umno menentang calon Pakatan Rakyat, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin? Alsaan Isa kononnya peneroka Felda yang berada di kawasan parlimen itu akan mengundinya bagi menjamin kemenangan BN rupanya penuh dengan tipu muslihat. Walaupun Jempol agak tidak asing dengan nama Isa, mengapa setelah nama BEKAS penyandang, Lilah Yassin diturunkan di DUN, timbalannya Mohd Salim Mohd Shariff tidak diangkat menggantikannya? Sudahlah Lilah 'diturun pangkat', nasib ahli jawatankuasa Umno bahagian juga semakin tidak pasti setelah nama Isa diletak sebagai calon mereka yang memang diketahui penuh dengan skandal rasuah dan krisis wabak Japanese Enciphilitis (JE) di Bukit Pelanduk dulu. Krisis perebutan kuasa dalam Umno bahagian pasti akan lebih sengit dengan hadirnya Isa di bahagian itu kerana bukan setakat membawa nama tetapi juga saham Felda dan wang di tangannya. Pada hemat saya, perlantikan Isa sebenarnya kebih kepada satu penghinaan terhadap pengundi Jempol daripada penghormatan kerana rekod kesalahannya sudah terbukti buruk selain ia juga ada kaitan dengan apa yang berlaku dengan BEKAS perdana menteri, Najib Altantuya. Ia mirip apa yang terjadi kepada kerusi parlimen Shah Alam apabila Zulkifli Noordin diangkat menjadi calon BN walaupun ramai lagi tokoh Umno setempat yang boleh diketengahkan untuk menentang bekas penyandang, Khalid Samad. Umum sudah mengetahui kisah yang terjadi ke atas Najib Altantuya di Port Dickson apabila penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) menyerbu sebuah bilik mewah di sebuah hotel terkenal di pantai peranginan itu ketika Isa menjadi menteri besar pada 1993. Perlantikannya menjadi calon DUN Bagan Pinang dan menang menguatkan lagi khabar bahawa Najib Altantuya memang 'terhutang budi' kepada Isa dan namanya terus dinaikkan menjadi pengerusi Felda setelah Yusof Noor berundur. Dan hari ini, 'hutang budi' Najib Altantuya dibalas satu persatu mengharapakan agar Isa tidak akan mengugutnya lagi selepas ini. Pun begitu, perlantikannya juga dikatakan untuk menghalang populariti Aishah yang sudah mula mendapat tempat di hati pengundi selain pengundi wanita juga menghormatinya sebagai seorang ilmuwan semasa Aishah berjaya menggengam ijazah sains politik dari universiti di New Zealand dulu. Isa ditugaskan di parlimen untuk menyekat kemaraan Aishah selain menyelamatkan kedudukan BEKAS menteri besar, Mohamad Hasan yang dicalonkan di DUN Rantau tanpa digugat lagi. Persoalannya, bolehkah Isa ditahan dari terus 'naik' hingga kembali dilantik menjadi menteri semula? Apakah pengundi Jempol mula 'tersilau' dengan nama Aishah atau dihina dengan hadirnya perasuah tegar seperti Isa di kawasan mereka? | ||||
Adakah VVIP Ini Yang Dimaksudkan Oleh Salahuddin Ayub Akan Sertai PAS? Posted: 16 Apr 2013 07:56 AM PDT Baru-baru ini khabar angin bertiup kencang mengatakan bekas MB dari negeri sebelah utara akan sertai Pakatan Rakyat. Ini di kuatkan lagi dengan kenyataan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (baca sini). Jikalau betul dari info yang di terima, Addin rasa individu yang di maksudkan oleh Salahuddin Ayub adalah Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh. Berikut sedikit biografi Tan Sri yang di petik dari wikipedia..
| ||||
Punca Ibrahim Ali Bakal Melompat Lagi Terbongkar.. Posted: 16 Apr 2013 03:00 AM PDT Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali tidak terpilih sebagai calon BN untuk mempertahankan Parlimen Pasir Mas yang dimenanginya dalam pilihan raya umum lalu atas tiket PAS.BN sebaliknya meletakkan Timbalan Ketua Bahagian Umno kawasan itu Che Johan Che Pa walaupun Ibrahim disebut-sebut bakal bertanding sebelum ini. Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir sendiri secara terbuka berharap Ibrahim dipilih sebagai calon BN. Beliau malah sanggup turun berkempen di Pasir Mas sekiranya langkah itu diambil. Bagaimanapun, seorang lagi pemimpin PERKASA Zulkufli Noordin dengan tidak disangka-sangka dipilih sebagai calon BN di Shah Alam menentang penyandangnya Khalid Samad. Sementara itu, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah akan mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa pula di Ketereh. Datuk Seri Dr Awang Adek Husin sekali lagi dicalonkan di Parlimen Bachok. ~mkini | ||||
Beg Tangan Eksklusif Rosmah Mansor Sudah Siap.. Saksikanlah!! Posted: 16 Apr 2013 12:42 AM PDT Kesungguhan anak-anak muda dengan daya kreativiti yang tinggi ditunjukkan beberapa anak muda yang bencikan rasuah dan kemewahan melampau telah mereka cipta satu replika gergasi bag tangan wanita gergasi jenama BIRKIN HERMES yang sering diguna pakai oleh Rosmah Mansor isteri Najib Razak. Satu dunia tahu bahawa sebuah bag tangan wanita jenama ini harganya ratusan ribu ringgi dan Rosmah Mansor memiliki koleksi berpuluh dengan warna yang berlainan. Anak-anak muda benci rasuah dan pemborosan yang melampau. TOLAK UMNO ANGKAT PR. ~omakkau Addin : Sejak parlimen bubar, tiada kelibat Rosmah keluar di media. Mungkin Najib bagi tempoh kuarantin buat Rosmah sebab Rosmah kill factor buat BN. Tapi Najib silap, rakyat bukan tak nak Rsomah sahaja tetapi rakyat tolak Umno BN keseluruhannya. | ||||
2 Bekas MB Perak Dari Umno Bakal Sertai Pakatan Rakyat? Posted: 15 Apr 2013 10:51 PM PDT
Bagaimanapun segala persoalan itu terjawab apabila terdapat pengesahan daripada beberapa pihak yang mengatakan bekas MB yang akan menyertai PAS adalah Muhammad Taib, bekas MB Selangor. Walaupun pengumuman itu belum rasmi, namun ia sekadar menantikan pengesahannya sahaja daripada PAS. Boleh dikatakan 99.9% beritu adalah sahih. Namun disebalik menantikan pengumuman Mat Taib, sebenarnya khabar berkaitan MB UMNO yang akan menyertai PAS itu masih belum reda. Dalam erti kata lain, bukan Mat Taib yang Nizar maksudkan. Malah ada maklumat daripada dalam UMNO sendiri yang menyampaikan akan ada seorang bekas MB akan menyertai PAS, dan seorang lagi bakal menyertai PKR. Wah berapa ramai bekas MB UMNO yang akan keluar parti!.
Individu yang dimaksudkan ialah Tajol Rosli (bekas MB ke-9 Perak) yang dikatakan akan menyertai PAS dan Ramli Ngah Talib (bekas MB ke-8 Perak) akan menyertai PKR. Walaupun maklumat ini sukar dipercayai, namun spekulasi ini tidak boleh ditolak. Terutama di saat musim pilihanraya seperti ini. Sama juga seperti maklumat awal yang mengatakan Mat Taib akan PAS, siapa sangka Mat Taib akan masuk PAS!. Sama-sama kita nantikan sama ada berita ini sama ada benar ataupun sekadar acah-acah pilihanraya yang sering berlaku terutama untuk mendapatkan tempat sebagai calon. | ||||
"Ini Berita Syaitan" - Dr. Juanda Jaya Posted: 15 Apr 2013 07:27 PM PDT "Ini berita syaitan." Demikian mesej Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya mengulas mengenai laporan media bahawa beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Kangar. Mesej itu disusuli dengan tweet yang mengatakan "masih jauh lagi" untuk mengesahkan bahawa beliau akan menjadi calon. "Mufti Perlis Juanda masih jauh daripada dapat disahkan akan menjadi calon PKR bagi kerusi parlimen Kangar, sebagaimana dilaporkan," kata beliau mengulas laporan sebuah laman web petang tadi. Juanda merupakan antara tokoh ulama yang disebut-sebut akan bertanding kali ini.
| ||||
Umno BN Mahu Kuburkan Karier Ali Rustam? Posted: 15 Apr 2013 05:57 PM PDT Parlimen Bukit Katil adalah prospek tertinggi untuk di menangi oleh Pakatan Rakyat kerana pada PRU 2008, 2 kerusi DUN dalam Parlimen Bukti Katil di menangi oleh DAP. Manakala 2 kerusi DUN lagi di menangi oleh BN. Pakatan Rakyat hanya perlu memenangi 1 lagi kerusi bagi membuka ruang untuk kemenangan Parlimen ke 2 Pakatan Rakyat negeri Melaka. DUN di jangka di menangi oleh Pakatan Rakyat adalah kerusi DUN Bukit Baru di mana PAS meletakkan calonnya iaitu Dr. Khalid Kassim merupakan mantan Timbalan Pengarah Hospital Besar Melaka. Maka di lihat pencalonan Ali Rustam merupakan penyandang DUN Bukit Baru di parlimen Bukit Katil oleh Umno BN, hanya mahu menguburkan karier politiknya yang di belenggu dengan pelbagai masalah kepimpinan.
|
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan