Selasa, 16 April 2013

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Buah Buruk

Posted: 15 Apr 2013 06:56 PM PDT


Buah buruk jatuh tergolek lalu dikutip pulak dan nak dijaja kepada orang ramai. Komer rasa ada orang nak beli ke??


Buah buruk sapa nak beli walaupun buah tresebut pakai 'serban'. Buruk tetap buruk. Tak laku beb..!! 

Oleh sebab parti Tong Taik ni pun busuk dan buruk, maka yang buruk dan terbuangler yang disukakannyer. Al maklumler nak perdaya orang ramai dengan 'serban' yang dipakainyer. Kononnyer.... parti Tong Taik ni islamik sangat... vibrant sangat.... sebab tu utamakan profesional serta ulamak sebagai calon demer dalam PRU13 ni.

Hahahaha.... pro dalam bab merompak dan islamik hape ke benda kalau yang dipilih... ulamak dunia taik kucing!!

Itu ler yang diheboh-hebohkan sari dua ni untuk menarik perhatian orang. Tapi... orang tak kesah. Orang tau hok buruk pasti tak laku. Wa cakap lu... tak laku dan orang tak mau. Not winnable I tell you....

Tapi alhamdulillah ler jika betoi-betoi UMNO nak jaja si buah buruk ni. Advantage buat kita... tak gitu??

UMNO.... UMNO... Kita buang, dia kutip. Kita bentang dan canang dia ciplak.... Haprak betoi... !!!

Terlucut... Tersangkut dan Terkubor

Posted: 15 Apr 2013 09:11 AM PDT


Dedulu... Gelang Patah milik MCA. Kini... ia telah terlucut daripada MCA dan tersangkut pulak pada UMNO. Baca sini.

Nak tau mengapa...??

Sebab.... UMNO lihat sokongan orang Cina terhadap parti Cina tulen tu dah semakin kurang. Orang Cina sudah mula nampak WOW-nya parti DAP yang kebetulan ialah rakan sekapal PKR dan PAS. Pakatan Rakyat telah membuktikan kemampuan mereka mentadbir dengan WOW di negeri yang banyak orang Cina iaitu Selangor dan Pulau Pinang.

WOW-nya Pulau Pinang dan Selangor bukan omong-omong kosong tetapi diperakui oleh Jabatan Audit Negara. Selain itu, kesepakatan yang diperlihatkan terutama dalam aspek perkongsian kuasa antara kaum dalam pentadbiran negeri-negeri tersebut juga WOW.

Aha.. inilah yang mencuri perhatian rakyat pelbagai kaum di Malaysia. No more divide and rule yang memberi kesan negatif kepada integrasi kaum di Malaysia. After all... this is One Malaysia, tak gitu??

Namun demikian, UMNO masih bergantung harap pada sokongan orang Melayu. Seperti mana yang kita tahu... Melayu di Johor begitu totok dengan UMNO mereka. Tapi... ramai jugak Melayu yang sudah terbuka minda mereka setelah melihat bukti demi bukti pengkhianatan UMNO terhadap bangsa dan agama mereka.

Gelang Patang yang dulunya kubu kuat MCA kini dirasai sudah tidak selamat lagi... berdasarkan faktor sokongan orang Cina sudah mula beralih arah. Lantas, UMNO merasakan  mereka masih boleh mengharapkan orang Melayu untuk menyokong mereka bagi memperoleh kemenangan di Gelang Patah. Apatah lagi yang akan bertanding di situ ialah gergasi DAP iaitu Lim Kit Siang.

UMNO boleh manipulate perasaan orang Melayu dengan memainkan sentimen perkauman yang dah lapok... kononnyer DAP ini, anti-Melayu dan anti-Islam. Bodohlah Melayu Johor jika termakan hasutan lapok UMNO ni. 

Atas faktor inilah, maka Gelah Patah diarahkan agar diserahkan kepada UMNO. Mau tak mau... kepala MCA terpaksa akur dengan arahan kepala BN walau pun ia melukakan hati para penyokong MCA di situ. Aha... terlucutlah satu kerusi buat MCA dan tersangkulah kerusi itu pada UMNO.

Dikhabarkan... yang akan bertanding menentang Lim Kit Siang di situ ialah Ghani Osman... MB kerajaan sementara Johor. Bolehkah Ghani mengalahkan Lim Kit Siang di Gelang Patah??

Atau.. apakah Ghani Osman akan terkubor di Gelang Patah??

Sama-samalah kita tunggu dan lihat...

Tiada ulasan: