Khamis, 21 Mac 2013

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


VIDEO TERBARU - KALI INI AKU YAKIN ITU ADALAH DS ANWAR, TETAPI......

Posted: 21 Mar 2013 01:39 PM PDT

SEKALI lagi kita dihidangkan dengan video 'episod pertama' buah tangan dari Papagomo.  Video pendek itu menunjukkan wajah yang dikatakan 'DS Anwar' seorang sedang 'berbual mesra' dengan seorang lelaki lain yang dikatakan seorang 'mahasiswa'.

Aku menonton video pendek tersebut, pertamanya watak yang kelihatan di dalam video berkenaan boleh meyakini aku wajah itu adalah DS Anwar.  Aku tidak taksub tetapi aku juga tidak lah bodoh sangat.  Aku ulang sebanyak tiga kali kerana aku ingin mendengar apa yang diperbualkan.  Setakat video yang ditunjukkan itu, pertamanya aku tidak mendengar satu patah perkataan pun yang ganjil atau mempunyai unsur-unsur pelik atau seksis.  Keduanya, aku hairan mengapa suara 'DS Anwar' tenggelam timbul dan perkataan yang keluar dari mulut beliau tidak sama dengan pergerakan bibir atau mulutnya?  Ketiga, walaupun wajahnya aku yakin itu adalah wajah DS Anwar, namun suaranya aku tidak pasti mungkin kerana kedengaran tenggelam timbul atau 'rakaman' yang tidak sempurna atau mungkin juga bukan suara DS
Anwar.



Apa pun, kita harap dengan keluarnya video ini kita mahu DS Anwar sendiri memberikan jawapan dan pengesahan siapakah 'watak' di dalam video itu dan jika beliau mengaku itu memang wajah beliau, kita juga mahu DS Anwar terangkan apakah yang berlaku sewaktu itu.  Ada rakan-rakan yang pelik mengapa kali ini tiada tarikh atau masa rakaman video itu dibuat, tetapi bagi aku itu tidak penting.  Apa yang penting adalah DS Anwar mesti menjawab persoalan utama tadi iaitu 'apakah benar itu beliau' dan JIKA BENAR, 'apakah yang berlaku ketika itu', samada satu perbualan kosong atau apa sahaja.  

Bagi aku, adalah lebih baik jika Papagomo atau sesiapa sahaja yang mahu membuktikan 'salah laku' DS Anwar untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa agar ianya boleh disiasat.  Tetapi oleh kerana ianya telah disebarkan secara umum, kita mahu DS Anwar memberi penjelasan terbuka tentang video tersebut.  Beliau harus memberi respon terhadap video berkenaan dan terpulanglah kepada rakyat untuk menilai kembali respon beliau kerana rakyat sekarang sudah matang untuk membuat penilaian.  

Suka kita ingatkan kepada pemimpin Umno, apa pun yang berlaku terhadap DS Anwar rakyat tetap akan menolak Umno/Bn kerana kebangkitan rakyat kini bukan kerana batang tubuh DS Anwar tetapi kerana rakyat mahukan perubahan di dalam negara ini.  Bahkan, jika DS Anwar ditakdirkan ke penjara mahu pun mati, rakyat tetap bangkit kerana Umno/Bn wajib ditumbangkan di dalam PRU ke 13 tidak beberapa hari lagi.

Untuk dikongsikan bersama anda, aku copy apa yang Blogger Anak Sungai Derhaka komen tentang video tersebut:

Cuba korang ulang balik pada part Anwar kata "Daripada rumah I la" dan cuba cakap sendiri dan tengok gerak mulut Anwar, perkataan tu kalau nak disebut memerlukan kita tutup mulut dua kali, iaitu "daripada" dan "rumah", tapi anwar tutup mulut sekali saja...
Kemudia dengar betul-betul pada 0:49 "Apa bende ni semua" ... "tapi kadang kadang, walaupun akhirnya .... tweet banyak masuk tau" ...

Kah..kah.. kah.. siapa tulis skrip ni Gomo woiii?

Orang penang tak cakap macam tu la.. agak-agak le nak buat dubbing suara pun...

Kononnya kata PapaGomo "Ianya bukan soal wang kerana walaupun RM10 juta atau RM1 billion Anwar cuba tawarkan hakikatnya apa yang dilakukan Gomo adalah untuk rakyat agama, bangsa dan negara."

Tapi rasuah RM400 pun dia kedarah.. kah.. kah.. kah..

Tiada ulasan: