RAKYAT MARHAEN |
- PRU13 : Rafizi kagum dengan keberanian Tee Keat tapi...
- Salahkan Pakatan isu Lahad Datu tunjuk zaman edan Umno BN – Izzah
- PAS ada 7 dosa, Umno macam mana?
- PRU13 : Tan Sri lawan Tan Sri di Johor Baharu?
- Dewan Ulamak PAS kutuk pembunuhan Syeikh al-Buti
- Bekas Pengarah SB: Tukar k'jaan, pulihkan wibawa polis
- Agbimuddin dianggap ‘wira’ oleh umat Islam Filipina, kata kolumnis
- Kirams to tighten security amid 'kill plot'
- Aquino: PH to provide legal aid to 8 Filipinos facing terror raps in Sabah
- ‘Sabah raps terroristic’
- Sabah 'intruder' admits he was paid: report
- 8 Pinoys may face execution in Sabah
- Haji Husam Musa: Gambaran Sebenar & Kad Laporan Dari Negeri Kelantan
- Sidang Media Ops Daulat (22 Mac 2013, 11.15am)
- 'Top pro-regime cleric killed' in Syria blast
- Help get us to Putrajaya, GE14 may be too late - Nurul Pt 3
- There's no such thing as Revenge - Nurul Pt 2
- Why BN created FT and Geng Rosmah - Nurul Pt 1
- Nizar Jamaluddin: Making PR States The Preferred Place To Live, Work, Invest & Play
- USTAZ AZHAR & USTAZ HASLIM : BERSAMA ANAK MUDA DI STADIUM KOTA BHARU
- Lim Guan Eng: Making PR States The Preferred Place To Live, Work, Invest & Play
- Dr Wan Azizah: We Must Do Better, We Can Do Better
- PRU-13: Keperluan melaksanakan Pilihan Raya secara serentak
- Kit Siang, Salahuddin tanding di Johor bukan 'langkah bunuh diri'
- Pakatan: 'Pemimpin korup tak boleh lari'
PRU13 : Rafizi kagum dengan keberanian Tee Keat tapi... Posted: 21 Mar 2013 09:35 PM PDT Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata beliau mengagumi keberanian Datuk Seri Ong Tee Keat ketika mendedahkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), namun masanya sudah tiba untuk bekas bos MCA itu menjadi lebih berani. Read More / Baca Lagi >>Menurutnya, Ong kini perlu memandang ke hadapan melangkaui keberaniannya membongkar skandal PKFZ. "Keberanian yang paling besar sekarang untuk kita menuju perubahan. Perubahan kali ini antara BN atau Pakatan Rakyat. "Harapnya beliau cukup berani untuk bersama Pakatan dalam pilihan raya umum akan datang," katanya kepada Malaysiakini semalam. | ||
Salahkan Pakatan isu Lahad Datu tunjuk zaman edan Umno BN – Izzah Posted: 21 Mar 2013 09:08 PM PDT KUALA LUMPUR 22 MAC: Meletakkan kesalahan kepada Pakatan Rakyat setelah gagal tangani krisis pencerobohan di Lahad Datu, Sabah tunjuk Umno BN amal pemerintahan 'gila', kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar. "Kita sedang mengalami zaman edan (gila), perilaku manusia yang tidak sempurna. Malangnya usaha (Pakatan) untuk tegakkan kebenaran tiada. "Kita kritik Hishammuddin (Hussein), tidak bermaksud (kita) kritik PDRM ataupun ATM. Kalau Umno gagal, yang dipersalahkan Pakatan Rakyat," katanya. Izzah berkata pada Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat peringkat Parlimen Titiwangsa, di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, malam tadi. Dalam rintik-rintik hujan, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, sikap suka menyalahkan Pakatan dalam segala hal menyedarkan rakyat tentang permainan Umno BN untuk menjatuhkan pemimpin Pakatan. Memberi contoh, kata Izzah tuduhan bertalu-talu dikenakan ke atas bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Sudah berbelas tahun Datuk Seri Anwar dipersalahkan jadi ejen Yahudi, Amerika dan ejen pengganas. Sekarang pula Sulu ditambah dalam senarai ejen. Read More / Baca Lagi >> | ||
PAS ada 7 dosa, Umno macam mana? Posted: 21 Mar 2013 09:07 PM PDT
(Papan tanda yang dipasang di Kota Bharu selepas Najib dakwa PAS ada 7 dosa) Read More / Baca Lagi >>Setelah bertahun-tahun berpolitik tanpa mengira isu dosa dan pahala, Presiden Umno tiba-tiba bercakap tentang dosa. Maka dituduhnya PAS membuat 7 dosa. Kerana dosa-dosa itu maka mengikut logik Najib PAS wajar ditolak oleh rakyat. Komen saya terimakasih Alfadhil Ustaz Najib. Walau apa pun niat anda, mengingatkan tentang dosa dan pahala suatu yang baik. Saya tidak bercadang untuk ulas satu persatu 7 dosa yang Najib tuduh itu. Cukuplah saya ulas satu atau dua dosa yang Najib katakan itu. Saya pun pelik bukan sahaja PAS dituduh berdosa malahan YB Tian Chua pun dituduh berdosa. Bagi kita orang Islam dosa dan pahala ada kaitan dengan aqidah. Jika orang Islam bersyahadah dan beriman dengan Allah yang Esa dan Hari Akhirat maka setiap kehidupannya tidak boleh lari dari dosa dan pahala. Adakah perlu kita 'mendosakan' orang bukan Islam jika syirik itu sendiri mengharamkan mereka untuk mendapat pahala. Maka adakah perlu Najib mendosakan Tian Chua? Tidakkah beliau terfikir Tian Chua mungkin mempunyai banyak lagi dalil untuk menuduh Najib dan Umno melakukan dosa ..mungkin lebih dari 7 sama ada 77 atau 777 atau 7, 777 dosa...Mana lebih teruk orang Islam tuduh orang bukan Islam berdosa atau orang bukan Islam tuduh orang Islam berdosa? Dalil pertama Najib bagi menyokong teori beliau bahawa PAS berdosa adalah pendirian PAS bahawa tidak salah orang Islam menggunakan kalimah Allah. Bagi Najib pendirian PAS ini satu dosa. Apa dalilnya? Malangnya tiada sebarang dalil diberikan. Dengan lain perkataan ianya satu tuduhan kosong. | ||
PRU13 : Tan Sri lawan Tan Sri di Johor Baharu? Posted: 21 Mar 2013 09:06 PM PDT Selepas mengumumkan tokoh parlimen DAP Lim Kit Siang bertanding di Gelang Patah Isnin lalu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengumumkan calon yang akan bertanding di kerusi Johor Bahru pada pilihan raya umum ke-13. Pengumuman itu dijadual dibuat oleh Anwar yang juga ketua pembangkang esok di Johor Bahru. Desas desus kini bertiup kencang apabila bekas panglima tentera darat Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein - yang baru menyertai PKR pada 6 Mac lalu - dikatakan akan bertanding di kerusi itu. Md Hashim dijangka bertanding menentang penyandangnya Tan Sri Shahrir Abdul Samad. Johor Baharu merupakan kubu kuat Shahrir sejak sekian lama dan beliau pernah bertanding atas tiket bebas dan menang dengan majoriti besar pada pilihan raya kecil akhir 1980-an. Pada pilihan raya umum 2008, Shahrir - tokoh Umno yang berpengalaman dan pernah menjadi menteri kabinet - menewaskan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hassan Karim dengan majoriti 25,349 undi. Sementara itu sumber-sumber memberitahu Malaysiakini beberapa lagi tokoh baru dalam PKR disebut-sebut akan bertanding kerusi parlimen di negeri selatan Semananjung Malaysia itu. | ||
Dewan Ulamak PAS kutuk pembunuhan Syeikh al-Buti Posted: 21 Mar 2013 09:05 PM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengucapkan takziah kepada keluarga tokoh ulama terkenal Syria, al-Syeikh al-Allamah Dr. Said Ramadhan al-Buti atas pembunuhan beliau menerusi serangan bom semalam. Read More / Baca Lagi >>Serangan itu disasarkan kepada beliau ketika sedang menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Iman, Damsyik, Syria. "Moga Allah menempatkan beliau di kalangan syuhada," ujar Setiusaha DUPP, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali. Tegasnya, DUPP mengutuk sekeras-kerasnya pihak yang terlibat dalam serangan tersebut dan menuntut satu siasatan dibuat untuk mencari dalang di sebalik pembunuhan tidak bertamadun tersebut. | ||
Bekas Pengarah SB: Tukar k'jaan, pulihkan wibawa polis Posted: 21 Mar 2013 09:04 PM PDT Kerajaan sedia ada perlu ditukar jika rakyat benar-benar serius mahu mengembalikan kewibawaan pasukan polis, kata seorang bekas pegawai kanan polis, malam tadi. Read More / Baca Lagi >>Mantan pengarah polis Cawangan Khas Sabah Mohd Yousoff Babjee berkata, pasukan polis kini menerima terlalu banyak campur tangan politik sehingga mengganggu tugas-tugas mereka. "Untuk memulihkannya saya rasa kita tukarlah kerajaan. Saya rasa jangan (ada) masuk campur tangan politik (dalam polis). "Kalau campur tangan politik jadi susah kita nak laksanakan (tugas). (Ada arahan) Orang ini boleh tangkap, orang ini tak boleh tangkap. Orang ini boleh tuduh, orang ini tak boleh tuduh," kata dalam forum "Bicara Kedaulatan dan Keselamatan Negara" di Kuala Lumpur malam tadi. Forum melibatkan 700 peserta itu dimudah cara oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan dianjurkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin. Sementara itu, beliau turut menyatakan rasa kesalnya dengan pasukan polis yang kini dilihat bersikap pilih kasih dalam menjalankan tanggung jawab mereka. 'Kenapa bacul bertindak?' Menurutnya, polis dilengkapi latihan secukupnya namun menjadi bacul kerana "menerima arahan" sehingga gagal bertindak terhadap keganasan pada ceramah politik dan serangan terhadap ibu pejabat parti politik. | ||
Agbimuddin dianggap ‘wira’ oleh umat Islam Filipina, kata kolumnis Posted: 21 Mar 2013 09:03 PM PDT KUALA LUMPUR, 22 Mac — Agbimuddin Kiram dianggap sebagai lagenda dan wira di kalangan umat Islam Filipina kerana berjaya meloloskan diri dari ditangkap oleh pasukan keselamatan Malaysia, kata kolumnis The Philippine Daily Inquirer. Dalam kolum "As I see it", wartawan veteran Neal H. Cruz mengatakan menyukai "raja muda" Sulu dan dakwaan keganasan yang dihadapi warga Filipina di Sabah sama seperti perjuangan kaum Indian dan Afrika di Amerika, yang ditindas oleh pendatang imigran dari Eropah. Cruz berkata jika Agbimuddin ditemui mati, ketua militan itu akan disanjung lebih hebat. Beliau berkata Presiden Filipina Benigno Aquino III perlu dipersalahkan, kerana sikapnya mengenai krisis Sabah "mengundang kemarahan". "Beberapa tahun dari sekarang, cerita Kesultanan Sulu dan wira-wiranya akan tersebar, tentang bagaimana mereka ditindas oleh kerajaan Malaysia dan FIlipina dan cerita itu akan berterusan zaman berzaman," kata kolumnis itu dalam tulisannya. "Sebuah buku akan ditulis tentang mereka, sebuah filem akan difilemkan tentang mereka, sama seperti sejarah Indian dan Afrika di Amerika pada masa lalu." | ||
Kirams to tighten security amid 'kill plot' Posted: 21 Mar 2013 09:01 PM PDT MANILA - A spokesperson for the family of Sulu Sultan Jamalul Kiram III said they will tighten security in the residence of the Kirams in Taguig in response to an alleged assassination plot on clan members by Malaysian special forces in Manila. Abraham Idjirani said they plan to install CCTV cameras throughout the compound and produce IDs for members of the media who regularly go to the house of the Kirams. Idjirani said the Palace has let them down once again by dismissing the plot as nothing more than a "tall tale". "Di kailangan mag conclude agad, hindi pa nga naiimbestigahan ng maayos. Parang premature naman yon. That is not consistent with the policy of the national government to protect its citizens. Parang sinasabi we do not want to protect the members of the sultanate," he said. He added that they also plan to file charges against the Malaysian government at the International Court of Justice for their continuing "occupation" of Sabah. Idjirani revealed that among the cases they are preparing are "usurpation of authority" and " illegal development of natural wealth." They did not give a time table for their legal action. | ||
Aquino: PH to provide legal aid to 8 Filipinos facing terror raps in Sabah Posted: 21 Mar 2013 09:00 PM PDT By Michael Lim Ubac Philippine Daily Inquirer MANILA, Philippines—The Philippine government will provide lawyers to the eight Filipinos charged with terrorism on Wednesday in Lahad Datu, Sabah in Malaysia. In an ambush interview Thursday in Naga City, President Aquino said he had an "obligation" to ensure that the Filipinos would be accorded due process under Malaysian laws. "It's automatic for us to provide legal assistance to any of our countrymen facing charges regardless if we believe or not in their cause," said the President. "But we have obligation to safeguard their rights," said Mr. Aquino. The President disclosed that he had already tasked the Department of Foreign Affairs, with the help of the Department of Justice, to extend legal assistance to the group. | ||
Posted: 21 Mar 2013 08:59 PM PDT Sulu sultan says charges against his followers illegalBy Marlon Ramos, Michael Lim UbacPhilippine Daily Inquirer Malaysia's filing of terrorism and waging war charges against eight Filipinos is "illegal," the sultanate of Sulu and North Borneo said Thursday. Abraham Idjirani, spokesman for the sultanate, told reporters that Malaysia's move was tantamount to "usurpation" of the powers of Sulu Sultan Jamalul Kiram III. Idjirani said the sultanate would file a complaint in the International Court of Justice against the Malaysian officials responsible for the filing of charges against the eight Filipinos. "We condemn this terroristic act of Malaysia because they do not own Sabah. They are only occupants. In fact, Malaysia is still paying rent to the sultanate of Sulu," Idjirani said. "We are concerned that eight fellow Filipinos are now being accused of an offense that carries a penalty of death. That's illegal because Sabah belongs to the sultanate of Sulu," he added. President Aquino said Thursday that he had directed the Department of Foreign Affairs (DFA) to retain lawyers to defend the Filipinos in the Sabah court. The government plans to prosecute the followers of Sultan Jamalul for causing the Sabah crisis when they return to the Philippines. Aquino said, however, that he had an "obligation" to ensure that the eight Filipinos got due process in Malaysia. "It's automatic for us to provide legal assistance to any of our countrymen facing charges (in other countries) regardless of whether we believe or not in their cause," Aquino told reporters in Naga City. Aquino was in Naga to proclaim the Liberal Party candidates for local offices in Camarines Sur. He said the DFA and the Department of Justice (DOJ) were focused on the Sabah crisis. Access to detainees Read More / Baca Lagi >> | ||
Sabah 'intruder' admits he was paid: report Posted: 21 Mar 2013 08:58 PM PDT MANILA – One of the eight supporters of self-proclaimed Sulu Sultan Jamalul Kiram III who was charged before a Malaysian court over the Sabah incursion admitted to being paid by someone, a Malaysian state news agency reported. Read More / Baca Lagi >>Bernama reported that Hooland Kalbi admitted he was paid by someone in exchange for going to Sabah to press the ownership claim of the Kirams to the resource-rich territory. Hooland and 7 others faced a Malaysian court on Thursday. The men, aged between 17 and 66, were charged with terrorism and waging war against Malaysia's king after appearing in a heavily guarded court in the coastal town of Lahad Datu, site of most of the fighting. The report quoted Hooland as saying that he felt "foolish" for joining the incursion, but judge P. Ravinthran said the admission was unnecessary "as his plea would only be recorded after he had obtained a lawyer." Waging war against Malaysia's king carries a possible death penalty while they could face life imprisonment if found guilty of terrorism. Aside from Hooland, the report also identified the rest of the accused as Timhar Hadir, Habil Suhali, Atik Hussin Abu Bakar, Lin Mad Salleh, Basad Manuel, Kadir Uyung, and Lating Tiong. All of the accused, except for Habil, wore straitjackets during the hearing. Habil, believed to be in his 60s, denied the charges against him. | ||
8 Pinoys may face execution in Sabah Posted: 21 Mar 2013 08:57 PM PDT | ||
Haji Husam Musa: Gambaran Sebenar & Kad Laporan Dari Negeri Kelantan Posted: 21 Mar 2013 08:54 PM PDT | ||
Sidang Media Ops Daulat (22 Mac 2013, 11.15am) Posted: 21 Mar 2013 08:52 PM PDT | ||
'Top pro-regime cleric killed' in Syria blast Posted: 21 Mar 2013 04:48 PM PDT | ||
Help get us to Putrajaya, GE14 may be too late - Nurul Pt 3 Posted: 21 Mar 2013 04:47 PM PDT | ||
There's no such thing as Revenge - Nurul Pt 2 Posted: 21 Mar 2013 04:47 PM PDT | ||
Why BN created FT and Geng Rosmah - Nurul Pt 1 Posted: 21 Mar 2013 04:46 PM PDT | ||
Nizar Jamaluddin: Making PR States The Preferred Place To Live, Work, Invest & Play Posted: 21 Mar 2013 04:45 PM PDT | ||
USTAZ AZHAR & USTAZ HASLIM : BERSAMA ANAK MUDA DI STADIUM KOTA BHARU Posted: 21 Mar 2013 10:50 AM PDT | ||
Lim Guan Eng: Making PR States The Preferred Place To Live, Work, Invest & Play Posted: 21 Mar 2013 10:17 AM PDT | ||
Dr Wan Azizah: We Must Do Better, We Can Do Better Posted: 21 Mar 2013 08:12 AM PDT | ||
PRU-13: Keperluan melaksanakan Pilihan Raya secara serentak Posted: 21 Mar 2013 08:10 AM PDT 21 MAC – Kelmarin kecoh kononnya Dewan Rakyat telah dibubarkan. Akhirnya ramai yang hampa apabila ia tidak berlaku. Ternyata ramai yang menunggu bila pilihan raya akan berlangsung. Penantian ini telah kedengaran sejak dua tahun lalu kerana lazimnya apabila seorang Perdana Menteri diganti semasa pertengahan penggal, Perdana Menteri baru akan mengadakan pilihan raya tidak lama kemudian untuk mendapatkan mandatnya. Selain kekecohan semalam, maklumat awal yang mengatakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor akan terbubar dengan sendirinya pada hari ini juga tidak tepat. Ya, untuk yang tidak tahu, pembubaran DUN tidak semestinya berlangsung serentak dengan Dewan Rakyat. Ini adalah satu terjemahan sistem federalisme yang diamalkan di Malaysia. Rakyat Malaysia perlu tahu tentang hal ini kerana ia penting dalam konteks sejarah dan keseluruhan urustadbir negara. Bila pilihan raya akan diadakan? Di bawah Bab 2, Badan Eksekutif, Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan menetapkan tempoh sah parlimen berlangsung ialah selama lima tahun, bermula daripada mesyuarat pertama. Melainkan ia dibubarkan lebih awal, Parlimen akan berlangsung sehingga lima tahun dan terbubar sendiri selepas itu. Dengan terbubarnya Parlimen, pilihan raya umum perlu dibuat dalam tempoh enam puluh hari selepas itu. DUN juga begitu. Ia akan terbubar selepas lima tahun bermula daripada sidang mesyuarat pertama. Dalam realiti kemajuan teknologi semasa, cubaan menyemak tarikh sidang mesyuarat pertama ini melalui hansard DUN agak sukar, kecuali negeri Selangor. Saya fikir hal ini perlu diperbaiki. Adalah wajar untuk memudahkan orang ramai mengakses hansard Dewan sebagai satu cara meningkatkan nilai ketelusan, pertanggungjawaban dan urustadbir kerajaan yang baik. Read More / Baca Lagi >> | ||
Kit Siang, Salahuddin tanding di Johor bukan 'langkah bunuh diri' Posted: 21 Mar 2013 08:03 AM PDT Walaupun banyak persepsi negatif cuba ditimbulkan pihak tertentu untuk menakut-nakutkan dua tokoh terbabit boleh tewas dan menyifatkan mereka tidak menghargai pengundi kerusi semasa, namun dengan mengambil kira komposisi pengundi khususnya kaum Cina, Kit Siang dan Salahuddin yakin dapat menarik sokongan untuk memenangkan Pakatan Rakyat (PR). "Saya fikir mereka masuk bertanding di tempat baru ada strategi terbaru, ada kecenderungan untuk menang, bukan masuk (Johor) buta saja. "... dua tokoh itu dah buat percaturan dan kira tahap sokongan mungkin ada peluang menang, saya tak fikir mereka masuk bertanding ke sana untuk bunuh diri," kata Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak. | ||
Pakatan: 'Pemimpin korup tak boleh lari' Posted: 21 Mar 2013 07:56 AM PDT Arahan itu menurut Guan Eng akan dikeluarkan malam ketika keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diumum dan beliau yakin besar ia berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR). Beliau berkata, ia berikutan PR tidak mahu pemimpin yang didakwa kuat 'curi' harta rakyat sebelum ini melarikan diri apabila mereka diumum kalah. Katanya, 'pemimpin' dimaksudkan memang pandai kerana jika menang mereka akan tinggal di negara ini tetapi jika kalah akan pakai jet peribadi dan terbang ke luar negara. "Kita tidak mahu 'mereka-mereka' ini bawa lari dan bakar fail, PM baru akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang, jet peribadi tidak boleh terbang sebaik sahaja PR diumum dapat tawan Putrajaya. "Arahan akan keluar juga di sebuah daerah di Sarawak kerana di sana banyak jet peribadi, tidak boleh terbang kecuali dapat kebenaran 'kerajaan baru' Malaysia,"katanya ketika berucap sebelum merasmikan Pusat Perkhidmatan Pilihanraya PR Puchong, di sini lewat malam tadi. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan