WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
PAPAGOMO DAN HUBUNGAN DENGAN PIMPINAN Umno YB -HUSAM MUSA Posted: 28 Mar 2013 07:35 AM PDT SIDANG MEDIA HUSAM MUSA DARI DR SITI MARIAH MAHMOOD ANDA MENGENALI LELAKI DI BAWAH? BENARKAH IA BANGGA MENYEBAR FITNAH, MAKSIAT DAN TAGHUT?!?!?! Lihat siapa penaungnya!Manusia biasa seperti kita tidak maksum atau sunyi (bebas) dari melakukan dosa kecil atau besar kepada Allah swt. Dosa kepada manusia atau makhluk Allah jauh bezanya dengan dosa atau maksiat kepada Sang Pencipta-Pemilik makhluk. Dosa dan kezaliman yang kita lakukan kepada makhluk wajib memohon kemaafan kepada individu atau kumpulan yang kita telah zalimi atau fitnah. Berbeza dengan dosa dan maksiat yang kita lakukan kepada Allah swt. Kita diperintahkan untuk memohon keampunan serta bertaubat dengan taubat nasoha. Maksiat yang kita lakukan dengan menentang perintah serta larangan Allah dek kelemahan atau tidak dapat mengawal nafsu sendiri, usah dilakukan di khalayak ramai, tidak diceritakan kepada orang lain serta tidak merasa bangga dengan maksiat yang telah terlanjur. Setelah melakukan taubat mengikut syarat-syaratnya seperti merasa bersalah dan menyesal akan tidak mengulangi dosa yang sama serta memohon keampunan Allah seraya menambahkan amalan soleh, kita sewajarnya merasa malu yang teramat sangat. Penulis merasa terpanggil untuk menjelaskan isu menyebarkan cerita maksiat, mengalakkan budaya menfitnah serta menuduh perlakuan seks dan zina tanpa saksi yang cukup syarat dan sekaligus mengajak para remaja serta belia mengamalkan budaya hedonisme, lucah dan tidak bermoral. Kemudian berita fitnah akan dikutip dan disalin sebagai "copy and paste" di blog dan laman sosial yang lain seperti facebook. Tidak malukah kita sebagai seorang yang mengaku Muslim dan beriman kepada Hari Pembalasan apabila kita ditertawakan serta agama kita diperlekehkan oleh penganut agama lain? Penulis pernah pada tahun 2008 difitnah oleh Jamil Isa dari MyKMU.net yang menuduh penulis telah ditangkap berkhalwat di sebuah hotel (Crystal Crown) di Pelabuhan Klang di suatu malam walhal penulis telah bersama dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berforum di Kuala Selangor. Penulis serta keluarga dapat merasakan bagaimana tertekan dan sedihnya apabila dituduh sebegitu rupa oleh "-anjing-anjing UMNO-BN" yang berselindung disebalik slogan-slogan seperti " demi Islam......" Beginilah personaliti, perangai, syahsiah, perilaku, akhlak dan gaya hidup seorang yang bergelar Muslim yang suka dan berasa bangga dapat menyebarkan fitnah, mengalakkan maksiat, menyokong taghut dan mewujudkan kucar kacir serta keruntuhan moral remaja dan belia dalam masyarakat. Tidak perlu Majlis Fatwa Kebangsaan bersidang untuk membincangkan sama ada perlakuan individu begini apa hukumnya di sisi agama serta wajarkah dihebahkan kedurjanaannya? Kenapa tidak? Individu sebegini menjadi ikutan serta ikon kepada para blogger pro maksiat. Individu sebegini telah melakukan " amr bil munkar wan nahyu anil ma'ruf" AtTaubah:67 Apa yang ditulis oleh blogger taghut ini dikutip dan disebarkan oleh para blogger pro hedonisme dan liberalisme. Jika Singapura mampu memberhentikan biasiswa pelajar Malaysia yang mengendalikan blog seks, inikan pula Malaysia yang diwarwarkan sebagai negara Islam contoh. Di mana Peguam Negara? Di mana Di mana Dalam Islam, semua pintu maksiat dan dosa hendaklah ditutup dan menjadi tanggungjawab Pemerintah untuk memelihara kemaslahatan manusia sejagat dan menghindari dari kejahatan (mafsadat) baik di dunia dan akhirat,.Tujuan tersebut akan hanya tercapai melalui penguatkuasaan. Waktu yang sama , segala makrufat atau kebaikan hendaklah dipromosikan dan diberi galakan yang sewajarnya bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Dalam konteks melindungi maslahah awam, ianya berkait rapat dengan tiga perkara utama iaitu: (i) Maslahah daruriyyat iaitu memelihara keperluan asas (agama, nyawa, aqal, zuriat dan harta) (ii) Maslahah hajiyyah iaitu memelihara kepentingan manusia dalam memenuhi keperluan sampingan. (iii) Maslahah tahsiniyah iaitu memelihara keselesaan dan keharmonian serta kecerian hidup. Dalam masyarakat kita di Malaysia masakini, perasuah, pemfitnah, penyamun, penzalim, pemakan harta anak yatim, pengkhianat negara, penzina, pemabuk dan kaki botol, pengampu, penyalahguna kuasa, pemecah amanah, pemunggah khazanah negara dan seumpamanya diberi pangkat, kedudukan, penghormatan dan sanjungan oleh rakyat dan masyarakat. Kita telah hilang neraca buruk baik atau meter iman kita telah jahanam. Kita tidak dapat membezakan yang HAQ dan yang BATIL, yang HALAL dan yang HARAM, yang SOLEH dan yang TOLEH, yang MENINDAS dan yang TERTINDAS. Lihat sajalah gambar-gambar di atas. KITA KENAL MEREKA, mereka merupakan adik kita, abang kita, jiran kita, saudara kita, besan kita, menantu kita, orang kampung kita, kenalan kita dan PEMIMPIN NEGARA KITA. Sebagai contoh lihat di bawah profil seorang individu yang dibela dan dijadikan IKON di alam maya memiliki beberapa identiti. Pangkalan Data Pesalah Rasuah No Pengenalan Diri : RF 142863 Nama : Wan Muhammad Azri bin Wan Deris No Kes : B-06B-68-2011 Mahkamah : Hakim : Y. A. Linton Albert [HMR], Y. A Datuk Wira Mohtarudin bin Baki [HMR] & Y. A Datuk Mohad Zawawi b Pendakwaan : TPR Nik Azrin Zairin bt Nik Abdullah PeguamBela : Samsul Sulaiman Kesalahan : Seksyen 10(a)(bb) dan seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) Jantina : Lelaki Warganegara : Malaysia Negeri : Selangor Kategori : Penjawat Awam Majikan : Polis Di Raja Malaysia Jawatan : Koperal Tarikh sabitan : 06/09/2012 Pertuduhan : Pertuduhan Pertama: Bahawa kamu pada 29.11.2004, di antara jam 1.00 petang dan 3.00 petang, di Pandan Indah, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah meminta suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM1000.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. Pertuduhan Kedua: Bahawa kamu pada 30.11.2004, di antara jam 11.40 pgai di lorong tidak bernama di belakang sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ampang, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah menyetuju-terima suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM400.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. " Hukuman : "Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Pertuduhan pertama: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, penjara 8 bulan) Pertuduhan kedua: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, denda 8 bulan). Hukuman penjara berjalan berasingan. Keputusan Mahkamah Tinggi: Mahkamah telah menolak rayuan Perayu terhadap sabitan. Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan. Mahkamah Rayuan: Rayuan OKT ditolak. Mahkamah telah mengurangkan hukuman penjara dari 5 bulan kepada 14 hari dan denda RM10,000.00 id 8 bulan penjara adalah dikekalkan bagi kedua-dua pertuduhan. Hukuman penjara adalah berjalan secara serentak"
>Ayat cinta Papagomo RUJUKAN: http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2008/11/hukuman-jenayah-syariah.html http://www.mts-mu-brajaselebah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=16%3Adosa&catid=1%3Aartikel&Itemid=2 http://agama.kompasiana.com/2010/08/12/dosa-besar-224137.html https://www.youtube.com/watch?v=9_6l0owNyIY&feature=youtu.be http://www.erapasca.com/2013/02/sketsa-papagomo-jadi-lelaki-yang-beriman.html www.malaysiakini.com/news/224622 www.malaysiakini.com/news/224719 www.malaysiakini.com/news/224944 www.malaysiakini.com/news/224493 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-isteri-papa-gomo-akan-dedah-identiti-blogger-di-mahkamah-kata-rafizi/ http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-tetap-dengan-pendirian-dakwa-papa-gomo-panik/ http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/rafizi-bloggers-ex-wife-to-expose-identity-in-court-soon/ http://www.sprm.gov.my/001-shame.xhtml?id=998&uweb=jtl&mid=844. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan