Selasa, 26 Mac 2013

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


SERAMAI 600 ANAK MUDA DI TUARAN SERTAI PKR

Posted: 26 Mar 2013 10:01 AM PDT

SERAMAI 600 ANAK MUDA DI TUARAN SERTAI PKR PDF Print E-mail
Written by Admin   
Wednesday, 27 March 2013 00:25



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
LENCANA PKR.......kelihatan Mohd Najlin Haji Awang Puasa (tengah) sedang disematkan lencana PKR oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (Kanan) sambil disaksikan oleh Haji Ghulabdin Enjih (kiri).

Oleh: KREW SABAHKINI.NET
 


TUARAN : Di saat-saat terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke 13, Barisan Nasional (BN) dan UMNO di Tuaran termasuklah di Kawasan Dewan Undangan Negeri Sulaman kian tergugat dengan kemaraan Pakatan Rakyat (PR) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak akhir-akhir ini di kawasan berkenaan.

Majlis Malam Jelajah Pakatan Harapan Rakyat anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tuaran yang dihadiri oleh hampir 5,000 orang penyokong parti itu sebagai bukti setelah menerima kemasukan 600 ahli baharu dari kalangan anak muda yang diketuai oleh Mohd Najlin Haji Awang Puasa, 28 tahun.
Ketua Umum PKR Pusat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima borang penyertaan kemasukan dalam PKR Tuaran di Majlis Jelajah PR yang berlangsung di Restaurant Transit Dalit, Kampung Lok Batik dekat sini pada malam Ahad lepas.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Cabang PKR Tuaran, Haji Ansari Abdullah; Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Ahmad Tamrin Haji Jaini; Pengerusi Angkatan Perubahan Sabah (APS), Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran; Pengerusi Pertubuhan Pakatan Sabah (PPS), Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin; Bekas Ketua Penerangan UMNO Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih; Bekas Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral (B); Dato Abdul Ghafir Abdul Hamid dan Bekas Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Monggoh Orow.

"Penyertaan 600 ahli-ahli baharu yang sebilangan besarnya dari kalangan pemuda di Kawasan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sulaman dan Parlimen Tuaran akan menambah kekuatan kepada Pakatan Rakyat dalam usaha untuk memenangi Kawasan DUN Sulaman dan Parlimen Tuaran dalam Pilihanraya Umum ke 13 tidak lama lagi," Kata Najlin yang juga merupakan bekas Ahli UMNO dari Cawangan Wawasan Lok Batik Tuaran.

Katanya, kemasukan ini haruslah disambut dan diterima oleh pimpinan PKR di Cabang Tuaran agar semangat dan kebangkitan anak-anak muda akan memberikan satu lagi kekuatan kepada Pakatan Rakyat dalam membuat persiapan menghadapi pilihanraya umum tidak lama lagi.

"Banyak sudah pemimpin UMNO yang telah berhijrah meninggalkan parti yang jelas sudah tidak relevan lagi. Jika perjuangannya untuk anak-anak muda sudah tidak relevan, apa lagi yang ditunggu? Lebih baik mereka tampil untuk memberikan kekuatan kepada PKR adan Pakatan Rakyat khasnya," kata Najlin lagi.

Sehubungan dengan perkembangan terbaru ini, Najrin berharap lebih ramai lagi ahli parti kerajaan yang akan menyertai PKR untuk memberikan satu keyakinan jitu terhadap kemantapan parti ini.


Majlis Malam Jelajah Pakatan Harapan Rakyat telah diisikan dengan ucapan oleh Datuk Seri Anwar, Ketua Caabang PKR Tuaran Haji Ansari Abdullah; Bekas Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Dato Abdul Gafir Abdul Hamid; Naib Pengerusi DAP Sabah, Peter Liew; Aktivis Politik, Dr Chong Eng Leong dan Bekas Ketua Penerangan UMNO Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih.
 
 

Pembentangan Manifesto Pakatan Rakyat di RTM Selama 10 Minit Secara Rakaman. Media Malaysia Sudah Bebas?

Posted: 26 Mar 2013 09:52 AM PDT

Pembentangan Manifesto Pakatan Rakyat di RTM Selama 10 Minit Secara Rakaman. Media Malaysia Sudah Bebas?


manifesto pakatan rakyat
Jikalau pemilihan Presiden Amerika sebelum ini, cukup meriah. Masing-masing, baik daripada kalangan penyokong parti Republikan & juga Parti Demokrat berpuas hati apabila diberikan ruang dan tempat yang hampir 99% samarata termasuklah siaran langsung di televisyen yang dapat ditonton beratus juta rakyat Amerika.
Termasuklah berlangsungnya pertembungan debat antara Barack Obama dengan Matt Romney. Kalah menang adat permainan dalam politik asalkan bertanding dan berlawan di atas padang yang sama rata di mana demokrasi yang dilaungkan terbukti berjalan dengan lancar. Bagaimana dengan Malaysia?
manifesto pakatan rakyat
Begitu juga, suasana sebenar semasa berlangsungnya Pilihanraya di Britain. Jikalau kita meletakkan sasaran untuk menjadi negara maju dan moden pada tahun 2020, pemikiran kita berpolitik juga haruslah berada pada paras yang sepatutnya.
manifesto pakatan rakyat
Mungkin Berita Semasa meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap Malaysia jika mahu dibandingkan dengan Britain & Amerika yang dikategorikan sebagai negara yang bebas daripada sudut kebebasan medianya.
Jadi, kami cuba melihat negara Kenya pula. Kenya? Ya…sebuah negara yang agak mundur di benua Afrika jikalau dibandingkan dengan Malaysia. Bezanya, mereka berani mengadakan debat antara calon Presiden semasa berlangsungnya Pilihanraya di Kenya yang disiarkan secara langsung. Bagaimana pula dengan Malaysia yang terkenal dengan sistem demokrasi raja berperlembagaan?
Jikalau mahu jadi pemimpin politik buat sekadar tahu buat kerja tetapi seorang pemimpin politik perlu berdepan samada dengan rakyat mahupun pihak lawan. Contohnya jikalau di Malaysia, pihak pembangkang seperti Pakatan Rakyat.
Sakit kepala kami meneliti satu-persatu ranking kekebebasan media 2012 dikalangan negara-negara yang tersenarai :
  1. Melihatkan senarai teras bagi negara yang begitu bebas melalui media mereka, Malaysia tidak tersenarai
  2. Melihatkan senarai di pertengahan ranking bagi negara yang mengamalkan kebebasan media yang agak seimbang, Malaysia juga tidak tersenarai
  3. Akhirnya melihatkan di kedudukan di bawah, Malaysia diletakkan sebagai sebuah negara yang tidak bebas dalam kebebasan media bersama-sama dengan senarai di bawah ini…
manifesto pakatan rakyat RTM
Sumber : Ranking Global & Regional Press Freedom 2012
Terbaru, Menteri Penerangan (Datuk Seri Rais Yatim) membuka peluang kepada Pakatan Rakyat utnuk membentangkan manifesto mereka (SEPERTI DI SINI). Walaubagaimanapun, tawaran tersebut telah pun ditolak oleh pimpinan Pakatan Rakyat atas 3 sebab di bawah ini :
  • Masa yang diberikan terlalu pendek & tidak munasabah. Pakatan Rakyat mahukan ruang & hak untuk menjawab dan memberikan penjelasan kepada rakyat Malaysia di TV bukan semasa Pilihanraya Umum ke 13 semata tetapi pada setiap masa dalam semua media arus perdana dan stesen TV
  • Pembentangan manifesto Pakatan Rakyat mesti dibuat secara siaran langsung bukannya rakaman seperti yang diberikan sekarang ini
  • Pakatan Rakyat merasakan ini bukan cara untuk memberikan justifikasi bahawa kerajaan sudah menyediakan akses yang sama kepada Pakatan Rakyat
Apa pandangan anda pula dengan dasar kerajaan yang terbaru dengan membuka ruang kepada Pakatan Rakyat untuk keluar di RTM kali ini lebih-lebih lagi menjelang Pilihanraya Umum ke 13 kelak?

Blog Papagomo : Blogger Lucah? Terima Saman RM10 Juta (Husam Musa) & Saman RM100 Juta (Anwar ibrahim)

Posted: 26 Mar 2013 09:50 AM PDT

Blog Papagomo : Blogger Lucah? Terima Saman RM10 Juta (Husam Musa) & Saman RM100 Juta (Anwar ibrahim)

by Staff Berita Semasa on March 26, 2013
papagomo
Blogger lucah siapa lagi kalau bukan blogger Papagomo. Antara blogger yang berada di barisan paling hadapan menyebarkan video seks dengan China Doll dan juga video terbaru melibatkan lelaki gay yang didakwa pelakunya adalah Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim.
Blogger lucah, blog Papagomo sedang sarat menerima juga kes saman masing-masing daripada Husam Musa (saman RM10 juta) & Anwar Ibrahim (saman RM100 juta). Ada lagi yang kami tertinggal?
papagomo husam musa
Gambar dari blog Papagomo
Malangnya apabila dipanggil hadir ke mahkamah baru-baru melibatkan saman Husam Musam terhadap blogger Papagomo (memanipulasikan gambar di atas sehingga memberikan gambaran Husam Musa sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina), wajah empunya badan masih muncul di mahkamah.
  • Defendan atau nama sebenar : Wan Muhammad Azri Wan Deris
  • Alamat : di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur
  • Antara tulisan Blogger Papagomo VS Husam Musa : "Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni."
Ini antara apa yang berlaku di kandang mahkamah dalam perbicaraan baru-baru melibatkan kes saman Husam Musa VS blogger Papagomo :
  • Hakim bicara tegur peguam Papagomo : Pastikn anak guam kamu hadir semasa perbicaraan!
  • Husam beri keterangan dedahkan identiti Papagomo @ Wan Azri bersumberkan blog UMNO dan juga isteri Papagomo Bellina Omar Sharifuddin Chin!
  • Sekalipun peguam Papagomo bantah keterangan Husam yang quote Bellina, isteri Papagomo sebagai hearsay, hakim benar Husam teruskan!
blog papagomo
Sumber : Utusan Malaysia
Sedangkan Saiful Bukhari yang kelihatan "lemah-longlai" itu masih tetap berani & tiada masalah menampilkan dirinya ketika berlangsungnya kes perbicaraan kes liwat sebelum ini. Inikan pula blogger Papagomo yang kami lihat seorang individu yang kelihatan lebih gagah, dan nampak berani ditambah dengan misai melentingnya. Tetapi kemaskini blog, boleh pula seperti biasa?
Yang peliknya untuk kes seperti ini, SKMM seperti kelihatan hilang "taringnya" untuk mengesan pemilik blogger Papagomo. Sangat-sangat berbeza langkah dan  tindakan SKMM untuk kes kali ini. Laporan polis telah banyak kali telah dibuat terhadap blogger Papagomo ini, tetapi hasil dan tindakannya? Seperti macam dibakulsampahkan…

Blogger Papagomo Polis Trafik & Makan Rasuah?

Hakikatnya, mahkamah terpaksa digunakan untuk mengenalpasti identiti Papagomo. Pelik…..Mana SKMM, mana pihak polis? Blogger Papagomo ini bukan sebarangan punya blogger. Ini kerana blogger Papagomo mendapat jemputan untuk naik kapal selam Scorpene. Hebat bukan? Bukan sebarangan boleh naik tanpa "security clearance".
Papagomo
Sumber : Sinar Harian
Nasihat kami kepada blogger Papagomo, berpeganglah dengan ungkapan "berani kerana benar". Atas nama undang-undang dunia, datanglah dan pertahankanlah segala dakwaan yang telah anda karang di blog anda dengan yakin sekali berserta fakta-fakta yang anda miliki. Buktikan anda di pihak yang benar. Baik dakwaan anda terhadap Husam Musa ataupun kepada Anwar Ibrahim (SEPERTI DI SINI).
Di mahkamah inilah, medan terbaik untuk anda  (blogger Papagomo) pertahankan pendirian & dakwaan anda demi agama, bangsa dan negara. Buktikan kepada pembaca blog anda dan rakyat Malaysia yang anda bukan sekadar berani di laman maya semata…..

Hisham menyokong politik ganas, kata Pakatan

Posted: 26 Mar 2013 09:47 AM PDT

Hisham menyokong politik ganas, kata Pakatan

Oleh Syed Jaymal Zahiid
March 26, 2013
 
PETALING JAYA, 26 Mac — Kata-kata Datuk Seri Hishamuddin Hussein menjangkakan terdapat lebih banyak gangguan dalam ceramah pembangkang menunjukkan beliau menyokong politik ganas, dakwa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini. PR berkata, menteri dalam negeri tersebut telah gagal memberi jaminan untuk melindungi mereka, dan menjangka akan berlaku lebih banyak keganasan politik sebelum dan semasa Pilihan Raya 2013.

"Politik fitnah dan keganasan kini semakin meningkat dan pimpinan PR menyedari ini," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan parti di ibu pejabat PKR hari ini.
Anwar, pemimpin de facto PKR berkata, partinya kini bersiap sedia melancarkan kempen pilihan raya ke seluruh negara.

Bercakap pada sidang media yang sama, penasihat DAP Lim Kit Siang mengkritik kenyataan Hishamuddin (gambar) dan mengatakan naib presiden Umno itu tidak layak menjadi menteri yang menjaga keselamatan dalam negeri.
"Ini bakal menjadi pilihan raya paling kotor. Perkara ini mesti dihentikan, atau kita akan jadi bahan ketawa di seluruh dunia," kata Lim. 
Ahli parlimen Ipoh Timur itu berkata Hishamuddin juga secara tidak langsung menyokong keganasan ke atas pembangkang dengan membiarkan kebencian penyokongnya dalam ucapannya Ahad lalu.
Pekerja parti menjerit "Bunuh Tian Chua" apabila naib presiden Umno itu menyeru untuk menyokong Barisan Nasional dan "hapuskan pengkhianat" seperti naib presiden PKR Chua Tian Chang, dikenali sebagai Tian Chua, yang dikaitkan kenyataannya mengenai pencerobohan puak bersenjata Sulu di Sabah.
Hishamuddin mengakui semalam keganasan politik semakin teruk, tetapi menuduh PR dengan mencetuskan kebencian ke atas kerajaan dan polis.

Beliau juga berkata lebih banyak insiden bakal berlaku semasa tempoh berkempen dalam Pilihan Raya 2013, yang dijangka berlangsung dalam beberapa minggu lagi, berikutan kekurangan anggota polis.
Kenyataannya mencetus kritikan dari kumpulan menuntut reformasi pilihan raya, Bersih 2.0 yang menyeru menteri itu mengawal penyokong Umno dari mengugut atau akan disenaraihitamkan sebagai menyokong politik ganas.

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu turut menyokong pandangan Lim bahawa Hishamuddin sebagai menteri harus tidak berat sebelah dalam menentang keganasan politik.
"Tetapi beliau berkata kita seharusnya menjangkakan lebih banyak keganasan," katanya lagi.
Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, bersama pemimpin BN menandatangani Akujanji Integriti Pilihan Raya Transparency International-Malaysia bulan lalu dalam usaha yang menurut mereka sebagai serius dalam berlaku adil dalam pilihan raya akan datang.

Tetapi Najib dan rakannya dikritik kerana berdiam diri dalam siri serangan ke atas pembangkang, yang didakwa dicetuskan penyokong BN atau penyokong kumpulan sayap kanan yang dikaitkan dengan Umno.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dengan batu dan paku di Johor September lalu.
Satu lagi insiden di Pahang bulan lalu, anak perempuan Anwar, Nurul Izzah hampir diserang secara fizikal oleh penyokong Umno, walaupun penyokongnya berjaya menghalangnya, naib presiden PKR itu berterusan diserang dengan kata-kata berbaur kebencian.

Pada 12 Mac, beberapa yang disyaki penyokong Umno menyerang ganas ke atas pembangkang, termasuk mengugut untuk membakar ibu pejabat PKR di Petaling Jaya selepas pimpinan parti menuduh diserang oleh penyokong BN di Melaka.


Mereka membaling batu, kayu dan kon trafik ke bangunan PKR, dan membakar bendera parti tersebut, dimana insiden tersebut di jaga oleh polis. Bagaimanapun, tiada tindakan diambil.



Tiada ulasan: