Sabtu, 23 Mac 2013

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Politik seks — Kamarulzaman Abdullah

Posted: 23 Mar 2013 09:07 PM PDT

Politik seks — Kamarulzaman Abdullah

23 MAC — Sekali lagi kita digemparkan dengan video pendedahan mengenai aktiviti seks seorang ahli politik.

Heboh seluruh negara dengan video tersebut.
Media arus perdana memainkan isu ini sepanjang siang dan malam.
Mungkin mereka (baca: media) terlupa anak-anak kecil yang sedang membesar turut menonton warta berita di televisyen.

Penat lelah golongan ibubapa apabila diminta menjelaskan mengenai "liwat", "sodomi" dan "China Doll".
Kerajaan kelihatan "seronok benar" kerana mungkin akan mendapatkan keuntungan politik daripada pendedahan mengenai aktiviti seks ini tanpa memikirkan kesan jangka panjang terhadap masyarakat.
Cuba fikirkan, apa kena mengena aktiviti seks seseorang dengan kehidupan masyarakat?
Jika benar sekalipun, mengapa pekung seseorang itu mahu dihebahkan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan politik?

Bukankah aktiviti seks itu hak peribadi dan tiada kena mengena dengan permasalahan orang ramai?
Rakyat Malaysia perlu jelas mengenai perkara ini.

Masalah moral biarlah diuruskan oleh individu itu sendiri dan bukan tugas negara untuk menguruskannya.
Sudah sampai masa Malaysia melangkah setapak lagi ke hadapan untuk menjadi lebih matang.
Pisahkan urusan peribadi dengan permasalahan orang ramai.


DAP bongkar jumlah terbaru pemegang IC “bermasalah” di Sabah

Posted: 23 Mar 2013 08:53 PM PDT

DAP bongkar jumlah terbaru pemegang IC "bermasalah" di Sabah


KUALA LUMPUR,  MAC: DAP menemui 7,475 lagi pengundi meragukan di Sabah membabitkan pemilik Kad Pengenalan Merah dan Kad Pengenalan Hijau yang diberi taraf warganegara dalam satu siasatan yang dilakukan terhadap senarai daftar pemilih terkini suku keempat 2012.

Penemuan itu adalah pembongkaran terbaru setelah pendedahan mengejutkan wujudnya 60,000 pengundi, pemegang kad pengenalan 'bermasalah' oleh Penolong Pegawai Pendaftaran, Jabatan Pendaftaran Negara, Bahagian Kad Pengenalan Sabah dan Sarawak yang didedahkan dalam RCI Sabah.

Menurut Pakar Strategik Pilihanraya DAP, Dr Ong Kian Ming, kehadiran senarai panjang pengundi meragukan itu memburukkan lagi keadaan untuk melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil.

"Saya menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan satu siasatan bersama bagi memastikan pemegang Kad Pengenalan Merah dan Kad Pengenalan Hijau yang mendapat taraf warganegara dan layak mengundi melalui proses yang betul.

"Kalau mereka didapati mendapat taraf warganegara melalui proses yang meragukan, kita desak SPR keluarkan mereka daripada senarai daftar pemilih," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Kian Ming, kebanyakan pengundi "Merah" dan "Hijau" yang mendapat taraf warganegara dan layak mendaftar sebagai pemilih ditempatkan di kerusi yang mempunyai ramai pemegang kad pengenalan "bermasalah".

"Antara kawasan yang mempunyai peratus teramai pemegang kad pengenalan "bermasalah" ialah di Parlimen Silam (P188) sebanyak 12.1 peratus, Parlimen Tawau (P191) 17.7 peratus dan Parlimen Kalabakan (P191) mencatatkan 22.8 peratus," jelasnya. – Roketkini.com

Semakin lambat bubar, BN semakin tidak popular

Posted: 23 Mar 2013 08:47 PM PDT

Semakin lambat bubar, BN semakin tidak popular


1. Seketika dulu YAB Perdana Menteri dan BN mungkin beranggapan bahawa langkah melengah - lengahkan pembubaran kabinet adalah meletihkan pembangkang dan menguntungkan mereka. Saya juga berpandangan demikian pada awalnya. Setelah lebih 11 kali meramal tarikh bubar kabinet sejak tahun lepas, semuanya tidak menjadi. Terasa bodoh pula diri, menunggu saban fajar bilakah detik kabinet atau parlimen dibubarkan. Pastinya pihak BN girang mempersenda PR yang termangu - mangu menanti tarikh bubar seperti pengantin menunggu detik imam tiba untuk aqad nikah.

2. Lebih menarik, PM sanggup melanjutkan tarikh pembubaran tanpa sebarang pengumuman atau penetapan tarikh melepasi period 5 tahun tempoh antara 2 pilihanraya iaitu 8 Mac 2008 hingga 23 Mac 2013 [sehingga kenyataan ini ditulis].

3. Negara kini dilanda demam bubar. Ia bukan lagi satu persendaan tetapi rakyat mendesak dan menuntut supaya PM berani membubarkan kabinet secepat mungkin untuk rakyat memperbaharui mandat kepimpinan dan pemerintahan negara. Jika anda rajin belayar di laut cyber, 1001 jenaka, tuntutan, xpresi, rayuan dan permohonan supaya kabinet dibubarkan dan PRU 13 dipanggil segera.

4. Selesema bubar ini bukan hanya membuatkan penyokong Pakatan Rakyat berair hidung tetapi penyokong Barisan Nasional juga mula bersin tidak menentu. Mereka pun naik hairan kenapa PM masih "keras kepala" tidak mahu membubarkan kabinet dan lebih penting tidak mahu mengisytiharkan tarikh pembubaran itu lebih awal.

5. Menurut pengamatan saya, semakin lama keadaan ini berlangsung, rakyat makin bosan dan muak dengan sikap PM. Tanda tanya terus bersarang dalam kepala mereka, kenapa PM masih tidak mahu membubarkan kabinet ? Apakah PM hilang keberanian ? atau PM tidak bersedia menghadapi kemungkinan ? Apakah UMNO masih lemah ? masih kronik kah pertelagahan dalaman BN ? Makin lama, makin banyak tanda tanya itu timbul dibenak rakyat.

6. Fenomena ini sebenarnya menguntungkan Pakatan Rakyat. Dimana rakyat seperti mula menghidu kelemahan besar yang sedang dilindungi oleh Barisan Nasional menyebabkan PM sehingga kini dilihat tidak bersedia mengisytiharkan tarikh pilihanraya meskipun terdapat beberapa buah negeri terpaksa bubar secara automatik kerana tamat tempoh.

7. Mahu saja saya mencadangkan agar PM juga tidak perlulah isytihar tarikh bubar sebaliknya biarlah ia bubar sendiri secara automatik menjelang 28 April nanti. Sementara itu PM boleh cipta sejarah. Malah ia sangat baik untuk Pakatan Rakyat terus menghimpit Barisan Nasional ketepian gelanggang dan rakyat akan terus meng"booo" mereka atas kegagalan membubarkan kabinet pada masa yang tepat dan sesuai.

8. Saya sendiri tidak tahu, kesempatan bagaimana lagi yang ditunggu oleh PM setelah pelbagai langkah popular telah diambil oleh beliau untuk memenangi dan membeli hati rakyat. Apa lagi yang lebih besar dari BR1M yang menelan kos puluhan jutaan ringgit. Himpunan ulamak dan umarak telah selesai, Himpunan sejuta belia pun sudah. Terbaru himpunan wanita juga sudah diselesaikan. Buku Rosmah juga telah dilancar. Ilham apa lagi agaknya yang ditunggu oleh PM, melainkan rakyat semakin cuak dan give up menunggu dan menanti. Penantian itu satu penyeksaan.

9. Saya kira, rabu depan bersamaan 27 Mac 2013, YAB PM bolehlah memanggil mesyuarat terakhir kabinet seperti rutinnya dan sebelum itu, YAB PM naik mengadap Yang Di Pertuan Agong untuk perkenan tarikh bubar kabinet. Sejurus selesai mesyuarat kabinet, PM boleh segera umumkan kepada rakyat pembubaran kabinet bagi membolehkan SPR menetapkan tarikh PRU ke 13. Saya kira, rakyat masih mampu bersabar menanti tarikh 27 Mac ini.

10. Jika 27 Mac 2013 ini, YAB PM masih tidak bersedia untuk bubarkan kabinet. Saya boleh gambarkan wajah - wajah rakyat negara ini yang semakin cuak dan muak dengan game UMNO dan BN. Wajah kusam yang tension dalam penantian. Mungkin penyokong BN sendiri akan boring dengan situasi seperti itu. Sehari dua ni pun sudah ada gerakan kempen BP1M [Bubar Parlimen 1 Malaysia]. Andai ia masih berlarutan,
kempen ini akan membesar dan saiznya akan mencetus gelombang baru yang menghakis kepercayaan rakyat terhadap BN dan PM sebagai kerajaan dan pemerintah yang tiada keyakinan diri. Justeru itu, kepada YAB Perdana menteri, dengarlah nasihat saya, bubarlah segera dan paling lewat 27 Mac ini. Jika tidak, YAB PM akan berdepan dengan situasi yang lebih sukar. Percayalah !



Nasrudin bin Hassan
Ketua DPPM




Samseng Umno cuba kepung bas Jelajah Merdeka Rakyat

Posted: 23 Mar 2013 08:40 PM PDT

Samseng Umno cuba kepung bas Jelajah Merdeka Rakyat


JOHOR BAHARU 24 MAC: Sekumpulan samseng Umno cuba mengganggu perjalanan bas Jelajah Merdeka Rakyat dengan mengepung kenderaan itu yang menuju ke Kampung Melayu Majidee di sini, malam tadi.

Perbuatan liar sekumpulan samseng bermotosikal itu dilakukan kira-kira 400 meter dari lokasi ceramah di kampung berkenaan, sekitar jam 11 malam.

Bagaimanapun, mereka dipercayai melarikan diri selepas menyedari kehadiran hampir 30 anggota polis berhampiran tapak ceramah.


8da91cd893de11e2b01422000aaa05b1_7Ketika berpidato depan hampir 10,000 penduduk tempatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat mengucapkan terima kasih kepada anggota polis yang mengawal keselamatan di kawasan itu.

"Terima kasih semua anggota polis yang datang, mereka pun tau dah ramai samseng (Umno)," kata Ketua Umum KEADILAN itu.

Sebelum ini, kunjungan Anwar bersama bas berkenaan ke Johor kerap diganggu samseng Umno yang bertindak liar melempar batu atau cat merah.

Terbaru, sekumpulan samseng yang sebahagiannya memakai baju tertera logo BN membaling batu dan kayu ke bas Jelajah Merdeka Rakyat mengakibatkan beberapa cermin kenderaan, pecah.

Kejadian dua minggu lalu itu berlaku di Bukit Katil, Melaka, negeri yang terletak bersebelahan Johor.
(FZL)


Siaran langsung Jelajah Merdeka Rakyat di Kpg Melayu Majidee

Posted: 23 Mar 2013 08:23 AM PDT

Siaran langsung Jelajah Merdeka Rakyat di Kpg Melayu Majidee

JOHOR 23 MAC: Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung ceramah perdana Jelajah Merdeka Rakyat di Jalan Aman, Kampung Melayu Majidee, Johor Bharu di sini melalui rangkaian internet.
jm

Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berucap di Taman Cemara, Kampong Sari, Simpang Renggam dan Jalan Aman, Kampung Melayu Majidee, Johor Bharu antara jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Turut berucap, Jen (B) Tan Sri Hashim Hussein, Saifuddin Nasution, Datuk Seri Chua Jui Meng, Sallehuddin Ayub, , Tian Chua, Dr Boo Cheng Hau, Mazlan Aliman, Tan Poh Lai, Rosli Kemin dan Andrew Cheng Kah Eng.

Untuk tonton, KLIK INI.


KES SAMAN 100 JUTA-PAPAGOMO BAKAL DIDEDAHKAN ISTERI?

Posted: 23 Mar 2013 05:01 AM PDT

 

 DIPETIK DARI KEDAH LANI

 

KES SAMAN RM100J, KALI INI PAPAGOMO AKAN DIKANTOIKAN OLEH SEORANG WANITA...

Bekas isteri Papagomo meminta mendedahkan salah laku PAPAGOMO, sudikah bekas isteri Papagomo menjadi saksi bahawa Wan Azri adalah Papagomo? Sama-sama kita nantikan episod ini.

blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris, pemilik portal Papagomo.
Dalam dia mohon maaf, dia permainkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kita benar-benar berharap agar Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan tindakan saman terhadap blogger keparat; Wan Muhammad Azri Wan Deris, pemilik portal Papagomo.

Wan Muhammad Azri Wan Deris, pemilik portal Papagomo ini mengaku bahawa Mahathir Mohamad adalah idolanya dan dia juga mengakui dia mengikut perangai buruk Mahathir Muhamad.

Di bawah adalah sebahagian daripada apa yang ditulis oleh blogger keparat Wan Muhammad Azri Wan Deris, pemilik portal Papagomo.

Papa Gomo
Untuk makluman Dato Sri Anwar Ibrahim hari ini saya telah pun terpancut kerana sekian lama air saya tertunggak menantikan saman dari Dato Sri. Tak disangka hari ini ianya keluar terpancut melimpah limpah dengan amaun RM 100 juta dari Anwar Ibrahim.
"Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman ke atas blogger pro-Umno, Papagomo yang menyebar gambar lucah menyerupai Ketua Umum KEADILAN di rangkaian media sosial.

Anwar"Saya telah arah pasukan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas blogger pemfitnah yang mempunyai kaitan rapat dengan Umno," kata Anwar di twitter hari ini."

In the letter of demand sent today, Dato' Seri Anwar's solicitors have demanded that the blogger Papa Gomo withdraw his malicious allegations, apologize within 48 hours from today, and pay damages in the sum of RM 100 million."


Permohonan Maaf saya :

Salam sejahtera kepada Dato Sri Anwar Bin Ibrahim Ketua Umum Pakatan Rakyat. Saya dengan ini memohon maaf diatas ketelanjuran saya yang menyebarkan gambar gambar berbentuk separa lucahkepada rakyat. Saya benar benar memohon maaf diatas kebiadapan saya ini yang mencerca Dato Sri dan melabelkan Dato Sri sebagai pengamal Homoseksual.

Dengan permohonaan Maaf ini saya harap agar Dato Sri dapat balik menarik saman RM 100 juta yang difailkan keatas saya kerana saya orang susah, tidak ada duit sebanyak itu untuk membayar saman Dato Sri. Lagipun saya terpaksa menanggung 5 orang adik adik saya yang masih lagi bersekolah manakala ibu saya tidak sihat dan bapa saya pula tidak berkerja.


Apa sekalipun Dato Sri, saya juga dengan ini memberikan amaran buat Dato Sri untuk menarik balik saman tersebut dalam masa 48 Jam kerana jika Dato Sri tidak menarik balik saman tersebut serta membuat permohonan Maaf kepada saya maka saya dengan ini tidak akan teragak agak untuk mendedahkan lebih banyak paparan video Homoseksual Dato Sri untuk tatapan rakyat.
blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris, pemilik portal Papagomo.
Klik di sini untuk lihat paparan besar
Dipara akhir dalam post berkaitan, Papa Gomo dengan angkuh menulis:

Buat Anwar Ibrahim, saya mengikut jejak langkah Tun Mahathir idola saya:

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad enggan memohon maaf kepada bekas timbalan, Anwar Ibrahim dan menolak tuntutan RM100 juta (US$26.7 juta) sebagai ganti rugi kerana memanggil Anwar sebagai seorang homoseksual.


SAMBUNG LAGI  BAWAH........PENDEDAHAN SIAPA PAPAGOMO...OLEH BEKAS ISTERI BELIAU.......

Untuk kes saman kali ini, jika Wan Azri masih tidak mahu mengaku beliau adalah PAPAGOMO kita ada seorang lagi saksi iaitu bekas isteri beliau.. jeng jeng jeng! Saman 100 JUTA terhadap PAPAGOMO boleh klik SINI

PAPA GOMO adalah Admin Blogger Umno, terkenal dengan peropaganda dan dakyah Fitnah tahap tertinggi dalam ranking Blogger -Blogger Umno,beliau juga tidak di senangi oleh penyokong-penyokong Umno sendiri yang mementingkan etika/integriti dalam penyebaram maklumat.

Antara yang tidak menyenanginya ialah Tun Faisal Ismail iaitu Ketua Unit Media Baru Umno (UMB)

Beliau juga gagal dalam rumahtangganya,antara sebab utama kegagalan beliau adalah kerana terlalu taksub dengan Politik Umno,hinggakan mengabaikan anak dan Isteri beliau.Papa Gomo juga seorang yang Ganas sepertimana Tulisan-tulisan beliau di Blognya

Admin walau berada di pihak yang bertentangan dengan beliau berasa amat simpati kepada Beliau/Anak dan Bekas Isterinya.."Sabarlah Puan ini semua dugaan Allah kepada hambanya" itulah yang mampu Admin luahkan kepada mereka yang terlibat dengan "dugaan"

Mungkin juga pada pendapat admin,pembalasan ALLAH kepada sikap dan tindakkan beliau yang menzalimi/memfitnah orang lain dengan cara yang terlalu rakus,tanpa mempedulikan Dosa dan pahala/halal dan haramjadah,

Krisis rumahtangganya,mungkin bukan lagi rumahtanga(Telah Bercerai) telah menjadi buah mulut activis alam maya antaranya
Perebutan anak diantara beliau dan bekas isterinya..

(link video dibawah):
"salam mohon abg k buat artikel kisah papagomo yg bercerai sbb sibuk berpolitik mengabaikan anak dan isteri" ujar bekas isterinya

Anda boleh membaca luahan hati bekas 
Isterinya di :http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=702302&extra&page=2 

Juga boleh melawati Blog Bekas Isterinya untuk maklumat lanjut: http://bellina-chin.blogspot.com/2009/03/my-new-born-baby-girl-wan-cassandra.html 



Juga video Beliau yang ganas dan kejam terhadap seorang wanita yang serba lemah dalam merampas anak yang dibawah jagaan bekas Isterinya,Highligtkan masa 0:04 beliau memakai baju jersi Malaysia 


http://bit.ly/ZRBsvA (tonton video di link ini)



8 ‘PENGGANAS SULU’ ADALAH RAKYAT MALAYSIA?

Posted: 23 Mar 2013 03:29 AM PDT





 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR : Keluarga Kiram mendakwa lapan yang dihadapkan ke mahkamah kerana menceroboh Sabah adalah rakyat Malaysia dan bukan rakyat Filipina, mengatakan dua daripadanya sudah maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia.

Abraham Idjirani, jurucakap kepada lelaki yang mendakwa dirinya sebagai 'Syaitan' Sulu Jamalul Kiram III memberitahu media Filipina kesultanan tahu mengenai 'lelaki gugur' itu dari sumber di Sabah.
"Apakah Malaysia menghidupkan semuala dua lelaki RSF itu?" soal Idjirani merujuk kepada "Tentera Di Raja" kepada kesultanan Sulu.

"Asas kami untuk mengatakan mereka bukan rakyat Filipina berdasarkan dari sumber kami di Sabah yang menelefon untuk mengatakan mereka adalah rakyat Malaysia. Mereka bukan rakyat Filipina," kata beliau dipetik dari Philippine Daily Inquirer.

"Untuk mengesahkan ini, mereka (pihak berkuasa Malaysia) perlu mendedahkan di mana mereka ditangkap," katanya. "Jika mereka ditangkap di luar Lahad Datu, mereka adalah orang awam [Malaysia].

"Mereka cuba untuk membuat rakyat Filipina takut, kerana pasukan keselamatan Malaysia telah menjadi kasar kerana akta keselamatan dalaman negeri mereka," tambah Idjirani.

Beliau mengenalpasti dua yang didakwa mati dalam rekodnya dikenali sebagai Holland (dieja "Holan: oleh Idjirani) Kalbi dan Lin Mad Salleh (dieja "Ling Mad Salli" oleh Idjirani).

Idjirani mengatakan Kalbi dan Salleh adalah diantara pengikut Jamalul yang terbunuh dalam serangan di kampung Tanduo di bandar Lahad Datu pada 1 Mac.

Beliau merujuk kepada serangan polis terhadap kumpulan Agbimuddin di mana 18, bukan 10, pengikut Jamalul terbunuh.

Akan tetapi akhbar Filipina melaporkan Syarulnizam Sallah, Pengerusi Jabatan Hak Asasi Manusia Persatuan Peguam Sabah (SLA) mengatakan lapan yang didakwa melancarkan aksi militan dan melancarkan perang adalah rakyat Filipina.

Salleh memberitahu akhbar tersebut beliau mengetahui mengenai kerakyatan lapan lelaki itu semasa mesyuaratnya dengan Peguam Negara Malaysia Tan Sri Abdul Gani Patail pada Khamis malam.

Bagaimanapun, SLA memuat naik di laman sesawang meraka pihak berkuasa Malaysia bukan sahaja menahan rakyat Filipina tetapi juga rakyat Malaysia dalam operasi keselamatan untuk menamatkan pencerobohan kumpulan yang mendakwa diri mereka memegang takhta kesultanan Sulu.

Pihak berkuasa Malaysia telah menahan 108 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan Sulu yang diketuai oleh adik Jamalul, Agbimuddin Kiram.

Lapan yang dituduh sebagai pengikut Sultan Jamalul dihadapkan dihadapan Hakim P Ravinthran di Mahkamah Tinggi Tawau pada Khamis untuk menghadapi pendakwaan dibawa oleh pihak berkuasa Malaysia terhadap mereka sehari sebelum itu.

Kalbi, Salleh, Habil Suhaili dan Timhar Hadir didakwa melancarkan keganasan di Sabah. Jika didapati bersalah, mereka akan dipenjarakan seumur hidup.

Atik Hussein Abu Bakar dan Basad H juga didakwa kerana keganasan dan juga melancarkan perang terhadap Yang Di Pertuan Agong. Jika didapati bersalah, mereka akan dihukum mati.

Kadir Uyung dan Tiong Lating dituduh melindungi kumpulan pengganas, dan menghadapi hukuman penjara seumur hidup. Mereka telah ditangkap atas tuduhan itu di Tanjung Labian pada 4 Mac, sehari sebelum tentera Malaysia melancarkan operasi udara dan tanah untuk menghancurkan kumpulan Agbimuddin.

Tiada pengakuan dicatatkan bagi lapan tertuduh berikutan permohonan oleh Abdul Gani, yang mengetuai pasukan pendakwa. Kes itu akan bermula pada 12 April.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur mengatakan mereka mengalu-alukan jaminan Gani lapan rakyat Filipina akan diberikan bantuan guaman.

Kedutaan dan Salleh dari SLA mengatakan mereka bekerjasama untuk peguam bagi yang didakwa. (TMI)

Last Updated on Saturday, 23
Nuffnang Ads

VIDEO PENGAKUAN RAKYAT MALAYSIA SELUDUP ABGIMUDDIN ?

Posted: 23 Mar 2013 03:02 AM PDT




Seorang lelaki rakyat Malaysia yang membantu rakyat Filipina untuk pulang ke Sulu selepas insiden pencerobohan ke atas Sabah gusar untuk kembali ke tanahair kerana bimbang bakal menghadapi tindakan oleh penguatkuasa undang- undang di negara ini. 

Bukti begitu mudahnya aktiviti penyeludupan masuk dan keluar penganas walaupun "KONONNYA" di kepung rapi. Antara punca mudahnya mereka keluar masuk adalah atas arahan BN menukar penguat kuasa Polis Maritim di TRANSFORMASIKAN menjadi APMM baca laporan berkaitan tu di SINI.

 Soalnya, kenapa begitu mudah pengganas masuk dan kemudiannya berjaya keluar dengan selamat, sedangkan kerajaan mengatakan berjaya mengawal dengan ketat pihak terbabit. Jika ini keadaannya, ternyata selepas ini lebih banyak anasir subversif pasti akan datang ke negara kita untuk melakukan onar setersunya. Kini, apakah rakyat boleh yakin dengan keselamatan mereka jika insiden sebegini pun masil gagal ditangani dengan baik oleh pihak kerajaan. Mana pergi kecanggihan kapal selam yang menjadi kontroversi itu?. Ternyata negara kini berada dalam keadaan yang cukup berbahaya apabila begitu muda diblosi oleh pihak luar. Tiba masanya rakyat fikirkannya dan

Tiada ulasan: