MIMPI SENJA |
- PRU-13: DAP akan Bertanding Guna Tiket PKR Atau PAS - Karpal
- Ahli perniagaan Malaysia yang ditahan Abu Sayyaf 17 bulan lalu dibebaskan
- Lahad Datu : Pengganas bunuh anak bungsu saya ... - Penduduk
- Lingkup dah PAS Alor Setar .......
PRU-13: DAP akan Bertanding Guna Tiket PKR Atau PAS - Karpal Posted: 23 Mar 2013 09:42 PM PDT GEORGE TOWN: Calon DAP akan bertanding di bawah tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau PAS sekiranya pendaftaran parti itu digantung sebelum hari penamaan calon diadakan, kata Pengerusi DAP, Karpal Singh. "Ini kerana kita bimbang serta tidak mahu calon DAP kucar-kacir, kerana tidak boleh menggunakan simbol parti untuk bertanding dalam pilihan raya. Kita juga tahu parti mungkin digantung sementara menunggu siasatan dijalankan," katanya kepada pemberita pada Sabtu. Karpal berkata DAP telah memberi kerjasama penuh kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam siasatan berhubung kontroversi keputusan pemilihan parti itu. Bagaimanapun, beliau menegaskan semua siasatan yang dijalankan perlu dilaksanakan secara adil. "Semua usaha yang dibuat oleh ROS adalah memastikan setiap parti dibenarkan menggunakan simbol mereka pada pilihan raya umum akan datang," katanya |
Ahli perniagaan Malaysia yang ditahan Abu Sayyaf 17 bulan lalu dibebaskan Posted: 23 Mar 2013 07:44 AM PDT KOTA KINABALU: A Malaysian fish breeder kidnapped by Abu Sayaff gunmen while doing business in the southern Philippines island 17 months ago has returned home to his family. Pang Choon Pong, 48, was reunited with his family after the gunmen released him about five days ago following negotiations with the armed group who was believed to be holding him on Jolo Island. "I am very thankful to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, our Chief Minister and all the leaders who helped reunite me with my family. "I have been away for so long and am just happy to see my family," said the father of four, who is believed to have been kidnapped by his former business partner on Oct 5, 2011 during a trip to Sitangkai. Following his release, Pang was flown in from Kuala Lumpur and was flown to Kota Kinabalu on Thursday, where he reunited with his family members at the Chief Minister's official Seri Gaya residence here. Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said the release was secured through careful and tireless negotiations with the group. "We empathise with the family and the trauma they must have gone through. As such we decided to intervene and assist in securing Pang's release," he said. Musa said that the family should thank Najib for his concern over the plight of Pang and his family. "As you can see the leaders of the day are those who listen and reach out to the people regardless of race and religious background," he added. Among those present at Seri Gaya were Deputy Chief Minister Datuk Yee Moh Chai, Industrial Development Minister Datuk Raymond Tan and Assistant Minister in the Chief Minister's Department, Datuk Edward Khoo, as well as Kota Kinabalu Chinese Chamber of Commerce President, Datuk Michael Lui. (DE) |
Lahad Datu : Pengganas bunuh anak bungsu saya ... - Penduduk Posted: 23 Mar 2013 04:31 AM PDT LAHAD DATU: Pencerobohan kumpulan militan dari selatan Filipina di pesisir pantai Lahad Datu 12 Februari lepas membawa pelbagai cerita duka kepada penduduk di kawasan itu. Penduduk dari Kampung Tanduo, Tanjung Batu, Tanjung Labian dan Sungai Nyamuk yang diklasifikasi sebagai zon merah terpaksa dipindahkan apabila kumpulan penceroboh menjadikan penempatan peneroka itu sebagai kubu mereka. Ada antara mereka kehilangan rumah, haiwan ternakan dan hasil sawit berikutan keganasan kumpulan penceroboh itu yang dikatakan membakar rumah penduduk dan merampas ternakan mereka. Namun lebih menyayat hati ada yang kematian anak kecil kerana serangan pengganas menyukarkan pergerakan untuk keluar mendapatkan rawatan di hospital. Bagi lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Gabir, 38, beliau tidak akan memaafkan kumpulan militan itu kerana tindakan mereka yang menggugat keamanan kampungnya menyebabkan beliau kehilangan anak bongsu yang baru berusia dua bulan. Menceritakan peristiwa duka itu, beliau berkata anaknya meninggal dunia di pusat pemindahan di Cenderawasih kerana kesukaran keluar mendapatkan rawatan di klinik-klinik berdekatan ekoran serangan militan itu. "Sampai hati mereka (pengganas) buat saya dan keluarga macam ini. Anak bongsu saya meninggal dunia ketika dua hari berada di pusat pemindahan kerana demam panas selain persekitaran yang tidak selesa. "Macamana kami mahu keluar dalam keadaan yang tidak selamat. Anak saya hanya mendapat rawatan di sini sahaja, dan akhirnya dia pergi...," katanya sambil menahan sebak. Bapa kepada tiga anak itu berkata anak bongsunya dikebumikan di tanah perkuburan Islam Cenderawasih dengan bantuan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan kementerian kesihatan. "Saya tidak akan maafkan mereka sampai bila-bila. Mereka harus terima hukuman berat termasuk mati kerana itulah hukuman yang paling layak untuk mereka," katanya. - Bernama Anak bekas Ketua Kg. Tanduo orang tempatan yang membantu pengganas Sulu LAHAD DATU: A son of a former Kampung Tanduo village chief is believed to be the local coordinator for the Sulu terror group. He was among four people, two of whom are key figures behind the group, who were arrested over the past 24 hours. The other is the Sulu group's military commander who was picked up while hiding in the swamps in Semporna as police further crippled the Sulu terrorists network operating there and in Lahad Datu. Deputy Inspector General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar said the two key figures were arrested with their wives. He said the local coordinator, in his early 40's, was arrested with his wife in the Felda Sahabat area at about 10pm on Friday. The man possessed a Malaysian identity card, he told reporters. The man is being detained under the Immigration Act pending verification of his identification documents. "He is an important figure as he was the one who arranged for accommodation, food, drinks and medical treatment since the group arrived here (Feb 9)," Khalid said. He said the military commander, in his late 40s, was arrested at about 1am on Saturday and has a Philippines passport. "Now we believe the group has been further crippled. They have lost their source of local support and they now have no direction," Khalid said. He did not elaborate on the identity of the commander. He said the arrests were made possible with the assistance of the local communities. So far, 408 people have been detained under the various laws since the launching of the offensive against the Sulu terror group dubbed as Ops Daulat on March 5. Another 108 people have been detained under the Special Offences (Special Measures) Act (SOSMA). Sixty-three gunmen have been killed in the ongoing offensive. On Thursday's Kembara Sakti incident in Felda Sahabat where more than 1,000 fled their villages after hearing that a woman was held hostage, Khalid said: "From our initial investigation, what happened yesterday was made to be more serious that it actually is." "There is no reason for the community there to feel afraid. They can return home. We will be with them,'' he added. Khalid said he would be meeting the residents to assure them of their safety. Pengganas ikat surirumah Lebih 1,000 penduduk dari beberapa kampung di Felda Sahabat 43, di sini, diarah berpindah selepas empat saki-baki pengganas dikesan menceroboh sebuah rumah di Kembara Sakti, kelmarin sebelum mengikat seorang suri rumah dan rumahnya kemudian terbakar. Empat pengganas terbabit memecah masuk rumah Maimunah Itin, 26, jam 3 petang kelmarin dipercayai untuk mencari makanan ketika wanita itu tinggal seorang diri kerana suaminya, Suhaimi Omar Basah, 30-an, keluar bekerja. Bagaimanapun, dia yang diikat kaki dan tangan dengan tali berjaya melucutkan ikatan sebelum lari menyelamatkan diri ketika pengganas terbabit leka menggeledah rumahnya. Jiran Maimunah, Mohammad Ahmad, 44, berkata, selain rumah wanita itu, sebuah lagi rumah yang terletak bersebelahan turut musnah dijilat api. "Sebaik mengetahui rumah Maimunah dimasuki pengganas, penduduk kampung menghubungi pasukan keselamatan, namun apabila mereka datang beberapa minit kemudian, pengganas sudah melarikan diri. "Pasukan keselamatan mengepung kampung kami dan saya melihat sekurang-kurangnya 12 tembakan gas pemedih mata dilepaskan untuk mengusir kumpulan pengganas," katanya ketika ditemui, semalam. |
Lingkup dah PAS Alor Setar ....... Posted: 23 Mar 2013 02:37 AM PDT Sabtu Mac 23, 2013 72 Ahli & Penyokong PAS di Alor Setar Sertai Umno ALOR SETAR: Keikhlasan kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) membantu menyelesaikan masalah rakyat membuka hati 72 anggota dan penyokong PAS Taman Tunku Yaakob, Alor Mengkudu di sini, menyertai Umno. Kata mereka kegagalan PAS dan pemimpinnya membantu mereka selain terlalu taksub untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 sehingga mengabaikan pelbagai isu lain yang berkaitan Islam menyebabkan mereka tawar hati terhadap parti itu. "Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan sekali-kali menganiaya rakyat namun terpulang kepada individu untuk berfikir dan menilai niat baik kerajaan BN," kata wakil mereka, Ahmad Man kepada pemberita di sini, Sabtu. Beliau bersama yang lain sebelum itu menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Pengerusi Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah. Hadir sama Anggota Parlimen Alor Setar Datuk Seri Chor Chee Heung yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. "Penduduk taman pernah memohon bantuan untuk warga emas, ibu tunggal dan anak yatim namun sehingga hari ini tiada apapun disumbangkan kerajaan negeri," katanya. Menurut Ahmad, 47, Anggota Dewan Undangan Negeri Alor Mengkudu yang juga exco kerajaan negeri Datuk Dr Ismail Salleh juga tidak pernah melawat kawasan mereka apatah lagi menunaikan janji semasa pilihan raya terdahulu. Bagi anggota PAS seumur hidup, Mohd Ridzuan Abdul Wahab, 32, beliau sedih dengan sikap pemimpin PAS yang gagal membela isu seperti penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan juga Kolej Universiti Insaniah. "Kelemahan PAS ini menyebabkan saya hilang keyakinan kemampuan pemimpin-pemimpinnya termasuk di peringkat pusat membela kepentingan umat Islam," katanya menambah mereka akan membantu Umno merampas kembali Kedah daripada pembangkang. Mohd Ridzuan juga tidak gentar berhadapan tindakan pulau oleh anggota PAS lain. Sementara itu Ahmad Bashah berkata tindakan bekas anggota dan penyokong PAS keluar parti bukan gimik yang direka oleh Umno. "Umno tidak terlibat dalam kes ini. Ia adalah kemahuan mereka. Kita akan bantu mereka cawangan Umno Taman Tunku Yaakob dalam masa terdekat bagi memenuhi permintaan mereka," katanya. -BERNAMA MS; Aku harap cerita di atas tak betoi la ... akan ada penafian la nanti. Depa ni bukan boleh percaya sangat |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan