Rabu, 6 Mac 2013

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


Musuh menyusup melalui Projek IC,Pertahanan Negara Jadi Lemah,Siapa Musuh Sebenar?

Posted: 05 Mar 2013 10:48 PM PST

JMR ampang (2)

Ulasan TBO pada artikel terdahulu:

            Sebenarnya memberi  kad pengenalan dengan begitu mudah kepada pendatang asing tanpa sebab sebab yang kukuh dan tanpa adanya penyiasatan yang teliti dapat merbahayakan kepada keselamatan negara.Kebanjiran pendatang asing dengan ic segera mereka memudahkan negara asing melakukan pengintipan keatas negara ini.Misalnya kebanjiran pendatang Filipina di Sabah,tambahan mereka diberi kad pengenalan,akan memudahkan mereka melakukan risikan untuk pihak pihak tertentu misalnya lanun atau kumpulan militan.Dengan adanya ic ini mereka boleh melakukan pengintipan dalam masa yang panjang dan teratur.Ini menjadikan sesebuah kawasan senang untuk diserang atau ditawan.

Peristiwa pencerobohan Lahad Datu ini telah membongkar siapa sebenarnya yang merupakan penyebab utama terjadinya peristiwa ini.Apa bila kad pengenalan diberi secara berleluasa mengakibatkan keluar masuk warga asing menjadi tidak  terkawal.Ini akan menghilangkan kedaulatan sesebuah negara.Kedaulatan sesebuah negara banyak bergantung kepada keboleh kawalan terhadap rakyat dan kawasan nya.Kehilangan kawalan terhadap rakyat dan kawasan dianggap merendahkan kedaulatan sesebuah negara.

Msinc-Kalau ketua nya adalah ahli UMNO,pengikut pengikutnya musti juga jadi ahli,dan mungkin ada yang jadi penganas.Cuba kita jejaki identiti setiap penganas..kita akan temui jawapannya..

KUALA LUMPUR 6 MAC: Kejayaan serangan ketenteraan terhadap penceroboh Sulu di Lahad Datu bukan penyelesaian penuh berikutan musuh negara sudahpun menyusup masuk ke negara ini melalui Projek IC Sabah.

Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab, berkata 'musuh sebenar' sudah diberi IC oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad secara leluasa.

"Sekarang mereka hendak buat apa? Kita hantar jet pejuang, pasukan tentera bom mereka. Tak semudah itu kerana orang-orang yang jadi musuh dibawa oleh Mahathir, diberi IC.

"Yang inilah yang jadi musuh sebenar, bukan mudah hendak kenal pasti mereka sekarang," katanya ketika berucap pada Jelajah Merdeka Rakyat di Ampang Malam tadi.

Pengerusi Majlis Perundingan Keselamatan Tentera KEADILAN itu juga mempertikai penghantaran tentera ke Sabah dengan menaiki pesawat komersil, Air Asia.
"Pergerakan tentera pun naik Air Asia. Hendak bagi Tony Fernandez dapat duit? Komisyen? Mana pergi pesawat TUDM? Mana pesawat tentera?

"Atau spare part (alat ganti) tak ada? Enjin jet dijual? Sebenarnya, percayalah – terlalu banyak penyelewengan dan penipuan berlaku," katanya, sinis.
JMR ampang (9)
Beliau juga mengulangi kekecewaannya berikutan pertahanan negara mudah bolos dan menyalahkan kegagalan risikan tentera yang mengikut telunjuk orang politik.
Hadi juga kesal kerana pimpinan negara lambat membuat keputusan hingga menyebabkan ramai anggota pasukan keselamatan terkorban.

"Perdana Menteri kelabu, (Datuk Seri) Zahid Hamidi kelabu, (Datuk Seri) Hishamuddin (Hussein) tak tau hendak buat apa.
"Saya malas sentuh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, IGP (Ketua Polis Negara). Saya pun dalam sistem yang sama dulu. Tapi, terlalu ramai yang lembap, tak tau buat keputusan," katanya./KeadilanDaily

Posted: 05 Mar 2013 07:47 PM PST







Anwar: Bukan Nazri yang perlu jamin peralihan kuasa

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mungkin tiada mandat untuk menjamin peralihan kuasa bakal berlaku dengan aman sekiranya BN kalah dalam pilihan raya umum akan datang.
"Kami tersentuh dengan jaminan bersungguh Datuk Nazri semalam jika BN kehilangan mandat, mereka akan menyerahkan kuasa dengan aman.

"Namun, saya risau jika Nazri mempunyai mandat untuk memberi jaminan tersebut," katanya yang tetap mengalu-alukan kenyataan Nazri itu.

Katanya lagi, beliau menghargai jaminan yang diberi oleh Nazri, yang disifatkannya sebagai seorang yang budiman.

"Namun, perkara seperti ini perlu datang dari seseorang dan ia (jaminan itu) satu tanggung jawab yang perlu dilaksanakan," katanya, yang dipercayai merujuk kepada jaminan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap menutup 'Persidangan antarabangsa pilihan raya umum Malaysia yang ke-13' di Kuala Lumpur petang tadi.

Jaminan berkenaan disebut Nazri dalam ucapan di persidangan berkenaan semalam.

Katanya, BN tidak akan membentuk kerajaan dengan cara menipu atau membuat tindakan tidak sesuai.
"Bila kami kalah lima negeri, peralihan kuasa berlaku dan tidak ada percubaan untuk mencetuskan kacau bilau atau tidak memberikan kerajaan negeri pada  pembangkang," katanya.

Beliau yang juga ahli majlis tertinggi Umno menegaskan BN amat menghormati mandat rakyat untuk memilih parti dan kerajaan yang dikehendaki mereka.-MKMK

Silalah Menginap Di Hana Homestay Demi Ketenangan Fikiran

Posted: 05 Mar 2013 04:09 PM PST


Hadapan Rumah Yang Akan Diserikan Lagi
Sekiranya anda bertandang dan berniat untuk melancong dinegeri Perak Darul Riduan,terdapat tempat tempat yang menarik untuk dikunjungi seperti Pulau Pangkor,Pasir Salak,Telok Intan,Cameron Highland,Lata Iskandar,Masjid Bukit Chandan dan sebagainya.Tempat tempat pelancungan ini bertaburan diserata negeri Perak yang luas.Sekiranya anda berminat untuk melawat keseluruhan tempat ini,anda terpaksa menginap lama.Oleh itu pihak TBO mengesyorkan kepada anda suatu Home Stay yang strategik dan yang sesuai kerana kedudukannya terletak ditengah tengah negeri Perak.ini menjadikan perjalanan anda kesegenap penjuru negeri akan lebih singkat.

Master Bed Room Yang Selesa Dan Berhawa Dingin



Kemudahan:
       Berdekatan dengan UITM Seri Iskandar/UTP/IKBN/Pejabat Daerah/Balai Polis Bomba
      TLDM,Bangunan Kerajaan,Kemas,Taman Teknologi,Medan Mara,
       3-5 minit dari TESCO /KFC /Bank Islam/Petronas(akan dibuka Billion dan Maiden)
       35 minit sahaja ke Bandaraya Ipoh. 

Ruangan Hadapan Yang Santai Dan Berhawa Dingin
Kemudahan untuk Memasak

Homestay:
  •  3 bilik 2 bilik air
  •  Penyaman Udara di ruang tamu dan bilik utama
  • Dapur disediakan untuk memasak
  • Disediakan Peti Ais /Seterika /Tuala /TV / Telekung & Sejadah / Pembakar Roti/ Pemanas Air/ Alatan dapur  yang lengkap
Tandas Yang Menarik Dan Bersih


Alamat:

Hana Homestay

No 19, Jalan Bandar Universiti 12

Bandar Universiti Seri Iskandar

32610 Seri Iskandar

Hp No: 012- 5815227 (Hjh.Norhana)
             012- 5759678 (Hjh.Norsiah)
Sewa: RM 150/hari


Bilangan Katil Yang Banyak Sesuai Untuk Mereka Yang Berkeluarga Besar


Tiada ulasan: