Addin |
- Tentera SULU Menyamar Pakai Baju BN Di Tahan
- Kantoi!! Blogger Upahan BN Dari Amerika Syarikat Mengakui Di Upah Untuk Burukkan Anwar
- Media Filipina Beri Ruang Anwar Perjelas Tuduhan Jahat Umno Berkenaan Isu Pencerobohan Lahad Datu
- Gambar Pertemuan Zahid Hamidi Dengan Rombongan SULTAN SULU
- Luahan Hati Guru Yang Mendidik Anak-Anak Orang SULU..
Tentera SULU Menyamar Pakai Baju BN Di Tahan Posted: 06 Mar 2013 08:38 AM PST Polis hari ini menahan empat lelaki yang dicurigai terlibat dengan kumpulan penceroboh dalam satu operasi di Jalan Lapangan Terbang dekat pekan Semporna. Empat lelaki berkenaan, berusia antara 20-an hingga 50-an, ditahan dalam operasi selama kira-kira sejam pada tengahari, lapor Bernama. Salah seorang dari mereka memakai baju T dengan logo Barisan Nasional (BN) manakala seorang lagi berpakaian sama dengan gambar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Shafie Apdal yang juga ahli parlimen Semporna tertera di hadapan, menurut laporan The Star. "Bertindak hasil maklumat awam dan maklumat risikan yang dikumpul sejak beberapa hari lepas, kami berjaya menahan empat lelaki untuk siasatan," kata pegawai jabatan cawangan jenayah berat ibu pejabat polis kontinjen Sabah yang dipetik dalam laporan itu. Beliau berkata operasi itu bermula pada pukul 12 tengah hari dan berakhir 1.15 tengah hari tadi. Tinjauan di lokasi operasi mendapati dua rumah diperiksa dan polis berjaya menahan dua lelaki di rumah itu manakala seorang lelaki ditahan ketika keluar dari belukar dan seorang lagi ditahan dalam pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan yang mencurigakan. Dalam kejadian Sabtu lepas, enam anggota polis terkorban dalam serang hendap oleh kumpulan pengganas bersenjata. Kejadian pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan enam pengganas terbunuh. Dalam perkembangan berkaitan, beratus-ratus pengganas gerila Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF) dikatakan sedang dalam perjalanan ke Sabah menggunakan bot menurut seorang jurucakap kumpulan itu di Zamboanga City. Veteran Moro itu kebanyakannya adalah puak penentang yang bersembunyi di pulau-pulau sekitar Mindanao yang menentang perjanjian perdamaian antara kerajaan Filipina dengan MNLF pada 1996. Muhajab Hashim memberitahu Associated Press (AP) bahawa pengganas tersebut sudah mengetahui selok belok perairan di Laut Sulu dan dipercayai maklumat ini sudah sampai ke tangan pasukan keselamatan Malaysia yang sudah pun bersedia dengan segala kemungkinan. Mereka kononnya kecewa dengan kejadian yang menimpa pengganas yang bertapak di negeri itu yang terbunuh dan cedera. Muhajab yang merupakan pengerusi pemerintah Islam MNLF berkata lagi walaupun pihaknya tidak bersetuju dengan serangan pengganas terbabit namun MNLF menyokong tuntutan kesultanan Sulu menuntut Sabah dari Malaysia. Perkembangan terbaru ini sama sekali membuktikan kenyataan Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi bahawa puak MNLF tidak akan menyerang Sabah adalah kurang tepat. Pasukan keselamatan kini meluaskan perimeter 'mopping up' dari empat kilometer persegi di Kampung Tanduo, Lahad Datu kepada 25 kilometer persegi dan sudah bersedia dengan kelengkapan ketenteraan termasuk helikopter Nuri dan pesawat pejuang MIG-29N bagi menghadapi serangan pada bila-bila masa. Setakat jam 4 petang tadi, 12 puak pengganas telah berjaya dibunuh termasuk seorang yang ditembak dalam pertempuran jam 6.45 pagi tadi menurut satu laporan terbaru dari wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail. Sementara itu di PETALING JAYA , Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata dalam sidang medianya hari ini juga mengulangi gesaan agar Putrajaya menyebarkan lebih banyak maklumat berkenaan insiden itu seperti yang dilakukan Manila. "Dalam beberapa hari yang pertama, kita dapat lebih banyak maklumat daripada Manila berbanding Malaysia," katanya. Tambahnya, kerajaan sekurang-kurangnya perlu mengadakan satu sidang meja bulat secara tertutup dengan Pakatan Rakyat. Bekas penglima tentera darat, Jeneral (B) Md Hashim Hussein yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) pula menambah pencerobohan di Lahad Datu sepatutnya boleh ditangani dalam masa lebih singkat seperti peristiwa Sauk dahulu yang hanya mengambil masa empat hari. Katanya, operasi pihak keselamatan dalam peristiwa Sauk itu dilakukan dalam masa lebih singkat kerana terdapat rantaian perintah yang lebih jelas. "Sepatutnya ada rantaian arahan yang jelas tetapi buat masa ini saya tak fikir ia berlaku. "Jika saya boleh bandingkan dengan Sauk, kita mampu selesaikan dalam masa empat hari. "Kenapa? Kerana kita ada struktur arahan yang jelas dan penggemblengan (tentera) dengan segera," katanya pada sidang media yang sama di ibu pejabat KEADILAN pagi tadi. ~keadilandaily |
Kantoi!! Blogger Upahan BN Dari Amerika Syarikat Mengakui Di Upah Untuk Burukkan Anwar Posted: 06 Mar 2013 12:30 AM PST Saya tidak mengenali dengan siapa saya bekerja – Josh diambil gambar oleh rakannya di rumah Abdullah Ahmad Badawi. Josh Trevino dan pasukan blogger beracunnya yang berpangkalan di Amerika Syarikat kini telah mengakui pada umum berkenaan beberapa fitnah terhadap tokoh-tokoh pro-demokrasi Malaysia, yang telah dibiayai oleh BN dan telah didedahkan oleh Sarawak Report. Namun kami dapat menunjukkan bahawa blogger Amerika yang nakal itu telah sekali lagi berbohong, dengan berpura-pura semalam bahawa dia tidak mengenali untuk siapa dia bekerja dan kegagalannya untuk menyebut tentang kaitannya dengan Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud. Untuk siapa kita bekerja lagi? – Trevino merakamkan gambar bos-bos FBC Media di Ibupejabat klien mereka … di Putrajaya! Beberapa kebenaran timbul sebaik sahaja Trevino mendaftarkan dirinya sebagai agen asing di AS Trevino telah, secara konsisten, menafikan bahawa dia bekerja untuk orang-orang Malaysia atau bahawa dia dan rakan-rakan bloggernya dibayar upah. Bercakap kepada pemberita AS, Ben Smith setelah pendedahan kami dalam tahun 2011 dia telah mengisytiharkan artikel kami itu sebagai "pembohongan yang ketara". Begitu juga rakan blogger kepada Trevino yang turut menulis mengenai Malaysia, iaitu Christopher Baddeaux telah kedengaran lebih tegas, dengan mengatakan dakwaan-dakwaan kami yang mengatakan bahawa dia dibayar upah itu sebagai "palsu, berfantasi, dan mengelirukan". Christopher Baddeaux mungkin lupa bahawa dia pernah dibayar upah sebanyak USD$11,000 berhubung Malaysia. Namun, dalam proses mengisi kenyataan pendaftaran rasmi sebagai seorang agen asing, sebagai mana dikehendaki oleh undang-undang US, Trevino telah akhirnya mengakui di hadapan pihak berkuasa pada bulan lepas bahawa dia sememangnya bekerja sebagai agen berbayar untuk Kerajaan Malaysia. Pengakuan itu telah berjaya dijumpai oleh para pemberita di US yang telah tertarik dengan penglibatan Trevino dalam 'perang cyber' BN berahsia itu. Trevino mengakui telah menganiaya Anwar menerusi laman Malaysia Watcher, namun kenapa pula dia tidak menyentuh mengenai Sarawak Reports? Pengisytiharan itu menunjukkan Trevino telah menerima upah sebanyak $389,724.70 untuk tugasannya itu, dan sebahagian dari jumlah itu pula digunakan untuk membayar khidmat sepasukan blogger untuk menyerang tokoh-tokoh seperti Anwar Ibrahim dan mempromosikan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi ketika itu dan kemudiannya Najib Razak. Juga turut disenaraikan adalah perincian pembayaran yang dibuatnya kepada setiap seorang rakan bloggernya dari wang tersebut yang diterimanya daripada Kerajaan Malaysia. Ianya termasuk $11,000 yang dibayar kepada Christropher Baddeaux! Namun Trevino telah gagal menyatakan sepenuhnya dalam kenyataannya, di mana dia juga terlibat dengan kegiatan berprofil tinggi yang sungguh memalukan dengan Taib Mahmud di Sarawak. Trevino telah berkhidmat untuk Taib Mahmud dengan menubuhkan laman sesawang Sarawak Reports, yang hampir menyerupai nama kami dan seterusnya mengatur banyak serangan dalam usahanya untuk mencemar nama editor kami. Terdapat beberapa siri serangan dalam bentuk "distributed denial attacks" terhadap server kami semasa musim pilihanraya umum 2011 yang lalu, yang telah mengganggu laman sesawang kami secara berterusan selama dua minggu menjelang pilihanraya itu. Trevino telah gagal menyatakan kegiatan-kegiatan ini atau berapa banyak yang diterimanya, di mana dia diberitakan dibayar upah sebanyak $5 juta untuk kontrak setahun dengan Taib Mahmud di Sarawak. Bagi dirinya, untuk menafikan penglibatannya ini dilihat serupa dengan apa yang dinafikan oleh blogger Christopher Baddeaux dalam tahun 2011 yang lepas. Gambar foto Badawi sedang ditemubual di rumahnya oleh Josh Trevino –"tidak pernah berhubung dengan klien"? Saya tidak mengenali dengan siapa saya bekerja Yang melucukan adalah penafian Trevino yang mengatakan bahawa dia tidak mengenali klien dari Kerajaan BN Malaysia. Menurutnya semalam, semasa ditemubuah oleh seorang penulis kolum US dia tidak pernah mempunyai "klien dari kalangan orang-orang kenamaan dari Malaysia". "Saya tidak pasti dengan siapa APCO itu berurusan, tidak pasti juga dengan siapa FBC Media itu berurusan", tambah Trevino lagi. Namun Trevino dan rakan-rakannya telah memuatnaik gambar-gambar foto mereka sendiri semasa bertemu dengan Perdana Menteri Badawi di rumahnya dalam tahun 2008 dan menemubualnya bersama Zaid Ibrahim, seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu. Trevino telah menulis sebuah artikel yang mencerita bagaimana Perdana Menteri itu telah menyediakan sarapan pagi untuknya dan rakan-rakannya, yang kini telah menjadikan dakwaan bahawa dia tidak mengenali kliennya itu suatu pembohongan. Josh Trevino (kiri) bersama-sama pemberita lain menemubual pembantu Badawi, Zaid Ibrahim. Pada masa yang sama Trevino telah menjemput beberapa orang blogger US untuk menyertai percutian berbayar di Malaysia sebagai penghargaan ke atas penilaian yang mereka rakamkan. Tidak lama kemudian Trevino bekerja untuk FBC Media, sebagai usaha mereka mempromosikan Najib Razak, di mana Trevino mula menulis artikel-artikelnya dalam laman blog yang barunya, New Ledger, dan juga di laman-laman blog yang lain dengan mempromosikan Perdana Menteri yang baru itu sambil mengecam hubungan Anwar Ibrahim dengan US, suatu kegiatan di mana artikel-artikelnya turut diterbit dalam media cetak tempatan untuk tatapan pembaca yang tidak menyedari bahawa tulisannya dibiayai oleh orang-orang Malaysia sendiri. Trevino dalam New Ledger – kenapakah dia gemar sangat mempromosikan Anwar yang boleh menafikan orang-orang Amerika? Maka, adakah dia akan mengharapkan bahawa orang ramai akan percaya bahawa dia tiada idea siapakah yang membiayai artikel-artikelnya yang pro-Najib dan pro-BN itu? Josh juga termasuk dalam beberapa acara perhubungan awam (PR) berbayar yang dianjurkan oleh FBC Media di mana Najib Razak dilihat mempromosikan dirinya sebagai seorang 'Muslim yang sederhana' yang boleh disokong oleh Amerika. Ini termasuk suatu jemputan ke Debat anjuran BBC World Service di Istanbul di mana Josh dilihat muncul secara tiba-tiba untuk bertanyakan suatu soalan membantu untuk kamera-kamera TV. Dan jika mereka tidak diupah kenapa pula mereka membazirkan banyak masa dan tenaga mereka mengecam seorang tokoh politik dari Asia yang tidak mereka kenali secara dekat, terutamanya seorang tokoh yang berfikiran liberal dan mempunyai reputasi akademik, dan juga rapat dengan anggota-anggota democrat di Barat? Para blogger seperti Baddeaux telah berada di tahap hysteria apabila mereka dengan jelasnya mengutarakan tulisan mereka kepada para pembaca yang berobjektif (di luar lingkungan BN). Serangan yang ofensif dan penuh fitnah terhadap Anwar Ibrahim di dalam New Ledger. Kini Trevino menyedari bahawa dia sepatutnya mengemukakan perkara yang benar setelah Sarawak Report berjaya mendedahkan kegiatan-kegiatannya pada bulan Julai 2011. Namun, nampaknya kita masih menunggu untuk mendengar segala kebenaran mengenai kaitannya dengan BN dan kempen-kempen mereka secara atas talian. ~sarawak report |
Media Filipina Beri Ruang Anwar Perjelas Tuduhan Jahat Umno Berkenaan Isu Pencerobohan Lahad Datu Posted: 05 Mar 2013 10:26 PM PST Media Filipina memberi ruang penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan tuduhan kerajaan Malaysia mengaitkan beliau dalam isu pencerobohan Lahad Datu. Tawaran itu dinyatakan media Philippine Inquirer yang menghubungi Ketua Umum KEADILAN itu kelmarin, bagi mengatur sesi wawancara. Perkara itu dimaklumkan Anwar pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat dPadang Kampung Tasek Tambahan, Ampang, malam tadi. "Akhbar Filipina semalam (kelmarin) telefon saya. Dia kata oleh kerana kami disalah tafsir, diperalatkan untuk buat fitnah di Malaysia, kami bagi ruang penuh kepada saudara untuk cakap di surat khabar, dan radio – Philippine Radyo Inquirer untuk 40 minit jelaskan keadaan sebenar. "Itu media bebas…Dia bagi kenyataan yang mungkin sedikit menimbulkan kekeliruan, tapi (mereka) terus bagi ruang kepada saya untuk jelaskan keadaan sebenar. "(Ini fitnah) TV3, Utusan…sebab itu saya saman," katanya disambut sorakan lebih 10,000 rakyat pelbagai kaum. ~keadilandaily |
Gambar Pertemuan Zahid Hamidi Dengan Rombongan SULTAN SULU Posted: 05 Mar 2013 07:28 PM PST PERJUMPAAN SILATURRAHIM ANTARA Menteri Pertahanan Malaysia DATO' SERI DR RADEN AHMAD ZAHID HAMIDI dengan WAKIL SULTAN BANTILAN II (Sulatniyah Sulu Darul Islam -SSDI) di HOTEL PAN PASIFIC (PWTC) malam tadi 5hb Mac 2013. Ditemani oleh saudara kami Tengku Muhammad Shahir bin As-Syafi'e (berkopiah putih), MUFTI BESAR SSDI Datu Paduka Maulana Shar'i Habib Rizieq Bin Hussein Shihab Al-Husseini (serban putih) Yang bergegas ke Kuala Lumpur menemui Menteri Pertahanan Malaysia bersama Menteri Luar SSDI Datu Habib Zakaria Abdullah (bersongkok hitam) Dan penulis (bertopi bereta hitam) sebagai wakil Tausug Global Media (TGM) merangkap Menteri Belia dan Sukan SSDI. Pertemuan bersejarah ini adalah usaha muslimin Malaysia dan Sulu untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian kepada kes yang berlaku di Lahad Datu demi Islam dan persaudaraan seagama. PENJELASAN GAMBAR: Alhamdulillah walau pun perjumpaan di atas begitu cepat dan ringkas namun Datu Habib Zakaria Abdullah sebagai Menteri Luar SSDI dan Datu Habib Rizieq Shihab sebagai Mufti besar SSDI yang tinggal di Jakarta itu sempat menjelaskan pendirian Sultan Bantilan II, para Datu dan Syarif serta rakyat SSDI, bahawa pencerobohan bersenjata ke atas wilayah kedaulatan Malaysia sebagaimana yang berlaku di Lahad Datu itu bukan sahaja sangat tidak dapat diterima oleh rakyat Malaysia malah rakyat Sulu secara majoriti tidak dapat menerimanya. Tindakan secara bersenjata yang hanya dilakukan oleh beberapa orang dari Sulu yang mengaku sebagai Tausug itu adalah tindakan bersendirian dan terdesak tanpa membabitkan majoriti Tausug di kepulauan Sulu mahupun yang ada di Sabah dan Malaysia amnya. Bagi SSDI, apa sahaja permasalahan yang berlaku antara Malaysia dan Sulu ia sewajarnya diselesaikan di atas meja rundingan secara muhibbah dan penuh persaudaraan. Oleh itu, SSDI yang dipimpin oleh Sultan Bantilan II (PBMM Sultan Muhammad Bantilan Muizzuddin II bin Datu Wasik Aranan Puyo) sejak gerakannya yang bermula tahun 2006 di Jolo Sulu itu telah menjadikan slogan ANTI-PERANG dan ANTI-KEGANASAN sebagai dasar perjuangannya TANPA SENJATA. Di petik dari sumber Sulu |
Luahan Hati Guru Yang Mendidik Anak-Anak Orang SULU.. Posted: 05 Mar 2013 04:40 PM PST Inilah tempat kami mendidik anak2 sulu ini belajar membaca,menulis,mengira,me Tatkala anak-anak sulu bergaduh guru tolong amankan,mereka sakit guru tolong bawakan ke hospital,mereka luka guru tolong balut dan rawatkan,mereka menangis guru tolong pujuk dan berikan senyuman,mereka lapar dan mau pengsan ,guru tolong belikan sarapan dan makanan ke kantin walau mahal tak jadi kiraan.... Jadi kenapa sekarang ini wahai kaum sulu tergamak sungguh kamu.....penggal leher perwira yang isterinya seagama,sedara dan sebangsa denganmu,wahai sulu, tergamanya kamu mengerat-ngerat mereka walhal isteri dan anak2 mereka itu adalah guru kepada anak-anak kamu, Wahai sulu,,tergamak kamu menembak anggota keselamatan yang bertanggungjawab menjaga sanak saudara,anak-anak dan kaum kerabat kamu tatkala kamu bermandikan darah pahlawan yang kamu tumpahkan kini, wahai sulu,hentikanlah amukan amarah kamu itu,keberanian,kejagohan dan keperwiraan kamu itu sepatutnya di salurkan untuk menyerang seteru utama kamu di PHLIPINA. Jessteru KENAPA GARA2 TANAH SEKENGKANG KERA INI KAMU MENJADI PEMBUNUH D MATA ALLAH YANG SATU .. TIDAKKAH KAMU TAKUT AKAN BALASAN ALLAH YANG AKAN MENGAQZABKAN KAMU D ALAM AKHIRAT NANTI...... SULU oh SULU.... Jangan sampai peribahasa dulu-dulu menjadi simbol ke atas kamu ( LURUS SAHAJA AKAL ORNAG SULU KALAU EKOR ANJING ITU MENJADI LURUS )... SAYA PERCAYA KAMU SEMUA BUKAN BEGITU KERANA SAYA SENDIRI ADA SAHABAT SULU YANG SEJATI,MENANGIS BERSAMA KETAWA BERSAMA...CUKUP PEMURAH...BAIK HATINYA DAN LUHUR BUDI PEKERTINYA....TOLONGLAH HENTIKANNNYA.. Kami warga Pendidik d sana sudah tak sabar2 untuk jalankan amanah yang tergalas d atas nama kami sebagai seorang GURU ( MASTAL) untuk mendidik anak bangsa sekian TQ,MAGSUKUL, ayau nahkam bihan bah brad mattuhnah kamu muih.......ayau nah kamu mag sabil biaaa ini sibbuh nah kita agam islammmm ALLAH HU AKBAR.. ALLAH HU AKBAR. ALLAH HU AKBAR.. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan