Ahad, 24 Mac 2013

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


UMNO HARAM !!! Sekitar Majlis Sidang Gempar Umno Haram...

Posted: 24 Mar 2013 12:02 AM PDT















 Pagi tadi berlangsung sidang gempar "UMNO Haram"  oleh Chegu Bard  bertempat di Hotel Adamson Kampung Baru Kuala Lumpur .. Seramai 44 orang Bloggers serta facebookers hadir mendengar  taklimat tersebut... Taklimat yang bermula pada jam 11 pagi tadi bertujuan membongkar tindakan Umno yang tidak mendaftarkan parti berkenaan dalam pelbagai peringkat cawangan dan bahagian di seluruh negara sebaik Umno (Baru) diizinkan beroperasi oleh Pendaftar Pertubuhan tahun 1988. Ini dibuktikan dengan keputusan mahkamah baru-baru ini apabila mendapati Umno Bahagian Tanah Merah serta 126 cawangan di dalamnya tidak didaftarkan dengan Pendaftaran Pertubuhan...

PANASS...Siapa Pemimpin Pekida Perak Yang Isytihar Sokongan Kepada Pakatan?

Posted: 23 Mar 2013 07:55 PM PDT

DSAI Diapit Oleh Pengerusi Pekida Perak Dan Perak Tengah
TBO- Pada malam ini,Pekida juga turut akan menyatakan sokongan kepada PAS semperna majlis ceramah Umum Timbalan Presien PAS Hj Mohd Sabu.Pemimpin Pekida juga turut menyatakan sokongan mereka semasa Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim ke Utara Perak pada 15 March yang lalu.
Kalungan Sokongan Dari Pengerusi Pekida Perak Tengah,Ayah Sabri

Bersama ini disertakan gambar gambar pemimpin Pekida semasa Jamuan Teh Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim di Padang Tenggala.Ini lah yang dimaksudkan oleh Ayah Sabri,yang menyatakan ramai lagi pemimpin Pekida menyokong Pakatan Rakyat. Suatu gelombang besar telah melanda Pekida.Ramai lagi ayahanda yang turut bekesempatan hadir sama ke majlis Jamuan Teh bersama DSAI di Padang Tenggala tempohari.Mereka telah bersepakat menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat melalui upacara simbolik "Pengalungan Mafla" oleh Pengerusi Pekida Perak Tengah.Turut sama dalam jamuan ialah Ayahanda Tok Janggut dari Parit 13 Titi Gantong.


Selama ini Pekida dianggap pertubuhan yang menyokong BN sudah tidak benar lagi.Pekida bakal membuat suatu resolusi baru untuk kebaikan umat Islam di Malaysia.Harap pemimpin Umno,tidak payah lah susah susah suruh orang menasihatkan pemimpin pemimpin Pekida ini,kerana mereka bijak membuat pilihan.

Ustaz Zul Bersama Pimpinan Pekida Sewaktu Jamuan Teh Tarik Bersama DSAI
Pekida di negeri negeri lain bila lagi?.Ambillah  kesempatan ini untuk membela nasib seluruh umat Islam di Malaysia.Ingat,prinsip penubuhan Pekida bukanlah untuk membela nasib dikalangan adek beradek sahaja,tetapi yang lebih utama ialah membela rakyat daripada kezaliman,penindasan,ketidakadilan dan kebohongan yang berterusan oleh pemimpin kerajaan.Sedarlah rakyat amat perlukan pembelaan.Bersama kita hancurkan ketidakadilan.

Petikan Dari  KeadilanDaily

                       Sekalipun Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) kerap dikaitkan dengan Umno BN, Pengerusi Pekida Perak Tengah, Sabri Ahmad tidak gentar untuk mengisytihar sokongan padu kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Beliau yang menjadi ahli Umno sejak 1978, mengakui Pekida umumnya kerap dikait dengan Umno BN tetapi beliau tetap mahu menyokong Pakatan. "Pekida adalah NGO, bukan parti politik. Jadi, tiada sebab kenapa perlu pertikai sokongan saya kepada Pakatan. Sokongan saya kerana yakin dengan kemampuan Pakatan untuk mentadbir negara selepas PRU 13," kata kakitangan sebuah agensi kerajaan di Batu Gajah, Perak.

Beliau berkata demikian kepada Keadilan Daily, sehari selepas beliau menyarung mafla kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu program sempena Jelajah Merdeka Rakyat ke Perak, semalam.

Beliau juga mengakui ramai ahli Pekida termasuk pemimpin utama peringkat negeri itu, menyokong Pakatan tetapi enggan mendedahkan identiti mereka.


Tiada ulasan: