Ahad, 24 Mac 2013

Addin

Addin


Ini Punca SPR Keluar Kenyataan "Kumpulan Ajaran Sesat" Buat Kecoh Semasa PRU13

Posted: 24 Mar 2013 10:24 AM PDT

KUALA LUMPUR 24 Mac: Hanya parti politik yang takut kehilangan kuasa akan merancang agenda untuk melakukan huru hara ketika pilihan raya umum (PRU), kata Pengarah Pilihanraya KEADILAN Selangor, Borhan Aman Shah.

"Pihak yang takut kalah itu sebelum ini berpaut dengan 3M untuk terus berkuasa iaitu Money (wang), Media dan Machinery (jentera).

"Selepas duit dan media gagal mengembalikan sokongan rakyat kepada mereka, maka jentera seperti samseng akan digunakan untuk membuat kekecohan ketika PRU nanti," katanya mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Abdul Aziz dalam laporan media hari ini mendakwa suruhanjaya itu mengesan usaha pihak tertentu menimbulkan kekecohan di tempat mengundi dalam PRU ke-13.

Pengerusi SPR itu mendakwa demikian berdasarkan nota diterimanya, berhubung panduan menimbulkan protes kesahihan kertas undi.

Mengulas lanjut, Borhan menasihati suruhanjaya itu agar menangani khabar angin itu secara bijaksana kerana dibimbangi akan menakutkan pengundi.

"SPR sebaliknya perlu bertindak proaktif bagi membasmi kejadian seumpama itu," ujarnya ketika dihubungi.

Menurutnya, Pakatan Rakyat juga sedia memberi kerjasama penuh dengan SPR bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku pada hari pengundian.

Sebelum ini, media kawalan Umno cuba menggambarkan Pakatan Rakyat akan melakukan huru hara sekiranya kalah dalam PRU.

Namun hal sebaliknya berlaku apabila program-program Pakatan menjadi sasaran serangan ganas dan samseng dari Umno BN.

Terbaru, sekumpulan samseng dipercayai penyokong Umno cuba mengganggu perjalanan bas Jelajah Merdeka Rakyat dengan mengepung kenderaan itu ketika menuju ke Kampung Melayu Majidee di Johor, malam tadi.

Dalam tahun ini sahaja, sekurang-kurangnya tujuh kejadian serangan samseng dilapor berlaku dalam program Pakatan, antaranya di Selangor, Johor, Perak, Melaka, Pahang dan Pulau Pinang. ~keadilandaily




Iklan C (ii)



Gambar Ni Bukti Papagomo Kantoi Kali Kedua

Posted: 24 Mar 2013 08:23 AM PDT


Papagomo... Sapa yang tak kenal dengan blogger pemfitnah tegar dari Umno neh... Si Papagomo ini jelas mewakili Umno dalam usaha mereka memusnahkan masa depan politik Anwar....

Pada 16 mac, Wan Azri a.k.a Papagomo mencabar Anwar Ibrahim supaya menyaman beliau, kemudian sesudah itu anwar menfailkan surat saman berjumlah RM 100 juta.

Pada 20 mac, bloger anak anak muda malaysia mendedahkan wajah sebenar wan azri ini.

Kemudian, pada 21 mac, Wan Azri a.k.a Papagomo telah menafikan beliau adalah Wan Azri dan menafikan sekeras kerasnya kononnya beliau di fitnah sebagai papagomo,

Namun, gambar bawah menceritakan sebaliknya... kahkahkah...

Korang ni, tak baik tuduh Wan Muhammad Azri ni sebagai Papagomo... Jahat korang tawwwww!!!

Sebenarnya dia hanyalah seorang manusia biasa yang baik hati, mempunyai kerjaya, dah kawen dua kali, rapat ngan Pak Menteri dan banyak lagi la....

Tengok gambar ni bebetul... Kan beza tu?!

Buta ke hape mata korang?! Kenapalah korang jeles sangat kat dia sampai korang kata dia ni Papagomo? Ini adalah Papagomo yang pakai baju papagomo... Eh bukan.... Wan Muhammad Azri pakai baju papagomo lah...

Kahkahkah...

~shalehudin



Iklan C (ii)



Tauke Judi, Arak Bersama Umno BN Reka Fitnah Demi Pertahan Kuasa

Posted: 24 Mar 2013 06:48 AM PDT

RAWANG 24 MAC: Pimpinan Umno BN akan melakukan apa sahaja muslihat untuk mempertahan kuasa kerana mereka mahu terus mengekalkan kekayaan masing-masing yang dibolot dari rakyat , kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, Ketua Umum KEADILAN itu mengingatkan perjuangan rakyat bukan semudah yang disangka kerana Pakatan Rakyat melawan tauke besar dan pelbagai agensi kerajaan yang diperalat mereka.

JMR taman tasik puteri (2)"Kita lawan siapa? Mereka ini golongan terkaya, korporat puluh-puluh bilion. Kita lawan bank terbesar di Malaysia, tauke besar, tauke judi, dengan syarikat arak terbesar, San Miguel yang ahli keluarga (Dr) Mahathir (Mohamad) punya.

"Mereka akan guna cara muslihat apa sahaja. Fitnah ada macam-macam. Ingat dulu, tahun 1998 (air) mani atas tilam, 2008 (air) mani di dalam. Aduhai, tapi ada juga yang percaya. Hanya kemudian dibuktikan (ia) fitnah sampai bapa Saiful Bukhari pun datang sokong kita.

"Selepas itu, gambar perut buncit, kemudian tukar pula perut kempis. Sekarang saya pun tak berani komen, cakap nampak muscle (berotot) lebih, nanti dibuat satu lagi (gambar/video) ada muscle pula," katanya.

Beliau berkata demikian depan ribuan rakyat pada Jelajah Merdeka Rakyat di Bandar Tasik Puteri di sini, Jumaat lalu.

Sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri, bekas Pemangku Perdana Menteri dan bekas Menteri Kewangan, kata Anwar, beliau juga mengetahui banyak rekod dan masalah ramai pemimpin Umno BN termasuk Datuk Seri Najib Razak.

"Banyak saya tahu. Saya kenal, saya tahu masalah Najib. Apakah saya sanggup bongkar cerita dia? Tidak (sebab) saya tahu asas akhlak, etika. Saya tak mahu berdosa depan Allah swt.

"Adakah kita mahu menang? Ya, tapi apakah kita hendak menang dengan cara mencarut, telanjangkan orang, aibkan orang. Mahu menang dengan itu? Saya kata, tak ada barakah menang cara itu," katanya.



Iklan C (ii)



Prof Madya Dr. Hasbullah Label Umno Sebagai Pengkhianat Melayu Dan Islam

Posted: 24 Mar 2013 02:06 AM PDT


Umno mengatakan mereka pejuang agama dan pahlawan melayu pada realitinya merekalah yang sememangnya menjadi pengkhianat agama serta melayu.

Kesian lah melayu selama ini tak sudah-sudah di tipu UMNO dan macai mereka... berjuang demi Melayu konon tapi tidak sedar atau buat-buat tidak sedar selama ini di perbodohkan.

Bila Parlimen dikuasai bukan Melayu UMNO melalak kononnya menjaga ketuanan Melayu sedangkan hakikatnya UMNO yang mengurangkan kuasa Parlimen Orang Melayu dengan menambah kerusi Parlimen kepada bukan melayu semasa persempadanan dahulu.

Yang mengajar orang kafir menjadi biadap kepada Islam puak UMNO Sendiri. Jika UMNO yang mengaku Islam memperlekehkan Islam, bukankah tindakan UMNO tersebut akan dicontohi orang bukan Islam.






~fb pejuang kelantan



Iklan C (ii)



Samseng Umno Lari Lintang Pukang

Posted: 24 Mar 2013 12:19 AM PDT

JOHOR BAHARU 24 MAC: Sekumpulan samseng Umno cuba mengganggu perjalanan bas Jelajah Merdeka Rakyat dengan mengepung kenderaan itu yang menuju ke Kampung Melayu Majidee di sini, malam tadi.Perbuatan liar sekumpulan samseng bermotosikal itu dilakukan kira-kira 400 meter dari lokasi ceramah di kampung berkenaan, sekitar jam 11 malam.Bagaimanapun, mereka dipercayai melarikan diri selepas menyedari kehadiran hampir 30 anggota polis berhampiran tapak ceramah.

Ketika berpidato depan hampir 10,000 penduduk tempatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat mengucapkan terima kasih kepada anggota polis yang mengawal keselamatan di kawasan itu.

"Terima kasih semua anggota polis yang datang, mereka pun tau dah ramai samseng (Umno)," kata Ketua Umum KEADILAN itu.Sebelum ini, kunjungan Anwar bersama bas berkenaan ke Johor kerap diganggu samseng Umno yang bertindak liar melempar batu atau cat merah.

Terbaru, sekumpulan samseng yang sebahagiannya memakai baju tertera logo BN membaling batu dan kayu ke bas Jelajah Merdeka Rakyat mengakibatkan beberapa cermin kenderaan, pecah.Kejadian dua minggu lalu itu berlaku di Bukit Katil, Melaka, negeri yang terletak bersebelahan Johor. ~keadilandaily



Iklan C (ii)



Tiada ulasan: