Telok Bakong Online |
- Utusan siar laporan seret Anwar dengan Lahad Datu..Berita TV3 Malam Ini Tuduh Pembangkang Terlibat...
- 'Polis suruh saya tangkap sendiri suspek curi dompet'
- Hampir 20 tahun tiada bekalan elektrik
Posted: 02 Mar 2013 04:27 AM PST Utusan Malaysia menyiarkan laporan yang menyeret nama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pencerobohan di Lahad Datu. Dalam berita pada halaman sembilan, akhbar itu memaparkan laporan sebuah laman blog bernama MPP Online yang memetik akhbar Inquirer News dari Filipina sebagai sumber dakwaan itu. "Portal berita Filipina, Inquirer News mendedahkan, seorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah yang rapat dengan Anwar telah mengadakan pertemuan dengan pihak penceroboh dan menawarkan jaminan sokongan terhadap tuntutan kumpulan terbabit di Sabah. "Inquirer News yang memetik sumber perisikan Filipina dilaporkan sebagai berkata, pertemuan itu berlaku November tahun lalu menyebabkan Sultan Sulu, Jamalul Kiram III mengarahkan pengikutnya menceroboh Kampung Tanduo bagi menuntut Sabah dari Malaysia," laporan di Utusan Malaysia itu dipetik. Berita yang sama turut mendakwa Reuters memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina yang berkata penceroboh berkenaan hadir atas jemputan pembangkang. Ia turut memetik portal berita The Manila Times yang dilaporkan mendakwa "pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak". Satu lagi berita pula memetik presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali yang percaya pencerobohan itu dirancang secara rapi dan didalangi pihak tertentu. Beliau bagaimana pun enggan menamakan dalang tersebut sebaliknya "tidak menolak kemungkinan pihak terbabit adalah mereka yang kecewa dalam politik dan sanggup melakukan apa-apa sahaja demi mencapai matlamat politiknya".MK Msinc-Mengenai berita TV3 yang mengaitkan pencerobohan itu dengan Pakatan Rakyat,Korang kena tengok sendiri berita TV3.Dengor dengan teliti dan sila beri komen.Wa tak de masa nak menaip ada program naikkan bendera di Bandar Seri Iskandar..ampun maaf..hi..hi.. | ||||
'Polis suruh saya tangkap sendiri suspek curi dompet' Posted: 01 Mar 2013 09:18 PM PST 1 Mac 2013 Mangsa, Razazi Alias, 42, berkata, dia membuat laporan polis apabila mendapati dompetnya hilang selepas singgah membeli barangan di sebuah kedai runcit di Jalan Mustapha Al-Bakri, di sini. Bagaimanapun, sewaktu laporan dibuat, anggota polis berkenaan didakwa menyuruhnya untuk mencarinya sendiri memandangkan dia sudah mengetahui wajah dan nombor telefon suspek yang diperolehi daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai tersebut. Menurutnya, dalam kejadian jam 6.40 petang itu, dia terlupa untuk mengambil semula dompet yang diletakkan berhampiran kaunter bayaran dan terus keluar menuju ke tempat kerjanya di Gerbang Malam. "Saya hairan, kenapa saya perlu mencari suspek terbabit sedangkan itu adalah kerja polis malah saya telah membantu memberikan nombor telefon yang dipercayai digunakan suspek kepada mereka (polis) untuk memudahkan siasatan.," katanya pada sidang media di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Negeri, di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Urusetia Pusat Khidmat dan Aduan BN Negeri, Mohd Rawi Abdullah. Justeru, dia berharap supaya polis dapat menyiasat segera perkara itu walaupun kes tersebut kecil. Sementara itu, Mohd Rawi menggesa anggota yang gagal melaksanakan tugas dengan baik dikenakan tindakan tatatertib agar tidak mengulangi tindakan sama. | ||||
Hampir 20 tahun tiada bekalan elektrik Posted: 01 Mar 2013 04:23 PM PST
KUALA LUMPUR: Hampir 20 tahun tiada bekalan elektrik, akhirnya pemilik lebih 10 buah rumah di Jalan Simpang Renggam – Kulai berhampiran Kampung Bukit Nyamuk, Simpang Renggam terpaksa membuat keputusan untuk berpindah selepas harapan untuk memiliki bekalan elektrik selama ini dilihat seperti tiada penghujungnya. Mohd Ja'afar Sari telah berniaga buah-buahan selama 20 tahun tanpa bekalan elektrik. Kini jiran Mohd Ja'afar hanyalah tinggal sebuah kilang arang, sebuah kilang papan dan sebuah ladang ternakan kambing, lapor Nusajaya Kini. Bagi peniaga kedai buah-buahan seperti Mohd Ja'afar terpaksa menanggung kos bahan api sebanyak RM300 sebulan berbanding RM100 jika menggunakan bekalan elektrik TNB. Pemilik kilang papan dan ladang ternakan kambing Mohd Tan Chan Abdullah juga menghadapi masalah yang sama sejak 18 tahun yang lalu. Kos sebanyak RM7,000 sebulan terpaksa dibelanjakan untuk membeli minyak diesel bagi menghidupkan generator berbanding kos hanya sekitar RM2,000 sekiranya menggunakan bekalan elektirk TNB. Pemohonan kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dilakukan sebanyak dua kali dan juga pemakluman kepada Onn Mad Yassin (Adun Layang-layang) sebanyak tiga kali. Setakat ini tiada sebarang tindakan dibuat. Difahamkan juga, jarak antara kampung berkenaan dengan punca elektrik dalam lingkungan 2 kilometer dan ia bukanlah satu alasan untuk tidak menyambungkan bekalan elektrik ke kampung berkenaan. Tanah yang didiami penduduk di kampung itu berstatus penempatan perkelompok (GSA). Ini bermakna tanah sekitar Bukit Nyamuk adalah milik peribadi. Jika terdapat bekalan elektrik di kawasan ini, maka ramai akan berpeluang membina rumah di kawasan terbabit. Pihak TNB tiada sebarang masalah untuk membekalkan elektrik di kawasan itu jika terdapat peruntukan yang mencukupi daripada pihak kerajaan. Justeru pihak kerajaan khususnya Pegawai Daerah Kluang wajar mengambil perhatian dan tindakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk kawasan itu. |
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan