Sabtu, 2 Mac 2013

Addin

Addin


Insiden Lahad Datu : Rakyat Sabah Lebih Mengetahui Perkara Sebenar

Posted: 02 Mar 2013 03:00 PM PST

Assalamualaikum, Kes pencerobohan di Lahad Datu mengorbankan 2 anggota Polis sama seperti kes Al Maunah yang turut mengorbankan 2 anggota Polis. Membaca lapuran lapuran yang ada, penulis agak bingung kerana ada persamaan dengan kes Al Maunah dulu.

Ketika kes Al Maunah kalau tak silap ketika lapuran polis dibuat oleh pengawal kem tentera yang dirompak ada disebut antara perompak perompak itu terdapat seorang Iban dan seorang India dan kemudiannya disahkan anggota polis yang mati itu ialah bangsa Iban dan India sementara anggota Al Maunah yang ditangkap tidak pula terdapat orang Iban dan India.

Sementara lapuran berita terkini TV3 suku petang semalam ada menyebut warga tempatan turut terbunuh dan mengikut lapuran itu lagi warga tempatan itu merupakan sepupu salah seorang penceroboh itu, sementara dalam lapuran lain dikatakan yang terbunuh itu adalah pemilik rumah yang didiami penceroboh. 
Lapuran yang agak tergantung dalam kedua dua kes Al Maunah dan pencerobohan Lahad Datu sehingga muncul satu lapuran dari Sabahkini yang boleh mengaitkan kes kematian warga tempatan itu. Nampaknya orang Sabah lebih mengetahui walaupun ada percubaan mengaitkan pembangkang dan ketua pembangkang dalam kes pencerobohan ini.

Presiden Filipina menyatakan rasa hairannya apabila feri yang membawa penceroboh yang menurutnya memerlukan pembiayaan yang banyak dan berjanji untuk menyiasatnya sedangkan mudahnya feri tersebut melepasi kawalan sempadan juga turut dipersoalkan. 
Menurut bekas Laksamana tentera Malaysia, TLDM mempunyai kredibilit tetapi kenapa feri ini bolos? Bukan setakat itu, malah ada beberapa agensi pengawal pantai yang turut dilepasi feri tersebut.

Lapuran Sabahkini ada munasabahnya. Ada unsur unsur perancangan yang teratur dalam membawa penceroboh ini masuk dan lapuran yang sebelum ini menyebut penceroboh datang kerana pelawaan pembangkang untuk membincangkan persoalan tanah sebenarnya mungkin bukan pembangkang tetapi berdasarkan lapuran Sabahkini itu ialah seorang pemimpin UMNO tempatan yang kalah perbicaraan dengan FELDA.

Kalau benar lapuran itu, maka isu pencerobohan sebenarnya isu kerakusan individu yang tidak ada kena mengena dengan mana mana pihak baik kerajaan atau pembangkang tetapi persoalan keselamatan masih wajar dipersoalkan. 
Di mana agensi pengawal sempadan kita yang dibiayai oleh bukan sedikit wang rakyat. Menurut bekas laksamana Tentera kita, TLDM merupakan agensi yang mempunyai kredibiliti tetapi di mana TLDM dalam kes ini? Apatah lagi lapuran turut menyebut ketua penceroboh melarikan diri ke laut, macam mana boleh lepas?

Masih banyak yang tidak kita ketahui termasuk ke mana perginya penceroboh yang selebihnya, kerana yang terbunuh dan yang menyerah diri serta yang melarikan diri tidak seramai dengan yang dilapurkan mendarat. 
Begitu juga nasib yang melarikan diri tidak diketahui sedangkan kita masih ingat Ketua Pembebasan Moro Nur Massuri pernah ditangkap di perairan Sabah dan diserahkan kepada Filipina.

Kita harap orang Sabah dapat membantu kita mencari kebenaran dan membantu kita menghapuskan muka muka buruk di negara kita! ~senik



Iklan C (ii)


Lahad Datu : Mana Kelengkapan Tentera Berbillion Ringgit?

Posted: 02 Mar 2013 08:10 AM PST

KUALA LUMPUR 2 MAC: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mempersoal bagaimana kumpulan penceroboh bersenjata mendarat di Pantai Tanjung Labian dan menyusup berjalan kaki dengan skala ratusan askar, jauh ke Kampung Tanduo.

"Di manakah kelengkapan negara dengan perbelanjaan duit rakyat yang berbilion itu? Kehilangan nyawa tetap berlaku walaupun ratusan bilion dihabiskan Kementerian Pertahanan.

"Sudah lengkap bersenjata tetapi gagal menafsir keputusan tepat ketika genting – satu kesalahan yang tidak boleh dimaaf," kata Ketua Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard pada kenyatan media, hari ini.

Memetik Philippine Daily Inquirer yang melapor kenyataan Danny Virtudazo, pimpinan kanan negeri Palawan bahawa kira-kira 1,500 lelaki dengan beberapa bot mendarat di Sabah.

Justeru, kata Badrul Hisham yang juga Ketua Cabang KEADILAN Rembau, kelewatan kerajaan Malaysia bertindak antara punca kematian dua anggota keselamatan dalam insiden di Lahad Datu.

"Akibat tiada ketegasan, negara berdepan dengan kes kematian. Tidak mustahil orang awam bakal jadi mangsa. Apakah setelah berlaku dua kematian, maka baru kerajaan mahu bertindak?" katanya. ~keadilandaily



Iklan C (ii)

Najib Kantoi!! Media Antarabangsa Dedah Najib Upah Penulis Amerika Syarikat Burukkan Anwar

Posted: 02 Mar 2013 06:47 AM PST


Media antarabangsa mendedahkan perbuatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengupah media Amerika Syarikat untuk memburuk-burukkan reputasi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Bayaran dibuat kepada beberapa wartawan konservatif Amerika yang bekerja di Huffington Post, San Francisco Examiner, Washington Times, Natinal Review dan Red State."Maklumat diperoleh Jabatan Keadilan yang difailkan bawah Akta Pendaftaran Agen Asing untuk menyerang tokoh pro-demokrasi itu. Kempen itu bermula Mei 2008 hingga April 2011 dan ia diketuai oleh Joshua Trevino."Trevino menerima bayaran USD389,724,70," tulisan portal BuzzFeed bertarikh semalam, dipetik .

Mengikut portal itu, antara 10 nama yang terlibat memburuk-burukkan nama Anwar ialah Ben Domenech; Pengarah Pusat Demokrasi Amerika, Rachel Ehrenfeld; Editor majalah Commentary, Seth Mandel; Penulis Red State, Brad Jackson dan beberapa nama lagi.Ben Domenech, bekas blogger Washington Post menulis mengenai senario politik Malaysia."Tugas saya ialah menulis tentang pergaduhan politik di sana dan memberi pendapat saya sendiri," katanya dipetik portal berpangkalan di Manhattan, New York itu.

Naib Presiden Yayasan Dasar Awam Texas, Chuck Devore berkata, ia perkara biasa untuk diupah dan dibayar oleh sumber luar."Ia bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi penulis bebas untuk dibayar dari pelbagai sumber, seperti yang dilakukan oleh Trevino," katanya lapor BuzzFeed.Sam Mandel pula mengakui dibayar oleh Joshua dan tidak mengetahui wujudnya entiti lain di belakangnya.

"Saya penulis blog berkaitan isu Israel dan anti-semitisme. Kemudian Joshua hampiri saya dan memperkatakan tentang Anwar yang membuat komen anti-semitik dan bergabung dengan organisasi anti-Israel."Saya tidak mengetahui ia ada kaitan dengan kerajaan Malaysia dan saya hanya tahu, saya dibayar oleh Joshua," katanya dipetik ~keadilandaily

Baca cerita asal di SINI.



Iklan C (ii)



Terbaru!! 10 Penceroboh Di Lahad Datu Serah Diri

Posted: 02 Mar 2013 02:04 AM PST

KUALA LUMPUR, 1 Mac — Sepuluh penceroboh Filipina di Lahad Datu dilaporkan menyerah diri selepas pertempuran bersenjata berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh berkenaan, kata Kedutaan Malaysia di Filipina.

ABS-CBN News melaporkan memetik Duta Malaysia Mohammad Zamri Mohammad Kassim berkata pencerobohan tersebut telah berakhir. "Kedutaan berkata pencerobohan telah berakhir," kata jurucakap Kementerian Luar Filipina, Raul Hernandez.

Portal The Philippine Daily Inquirer melaporkan jurucakap Kementerian Hubungan Luar Filipina Raul Hernandez hari ini berkata Mohammad Zamri telah bertemu dengan pihak Setiausaha Kementerian Hubungan Luar Albert Del Rosario di Manila untuk memaklumkan perkara itu.

Hernandez dilaporkan berkata kerajaan Filipina masih lagi perlu mengesahkan kenyataan jurucakap penceroboh berkenaan bahawa 10 anggotanya terbunuh.

Dua anggota komando polis Malaysia turut dilaporkan terbunuh selepas diserang menggunakan mortar. Pemilik rumah yang dirampas turut dilaporkan telah dibunuh menurut Mohammad Zamri, menjadikan jumlah kematian setakat ini 13 orang.

Empat penceroboh dan empat anggota polis turut dilaporkan cedera.

Dua penceroboh dilaporkan melarikan diri ke kawasan laut, menurut laporan ABN-CBN.

Sementara itu Del Rosario meminta agar kumpulan penceroboh tersebut diberikan akses supaya kerajaan Filipina dapat membekalkan rawatan perubatan, kata Hernandez.

"Setiausaha Del Rosario turut meminta jasa baik agar kapal tentera laut Filipina AT-296 BRP Tagbuana dibenarkan memasuki Lahad Datu untuk membolehkan pegawai perubatan Filipina memasuki kawasan tersebut dan merawat mereka yang tercedera dan membawa pulang baki penceroboh kepangkuan keluarga dan kampung halaman mereka, kata Hernandez, dipetik ABS-CBN.

Kawasan Pantai Timur Sabah diletakkan dengan kawalan keselamatan yang ketat.

Ketua Polis Semporna Deputy Supt Firdaus Francis Abdullah dilaporkan berkata kepada The Star Online pihak polis diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bersama dengan pasukan keselamatan lain untuk tindakan lanjut.

Firdaus dilaporkan berkata penduduk di sana agar bertenang kerana ia hanya sebagai langkah berjaga-jaga.

"Banyak pihak yang risau ia akan merebak ke Semporna, namun sebenarnya tidak perlu dibimbangkan kerana penceroboh Sulu telah disekat ke Lahad Datu," katanya.

Semporna dan Lahad Datu, yang kedua-duanya terletak di kawasan pantai timur Sabah telah menerima serangan pada 1980an dan 1990an, terutamanya daripada lanun dari Selatan Filipina, lapor portal tersebut.

Lahad Datu, yang berada dalam lingkungan 130km jaraknya dari lokasi pertempuran turut digambarkan sebagai "pekan berhantu", dengan semua kedai di pusat bandar ditutup dan anggota tentera dilihat mengadakan kawalan di beberapa kawasan termasuk sekolah dan hospital.

Empat turut dilaporkan cedera, termasuk Puteri Jaycel Kiram, anak perempuan kepada Sultan Sulu Jamallul Kiram III (gambar), memetik laporan Philippine Daily Inquirer.

Dianggarkan 180 pemberontak Filipina, termasuk 30 lelaki bersenjata menceroboh Sabah pada 9 Feburai lalu dan enggan beredar, walaupun telah diarahkan oleh kedua-dua kerajaan Malaysia dan Filipina.

Mereka menegaskan lebih rela mati di Sabah dan tidak akan menyerah kalah.

Penceroboh berkenaan mula memberontak apabila beberapa pengikut Agbimuddin mahu pulang ke Filipina, menurut portal berita The Star Online Isnin lalu.

Kumpulan tersebut sebelum ini mengatakan tidak mahu pulang ke Sabah kerana mereka "adalah warga Kesultanan Sulu." ~the malaysian insider




Iklan C (ii)



Pelik Tapi Benar.. Ketua Puteri Umno Isytihar Masuk Umno

Posted: 01 Mar 2013 11:41 PM PST


RANTAU PANJANG: Rosanah Yaacob ialah bekas Ketua Puteri Umno Kampung Pening Lalat. Sekarang aktif dalam wanita Umno. Anehnya media Umno semalam melaporkan dia menyerah borang menyertai Umno.

Dalam laporan itu dia mendakwa tidak pernah mengundi Umno kerana menganggap PAS sebagai parti Islam.

Ketua PAS Cawangan Gual Tok Deh, Azman Makhtar berkata, Rosanah tidak pernah menyertai PAS atau menjadi penyokong kerana dia aktivis wanita Umno sejak dari dahulu lagi.

"Dia aktif bergiat dalam wanita Umno. Sebelum ini ketua puteri cawangan. Jadi mengapa pula tiba-tiba dia mengaku sebagai penyokong PAS yang baru menyertai Umno.


"Ini adalah cerita lawak yang semakin menjadi-jadi di Rantau Panjang sekarang. Minggu lepas akhbar melaporkan 78 penyokong PAS menyertai Umno, sedangkan sebahagian mereka warga Thailand," katanya di sini.

Media tajaan Umno semalam melaporkan 100 ahli PAS dari Kampung Pening Lalat, Gual Tokdeh menyertai Umno kerana kecewa dengan sikap pemimpin parti itu.

Mereka dilaporkan menyerah borang kepada Ketua Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasin.

Azman berkata, penduduk kampung terkejut dengan dakwaan Rosanah kononnya sebagai penyokong PAS, sedangkan semua orang tahu dia wanita Umno tulen.

Menurutnya juga Kampung Pening Lalat hanya mempunyai sekitar 12 rumah dan sebahagian besar mereka penyokong tegar Umno sejak dari dahulu lagi.

Azman berkata, Ketua Umno Rantau Panjang sekarang benar-benar terdesak sehingga terpaksa mencipta sesuatu yang tidak wujud kemungkinan impiannya untuk menjadi calon parlimen Rantau Panjang.

"Kalau sebelum ini kita sering membaca laporan akhbar orang Umno sertai Umno di Pasir Puteh, namun sekarang berjangkit pula ke Rantau Panjang," ujarnya.

Katanya juga laporan akhbar yang mendakwa Yaacob Mahmood, 78 sebagai ahli PAS juga cukup mengelirukan kerana dia tidak pernah berdaftar sebagai ahli PAS.

Penghulu Mukim Lubok Gong, Syed Abu Bakar Syed Mohd Nor berkata, Umno Rantau Panjang benar-benar tertekan sekarang sehingga menciptakan cerita yang tidak wujud.

Katanya, Ketua Bahagian Umno Rantau Panjang benar-benar gelisah sekarang sehingga kerap memanggil wartawan membuat laporan berdasar kepada lakonan sesama sendiri.

"Datuk Abdullah bermasalah dengan jenteranya, malah kudis lama dengan bekas ketua bahagian, Datuk Mohd Zain masih belum sembuh.

"Mungkin dengan taktik mancari publisiti murahan beliau menganggap populariti meningkat semula. Tetapi berdasar kepada percakapan sesama Umno, Abdullah hanya menanti masa untuk disingkir pada pemilihan Umno akan datang," ujarnya.

Oleh itu beliau menasihat orang ramai tidak mempercayai laporan media terutamanya TV3 dan Utusan yang dilihat bersedia memaparkan banyak lagi lakonan arahan Abdullah. ~harakahdaily



Iklan C (ii)



Insiden Lahad Datu : Kopral Azman Hanya Cedera, Keluarga Kesal Laporan Media

Posted: 01 Mar 2013 09:32 PM PST

LAHAD DATU - Keluarga seorang daripada anggota polis yang cedera dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo di sini hari ini, kesal dengan laporan media yang mengatakan anggota polis berkenaan terbunuh dalam kejadian itu.Madun Buyung, 57, dari Kampung Tabanak, Lahad Datu, keluarga terdekat kepada Kpl Azman Ampong, meminta media massa supaya lebih berhati-hati sebelummenyiarkan laporan mereka.

"Semua media mesti pastikan maklumat mereka tepat. Dapatkan pengesahan daripada pihak doktor terlebih dahulu sebelum menyiarkan laporan," katanyakepada pemberita ketika ditemui di Hospital Lahad Datu di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah media elekronik kononnya Azman terbunuh dalam insiden itu sedangkan anggota berkenaan cumacedera di tangan dan kaki.

Azman adalah antara tiga anggota polis yang cedera dan menerima rawatan di hospital di sini.Madun berkata laporan tidak tepat itu telah meresahkan anggota keluarganya.

"Setelah mendengar laporan itu di televisyen, saya bergegas ke hospital (Lahad Datu) dan apabila tiba di sini saya dapati anak saudara saya ini dalamkeadaan stabil," katanya. - Bernama  ~bernama




Iklan C (ii)



Tiada ulasan: