SOKONG PAKATAN RAKYAT |
Posted: 04 Mar 2013 09:28 PM PST Lawak politik yang paling kelakar pada 2013 ialah idea menjadikan Ku Li sebagai PM Malaysis. Tambah kelakar lagi ideanya datang dari Pas. Jika salah, harap pimpinan Pas nafikan idea ini. Saya terima sahaja sebarang pengakuan pimpinan Pas. Woooo. Tak ada logik dan rasionalnya jika sebuah parti itu mencadangkan orang luar partinya atau gabungannya menjadi PM jika menang pilihan raya. Jika Anwar tak layak, tentunya Hj Abdul Hadi yang dicadangkan sebagai PM. Jika Anwar dan Hadi tak layak juga, agaknya Azmin Ali atau Mohamad Sabulah yang layak jadi PM. Mengapa tak ada idea itu. Lainlah kalau Pas mahu menjadikan Ku Li sebagai Presiden Pas sebelum PRU 13 ini. Eloklah Hj Hadi memberi laluan kepada Ku Li sebagai Presiden Pas. Masih sempat jika Pas mahu mengadakan muktamar khas memilih Presiden Pas sahaja. Ha ha. Jika ini dibuat, baru dunia kagum dengan keikhlasan pimpinan Pas yang sanggup memberi orang lain memegang jawatan tertinggi dalam parti mereka. Hebat sekali akhlak pimpinan atasan Pas. Maka memang benarlah kenyataan Hj Hadi yang bersedia menjadi nelayan selepas PRU ini. Woooo. Cakap-cakap kedai kopi kekadang sinis sekali. Idea Ku Li tak mungkin diterima oleh PKR dan DAP. Adakah Pas mengharapkan supaya PKR membuat cadangan balas agar Hj Hadi sebagai PM dan bukannya Ku Li sebagai PM. Sudah tentulah PKR tidak bersedia menerima Ku Li sebagai PM dan "terpaksa" menerima Hj Hadi sebagai PM, selaras dengan semangat Pakatan Rakyat. Apakah sebenarnya Pas mahu jawatan itu tetapi "malu" nak minta? Maklomlah macam satu kesalahan jika minta jawatan. Wooo Kalaulah Pas tidak dikatakan hasad kepada Anwar sebagai PM, saya lebih cenderung mengatakan Pas "malu" tapi mahu jawatan PM itu. Ha ha. Orang politik mana ada malu dengan jawatan politik. Jika malu jangan berjuang dalam parti. Semuanya malu tapi mahu. Ha ha. tanyalah diri sendiri oi. Woooo. Kekadang geli hati bila baca kenyataan orang atas Pas yang mengatakan mari kita tumpukan usaha menjatuhkan BN dahulu. Tetapi dalam diam-diam buat usaha dengan musoh untuk menobatkan Ku Li sebagai PM. Kekadang saya mencarut dalam hati. Tak sampai hati nak luahkan. Maklomlah nak jaga akhlak wei!!!! |
You are subscribed to email updates from SOKONG PAKATAN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan