SOKONG PAKATAN RAKYAT |
Posted: 15 Mar 2013 06:12 PM PDT Malam ini di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru bakal diadakan program khas Seni Untuk Perubahan. Menurut Pengarah Program, Saudara Amir Roslan, Ketua Penerangan Pas Kawasan Bukit Bintang, program ini diadakah sebagai respon Pakatan Rakyat kepada kumpulan anak seni Malaysia yang tidak terbela di bawah kerajaan BN selama ini. Dalam borak-borak dengan Ito Blues Gang, beliau menyatakan kesedihan kepada nasib anak cucu seniman Tanah Air. Antaranya anak dan cucu seniman ulung P.Ramlee yang hidup melarat di ibu kota KL, walhal royalti P.Ramlee yang terus mencurah tidak tahu kemana perginya. Isu hak cipta dan cetak rompak masih terabai di bawah regim BN. Malam ini, kita bukan sahaja akan menyaksikan para seniman dan artis pro PR menampilkan bakatnya tetapi sekaligus akan menyerahkan memorandum tuntutan anak seni untuk perubahan. Datanglah beramai-ramai memberi sokongan kepada anak seni Malaysia. Ya, dibawah regim BN, bukan pemandu teksi sahaja ditindas, tetapi anak seni pun ditindas!!!! |
You are subscribed to email updates from SOKONG PAKATAN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan