Selasa, 5 Mac 2013

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Aquino kutuk pengganas Suluk (5/3/13)

Posted: 05 Mar 2013 12:36 AM PST


Setakat ini pihak keselamatan masih dalam proses "mopping up" di Lahad Datu. Kemungkinan besar seluruh angkatan pengganas di sana telah dipatah dan dimusnahkan. Dalam pada itu menurut laporan berlaku tunjuk perasaan di luar Kedutaan Besar Malaysia di Manila. Semoga semua kakitangan kita selamat.
Sementara itu saya terbaca laporan berikut dari Manila Bulletin yang memetik kenyataan Presiden Republik Filipina, Beningno S Aquino III:

Aquino bersama 6 orang Gabenor Mindanao menyelar tindakan
pengganas Suluk di Lahad Datu
"When you have an armed group that goes into an area administered by a different nation, can that not be considered an act of war by some of our citizens? And the Revised Penal Code has a specific law that penalizes people who incite others to war amongst other things,"
(Apabila terdapat kehadiran gerombolan bersenjata yang memasuki kawasan pentadbiran kita dari Negara lain, tidakkah itu dianggap suatu tindakan melancarkan peperangan oleh kalangan rakyat kita? Dan Kanun Siksaan yang telah dipinda melarang secara jelas mereka yang menghasut peperangan, antara lain.)

Ternyata tindakan pengganas Suluk ini bukan hanya dikutuk rakyat Malaysia malah tidak mendapat sebarang bentuk sokongan langsung dari Negara mereka sendiri.
Sekali lagi Predien Aquno membuktikan beliau lebih menghargai hubungan baik antara kedua-dua Negara Malaysia dan Filipina berbanding melindungi atau mempertahankan satu dua kerat warganya yang bertindak ganas semupama pengikut Sultan Kiram ini.

Malaysia bermusuh dengan "pengganas Suluk" ini kerana mereka melancarkan perang di atas bumi kita. Namun demikian bangsa Sulu dan Moro yang merupakan saudara kita tetap dihormati sebagai kawan lebih-lebih lagi rakyat Filipina yang selama ini telah berjiran dengan kita dalam keadaan aman dan tenteram.

Serangan ke atas musuh negara bermula (5/3/13)

Posted: 04 Mar 2013 06:10 PM PST


Kesabaran sudah tiada, pintu rundingan tertutup. Terkini jam 7 pagi tadi serangan ke atas sasaran pengganas Suluk pengikut Sultan Kiram telah dilancarkan oleh pasukan keselamatan kita.
BREAKING NEWS: Dawn attacks to flush out the remaining group of armed Sulu gunmen is on. Early Tuesday morning, fighter jets began screaming low over the armed group cornered at the Tanduo village since Feb 9. Continuous explosions are being heard as the police and army move in against the gunmen who are reportedly firing back.

Jet pejuang TUDM memulakan serangan di Lahad Datu
 awal pagi tadi
Diharapkan kesemua mereka dapat samada diberkas atau dihapuskan. Dan didoakan semoga tiada kecederaan atau malpetaka menimpa para wira kita yang berada di "ground zero" itu.
Semoga insiden hitam ini segera berakhir dan keamanan dapat dikembalikan ke Sabah. Saudara-saudara kita penduduk Sabah malah kita yang berada di seluruh pelusuk tanahair Malaysia berada dalam kebimbangan, berakhirlah segera peristiwa hitam ini.

Terima kasih pasukan keselamatan Polis dan Tentera, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka yang terkorban dan yang cedera segera sembuh untuk kembali ke pangkuan yang tercinta.

Tiada ulasan: