Pahang Daily Online |
- Panas: Isu Sabah, Pengakuan Sultan Sulu Yang Sah !!
- Terkini: Sidang Media Pihak Polis Tentang Ops Sulu
- Panas: Keduataan Malaysia Di Manila Pula Di Ceroboh
- Panas: Foto Misteri Aziz Shamsuddin Pula Tersebar !
- Dokumen Pajakan Sabah Kepada Malaysia Tersebar
- Panas: Rupanya Kesultanan Sulu "Keluarga" Pak Lah!
- Najib Di Desak Dedah Perjanjian Dengan Sultan Sulu!
- Hilang Nyawa, Apakah Ada Kaitan Kenyataan Najib !!
Panas: Isu Sabah, Pengakuan Sultan Sulu Yang Sah !! Posted: 05 Mar 2013 12:48 AM PST |
Terkini: Sidang Media Pihak Polis Tentang Ops Sulu Posted: 04 Mar 2013 09:35 PM PST |
Panas: Keduataan Malaysia Di Manila Pula Di Ceroboh Posted: 04 Mar 2013 09:20 PM PST Pengikut Kesulatanan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III pagi ini mengadakan piket berhampiran Kedutaan Malaysia di Makati City meminta supaya pihak keselamatan Malaysia menghentikan serangan di Sabah. Menurut Agensi Berita GMA di Filipina, piket itu diketuai kumpulan Bagong Alyansang Makabayan cuba bergerak dan berdemonstrasi ke hadapan Kedutaan Malaysia namun dihalang Polis sebelum tiba ke premis berkenaan. GMA yang memetik laporan radio dzBB memaklumkan piket tersebut turut menyebabkan kesesakan trafik di kawasan terbabit. Polis Filipina membenarkan mereka meneruskan protes tersebut namun dari jarak yang selamat. Protes berkenaan bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 12 tengah hari setelah disuraikan oleh pihak berkuasa tempatan. Protes yang berlaku di hadapan kedutaan berkenaan berlangsung dengan keadaan terkawal melibatkan hampir 100 penunjuk perasaan. [Kedutaan Malaysia di Filipina ditutup ekoran tunjuk perasaan terbabit. Dilaporkan, selain bendera Malaysia yang dibakar, turut menjadi mangsa ialah poster Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak. Pihak polis dilihat hadir mengawal keadaan. Persoalannya, kenapa mereka mengamuk sedangkan pencerobohan yang datang ke Sabah itu telah membunuh anggota keselamatan di negara ini. Makanya sudah menjadi tanggunjawab mereka untuk mengahpuskan kumpulan terbabit. Mereka mengamuk kerana rakyat Filipinan dibunuh tetapi mereka langsung tidak melakukan apa-apa tindakan apabila beberapa orang anggota polis Malaysia yang turut terkorban dalam kejadian tersebut. Apapun difahamkan, serangan terhadap penceroboh sedang berjalan ketika ini dan dijangka pihak keselamatan akan berjaya menyelesaikan isu ini dalam masa terdekat. Sama-sama kita panjantkan dia agar anggota keselamatan kita terus tabah berjuang untuk mempertahankan kedaulatan negara dari terus dicerobohi oleh pihak terbabit. Rakyat Filipinan ceroboh Sabah, anehnya mereka pula ceroboh kedutaan kita di sana. Mungkin juga semua mereka tidak memahami isu]. |
Panas: Foto Misteri Aziz Shamsuddin Pula Tersebar ! Posted: 04 Mar 2013 08:26 PM PST [Saksi-saksi penting dengan jelas mendedahkan kepada Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) tentang keterlibatan Datuk Aziz Shamsuddin antara "mastermind"nya bersama Mahathir dan Megat Junid dalam "Projek IC Sabah". Namun, hingga kini beliau tidak dipanggil malah didakwa. Maka itu, tersebarlah gambar mesra Aziz Shamsuddin dengan Sultan Esmail Dalus Kiram II dari Kesultanan Sulu ini. Jika diamati betul-betul, ada kemungkinan ramai warga Sulu dari Filipinan yang mendiami Sabah berjaya mendapat IC hasil usahasama Aziz dengan pihak kesultanan Sulu. Jika tidak mana mungkin mereka boleh begitu ramai berada di Sabah. Maknanya, Aziz Shamsuddin memang terlibat secara langsung dengan projek itu dan hubungnnya amat akrab seperti dalam gambar ini. Justeru, tidak perlulah kerajaan sebegitu mudah membuat tuduhan kononnya pemimpin pembangkang menjadi dalang isu pencerobohan warga Sulu di Sabah sekarang ini. Mereka mungkin juga mempunyai IC, malah saudara mereka yang ada IC kini ramai mendiami Sabah terutamanya di kawasan Lahad Datu itu sendiri. Ini bermakna, tidak perlu membuat tuduhan melulu kepada pihak lain jika pemimpin UMNO BN sendiri memang ada hubungan langsung dengan pihak itu sebenarnya]. |
Dokumen Pajakan Sabah Kepada Malaysia Tersebar Posted: 04 Mar 2013 07:01 PM PST Sila klik untuk besarkan imej dan baca ayat yang tertera pada MOU ini [Semasa Perang Dunia Ke-2 iaitu semasa Jepun mulai meluaskan kuasanya ke Asia Tenggara, Sabah juga tidak terkecuali mendapat tempias sehinggakan ianya telah mengalami kemusnahan yang teruk. Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah tidak mampu untuk membangunkan Sabah pada masa itu jadi pada tanggal 15 Julai 1946, Sabah secara rasminya telah diberikan kepada Kerajaan Koloni British dan menjadi jajahan takluk British. Sepanjang menjadi jajahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan juga Koloni British, harga pajakan Sabah sentiasa dibayar kepada kerajaan Sulu. Setelah Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963 dan bergabung membentuk Federasi Malaysia bersama-sama dengan Sarawak dan Malaya serta Singapura (Singapura keluar pada tahun 1965), tugas untuk membayar kepada Kerajaan Sulu juga berpindah tangan. Saban tahun Kerajaan Persekutuan Malaysia tetap membayar Kerajaan Sulu sebanyak RM5,300.00 (Ditambah RM300 oleh Kerajaan Malaysia) juga bagi mematuhi Perjanjian 1878. Terdapat klausa di dalam Perjanjian 1878 yang menyatakan bahawa sewaan ke atas Sabah harus dibayar sehingga tidak ada matahari dan bulan ataupun pada ertikata sebenar "Sewaan Sampai Kiamat". Agaknya perjanjian inilah yang menyebabkan penceroboh datang ke Sabah untuk menuntut hak mereka. Mungkin inilah yang jadi isunya]. |
Panas: Rupanya Kesultanan Sulu "Keluarga" Pak Lah! Posted: 04 Mar 2013 06:29 PM PST [Selama ini kerajaan asyik menuduh pemimpin pembangkang ada hubungan dan menjadi dalang pencerobohan di Sabah. Namun, daripada risikan yang dibuat oleh PDO mendapati kesultanan Sulu sebenarnya lebih banyak hubungan akrab dengan pemimpin UMNO BN di Malaysia. Tambah panas apabila ada laporan media di Filipina yang disiarkan pada tahun 2012 di atas melaporkan bahawa Sultan Esmail Dalus Kiram II dari Kesultanan Sulu merupakan anak angkat kepada bonda mantan Perdana Menteri, Pak Lah Badawai. Ketika itu Pak Lah masih bergelar Perdana Menteri sebenarnya. Maknya disini, Kerajaan Malaysia memang ada hubungan yang cukup rapat dengan Kesultanan Sulu, maka itu mana mungkin mereka langsung tidak tahu menahu tentang isu pencerobohan yang sedang hangat diperkatakan ini. Malah, tidak sewajarnya mereka menuduh pihak lain (pembangkang) pula yang menjadi dalang disebalik kejadian ini. Malah, terdapat banyak lagi bukti kukuh yang menunjukkan sememangnya pemimpin UMNO BN mempunyai hubungan langsung dengan Kesultanan Sulu. Justeru, dalam kes ini kerajaan tidak perlu menyalahkan pihak lain pula yang terlibat. Apapun, rakyat perlu bijak berfikir dalam menilai setiap insiden yang berlaku di depan mata ini]. |
Najib Di Desak Dedah Perjanjian Dengan Sultan Sulu! Posted: 04 Mar 2013 04:44 PM PST KUALA LUMPUR, 5 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak menjelaskan 'perjanjian' dengan Sultan Sulu sebagaimana didedah Pengerusi Pengasas Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Nur Misuari seperti dilapor baru-baru ini. Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul (foto) berkata, Najib selaku individu bertanggungjawab tidak boleh membisu dalam isu tersebut kerana melibatkan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat Sabah khususnya. "Kita nak tahu apa yang mereka (penceroboh) tuntut sehingga bawa senjata. Najib tak boleh diam. Dia kena jelaskan apa yang dijanjikan kepada kumpulan penceroboh sehingga mereka sanggup bunuh polis kita. "Mereka datang bukan nak shopping, tapi dengan senjata. Maksudnya mereka nak berperang. Objektifnya jelas untuk tuntut sesuatu," kata Johari ketika dihubungi. Gambar Esmail Kiram 11 dengan Najib dalam satu majlis. Dari facebook Esmail D. Kiram 11. Menurut laporan Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph), Misuari mendakwa tentera Sulu ke Sabah selepas mendengar janji dari Perdana Menteri Malaysia. Menurut laporan bertarikh 21 Februari 2013 bertajuk 'Don't Harm Sultan's Men, Nur Warns Malaysia', Misuari berkata, ketika beliau di Jolo, Sulu, beliau terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram telah merentas lautan kerana mereka telah dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah. Oleh itu, Misuari merayu Najib untuk bertindak dengan cermat dalam menghadapi penceroboh Filipina yang kini membunuh lapan anggota polis Malaysia di Sabah dalam pertempuran berdarah di Lahad Datu dan juga Semporna. Misuari juga mendakwa Agbimuddin mungkin ke Sabah untuk menunjukkan ketidaksabaran terhadap tuntutan mereka. "Perkara ini perlu diselia oleh mereka dengan lebih tenang," katanya dipetik, sambil menambah ia adalah lebih baik menunggu pilihan raya umum April ini untuk melihat siapa menjadi Perdana Menteri. Misuari juga memberikan amaran kepada Malaysia untuk menyelesaikan pertempuran di Sabah dengan aman. Jika tidak, pasukannya akan memberikan bantuan kepada Kiram, ugut Misuari. "Baru bulan lepas Najib diangkat sebagai 'hero' apabila menyelesaikan isu pejuang bangsa Moro dengan pejuang selatan. Tapi balik ke sini, negara kita pula diserang. Ini jadi persoalan apabila didedahkan sendiri Nur Misuari," kata Johari. "Kalau betul Najib buat perjanjian, beliau perlu nyatakan kepada semua apa yang dijanjinya itu. Kalau tiada apa-apa, bagaimana mereka boleh datang dengan senjata macam nak perang, mesti ada yang tidak kena," katanya lagi. Sementara itu, beliau yang kesal dengan sikap berlengah kerajaan menyelesaikan isu tersebut menyifatkan pentadbiran Najib lembap. Gambar Esmail Kiram 11 dengan Perdana Menteri dalam satu majlis dari facebooknya |
Hilang Nyawa, Apakah Ada Kaitan Kenyataan Najib !! Posted: 04 Mar 2013 04:34 PM PST [Ramai pihak kini mula menuding jari kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak berkaitan dengan beberapa kematian yang melibatkan anggota keselamatan negara dalam isu pencerobohan di Sabah sekarang ini. Biar pun motif kejadian itu masih tidak berapa jelas lagi, namun ramai yang melihat ia adalah salah satu usaha terdesak Najib untuk terus mempertahankan Putrajaya. Umum mengetahui beberapa orang Ahli Parlimen di Sabah sudah meninggalkan UMNO BN mutakhir ini. Malah difahamkan ramai lagi yang akan berbuat demikian (sokong pembangkang) selepas parlimen dibubarkan. Maka itulah, langkah terakhir untuk pertahankan Putrajaya ialah dengan menimbulkan keadaan huru-hara di negeri terbabit agar pilihanraya ditanggunhkan di Sabah. Masih kita ingat peristiwa "16 September" di mana ramai dikalangan wahli parlimen dari Sabah juga dikatakan terlibat dan ini memberi tekanan kepada BN untuk terus mengekalkan kuasa. Apabila pilihanraya ditangguhkan di negeri itu, maka harapan untuk Najib mempertahankan Putrajaya pasti akan tercapai apabila pembangkang gagal mendapat kerusi secukupnya untuk membentuk kerajaan akibat tiada sokongan dari negeri itu. Persoalan kenapa satu persatu nyawa melayang di Sabah juga mungkin ada kaitan dengan ikrar Najib pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu dimana beliau mengajak ahli UMNO mempertahankan Putrajaya daripada sebarang percubaan merampasnya biar pun kehilangan nyawa. Apakah semua yang terjadi di depan mata kita ini ada kaitan dengan kenyataan Najib itu agaknya]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan