Isnin, 4 Mac 2013

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


No thank you Mr Misuari (4/2/13)

Posted: 04 Mar 2013 03:16 AM PST


Konflik di Sabah masih belum reda tiba-tiba kita terdengar kenyataan dari bekas Pengerusi MNLF (Moro National Liberation Front) Nur Misuari bahawa beliau bersedia menjadi orang tengah dalam menyelesaikan ketegangan ini.
Cuma yang kita tidak senangi, adalah apabila kenyataan itu turut diselitkan dengan beberapa elemen ugutan. Beliau dilaporkan oleh sebuah portal berita sebagai meminta agar PM Malaysia:

"…please tone down his voice"
Kata beliau lagi:

"The blood of our brothers in Sabah is sacred. I hope Najib will not persecute our civilians in Sabah as it will trigger bigger trouble and it will drag us into war, and I don't like that."
Beliau merujuk kepada kononnya tindakan yang dikenakan oleh kerajaan terhadap warga Filipina di Sabah ekoran ketegangan di sana.

Misuari ini asalnya adalah pejuang bangsa Moro sewaktu zaman Marcos. Apabila Marcos tumbang beliau menerima perjanjian damai di zaman Presiden Fidel Ramos dan terus dilantik sebagai Gabenor Wilayah Autonomi Mindanao, dengan kuasa dan kedudukan. Apabila Aroyo mejadi Presiden ditahun 2001 beliau dipecat dari jawatannya dan pada tahun 2007 beliau didakwa di mahkamah atas tuduhan mengganas. Pada tahun 2008 kedudukan beliau sebagai Pengerusi MNLF diganti oleh Datuk Bandar Cotabato Muslimin Sema.
Misuari jangan mengugut rakyat Malaysia! Bumi berdaulat kami diceroboh oleh pengikut Sultan Sulu dengan tujuan mahu mengisytiharkannya sebagai sebahagian bumi Sulu. Mana mungkin kami serahkan walau seinci bumi berdaulat kami. Jangan ancam kami dengan peperangan!

Sekarang mereka bukan sekadar menceroboh malah telah membunuh dan mencederakan wira-wira kami yang bertanggungjawab menjaga keselamatan kami. Keselamatan rakyat Sabah, warga Malaysia kini terancam.
Kalau Misuari benar menghargai darah pengganas Suluk itu, arah sahaja mereka menyerah diri tanpa untuk menghadapi proses kehakiman kami.

Sekarang bukan masa untuk berunding atau bertolak ansur. Tempoh itu telah luput apbila mereka melepaskan tembakan terhadap wira-wira kami. 7 orang wira Negara gugur angkara tindakan biadap mereka. Serah diri atau terima padahnya.
No thank you Mister Misuari we don't need your assistance or help.

NGO Islam bangkitlah buat tuntutan (4/3/13)

Posted: 03 Mar 2013 08:07 PM PST


Diketika parti-parti politik sibuk dengan pelancaran manifesto masing-masing, dan rakyat tidak sabar-sabar menghadapi Pilihanraya Umum ke 13, dalam dunia demokrasi sebenarnya inilah masanya kumpulan pendesak khasnya NGO membuat tuntutan melalui parti-parti politik siapakah yang sanggup dan berani menjuarai isu dan perjuangan mereka.
Dalam PRU-PRU yang lalu yang sering terkehadapan dalam desakan seumpama ini adalah MTUC dan beberapa NGO pengguna.

Mereka akan mengemukakan tuntutan yang diselitkan bersamanya ikrar untuk menyokong mana-mana parti kiranya menerima dan mengangkat tuntutan mereka itu. Ini sebahagian dari amalan demokrasi.
Lantas saya merasakan inilah juga masanya bagi badan-badan NGO Islam, Jawatankuasa-jawatankuasa masjid dan surau-surau, PIBG sekolah-sekolah khasnya sekolah agama dan pondok, bangkit mendengarkan suara mereka. Yang akan bertanding PRU ke 13 nanti jika menang dan membentuk majoriti akan menjadi kerajaan. Inilah masanya untuk mengikat mereka agar membawa agenda dan perjuangan Islam setakat mana yang dalam kemampuan.

Saya tahu NGO Kristian khasnya begitu aktif menyokong dan membantu calon-calon tertentu yang sudah pastinya mensyaratkan agar calon berkenaan membantu mereka jika diberikan mandate oleh rakyat.
Ini suatu amalan yang dibenarkan, oleh itu mengapa kita tidak mengambil kesempatan. Jangan sekadar berpeluk tubuh dan serah pada takdir.

Sati isu masyarakat yang sering menghantui kita adalah isu rumah urut selain perniagaan arak dan judi. Benar bukan itu sahaja yang diperjuang Islam tetapi bagi saya inilah antara maksiat yang dapat dibendung kerana kuasanya terletak pada PBT dan negeri. Dan siapalah lagi yang sepatutnya peka dan kehadapan dalam isu seumpama ini jika tidak kita masyarakat Islam.
Sewajarnya inilah masanya kita mengemukakan tuntutan bahawa sokongan akan diberikan kepada mana-mana parti atau calon yang sanggup memperjuangkan agenda ini jika diberi mandat. Ini lebih-lebih lagi bagi kawasan-kawasan yang majoriti pengundinya terdiri dari orang Islam.

Calon-calon parlimen atau DUN mesti berikrar jika menang akan memastikan antara perkara pertama yang akan mereka lakukan adalah mengemukakan tuntutan kepada PBT dalam kawasan mereka agar (contohnya):

1. mengharamkan rumah urut di kawasan majoriti Islam kecuali yang berkaitan dengan kesihatan contohnya rawatan selepas bersalin dan seumpamanya, selain itu dikawasan yang lain orang Islam diharamkan mengunjunginya dan diharamkan rumah-rumah urut ini mengambil pekerja Islam
2. arak atau sebarang minuman beralkohol diharamkan dijual dikedai-kedai, pasaraya, stesyen minyak, hotel di kawasan majoriti Islam. Jika pusat hiburan di kawasan lain (bukan Islam) mahu menjualnya bagi orang Islam diharamkan mengunjungi premis ini dan diharamkan mengambil pekerja Islam

3. PBT hanya memberikan lesen premis judi di kawasan padat bukan Islam, tidak lagi dibenarkan dibuka dikawasan majoriti Islam

Mungkin ada tuntutan lain tetapi bagi saya masyarakat Islam perlu bangkit membuat desakan secara demopkratik dalam hal ini. Jangan lagi seperti yang lepas-lepas kita menyalahkan kerajaan ini dan kerajaan itu, parti ini dan parti itu. Kita rakyat punya kuasa dan kita yang mewakili kelompok dalam masyarakat punya hak bersuara dan membuat tuntutan.
Bangkitlah saudara-saudara Nazir-nazir masjid, setiausaha masjid dan surau, Pengerusi PIBG, Yang Dipertua NGO Islam, ahli-ahli kariah, bangkit dan kemukakan tuntutan ini pada calon-calon yang bakal bertanding nanti. Sekurang-kurangnya kita telah bekerja, jangan nanti kita melopong lepas PRU apabila isu-isu ini terus bermaharajalela.

 

 

Tiada ulasan: