Isnin, 4 Mac 2013

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Polis Sedang Memburu Lelaki Bersenjata Larikan Diri

Posted: 04 Mar 2013 02:59 AM PST

LAHAD DATU, 4 Mac  - Pasukan polis menyisir di tepi pantai di Semporna untuk memburu lelaki bersenjata yang melarikan diri berikutan serangan hendap tiga hari lalu yang menyaksikan enam anggota polis dan enam lelaki bersenjata ditembak mati. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib (foto) pada Isnin berkata, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah juga menentukan jenis senjata yang digunakan oleh lelaki bersenjata di Kg Simunul. Beliau berkata, polis menganggarkan tidak lebih daripada 10 lelaki bersenjata terlibat dalam kejadian yang dikaitkan dengan pencerobohan oleh kumpulan bersenjata Sulu di Kampung Tanduo dekat sini. Hamzah berkata, jenazah anggota polis dihantar pulang untuk dikebumikan di kampung halaman masing-masing di Sabah dan Semenanjung selepas bedah siasat pada Isnin. Beliau berkata, polis Malaysia bekerjasama dengan angkatan tentera bagi berhadapan dengan kumpulan bersenjata Sulu yang melakukan pencerobohan di Kampung Tanduo. "Kami memanfaatkan aspek teknikal tentera tetapi operasi masih di bawah polis," katanya. Hamza berkata, polis juga cuba untuk mengesahkan laporan mengenai 10 penceroboh, di mana tiga daripadanya dikatakan bersenjata dan memakai pakaian seragam 'camaflouge' dikesan di dua kampung di daerah Kunak. Beliau berkata, penduduk dari kedua-dua kampung dibenarkan pulang ke rumah. Mereka dipindahkan berikutan laporan yang mengesan berlakunya pencerobohan pada lewat Sabtu. sumber

Panas: Isu Sabah, UMNO Akan Menyaman Tian Chua !

Posted: 04 Mar 2013 02:54 AM PST

PETALING JAYA, 4 Mac - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua bakal berdepan dengan tindakan undang-undang sekiranya gagal menarik balik kenyataannya yang mengaitkan UMNO dengan insiden pencerobohan di Sabah. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (foto) berkata, menerusi notis tuntutan yang dihantar melalui Penasihat Undang-undang UMNO, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, Ahli Parlimen Batu itu turut diminta mengemukakan permohonan maaf secara bertulis tanpa syarat. "Segala tuduhan yang dibuat adalah tidak berasas dan amat serius dengan niat jahat untuk memburukkan dan merosakkan reputasi dan imej Umno. "Ia juga turut bertujuan untuk menjatuhkan dan merendahkan maruah dan kredibiliti Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional yang mentadbir Malaysia dan mempunyai imej awam yang baik," katanya pada Isnin. Tindakan undang-undang itu dibuat terhadap Tian berikutan kenyataannya dalam KeadilanDaily.com pada 1 Mac lalu yang bertajuk 'Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno - Tian'. "Notis dihantar kepada Tian Chua dengan menuntut beliau dalam masa tujuh hari bermula hari ini, 4 Mac untuk berhenti daripada membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu ini atau sebarang kenyataan yang serupa terhadap Umno. "UMNO tidak memandang ringan terhadap perbuatan fitnah dan sekiranya sebarang maklum balas tidak diterima berhubung tuntutan terbabit, maka bermakna Tian Chua tidak menafikannya dan juga berniat untuk meneruskan penerbitan berunsur fitnah. "Oleh itu, Umno akan meneruskan prosiding mahkamah terhadap Tian Chua tanpa sebarang rujukan kepada beliau termasuklah untuk memfailkan injuksi bagi menghalang penerbitan lanjut berkaitan isu ini," katanya. sumber


Pelajar Maut Nahas Motosikal Dengan Anggota Polis

Posted: 04 Mar 2013 02:39 AM PST

KUANTAN, 4 Mac - Seorang pelajar lelaki terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah lagi motosikal di Jalan Kuantan-Maran dekat Batu 11 di sini. Hisham Shamsudin, 19, dari Felda Lepar Hilir 3, Gambang, mati di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan semasa menerima rawatan malam Ahad. Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim, dalam kejadian 6.30 petang Ahad itu mangsa menunggang bersendirian dari arah Kuantan menuju ke Gambang. "Di tempat kejadian di percayai, motosikal yang ditunggang seorang anggota polis, Mohd Nasir Dol Rashid, 54, dari arah bertentangan telah melintas jalan melalui lorong di tengah jalan untuk ke Taman Sri Mahkota Jaya di sini, sebelum dilanggar mangsa. "Akibat itu, mangsa yang parah di kepala telah dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 10.34 malam tadi ketika menerima rawatan," katanya di sini Isnin. Kata beliau anggota polis yang bertugas di Balai Polis Gambang di sini, juga mengalami kecederaan di tangan dan pinggang itu dan menerima rawatan di Klinik Kesihatan Gambang. "Kes terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - BERNAMA

Panas: Sultan Sulu Rupanya 'Ahli UMNO' Berdaftar !!

Posted: 03 Mar 2013 09:01 PM PST


Panas: Lokman Adam Rupanya Penasihat Sultan Sulu!

Posted: 03 Mar 2013 08:32 PM PST


[Apa sudah jadi, ini maklumat panas terbaru yang kami terima hasil pembongkaran Blogger Milo Suam. Sebelum ini kerajaan Malaysia menuduh pemimpin pembanglang dalang disebalik isu pencerobohan warga Sulu di Lahad Datu Sabah. Maka, berbagai pendedahan panas telah dibuat oleh semua piahk untuk menafikan dan memastikan sebaliknya UMNO BN yang mempunyai hubungan langsung dengan Kesultanan Sulu. Terbaru, pendedahan berkaitan keterlibatan bekas Exco Pemuda KeADILan yang dipecat pada tahun 2004 iaitu Lokman Noor Adam. Beliau yang kini menjadi Exco Pemuda UMNO dipercayai mendapat gelaran Datuk Sri Panglima dan kini merupakan Penasihat kepada Sultan Sulu di Malaysia. Pendedahan ini pastinya menggemparkan dan membuatkan mereka tidak dapat mengelak lagi bahawa apa yang berlaku di Sabah itu adalah perancangan pihak berkenaan sebenarnya. Apapun, siasatan lanjut masih dijalankan untuk membuktikan lagi beberapa dokumen dan maklumat yang berkenaan. Pendedahan ini agar rakyat berfikir secara bijak apakah isu yang berlaku di Sabah itu secara lebih telus dan adil. Bayangkan anggota Marin, TLDM dan keselamatan laut adalah dibawah kendalian kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh UMNO BN. Maka mana mungkin pemimpin pembangkang boleh meloloskan penceroboh begitu mudah kalau tiada "connecting" dengan pihak terbabit itu].

Panas: Foto Najib Dengan Wakil Sultan Sulu Tersebar

Posted: 03 Mar 2013 07:11 PM PST


[Nampaknya insiden pencerobohan warga Sulu dari Filipina di Lahad Datu Sabah semakin panas untuk diperkatakan sekarang ini. Selepas tersebar gambar-gambar kehadiran pemimpin Sulu sebagai pemerhati atas jemputan UMNO ketika Perhimpunan Agung parti itu tahun lalu (2012), kini tersebar pula gambar keakraban Perdan Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wakil Sultan Sulu, Jamalul Kiram III. Foto ini pernah disiarkan dalam sebuah portal terkenal di Filipina iaitu ABN News atas tajuk "Najib: Malaysia has to help sustain MILF peace deal" pada 16 Oktober 2012 yang lalu. Jika ini keadaannya maka apakah motif pencerobohan Sabah sebenarnya?. Apakah ada usaha pihak tertentu untuk menangguhkan pilihanraya umum ke-13 atas kekacauan dan huru-hara yang berlaku?. Atau mungkin juga "darurat" akan diisytiharkan di Sabah yang menyebabkan majoriti kerusi BN yang akan beralih arah menyokong Pakatan Rakyat di negeri itu tidak akan menjadi kenyataan dan seterusnya menggagalkan hasrat pembangkang utnuk ke Putrajaya?. Semua ini, kini menjadi persoalan di kalangan rakyat . Malah, berbagai pendedahan yang dibuat tentang hubungan Sulu dengan kerajaan Malaysia seolah-olah mengesahkan lagi adengan yang sedang kita lihat di depan mata sekarang ini. Soalnya, apakah rakyat boleh menerima kenyataan ini disaat majoriti mereka mahukan perubahan pada PRU-13 ini nanti].

Panas: Musa Hassan Cakap Pasal Isu Ceroboh Sabah !

Posted: 03 Mar 2013 06:57 PM PST

Sejarah: 'Sepuluh Perkara' Tentang Sabah Dan Sulu Yang Perlu Di Ketahui Oleh Seluruh Rakyat Malaysia

Posted: 03 Mar 2013 06:03 PM PST

1. Sekitar abad ke 6, hampir keseluruhan kepulauan Borneo adalah di bawah jajahan takluk Kesultanan Negara Brunei. Seperti juga Sarawak yang rata-ratanya menjadi tanah kuripan kepada golongan bangsawan dan juga pembesar dari Kesultanan Brunei maka begitulah juga sebaliknya kepada Sabah. 

 2. Segalanya bermula apabila berlakunya perang saudara di Brunei di antara Sultan Mohammad Ali dan Pengiran Bendahara Abdul Hakkul Mubin. Dikhabarkan persengketaan ini berlaku kerana anakanda Sultan Mohammad Ali telah dibunuh oleh Pengiran Muda Bongsu sewaktu menyabung ayam. Sultan Mohammad Ali telah bertindak membunuh Pengiran Muda Bongsu dan ini menyebabkan Pengiran Bendahara Abdul Hakkul Mubin ingin menuntut bela dan seterusnya mengambil alih puncak pemerintahan Sultan Mohammad Ali. 


 3. Pembunuhan Sultan Mohammad Ali telah menyebabkan Pengiran Bendahara Abdul Hakkul Mubin menaiki takhta selepas kemangkatannya. Sebagai langkah keselamatan, Sultan Abdul Hakkul Mubin telah berpindah ke Pulau Chermin, sebuah pulau di muara Sungai Brunei. Sultan Abdul Hakkul Mubin kemudian melantik anak saudara Sultan Mohammad Ali sebagai Pengiran Bendahara Brunei iaitu Pengiran Muda Muhyiddin.

4. Pengiran Muda Muhyiddin naik takhta sebagai Sultan Negara Brunei dengan bergelar Sultan Muhyiddin selepas kemangkatan baginda. Dan sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Hakkul Mubin inilah kerajaan Brunei telah menghadiahkan Kesultanan Sulu yang dahulunya Adipati Brunei tetapi telah bertindak menubuhkan kesultanan sendiri kerana kelemahan empayar kesultanan Brunei pada masa itu. Malah apabila Sultan Abdul Hakkul Mubin memohon pertolongan malah kesultanan Sulu sanggup menghulurkan bantuan. Maka jadilah pantai Timur Borneo menjadi hak milik kepada Kesultanan Sulu pada tahun 1662.

5. Pada awal tahun 1760, satu perjanjian telah ditandatangani di antara Alexander Dalrymple dengan Kesultanan Sulu bagi membuka pangkalan perdagangan Syarikat Hindia-Timur British di Pulau Balembangan. Pulau Balembangan terletak kira-kira 20 batu dari utara Kudat. Kemudian nama Pulau Balembangan telah ditukar kepada Felecia Island. Setelah bertapak buat seketika akhirnya Syarikat Hindia-Timur Bristish pada tahun 1805 meninggalkan Pulau Balembangan kerana dikatakan tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan.



6. Pada tahun 1878, Baron Gustavus Von Overbeck, Konsul Jeneral bagi empayar Austro-Hungarian yang berpangkalan di Hong Kong telah membuat perjanjian dengan Kesultanan Sulu untuk menyerahkan hak tanah di bawah kuasa Sultan Sulu kepada Syarikat Overbeck. Perjanjian ini telah memberikan Sultan Sulu mendapat $5,000 setahun daripada Syarikat Overbeck. Nilai $5,000 adalah nilai dalam dollar Mexico yang mana pada ketika itu bersamaan dengan nilai emas.

7. Pada tahun yang sama, Syarikat Overbeck telah mengalami masalah kewangan teruk dan akhirnya memohon bantuan kewangan daripada Alfred Dent, seorang jutawan British pada masa itu. Alfred Dent telah sanggup membantu dengan bersyarat iaitu hanya wakil British dibenarkan untuk menguasai perniagaan di Sabah. Akhirnya Baron Gustavus Von Overbeck yang berbangsa Austria telah menyerahkan keseluruhan perniagaannya di wilayah Sabah kepada Alfred Dent untuk diuruskan. Disinilah bermulanya pengaruh Syarikat Berpiagam Borneo Utara keatas tanah jajahan kerajaan Sulu di Sabah.

8. Pada tahun 1888, Syarikat Berpiagam Borneo Utara , Negara Sarawak dan Negara Brunei telah menandatangani satu perjanjian dengan Kerajaan Mahkota British iaitu menjadikan ketiga-tiga negara ini menjadi negara perlindungan bagi Kerajaan Mahkota British. Perjanjian ini akan memastikan bahawa tiada mana-mana negara di antara ketiga-tiga ini akan meluaskan empayar negara masing-masing dan sekiranya berlaku sesuatu peperangan maka mereka akan membantu di antara satu sama lain.

9. Semasa Perang Dunia Ke-2 iaitu semasa Jepun mulai meluaskan kuasanya ke Asia Tenggara, Sabah juga tidak terkecuali mendapat tempias sehinggakan ianya telah mengalami kemusnahan yang teruk. Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah tidak mampu untuk membangunkan Sabah pada masa itu jadi pada tanggal 15 Julai 1946, Sabah secara rasminya telah diberikan kepada Kerajaan Koloni British dan menjadi jajahan takluk British. Sepanjang menjadi jajahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan juga Koloni British, harga pajakan Sabah sentiasa dibayar kepada kerajaan Sulu.

Sila klik untuk besarkan imej dokumen yang berkenaan

10. Setelah Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963 dan bergabung membentuk Federasi Malaysia bersama-sama dengan Sarawak dan Malaya serta Singapura (Singapura keluar pada tahun 1965), tugas untuk membayar kepada Kerajaan Sulu juga berpindah tangan. Saban tahun Kerajaan Persekutuan Malaysia tetap membayar Kerajaan Sulu sebanyak RM5,300.00 (Ditambah RM300 oleh Kerajaan Malaysia) juga bagi mematuhi Perjanjian 1878. Terdapat klausa di dalam Perjanjian 1878 yang menyatakan bahawa sewaan ke atas Sabah harus dibayar sehingga tidak ada matahari dan bulan ataupun pada ertikata sebenar "Sewaan Sampai Kiamat". sumber

Panas: Siapakah "Dalang" Pencerobohan Lahad Datu! Foto Pemimpin Sulu Di Perhimpunan UMNO Tersebar

Posted: 03 Mar 2013 05:34 PM PST

[Dalam keghairahan media kerajaan UMNO BN menuduh pemimpin pembangkang terlibat dengan insiden pencerobohan warga Sulu di Lahad Datu Sabah, kini tersebar gambar panas tentang kelibat pemimpin Sulu terbabit di Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang lalu. Gambar berkenaan dengan jelas sekali menjawap dakwaan siapakah dalang sebenar dalam isu pencerobohan tersebut sebenarnya. Sebelum ini ada laporan mengatakan pemimpin kumpulan penceroboh terbabit ada kaitan persaudaraan dengan (adik ipar dan besan) kepada Ketua Cawangan UMNO setempat. Namun, gambar-gambar ini bagai mengesahkan lagi pihak manakah yang bersandiwara dengan isu pencerobohan itu. Dengan bukti-bukti ini maka kini seolah-olah petanda wujudnya kerjasama antara kerajaan UMNO BN dengan pihak terbabit bagi menghuru-harakan Sabah dakwaan Naib Presiden PKR, Tian Chua seakaan-akan semakin terserlah. Andai pemimpin Sulu hadir sebagai pemerhati di Kongres PKR atau Mukhtamar PAS, mungkin rakyat boleh mengaitkan pembangkang sebagai dalang tragedi berkenaan. Namun, jika gambar Najib sendiri kelihatan mesra dengan pemimpin Sulu itu pun disiarkan oleh Utusan Malaysia maka tidak perlu lagilah rakyat untuk berteka-teki apakah sebenarnya motif pencerobohan berkenaan sekarang ini. Apapun, fikirkanlah!].

Tiada ulasan: