Roslan SMS Corner |
Apa bentuk "caretaker government" kita? (28/3/13) Posted: 27 Mar 2013 08:15 PM PDT Sebagaimana semua ketahui Dewan Undangan Negeri bagi Negeri Sembilan telah terbubar dengan sendirinya tengah malam tadi. Tiada lagi kerajaan buat Negeri Sembilan disaat ini kecuali "caretaker government" atau "kerajaan sementara atau peralihan". Menurut MB Negeri Sembilan dalam kenyataannya semalam, menurut tafsiran kesemua ADUN secara otomatik, terlucut jawatan mereka dan tidak lagi akan menerima elaun. Namun demikian MB dan EXCOnya serta Sepaker akan terus memegang jawatan masing-masing sehinggalah kerajaan baru terbentuk selepas PRU ke 13 nanti. Ramai pihak sedang berhujah dan berbahas berkenaan peranan "caretaker government" kerana malangnya ia tidak dihuraikan oleh Perlembagaan Persekutuan. Sering kita tahu berkenaan "caretaker government" ini dalam PRU-PRU sebelumnya kerana Dewan-dewan Negeri dan Parlimen sebelum ini dibubarkan dalam tempoh mereka dan tidak seperti NS yang telah tamat tempohnya. Kerana itu "caretaker government" dalam keadaan kerajaan telah tamat tempoh ini sesuatu yang sangat menarik kerana ia tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia merdeka. Apa pun yang kita tahu ianya bersifat sementara atau "interim" lantas ia tidak berkuasa penuh sebagaimana kerajaan yang diberi mandat. Tiada dasar baru atau projek dan perbelanjaan baru boleh diluluskan dalam tempoh sementara ini. Sepatutnya begitulah. Oleh itu sewajarnya sifat "caretaker government" ini diperuntukkan secara jelas dalam perlembagaan, biar tiada lagi debat dan kritikkan selepas ini kerana ia telah termaktub jelas tidak seperti sekarang ini. Saya kira lebih telus dan adil lagi sepatutnya "caretaker government" ini terdiri dari kalangan kakitangan awam atau mungkin ahli-ahli Dewan Negara (yang tidak tamat tempoh mereka sebagaimana Dewan Rakyat). Yang Dipertuan Agong, Raja-raja Melayu dan Tuan Yang Terutama Negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak bolehlah melantik mereka-mereka ini untuk menerajui "caretaker government". Contohnya DUN masing-masing Negeri memang ada melantik 2 senator mewakili negeri masing-masing untuk duduk di Dewan Negara. Mungkin mereka ini boleh dilantik menerajui negeri dengan kakitangan awam kanan negeri-negeri membantu mereka. Sekarang inipun Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri merupakan ahli-ahli EXCO exofficio. Begitu juga diperingkat Pusat, barangkali Yang Dierptua Dewan Negara dilantik sebagai PM sementara dengan dibantu Timbalan-timbalannya dan KSN serta pegawai-pegawai kanan lain. Dengan cara ini, PM dan Menteri Kabinet serta MB, Ketua Menteri dan ahli-ahi EXCO serta menteri-menteri negeri di Sabah dan Sarawak tidak lagi duduk dalam kabinet atau EXCO semasa tempuh peralihan. Dengan cara itu tiada lagi unsur penyalah-gunaan kuasa, atau penggunaan jentera kerajaan untuk berkempen kerana sekurang-kurangnay mereka yang mengetaui kerajaan dahulu sudah tidak duduk dalam kerusi mereka lagi. Isu ini mesti ditagani dengan serius kerana acapkali isu penyalahgunaan kuasa dan penggunaan jentera kerajaan sewaktu berkempen PRU menjadi masalah dan ketidakpuasan kati banyak pihak. Biarlah Najib Tun Razak, Muhyiddin Yasin, Lim Guan Eng, Khalid Ibarhim, Nik Aziz, Azizan Razak dan lain-lain turun berkempen sebagai pemimpin dan ketua parti masing-masing bukan sebagai PM atau TPM atau Ketua Menteri dan Menteri Besar. Cadangan yang perlu dipertimbangkan. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan