Pahang Daily Online |
- Poster "Panas", PKR Pahang Akan Di Saman Sekiranya Tidak "Mohon Maaf Secara Terbuka" Kepada Syed Ali !
- Panas: Poster Pidato Lahad Datu, PKR Pahang Mohon Maaf Kerana Kesilapan Teknikal Pada Foto "Syed Ali"
- Panas: Poster Ketua UMNO Bahagian Cheras "Naik Ke Pentas Ceramah" Pakatan Rakyat Kuantan Tersebar !
Posted: 28 Mar 2013 02:03 AM PDT KUANTAN, 28 Mac - Susulan pendedahan panas PDO isu poster ceramah "Pidato Lahad Datu" Pakatan Rakyat Pahang yang memaparkan wajah Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee (foto) maka kami difahamkan pemimpin terbabit bakal menfailkan tindakan saman terhadap PKR Pahang dalam masa terdekat ini. Dalam satu kenyataan di blog rasmi UMNO Bahagian Cheras hari ini, Syed Ali menggesa PKR Pahang mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepadanya menerusi media cetak dan elektronik dalam tempoh seminggu jika tidak mahu berhadapan dengan tindakan undang-undang. Menurut Syed Ali, beliau teramat kesal, kecewa dan dukacita dengan tindakan tidak bertanggungjawab Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang yang didapati dengan sengaja memuatkan gambarnya dalam poster ceramah terbabit yang akan diadakan di Markas PKR Ranting Indera Mahkota 2, Kuantan pada malam esok (29 Mac) seperti dipaparkan PDO awal pagi tadi."Sesungguhnya saya sesekali sama ada secara sedar atau tidak, tidak ada kaitan dan tidak pernah terbabit dalam apa jua program anjuran pembangkang khususnya PKR Pahang, kerana jiwa dan perjuangan saya adalah untuk UMNO, Barisan Nasional (BN) dan negara Malaysia yang diterajui oleh Y.A.B. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin", katanya. Beliau juga menyifatkan perbuatan pihak pengajur, yakni PKR yang sengaja memuatkan gambarnya dalam poster berkenaan sebagai satu perbuatan khianat, sebotaj dan berniat jahat bertujuan untuk mencemarkan reputasi dan kredibiliti beliau selaku pemimpin politik dan Ketua UMNO Bahagian Cheras serta Setiausaha Badan Perhubungan UMNO BN Wilayah Persekutuan. Perbuatan khianat dan tidak bertanggungjawab itu pada hematnya, jelas bermotifkan politik dengan sengaja melakukan hasutan, provokasi dan cuba memecahbelahkan perpaduan di kalangan ahli-ahli UMNO BN khususnya ketika bahang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 semakin hampir. "Bagi membersihkan diri dan kredibiliti saya serta kewibawaan UMNO, saya tidak tergak-agak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak pengajur khususnya PKR Pahang jika tidak mengemukakan permohonaan maaf secara terbuka kepada saya dan ianya juga perlu dibuat menerusi media cetak dan eletronik. Saya beri tempoh seminggu untuk berbuat demikian, jika tidak saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit", tambahnya. [Nampkanya isu yang dianggap kecil kini menjadi semakin besar apabila tindakan undang-undang mahu diambil oleh pihak yang berkenaan. Apapun, Ketua UMNO Bahagian Cheras itu punyai hak untuk menyaman kerana poster berkenaan yang disebarkan di laman sembang sosial sejak malam tadi itu benar-benar telah menjatuhkan kreadibiliti beliau sebagai pemimpin UMNO BN itu sendiri. Malah difahamkan, gara-gara isu terbabit dia telah dihubungi oleh berbagai pihak yang terkejut dengan tindakan beliau naik ke pentas Pakatan Rakyat tatkala Pilihanraya Umum Ke-13 semakin menjelang tiba sekarang ini. Kini terserah kepada PKR Pahang untuk memohon maaf secara terbuka di media atau pun tidak. Kami sudah pun menyiarkan permohonan maaf yang dibuat oleh Ketua Penerangan PKR Pahang sendiri iaitu Razali Alias dalam artikel terdahulu. Apapun, memandangkan isu ini timbul akibat kecuaian pihak berkenaan yang tidak mengenali "Syed Ali" dan mereka sudah pun mengaku silap atas masalah teknikal serta bertindak mengeluarkan poster itu dari laman sembang sosial facebook, tindakan saman ini jika berlaku amatlah tidak wajar sama sekali. Eloklah isu kontroversi seperti ini diselesaikan dengan baik agar tidak memburukkan lagi keadaan. Moga kes ini menjadi pengajaran kepada pihak lain agar lebih berhati-hati mencetak poster yang melibatkan gambar pemimpin pembangkang yang hampir-hampir sama dengan pemimpin UMNO BN. Jadikan kes ini sebagai ikhtibar di masa akan datang]. |
Posted: 27 Mar 2013 07:43 PM PDT KUANTAN, 28 Mac - Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Razali Alias (foto) pagi tadi menafikan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee akan hadir pada program ceramah "Pidato Lahad Datu" seperti yang didedahkan oleh Pahang Daily Online (PDO) hari ini. Dalam satu kenyataan ringkas beliau menerusi email kepada pihak kami, mendakwa penceramah yang sebenarnya ialah Syed Ali Badaruddin Syed Osman iaitu bekas Pengarah Urusan Seruan Gemilang Makmur (SGM) iaitu syarikat pembalakan yang telah menyaman Kerajaan Negeri Pahang seperti yang dihebohkan sebelum ini. Menurut Razali, kesilapan berlaku kepada poster berkenaan adalah masalah teknikal sebenarnya. "Saya bagi pihak PKR Pahang memohon ampun dan maaf kepada Ketua UMNO Bahagian Cheras atas kesilapan yang tidak disengajakan ini. Ia mungkin berlaku akibat kealpaan anak buah saya yang membuat poster tersebut.. Dia mungkin mencari nama Syed Ali menerusi google image di internet .. dan tidak menyedari gambar tersebut bukan Syed Ali SGM tetapi Syed Ali Alhabshee. Kesilapan tersebut disedari awal pagi tadi selepas saya dihubungi oleh beberapa pihak yang terkejut dengan artikel yang disiarkan oleh PDO itu", katanya. Razali juga menegaskan, kesilapan hanya berlaku kepada poster yang disebarkan menerusi internet terutamanya di laman sembang sosial di facebook dan perkara itu diubah oleh pihaknya untuk versi cetakan hari ini. "Apapun, saya mempelawa orang ramai terutamanya warga Kuantan untuk hadir ke program ini malam esok. Banyak informasi terkini dan berita panas tentang politik semasa terutamanya isu Lahad Datu akan didedahkan kepada umum. Malah Syed Ali (Seruan Gemilang Makmur) sendiri juga akan turut berceramah untuk mendedahkan beberap isu panas berkaitan dengan beberapa politik di negeri Pahang malam esok", kata Razali lagi. [Kesilapan yang berlaku ini sungguh mengelirukan sebenarnya. Tambahan pula nama kedua-dua individu terbabit hampir sama seperti yang berlaku kepada "Syed Ali" ini. Ia mungkin terjadi apabila designer poster hanya merujuk nama pada google image di internet tanpa mengenali pihak terbabit. Sewajarnya mana-mana pihak yang mahu mengarahakan sesiapa saja membuat poster ceramah agar lebih berhati-hati selepas ini supaya tidak menyinggung pihak lain. Kesilapan yang berlaku nampak kecil, tetapi ia besar impaknya kepada pihak yang berkenaan. Lebih elok kiranya sebelum disebarkan ia dirujuk terlebih dahulu kepada pihak yang sepatutnya untuk disemak dan sebagainya. Bagi mengelakkan kesilapan seperti ini di masa yang akan datang, maka adalah lebih elok kiranya memberikan gambar-gambar berkenaan terus kepada pembuat poster agar perkara sebegini dapat dielakkan. Apapun, kemaafan sudah dipinta maka isu ini dianggap selesai !!]. |
Panas: Poster Ketua UMNO Bahagian Cheras "Naik Ke Pentas Ceramah" Pakatan Rakyat Kuantan Tersebar ! Posted: 27 Mar 2013 01:38 PM PDT KUANTAN, 28 Mac - Apa sudah jadi dengan Pakatan Rakyat Pahang?. Baru sahaja isu pembahagian kerusi pilihanraya dikecohkan akibat sidang media yang dilakukan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini, kini timbul pula kontroversi terbaru yang pasi sungguh mengejutkan semua pihak sebenarnya. Ia berikutan tersebarnya poster ceramah yang memaparkan wajah Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee (foto) di laman sembang sosial facebook sejak lewat malam tadi. Poster yang bertajuk "Pidato Lahad Datu" itu kini telah disebarkan secara meluas dan ia menimbulkan berbagai tanda tanya sekarang ini. Benarkah Syed Ali kini telah menyokong Anwar dan salah seorang daripada pemimpin UMNO yang akan meninggalkan parti itu menjelang pilihanraya umum ke-13 nanti?. Pada paparan poster itu menyebut program berkenaan akan diadakan malam esok (29 Mac) di Markas PKR Ranting Indera Mahkota 2 dekat sini. Program anjuran Pakatan Rakyat Pahang itu turut menampilkan Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang), Lee Chean Chung (Pemangku Ketua Cabang PKR Indera Mahkota) dan Sulaiman Md Derus (Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kuantan). Persoalannya, kenapa wajah pemimpin UMNO itu berada bersama di dalam poster terbabit. Apakah beliau sudah bersedia untuk berada sepentas dengan Pakatan Rakyat selepas melihat berbagai kontroversi dengan isu Lahad Datu agaknya?. Beliau yang juga merupakan Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan itu sebelum ini pernah menggempar negara apabila turut mengkritik tindakan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Sharizat Jalil dalam isu lembu National Feedlot Corporation (NFC). "Shahrizat perlu segera letakkan jawatan sebagai menteri jika benar-benar beliau ikhlas dan sayangkan parti," tegas beliau dalam satu kenyataannya pada awal Disember lalu. Beliau berkata hanya dengan berbuat demikian UMNO tidak dikaitkan dengan isu tersebut yang kini telah menimbulkan kemarahan rakyat. Katanya, berundur secara terhormat daripada kabinet bukan bermakna beliau perlu melepaskan jawatan sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO kerana jawatan itu dipilih oleh perwakilan parti. Kini, Shahrizat terpaksa akur dan telah pun berundur seperti yang disarankan oleh beliau. Maka itu, apakah kini beliau merasakan dirinya sudah tidak serasi lagi dengan UMNO dan bertindak naik ke pentas Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ini?. [Kami akan cuba membuat siasatan yang terperinci tentang kebenaran maklumat pada poster. Jika benar Ketua UMNO Bahagian Cheras kini sudah bersedia naik sepentas dengan pimpinan Pakatan Rakyat, maka ia satu tamparan yang cukup hebat kepada UMNO BN menjelang PRU ini sebenarnya. Namun jika penyebaran poster ini sekadar "khabar angin" semata-mata, maka pihak yang berkenaan perlulah memohon maaf kepada pemimpin terbabit atas kesilapan yang berlaku ini. Cuma apa yang menghairankan kita pada poster ini ialah jawatan yang dinyatakan pada nama Syed Ali itu ialah "Penganalisi Politik" dan bukannya "Ketua UMNO Bahagian Cheras". Ini jelas menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat seandainya poster terbabit versi cetakan mula diedarkan dan ditampal di merata tempat kelak. Diharap pihak yang berkenaan dapat mengesahkan perkara ini agar ia tidak menimbulkan kekalutan terbaru dalam kancah politik negara sekarang. Tambahan pula "isu Lahad Datu" kini sedang hangat diperkatakan oleh semua pihak mutakhir ini. Apapun, orang ramai yang berdekatan bolehlah hadir ke program ini untuk menyaksikan sendiri kelibat "Syed Ali" seperti yang dinyatakan pada poster berkenaan mulai jam 9.00 malam esok. Laporan lanjut menyusul !!]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan