Khamis, 14 Mac 2013

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Kita perlukan lebih ramai "Amir" (14/3/13)

Posted: 14 Mar 2013 12:05 AM PDT


Sayu hati saya apabila membaca artikel ini dalam akhbar The Star hari ini. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/3/14/focus/12802511&sec=focus
Adik Amir, 13 tahun dari SMK Dato Syed Esa Batu Pahat Johor, dilaporkan terlihat semasa berbasikal ke kedai, seorang wanita yang dalam keadaan terlupa telah meletakkan beg tangannya di atas bumbung kereta dan memandu pergi. Beg tersebut jatuh lalu dipungut oleh Amir. Di dalamnya terdapat wang tunai 15,000 dolar Singapura atau RM37,500.

Amir memungut bag tersebut dan memecut basikalnya untuk mengejar kereta wanita berkenaan. Setelah memecut kira-kira 200 meter Amir berjaya merapati kenderaan wanita itu di simpang tiga dan mengembalikan beg itu ke tuannya.
Wanita tersebut menyerahkan RM25 kepada Amir kerana menghargai jasanya. Namun Amir menolak dengan sopan.

Dipenghujung laporan ini disebutkan dari pengakuan Amir bahawa beliau diajar oleh ibunya sejak kecil: "Jangan mengambil barang yang bukan hak kita".
Dalam dunia hari ini tak ramai seperti Amir. Tak ramai ibu-bapa yang mendidik anak mereka serupa ibu Amir sehingga boleh menolak keinginan apabila terjumpa wang sebesar jumlah itu.

Alangkah aman dan bahagianya dunia ini kiranya ramai seperti Amir dan ramai seperti ibu Amir.
Tak kiralah siapa pun kita, anak-anak kita, saudara dan kawan, pemimpin, orang atas, kalau semua memiliki kualiti sebagaimana Amir, bahagia dunia ini.

 

Tiada ulasan: