edyesdotcom |
- SAMM Sifatkan Kenyataan Muhyiddin 'Songsang' dan Terbalik
- Pendakwaan Tian Chua: Kerajaan Umno Cuba Sembunyi Kesalahan Utama
- Sumpah Tidak Mengikut Perlembagaan: Najib PM Haram Jadah?
SAMM Sifatkan Kenyataan Muhyiddin 'Songsang' dan Terbalik Posted: 13 Mar 2013 11:52 PM PDT Kenyataan Umum 14 Mac 2013 SAMM Sifatkan Kenyataan Muhyiddin 'Songsang' dan Terbalik Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyanggah kenyataan Muhyiddin Yassin yang mendakwa Pakatan Rakyat kononnya merancang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13 dengan mewujudkan keadaan porak peranda kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat. SAMM menyifatkan kenyataan tersebut adalah 'songsang' dan terbalik. Ia juga menggambarkan seolah-olah TPM sedang bercakap di depan cermin. Bagi SAMM, walaupun kenyataan pemimpin nombor dua Umno agak lucu dan tidak masuk akal, SAMM tetap mengambil serius memandangkan tabiat 'berbuat sesuatu tetapi menuduh orang lain buat' telah berlaku dalam skala penipuan yang sangat besar. Ia dibantu oleh media yang dikawal oleh mereka dengan harapan rakyat terus diperbodoh. Majoriti rakyat sudah tahu apa sebenarnya yang telah berlaku. Rakyat tahu siapa yang merancang untuk menggagalkan pilihanraya, malah setakat ini pihak yang sama dengan sengaja telah melewat-lewatkan pilihanraya. Rakyat juga tahu siapa yang mahu menghuru-harakan keadaan, malah telah banyak huru-hara dilakukan oleh penyokong Umno. Serangan cat, baling batu, baling telur, semua dilakukan Umno kerana gementar kehilangan besar sokongan rakyat. Rata-rata pemimpin Umno yang terlibat pelbagai skandal bakal ke penjara jika Umno tewas Putrajaya, ia seharusnya menimbulkan panik. SAMM melihat, sebagai gagasan paling berpotensi untuk menerajui Putrajaya selepas ini, tiada sebab untuk Pakatan Rakyat mencetus huru-hara kerana ia akan menyulitkan banyak perkara. Pakatan Rakyat bertegas untuk memastikan peralihan kuasa berlaku dengan aman dan beberapa 'langkah awal' melibatkan institusi keselamatan negara telah mula disusun. Ini hakikat yang harus diterima. Akhir sekali, SAMM mengucapkan syabas kepada Muhyiddin kerana mengeluarkan kenyataan mirip seorang ketua pembangkang. SAMM yakin Muhyiddin mampu menjadi ketua pembangkang yang baik dan tegas dengan ciri-ciri yang terserlah hari ini. Edy Noor Reduan Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) twitter: @edyesdotcom 010-2675872 |
Pendakwaan Tian Chua: Kerajaan Umno Cuba Sembunyi Kesalahan Utama Posted: 13 Mar 2013 11:35 PM PDT Kenyataan Terbuka 14 Mac 2013 Pendakwaan Tian Chua: Kerajaan Umno Cuba Sembunyi Kesalahan Utama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyatakan sokongan penuh kepada YB Tian Chua yang akan didakwa atas Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi hari ini. SAMM percaya YB Tian Chua tidak bersalah berdasarkan kenyataan langsungnya dan manipulasi media yang dibantu oleh fitnah jahat blog pro-Umno menjadi punca kebencian yang ditimbulkan. SAMM ingin mengingatkan semua bahawa perkara pokok yang menjadi punca tragedi berdarah di timur Sabah adalah kelemahan dan kesilapan kerajaan Umno menjaga kedaulatan negara. Ia bermula apabila ratusan askar Sulu menembusi 4 agensi maritim negara untuk sampai ke Tg Labian dan seterusnya mara ke Kg Tandou. Penceroboh ini juga diberi selama tiga minggu masa eksklusif untuk 'rundingan' dengan pihak keselamatan sedangkan tindakkan awal pasti mampu mengekang kehilangan banyak nyawa anggota keselamatan. Akhirnya konflik ini berlanjutan dengan jumlah yang terkorban meningkat saban hari. Apabila majoriti rakyat Malaysia mempersoal beberapa perkara sehingga timbul pelbagai spekulasi, kerajaan Umno mentafsir mereka ini sebagai biadap dan tidak patriotik. Namun halangan media tempatan dan antarabangsa untuk membuat liputan di Lahad Datu adalah punca sebab spekulasi tumbuh melata, termasuklah pandangan YB Tian Chua. Segala berita dari timur Sabah dibuat melalui Ketua Polis, Ketua Angkatan Tentera dan Menteri Umno, sedangkan sumber ini tidak cukup telus kerana ia berlandas perang saraf bagi menghadapi musuh. Tindakan menghalau wartawan Al-Jazira dari lokasi konflik masih menjadi tanda tanya. Di mana jua berlaku konflik antarabangsa khususnya yang melibatkan tembakan dan letupan bom, sudah tentu ada 'war correspondent' atau wartawan perang. Tetapi ia tidak berlaku di Sabah seolah-olah ada sesuatu yang cuba disorok. Maka timbul persoalan yang paling ditakuti oleh Umno iaitu "Apakah Lahad Datu satu konspirasi terancang?". Tragedi berdarah Lahad Datu memberi gambaran buruk buat kerajaan Umno, malah mungkin yang terburuk dalam penggal ini. SAMM percaya hanya dengan mendakwa Tian Chua dan pemimpin PR lain khususnya atas akta hasutan mampu mengolah pemikiran rakyat untuk lupa kesilapan kerajaan Umno. Menuding kesalahan kepada pemimpin PR dalam isu Lahad Datu ini juga disifatkan sebagai jalan singkat untuk kerajaan Umno melepaskan diri dari terus dipersalahkan. Malah tidak mustahil Datuk Seri Anwar Ibrahim akan akhirnya diheret sama menjadi satu end-game yang dirasakan terbaik untuk mereka terus berkuasa. Namun begitu, SAMM yakin ia bukanlah sesuatu yang mudah bagi Umno untuk mengolah persetujuan rakyat kononnya Anwar Ibrahim ialah dalang kepada pencerobohan Lahad Datu. Memenjarakan Anwar atau Tian Chua atau sesiapa sahaja pimpinan PR tidak akan beri sebarang kelebihan terhadap kempen Umno untuk pertahan kuasa. Malah kerajaan Umno akan terus dilabel sebagai zalim oleh majoriti rakyat yang disadur kemarahan ekoran peristiwa Lahad Datu. Hari ini YB Tian Chua didakwa, mungkin beliau akan ditahan. Dengan kuasa akta hasutan, penahanan kali ini membolehkan YB Tian Chua dihalang dari dijamin keluar. Justeru itu SAMM menyeru kepada semua untuk bangkit memberi sokongan dan hadir bersolidariti buat Tian Chua di mahkamah Jalan Duta pagi ini. SAMM juga dengan kerjasama Angkatan Perubahan Sabah (APS) akan menganjurkan sebuah Pidato Perdana bertajuk "Punca Sebenar Lahad Datu - Siapa Pengkhianat" di KLSCAH pada 18 Mac ini (Isnin). Mengisi barisan pemidato adalah termasuk Tn Hj Md Sabu, YB Tian Chua, DS Lajim Ukim, DS Wilfred Bumburing, Datuk Kalakau dan ramai lagi yang mampu menghurai peristiwa Lahad Datu dari skop yang lebih eksklusif. Saksi hidup peristiwa Lahad Datu juga akan diterbangkan dari Sabah untuk berucap pada malam tersebut sebagai penampilan istimewa. Semua dijemput hadir untuk mendengar apa yang sebenarnya telah berlaku di Sabah, terutamanya dari kaca mata orang Sabah sendiri. Pengamal media dialukan untuk membantu hebahan ini. Kesimpulannya, apa yang cuba dilakukan oleh kerajaan Umno hari ini ialah ibarat tikus membaiki labu, semakin bertindak semakin rosak. SAMM berani merumuskan bahawa jika Tian Chua dipenjarakan atau Anwar atau Hj Md Sabu atau sesiapa sahaja terus dizalimi, rakyat akan bangkit tanpa mampu disekat, dan Umno Barisan Nasional akan kalah lebih besar dalam pertembungan PRU13 - itu muktamad. Edy Noor Reduan Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) twitter: @edyesdotcom 010-2675872 |
Sumpah Tidak Mengikut Perlembagaan: Najib PM Haram Jadah? Posted: 13 Mar 2013 09:56 AM PDT Bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman, Datuk Mat Zain Ibrahim meggesa Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa menjelaskan tiga perkara yang menyebabkan beliau menyoal sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kedaulatan negara. Dalam sepucuk surat terbuka kepada Ali, Mat Zain menjelaskan tiga perkara tersebut iaitu kesahihan sumpah jawatan Najib sebagai Perdana Menteri yang dibuat secara rahsia, nama Najib yang berlainan dan status kerajaan yang memerintah selepas 8 Mac 2013. "Najib telah mengangkat sumpah jawatan, taat setia dan sumpah simpan rahsia menggunakan bentuk sumpah yang lain daripada yang ditetapkan dalam Jadual Ke-6 Perlembagaan. "Di sini lah timbul persoalan sama ada Najib layak menjalankan fungsi-fungsi jawatan Perdana Menteri memandangkan sumpah beliau tidak mengikut perlembagaan. "Jika dalam lain-lain perkara, Najib bertegas untuk mengikut perlembagaan, mengapakah pula dalam perkara penting, iaitu mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia beliau enggan mengikut bentuk sumpah yang telah ditetapkan semenjak wujudnya perlembagaan itu? "Jika semua Menteri dan Timbalan Menteri boleh lakukan,mengapa tidak beliau? "Secara peribadi saya menyatakan bahawa sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia yang diikrarkan oleh Najib pada April 2009 tidak memenuhi ketetapan perlembagaan. Oleh demikian beliau tidak layak atau berkuasa menjalankan apa-apa fungsi jawatan Perdana Menteri atau melaksanakan kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan dan undang-undang lain kepada seorang Perdana Menteri," kata Mat Zain dalam surat tersebut. Najib ada 3 nama Mat Zain turut menyoal kewujudan tiga nama Perdana Menteri ekoran tindakan Najib yang menggunakan nama Muhammad di hadapan namanya. "Ketika mengangkat sumpah jawatan sebagai PM ke-6 pada April 2009,dengan lafaz Wallahi,Wabillahi,Watallahi, beliau menyebutkan nama beliau dengan terang dan jelas sebagai Muhammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. "Semasa mengikrarkan affidavit-affidavit pada September 2011, beliau menegaskan nama beliau sebagai Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan menggugurkan nama Muhammad dari nama beliau. "Sementara ketika menandatangani Ikrar Integriti PRU-13 pada Februari 2013 pula,beliau memberikan nama beliau sebagai Najib Razak sahaja, dengan menggugurkan nama "Muhammad" dari nama beliau dan nama "Abdul"dari nama allahyarham bapa beliau. "Isteri Perdana Menteri,Datin Seri Rosmah Mansor pula, mengikrarkan dalam affidavit berasingan pada 21 September 2011, bahawa nama suami beliau ialah, Najib bin Tun Hj.Abdul Razak. Dengan demikian itu mengesahkan nama suami beliau tidak ada nama Muhammad atau Mohd. Mat Zain turut menyoal status kerajaan persekutuan yang dibentuk pasca pilihan raya umum Mac 8, 2008 kerana tempoh lima tahun kerajaan telah tamat minggu lepas. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di mana pilihan raya diadakan dalam tempoh lima tahun selepas mandat. -FMT |
You are subscribed to email updates from edyesdotcom To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan