Roslan SMS Corner     |   
|    Musuh negara buat fitnah (10/3/13) Posted: 10 Mar 2013 12:01 AM PST   Sebuah portal berita tempatan memetik sumber dari Filipina  yang kononnya pihak keselamatan kita bertindak kejam terhadap pendatang Suluk  di Sabah. Dari Zamboanga City, sumber Filipina, The Inquirer memetik seorang  pendatang Suluk:   "They dragged all the men outside the houses, kicked and hit  them," 32-year-old Amira Taradji said on Friday as she recounted her family's  ordeal in Sandakan, which started when Malaysian security forces launched a  crackdown on suspected supporters of Sulu Sultan Jamalul Kiram III in Sabah.   Taradji said  Malaysian policemen ordered Filipino men to run as fast as they could and shot  them.    Among those killed on  Monday night during the police sweep of a Filipino community in Sandakan was  her brother, Jumadil, she said.  Sementara itu adik perempuan Sultan Sulu, Jamilulu Kiram  bernama Jacel Kiram pula berkata:   "[The Malaysians] claim they are enforcing maximum  tolerance, but there's no truth to that. Instead, maximum violence is what's  happening. Even women, pregnant women, and children are being fired upon by  Malaysian forces,"  Ternyata pihak "musuh" akan berkata apa sahaja demi menagih  simpati khasnya dari dunia antarabangsa. Malangnya tak sehabuk bukti pun  dikemukakan oleh mereka. Di Lahad Datu, Semporna, pemberita termasuk dari media  antarabangsa sentiasa membuat liputan, jika benar seorang awam "bukan pengganas"  walaupun warga asing ditembak kering begitu sahaja pasti akan mendapat liputan  media. Tambah (sebagaimana didakwa anak raja "pengganas" itu) perempuan, wanita  mengandung dan kanak-kanak pun ditembak.   Yang pastinya kita tahu kejam adalah "pengganas" Suluk.  Betapa anggota keselamatan kita ditembak mati dan ada antara mayat wira kita diperlakukan  dengan penuh kejam sehingga ada yang dipotong-potong dan biji matanya dikorek  buang sebagaimana dilapor oleh akhbar The Star Jumaat lepas.  Yang anehnya mengapa perlu portal berita kita memberi ruang  untuk fitnah dan berita palsu seumpama ini. Bolehlah kalau mahu petik tetapi  siarkan juga penafian agar tampak jelas fitnah mereka. Kecuali jika kita pun mahu jadi ejen pemfitnah.    |   
|    PRU dah tak perlu spekulasi lagi (10/3/13) Posted: 09 Mar 2013 09:17 PM PST   Berlalu sudah tangganl 8 Mac, dimana 5 tahun lalu 8 Mac 2008  rakyat Malaysia telah keluar mengundi. Ini bermakna pada tanggal 28 April,  tarikh pertama Parlimen ke 12 bersidang, samada ada pengumuman atau tidak Dewan  Rakyat dengan sendirinya akan terbubar. Adalah dipercayai tarikh pilihanraya  umum ke 13 nanti sekitar tarikh berkenaan kerana DUN yang pertama bersidang  selepas PRU ke 12 lalu iaitu Johor akan terbubar pada 21 Mac 2013.   Oleh itu peringkat ini tak payah main silap mata lagi, bubar  tetap bubar Cuma tarikh hari penamaan calon dan hari mengundinya sahaja  terletak pada budi bicara SPR berdasarkan peraturan yang sedia ada dan  terpakai.  Apa pun diperingkat ini adalah perkemaskinikan jentera  masing-masing dan pastinya semua dalam "working condition". Senarai calon patut  telah dibereskan, jentera parti sudah boleh diberi gambaran akan nama-nama clon  supaya mudah mereka menjalankan kerja-kerja menjualnya nanti.   Kebimbangan parti-parti politik diperingkat ini sudah  tentulah sindrom "cah keting" satu sindrom politik yang boleh berjangkit dan  menyerang mana-mana parti politik pun. Kalau sindrom ini ada jentera  diperingkat akar umbi akan bercelaru. Yang tak tersenari akan "sabotage" calon  yang dipilih parti, akibatnya peluang parti berkenaan akan terumbang-ambing,  kalah dalam tangan.  Pernah juga berlaku sindrom ini sesama gabungan atau  kumpulan parti kerabat. Satu parti tidak puas hati sepatutunya ia yang  bertanding sebaliknya kerusi diberikan kepada parti lain maka yang tak dapat,  tak senang duduk kadang sampai bertanding calon bebas. PR dan BN masing-masing  pernah merasa sindrom ini.   Bagi rakyat di luar sana sudah pastilah dalam PRU ke 13 ini  mereka mahu lihat sesuatu yang lebih meyakinkan. Kalau pilihan calon-calon,  sudah pastilah mereka mahukan calon yang paling baik. Kelayakannya baik,  perwatakannya baik, kadang rupa dan gaya calon pun jadi faktor.   Rakyat jadi penentu, bukan ketua parti, bukan parti tetapi  rakyat kebanyakkan di luar sana.    Saya yakin setelah masuk kali ke 13 kita rakyat Malaysia  keluar mengundi mempertahankan institusi demokrasi kita dan kedaulatan Negara,  semuanya telah matang dan masak. Semoga pilihanraya kita kali ini berjalan  dengan aman dan tenang. Yang mana ditakdirkan Allah swt menang, maka pikullah  amanah keemenangan itu dengan sehabis baik, tunduk dan patuh pada Allah swt  sentiasa. Yang ditakdirkan kalah, terimalah kekalahan itu dengan tenang, cuba  lagi PRU yang mendatang. |   
| You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner   To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |   Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
  
Tiada ulasan:
Catat Ulasan